Ruang Iklan

Blogger terpaksa menjadi ikon

Blogger adalah kata ganti nama diri bagi seorang penulis blog. Biar apapun kategori sebuah blog itu dibangunkan, setiap blog tentunya mempunyai pengisian maklumat dan informasi tertentu untuk dikongsi kepada pembaca agar bermanfaat. Blog ini terhasil melalui pelbagai peringkat pembaharuan bagi tujuan berkongsi sebanyak mungkin informasi dengan harapan memberi solusi kepada kesulitan pembaca.

Blogger terpaksa menjadi ikon

Asas penulisan sesebuah blog adalah berdasarkan pemerhatian, pengalaman, pembacaan, penerimaan sumber maklumat dan sebagainya. Semua maklumat digarap dengan gaya penulisan seorang blogger maka terhasillah entri / artikel di dalam blog. Setelah itu, ianya dibaca, dikongsi kemudiannya serta diteliti oleh pembaca blog dan blogger lain.

Maka dengan itu, tidak dapat berkata tidak bahawa seorang penulis blog adalah tempat merujuk sesuatu untuk mendapatkan informasi tertentu waima sebaris kata-katanya sahaja yang telah digunapakai pembaca blog. Justeru, tidak salah jika saya melabelkan bahawa seorang blogger yang bagus juga mampu menjadi ikon pada bidangnya kepada masyarakat. Setuju atau tidak?

Jika seorang ustaz yang sedang menyampaikan ilmu pengetahuan agamanya kepada orang ramai, pasti memiliki keperibadian seorang ustaz agar layak dipanggil ustaz pada permulaan hadapan namanya. Keperibadian seorang ustaz adalah simbol tauladan dan ikutan oleh masyarakat. Oleh itu, dia adalah ikon kepada masyarakat itu. Begitulah perumpamaan ikon bagi seorang blogger. Mana mungkin seorang perompak tegar berbicara mengenai cara motivasi diri untuk dijadikan ikutan bukan?

Maka dengan itu apa yang dikongsi oleh seorang blogger sedikit sebanyak adalah selari sebanyak mungkin dengan hidupnya sendiri sama ada melalui cara hidup atau personaliti diri agar tampil dengan imej bersesuaian seorang blogger di mata pengikut dan masyarakat secara umumnya. Ada juga blogger yang tidak mahu dikenali dan ada juga sudah jadi personaliti televisyen.

Layakkah seorang blogger dijadikan seorang ikon? Mengambil contoh seorang blogger, Cikgu Hailmi adalah seorang guru yang berkongsi setiap aktiviti pengajaranya di dalam blog, kemudiannya dirujuk dan digunapakai ilmu pengetahuannya, maka adakah tidak layak dijadikan ikon dalam bidang pendidikan? Tentunya layak.

Walau bagaimanapun, tidak semua blogger layak dipanggil ikon apatah lagi pencapaiannya belum mencapai taraf seorang bintang seperti blog saya ini yang masih mentah dan masih terkial-kial mencari arah dalam kancah blogging. Dalam konteks penulisan blog, saya masih mencari arah yang bersesuaian dengan kemampuan diri sendiri.
Blogger terpaksa menjadi ikon

Namun segala usaha penulis blog yang dapat menjadi contoh dan ikutan wajar diberikan pujian kerana tanpa usaha berterusan semua permulaan tidak akan sampai ke penghujungnya. Persoalannya, mampukah seorang blogger menjadi ikon kepada masyarakat? Jawapan muktamad saya, ya.

30 Comments

Ana tak pernah terpikir untuk jadi ikon sebab memang tau tak layak. Hehe.

Berblog ni sekadar berkongsi maklumat je dgn kawan2. Mudah-mudahan ada info yg berguna untuk seseorang. 😊

Masih jauh lagi perjalanan saya untuk berjaya dalam bidang blogging ni. Pada saya menulis ni biarlah jujur dari hati, jadi diri sendiri dan berkongsi pendapat dari kaca mata sendiri.

InsyaAllah perlahan-lahan menapak, rezeki manusia siapa tahukan.... mana tau blog Sis Ana akan terkenal satu hari nanti...

Samalah kita Mai, masih jauh perjalanan, harap blog berkekalan pun dah bersyukur dah...

Pakcik tulis blog untuk suka2 aje.
Mudah2an ada manfaat kepada yang sudi membacanya.

Blog pak cik banyak informasi berkenaan pertanian... boleh jadi rujukan terbaik.. hehe...

Tidak dinafi,dewasa ini ramai juga selebriti bermula sebagai seorang blogger..subhanaAllah rezeki menjadi idol/ikon dalam bidang masing-masing ...alhamdulillah..apa yang penting setiap apa yang dikongsi memberi manfaat kepada pembaca dan pemilik blog itu sendiri...
Sangat jauh untuk PC layak menjadi ikon..kerana masih terlalu besar jurang dan kekurangan dalam dunia penulisan dan perkongsian ini...

betul tu..setuju 1000% hehe...bekerja perlu ada jiwa dan menulis pun perlu ada jiwa..kalau tak orang yang membaca tak akan dapat merasa, menilai bila membaca..contohnya kalau kita menulis dengan marah..jejari menaip dengan emosi marah dan bila orang membaca pun rasa marah...

Terima kasih Cik Cappuccino... done follow...

Handsome/Beautiful blogger cepatlah jadi selebriti PC... betul tu PC, rezeki masing-masing, setiap blogger perlu sentiasa memperbaiki diri agar layak dipanggil ikon...

Menulis dengan emosi, pembacanya juga emosi kan... bila buat cerita sedih penulis mahu pembacanya bersedih juga...

Yes, memang ada blogger yang boleh diangkat menjadi ikon tapi tak semua lah. Apa-apa pun, kena tulis dengan hati. Saya lebih suka jadi diri sendiri ja, biarlah tulis merepek pun haha sebab rasa tak layak nak jadi ikon ni.

iolls masih tak layak jadi ikon, hehe

Setujuuuu, the power of writing... boleh mengangkat seseorang itu mempunyai " personal branding" tersendiri .. macam contoh blogger mana.. tak ingat.hii .. tapi nak mencapai tahap personal branding tu bukan senang.. saya dah berblogging lama ni ..tak capai tahap tu?.. insyaAllah Tuan boleh jadi ikon.. doa kan hiii..

Lagipun saya tengok dah ramai dah blogger baru muncul..

Setakat ni ok dah blog syed, merepek dengan berhemah... bagus tu...

Haha, memang jauh lagi lah kan...

Personal branding tu memang susah nak buat kecuali bagi blogger yang ada strong personality.... Saya masih jauh lagi nak mencapai, banyak perkara perlu perbaiki... InsyaAllah Wani boleh...

Harus ada yg boleh diangkat sebagai Ikon.. Tapi untuk diri Lea mmg tak capai tahap tu.. Sbb menulis blog sekarang suka2 aje.. hehe

Ada blogger yang layak dijadikan ikon..

Saya tak pernah terfikir pasal ni sebab blog saya lebih kepada personal hidup dan apa yang saya fikirkan. Menulis pun ikut suka hati je. Cuma nak jadikan blog sebagai kenangan dan sesuatu yang boleh saya refer balik nanti..

Betul tu, jika blogge diangkat menjadi ikon, tentunya penghargaan besar bagi blogger, negara patut mengikhtiraf usaha mereka...

Dijadikan kenangan untuk rujukan masa hadapan... memang bagus idea tu, at least perjalanan hidup ada direkodkan kan...

Dengan rasa rendah diri, saya tak pernah terfikir untuk mendapat kelayakan ikon dalam blogger (lagipun saya beginner.hehehe) mungkin saya cuma berniat untuk menulis sebagai hobi. dan baca blog orang lain untk timba ilmu dan baca pengalaman orang :)

InsyaAllah RS90, perlahan-lahan... siapa tahu rezeki masa depan kan...

Kak Sue menulis blog untuk suka-suka aja pada mulanya, tapi sekarang Kak Sue ada ambik kelas untuk perbaiki lagi kelemahan-kelemahan dalam penulisan...

Kelas apa Kak Sue ambil? Ada bayar ke?

Sha menulis dengan niat berkongsi.. Semoga apa yang Sha tulis bermanfaat pada yang membaca.. Lagipun memang suka berblog.. Hehehe

Bagus sis, teruskan berkongsi maklumat kepada semua pembaca... kalau dah minat kan... at least tak susahkan siapa-siapa kan...

Mampu jadi ikon. Bg mek setiap blogger ade personaliti sendiri. Masing masing adr kekuatan :)

Betul tu Mek, setiap blogger ada kelebihan masing-masing...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon