Ruang Iklan

Buang perasaan blog tidak dibaca

blog tidak dibaca? blog tiada pengungjung? Artikel blog, cara membuat blog, cara jana wang blogBila kita menulis artikel di blog, sudah tentu kita mahu orang membacanya kecuali blog pada mode private. Biar sepatah pun perkataan yang dipaparkan pada satu posting, ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh penulis blog. Jika tidak mahu orang baca, ianya disebutkan menulis diari dan bukan menulis blog. Setiap penulis blog tentu akan mengambil kira statistic blog, berapa orang sedang membaca, berapa banyak komen daripada pembaca dan terus menulis dengan apa pun tujuannya.

Bagaimana cara ingin mendapatkan trafik blog? Perkara itu telah banyak disentuh oleh kebanyakan blogger. Pelbagai cara untuk meningkatkan trafik blog dan menarik perhatian pengunjung agar membaca setiap artikel yang di posting. Terkini, media sosial seperti facebook dan laman aggregator menyediakan fasiliti sebagai salah satu sumber trafik untuk blog dengan mudah selain daripada menulis dengan kaedah tatacara menepati Search Engine Optimization (SEO).

Risau blog tidak dibaca? Sebenarnya anda tidak perlu risau sekiranya artikel blog tidak dibaca pada permulaan menulis blog. Mengapa? Apabila anda menulis artikel baru, untuk mendapatkan pembaca dengan mudah adalah dengan kongsikan artikel di Google+ dengan menekan butang Share pada setiap post yang telah diterbitkan. Artikel tersebut akan dilihat oleh senarai Google+ Followers. Selain itu, perkhidmatan Ping ke Communities Google+ juga boleh dilakukan. Kemudian, kongsi juga artikel tersebut di blog's Facebook Page atau akaun Facebook peribadi. Tentu sahaja ada orang akan melihatnya. Akhir sekali artikel tersebut akan mula tersimpan dalam pangkalan data Google, Bing atau lainnya. Pada masa itu, pasti akan ada orang membaca bergantung kepada artikel apa yang dikongsikan.

Setiap artikel yang dikongsikan mengikut acuan penulis blog sendiri. Sama ada berkongsi cerita, informasi, gaya hidup dan sebagainya. Jika semua blog menulis tentang perkara yang sama, tidak ada variasi bagi pengunjung untuk membacanya. Lihat blog A, cerita tentang A, lihat blog B, cerita tentang A juga. Justeru itu, jika artikel yang dikongsikan kelihatan janggal dan berlainan daripada penulis lain, sebenarnya itu lebih baik. Ianya sesuatu yang segar dan baru. Jadi jangan risau untuk menulis artikel di blog.

Sekarang ini saya kerap melakukan aktiviti blogwalking ke blog lain untuk melihat betapa luasnya industri blogging. Blogger popular tidak perlu dicari kerana publisiti untuk mereka sudah meluas. Setiap blog itu unik dan memiliki seni penulisannya yang tersendiri. Untuk menjana pendapatan melalui blog juga telah banyak diperkatakan oleh kebanyakan blog. Ikut sahaja cara menjana income blog mereka. Tidak dapat ribu, dapat ratus pun jadilah. Rezeki masing-masing. Paling mudah, letak iklan Nuffnang. Nuffnang lebih friendly bagi blogger baru. Cara pasang iklan Nuffnang juga mudah.

Setiap penulis blog perlu buang perasaan blog tidak dibaca. Biarkan ianya tersimpan dalam arkib blog supaya data yang tersimpan akan diakses oleh generasi akan datang. Teruskan menulis biarpun kekurangan idea. Tips jika kurang idea mahu menulis blog? Ceritakan apa yang dilakukan oleh anda pada masa seharian ini. Setiap hari cerita manusia itu berbeza. Jadi 'pentaskan' kisah seharian anda dalam bentuk penulisan.

Jika sudah menjejakkan kaki ke dunia blog, selamanya anda seorang blogger. Percayalah, dalam diri anda tersimpan bakat menulis sesuatu untuk dibaca oleh pengunjung. Motivasikan diri dan jangan risau jika rasa blog tidak dibaca. Teruskan menulis dan biar saya menjadi pembaca blog anda.

37 Comments

Yes...keep writing.. mana tau penulisan kita akan menjadi inspirasi kepada org lain. Kalau bkn skng, mungkin pada masa akan dtg...

Betul..positif...insyaAllah niat yang baik Allah lorongkan caranya...

"Jika sudah menjejakkan kaki ke dunia blog, selamanya anda seorang blogger. Percayalah, dalam diri anda tersimpan bakat menulis sesuatu untuk dibaca oleh pengunjung." setuju sangat :)

Setuju.. saya suka perkongsian ini..
Memberi motivasi kepada blogger lain..

Betul tu... Inspirasi kepada orang lain amat bermakna sekali...

InsyaAllah PeRdU cINta... Kalau baik hasilnya akan baik...

Ye NHY ZIERA, bakat menulis perlu digilap selalu kan...Bila dah start blog, nak tinggalkan blog memang rasa sedih ye tak...

Terima kasih Shahida Dzulkafli... Sama2 kita menyokong antara satu sama lain...

Setuju. Variasi tu penting, takleh sama je. Copy paste lagilah dilarang sama sekali kan. hihi. Biasa baru2 buat blog memang takda org baca kan, yg penting tak putus asa, terus menulis & perbaiki apa yg patut. hihi

setuju dengan langkah2 yang saudara nyatakan di atas, memang sesuai dipraktikkan, tak kiralah newbie waimah blogger yang dah lama dalam industri pun.. yang penting sentiasa berusaha untuk menambahbaik mutu penulisan dan struktur blog :)

www.neezalife.com

Bila dah buat public, inshaAllah memang akan ada orang baca. Cuma sama ada silent reader atau tidak je.

Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)

Salam perkenalan juga buat galaksi viral... Terima kasih singgah...

Yes, memang tetap ada pembaca, banyak juga silent reader, mahu komen atau tidak sahaja kan...

Ye betul, kadang2 blogger lama pun boleh putus idea juga kan... harapkan trafik post lama je.. :-)

Ye betul, variasi penting... setuju, jangan putus asa dan terus menulis...

yg penting yakin.
sronok berblog ni. heheh.

dh public, msti ada gak membaca/terbaca

Betul, mesti yakin boleh... seronok berblog, boleh beri manfaat, jana pendapatan...

tak dapat dinafikan kadang2 akan muncul juga perasaan ada ke org nak baca blog aku ni..

tapi lama kelamaan perasaan tu hilang...lebih2 bila ada pengunjung yg meninggalkan komen pada posting kita..

Setuju dengan biarkan dlm arkib kalau tak harini dibaca..mungkin esok akan dibaca


spitoutkata.blogspot.com

Yela, bila ada orang tinggalkan jejak dengan komen, bukti ada pembaca... terima kasih singgah sini...

sy blogwalking dan follow blog ni ya. Tapi sedih juga kalau yang baca apa kita tulis tu sikit ja. dah la baru mula berblogging susah betul nak dapat pembaca haha.

setuju.. lain blog lain cara penulisan baru kita baca pun best je. pedulikan orang nak baca ke tak, janji kita menulis untuk simpanan di arkib, apa yang rasa nak share tulis jer...

Rajinkan blogwalking InsyaAllah akan meningkat sedikit demi sedikit jumlah trafik. Ping kan artikel dan akhir sekali terus menulis. Lebih banyak artikel lebih banyak terindeks di Google...

Setuju, kalau sama je jalan cerita boring pula nanti... macam drama, dah tahu endingnya...hehe

Haaa banyak tips berguna dari penulis, terima kasih!

Kadang-kadang, eh bukan, memang selalu perasaan macam ni datang, tambah-tambah blog saya tiada niche specific, cuma luahan random pasal apa yang terlintas je.

Takut juga orang tak suka, dan tak boleh terima penulisan tu. Tapi dah sebab minat, cek tulis jo lah. haha.

Kat Malaysia je dah hampir 30 Juta orang, dalam 30 Juta tu mesti ada yang suka membaca blog, jadi blogger teruskan menulis... Bab niche tu pun saya juga tak fikir sangat... haha... Saya buat entri bila ada masa terluang je...

betul3x... macam cerita hindustan, tengok depan dah tau hujung...

tulis je mai... peduli hapa!! haha :D

Betul tu Siti Awadah...Blog sendiri kan... hehe

Setuju 200% peratus dengan post ni.

Mrs. A pun sama niche caca-merba hahhhaaa rojak all in one, haish! tak kisahlah janji bahagia.

Kan... Kebahagiaan itu penting... hehe

Assalammualaikum tuan noor mazlan. harap sihat sahaja. saya pun ada masalah ini dulu. demotivate nak update blog sebab setiap entry yang saya post tak dapat sambutan.

Saya selalu mengelamun if only my blog has many followers, mesti banyak sambutan setiap entry yang saya publish.

tapi. alhamdullilah. dengan idea lain. saya ping post saya di Facebook, Babab.net memang cepat dpt sambutan.

tapi bagi saya, ping ping ini traffic dia tak lama. sehari dua je. then pageviews blog jadi normal balik.

Motivation saya menaip sekarang ialah target untuk orgnanic view. pelawat datang dari google :D jadi kena pandai bermain keyword dan seo.

Waalaikumussalam Amer... Noor Mazlan ek? Hehe... Betul tu, buat permulaan untuk dapatkan motivasi menulis lagi perlu ping ke semua tempat yang boleh, sambil tu belajar SEO untuk organic traffic... Blog Amer cukup power dah, saya banyak meninjau blog tuan juga...

aina selalu fikir blog aina tak ada siapa yang nak baca. tapi bila ada yg komen tu... hehe tak sangka pula rasanya

Yea, berblogging untuk share pendapat kita. Org tk view hr ni, prg view esok lusa :) Jgn risau :)

Ya Ainaa... Kadang kala ramai je baca tapi tak komen... lihat stats.. kalau banyak view dari MY tu maknanya adalah yang baca...

Setuju tu Ayunie... sebarkan pendapat.. Nanti adalah yang baca tu...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon