Ruang Iklan

Idea menulis artikel datang dan pergi

idea menulis artikel, idea menulis entri, menulis artikel, membuat blog artikel

Kerap kali saya mengalami situasi ilham dan idea menulis artikel untuk blog datang dan pergi. Sebelum memegang keyboard, rasa macam bersusun idea untuk membuat entri blog. Bila tiba saat memegang keyboard, semua idea hilang. Bila hilang idea, mula lah buat entri yang lebih kurang dan point tidak cukup kuat.

Bagaimana dapat idea menulis blog? Bagi saya idea boleh datang melalui kemahiran 5M. Membaca, Melihat, Mendengar, Mengalami, Mengolah semula. Bila duduk mengelamun, kadang-kadang terfikir idea menulis blog. Semasa memandu ada juga dapat point untuk artikel. Bila sampai depan keyboard, lupa. Rasanya banyak sangat makan ikan bilis.

Saya kongsi tips agar idea menulis blog tidak hilang begitu sahaja. Idea dan ilham menulis blog yang terbaik bukan datang bukan selalu. Menurut pandangan saya, artikel terbaik itu asli dan lahir dari hati penulis sehingga menyentuh jejari pengunjung untuk meletakkan respons di ruangan komen berkaitan entri yang telah siarkan.

Pertama, ambil sedikit masa untuk mengulang point artikel di minda agar bertahan lama dalam fikiran. Bila terfikir tajuk dan cuba fikirkan tiga point utama entri. Kemudian, cuba ulang point tersebut untuk mengingatinya. Ulang dan ulang. InsyaAllah bila ada masa menulis, point tidak hilang.

Kedua, gunakan smartphone sebagai buku nota. Tulis point penting artikel dan tajuk dalam memo atau sebagainya. Kemudian biarkan ianya jika belum sempat menulis. Jika sudah ada point penting, bila-bila pun anda boleh siapkan satu entri selepas diolah.

Ketiga, pada hari paling miskin idea biasanya saya akan tulis tajuk sahaja sebagai draft sebagai backup plan jika tiada artikel lain untuk disiapkan. Kadang-kadang cuma ada 1 point sahaja untuk tajuk artikel. Jadi simpan dahulu untuk entri masa hadapan. InsyaAllah idea dan ilham akan muncul jua. Bersabar dan jangan terburu-buru melainkan anda ada sasaran untuk dicapai.

Membuat blog berbeza-beza tujuannya. Saya mengidamkan setiap artikel saya mampu memberi inspirasi kepada orang lain dan sebagai pedoman buat saya sendiri. Untuk setiap artikel jika mampu menjadikan saya lebih baik daripada semalam, maka saya sangat bersyukur ke hadrat Illahi atas pinjaman idea dan ilham. Ilmu bukan hak milik tunggal dan berkongsi ilmu dalam idea penulisan blog mampu menjadikan saya lebih baik pada masa akan datang.

26 Comments

Nice info. Boleh praktis nanti. 👍

Ok terbaik sis Ana Suhana...

Perkongsian yg bagus. Terima kasih.

Perkongsian yg bagus. Terima kasih.

perkongsian yang bermanfaat..
Kalau saya pula saya suka buat draf..
Melalui gambar dan juga tajuk..
saya guna apps Blogger.. senang.. draft je dalam tu siap2..

Terima kasih Maimunah Ahmad...

apps Blogger ye... Tq2.. nanti saya download...

Biasa jugak tulis tajuk je dekat draft sebagai peringatan. Kadang2 sampai ke sudah jadi draft, kadang2 terhasil jugak sebuah entry. :)

biasa yui buat tajuk dan draft mudah.

ada idea baru menaip.

wahhhh bagus tu. saya selalu kadang-kadang terfikir dah tajuk entry tapi bila fikir-fikir point tak berapa kuat pulak hahaha. tak pernah buat draft sebab saya tulis kasi habis terus.

Mrs. A bila ada idea cepat-cepat tulis jangan nanti dah malas terus takde post.

Lagi satu bila plan nak tulis entry event taip kronologi cepat-cepat nanti takdelah lupa bila time idea datang sewaktu nak menulis tu.

tips yang mantap bro.. bila senior berkata2. haha

Sama juga saya... Ada draft sampai kena delete sebab tak timbul2 ilham...tapi banyak yang siaplah...

Betul Tu Yui... Setiap point jadikan draft dahulu supaya mudah untuk mengolahnya... bukan mudah nak tulis artikel kan...

Kalau banyak masa boleh siap terus artikel... kalau masa limited boleh draft dulu... tapi kalau idea dah mencurah2 better siapkan kan...

Kalau fakta macam kronologi memang kena write down siap2 takut lupa... biasa saya memang lupa kalau tak tulis siap2 kat mana2... rugi satu post kan...

Tips biasa2 je bro... Untuk panduan bersama...

Eh tadi dah publish comment tapi tiba2 line putus, tak tahu masuk ke tak, nak komen juga lagi sekali, hahaha.

Idea ni datang tanpa diundang, tiba-tiba ja, so kena bersedia untuk terus buat draft or catatan kalau tidak hilang begitu saja, mana tahu idea tu boleh meletup jadi hot story nanti. Hehehe.

Haha... belum masuk komen tu sebab saya tak ada set approval... Yela, idea datang spontan tu yang best... asli...

Perkongsian yang baik ni Lan..
Kengkadang tu idea memang byk.. Bila ngadap PC semua lari bertempiaran.. Hadoiiii..

Dah lari kena cepat2 tangkat Lea... Kena selalu gunakan phone sebab phone selalu berada di tangan... hehe...

terima kasih bagi tips ini sebab Ainaa pun memang selalu terpaksa draft terlebih dahulu entry sebabnya tulis separuh jln. idea tiba-tiba je hilang. huhu tapi ada juga bila tiba-tiba je datang idea, haa yang tu memang kena cepat-cepat tulis. takut hilang pula.

Mek punya tips ntuk update entry - ambik gmbr. Biasa kalau nk up entry mesti kena bukak gallery dlu and baru tulis dekat blog. Ulas sebaik mungkin. But not too long. Takot org boring nk bace pnjg berjela. Lg satu bleh cedok - tgk entry org. Up entry lebih kurg same dgn idea and olahan sndiri.

Separuh jalan tu mungkin ada gangguan atau kita cuma ada dua point je, nak buat point ketiga baru nak fikir atau kata-kata penyambung tak keluar dari otak... tap kalau idea dtg tiba-tiba better tulis cepat kan...

Bagus juga tu ambil gambar sendiri. Jangan lupa letak watermark....

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon