Ruang Iklan

Contoh teks ucapan program sekolah

Contoh teks ucapan program sekolah, contoh teks, teks ucapan program sekolahPagi tadi telah selesai satu program di sekolah tadika anak. Majlis suai kenal antara ibu bapa dan Jawatankuasa Penyelaras Tadika Perpaduan (JPTP) a.k.a PIBG jika di sekolah rendah, sambutan hari lahir murid (Jan dan Feb) serta majlis perpisahan pegawai penaung JPTP. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa. Program ini adalah program pertama bersama ibu bapa bagi tahun 2017. Banyak lagi program yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini melibatkan ibu bapa.

Seronok jika melibatkan diri dalam aktiviti di sekolah anak kerana dalam masa yang sama, mampu menilai tahap kecemerlangan dan perkembangan mereka di sekolah selain berhubung erat bersama komuniti setempat. Sebenarnya apa yang saya mahu kongsikan adalah contoh teks ucapan majlis sual kenal, majlis sambutan hari lahir dan majlis perpisahan sekolah yang saya buat untuk majlis tersebut. 

Tips membuat teks ucapan adalah teks ucapan perlu ringkas, menepati masa yang terhad dan tidak panjang berjela serta mencapai objektif program atau majlis. Jadi jangan gelak dengan teks ucapan saya. Disediakan 1 jam sebelum majlis berlangsung. 

Yang Berusaha, Pn Susan, Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu, (Nama pegawai mengiring), Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu, Pegawai - Pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Yang Dihormati Cikgu Jeriah dan Cikgu Nancy serta ibu-bapa dan anak-anak sekalian.

Pertamanya, masih tidak terlalu lewat untuk saya ucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana memilih tadika perpaduan kelas bunga orkid untuk anak.

Untuk makluman Puan Susan, tahun ni murid-murid kelas bunga orkid terdiri daripada pelbagai bangsa yang menjadikan tabika perpaduan mengekalkan objektifnya penekanan perpaduan nasional melalui pendidikan.

Kemudian, saya juga merakamkan terima kasih bagi pihak AJK JPTP kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyelaras aktiviti tadika perpaduan bagi kelas ini.

Secara peribadi, saya berharap komitmen berterusan daripada ibu bapa untuk menjayakan program-program yang akan kita laksanakan pada tahun ini. Pada hari ini adalah program pertama Kelas Bunga Orkid telah membuktikan kerjasama yang baik daripada ibu bapa. Terima kasih.

Ketiganya, pada hari ini juga kita akan meraikan hari lahir anak murid Kelas Tabika Perpaduan Kelas Bunga Orkid, Selamat Hari Lahir kepada Amber Scarlett, Della Kumbau, Betrand Abang dan Paul Beardsley. Semoga majlis sederhana ini mampu memberikan kegembiraan kepada mereka semua.

Yang terakhir, “Berhulu dan berpangkal, setiap permulaan pasti berpenghujung”

Sebatang pokok ada akar ada dahan,
Bila malam dihiasi kunang-kunang,
Walau kita akan berjauhan,
Jasa Puan tetap kami kenang,

AJK JPTP dan ibu bapa merasa terkejut dengan berita perpindahan Puan Susan yang akan bertukar ke tempat baru. Walau bagaimanapun, seperti yang dimaklumkan tadi, hidup ini satu pusingan kitaran dan telah ditentukan oleh Nya. 

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Susan kerana komitmen dan jasanya kepada Kelas Bunga Orkid dalam menjayakan banyak program JPTP. Semoga kenangan bersama warga Kelas Bunga Orkid tidak dilupakan.

Pihak kami juga mengalu-alukan kepada En Zulkifli yang akan menggantikan Puan Susan sebagai Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu. Semoga kita terus kekal cemerlang sepanjang tahun ini.

Terima kasih. Wabillahi taufik…

Contoh teks ucapan program sekolah, contoh teks, teks ucapan program sekolah

Demikianlah teks ucapan saya pagi tadi. Mana tahu boleh beri idea kepada yang lain. Boleh copy idea pantun dalam teks ucapan majlis perpisahan sekolah. Gambar di atas adalah gambar semasa saya menyampaikan teks ucapan saya. Terima kasih kepada isteri yang 'snap' gambar ini.

24 Comments

Dulu time belajar ada jugak buat teks ucapan bila terlibat dengan aktiviti persatuan. Tapi saya lagi prefer jadi adhoc lain sebab bab2 mengarang ni bukan forte saya. Hehe

Anak mesti happy tengok bapaknya beri ucapan, hihihi. Thanks idea, mana tahu ada chance nak bagi ucapan kan, hahaha, sebab anak buah mai ada dua duduk dengan Mai, sorang darjah 1, sorang 4 tahun. hahahaha.

Jadi adhoc kadang2 lebih selesa... tapi bila terpilih memikul tanggungjawab terpaksa ku relakan... hehehe

Kalau duduk ngan anak buah boleh register sebagai penjaga dan join mesyuarat... ada peluang...

bagus skrip ni tuan.. ikut kreativiti masing2 boleh digubah lagi takut sama dengan skrip orang lain... kita tengok je orang pandai berucap. kagum. tapi kita tak tahu ada mereka mula dr bawah juga dengan menghafal skrip. :D

thanks for sharing this article.

Betul tu, kena mula dari bawah...Saya tetap kena ada skrip supaya tidak tersasar jauh semasa berucap.. hehe...

Pantun tu memang wajib kan dalam masyarakat kita nih? Hehe

Pantun tu mmg prlu ada, klau tdak mmg rasa kosong je ucapan kita. btw aril prnh jd MC dkat skolah dlu2. mmg best :)

Betul tu, pantun adalah salah kiasan lembut dalam menyatakan sesuatu... seni pantun memang perlu dipertahankan...

Wah ada pengalaman dapat MC, boleh diteruskan bakat jadi MC.. bukan senang nak jadi MC..

Wah, boleh jadi guideline utk wat skrip teks ucapan pengacara majlis ini. hihi. sambil2x tu klik iklan menarik di sini. :)

Boleh2 ambil mana yang patut... Terima kasih galaksi viral...

Wah!! Skrip yang ringkas tapi padat.. Part Pantu tu memang ohsem..

Terima kasih Shahida... Last minutes skrip... Hehe

dah macam YB sis tengok. terbaikk!! :D

Tu belum pakai baju batik lagi... hahaha

Okay kalau saya kena bagi ucapan nanti boleh rujuk dari sini haha. tak reti sangat nak karang ucapan ni.

wowww... boleh la refer sini nanti bila tiba2 kena ucap kan.. Thanks, sangat membantu AMERZING: https://ameridzuan.blogspot.my/

Terima kasih Amer... Silakan merujuk di sini... InsyaAllah saya akan balas kunjungan...

boleh la hafal siap2 kut nanti ada yang panggil bagi ucapan.

Caya lah lan ;) Keep it up - smoga text ni bermanfaat untuk semua

Kalau tak hafal pun tak pe... bawa je kertas... hehe...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon