Merantau untuk hidup sendiri

Saya merantau untuk hidup sendiri. Hidup merantau di negeri orang. Jauh di sudut hati berat mahu meninggalkan ibu bapa tersayang. Namun apakan daya, takdir telah membawa saya sejauh ini di perantauan. Semenjak saya berada di tingkatan satu lagi, saya sudah kerap berjauhan daripada keluarga. Niat hati mahu berada dekat disamping ibu. Rasa masakannya setiap hari. Namun kini sudah beristeri. Masakan isteri makanan ke syurga. Rasa masakan ibu ibarat menu hotel. Jarang-jarang dapat makan dan eksklusif. Tersimpan di hati juga ingin meringankan kudrat bapa, apatah lagi beliau sudah berumur. Kekuatannya bukan sama macam dahulu. Tapi apakan daya. Saya merantau untuk hidup.

Hidup merantau, Pengalaman hidup merantau, Manfaat hidup merantau,  Cara hidup merantau

Permulaan entri ini menggambarkan perasaan saya. Kisah saya di perantauan. Mungkin anda mempunyai pengalaman yang sama seperti saya. Merantau untuk hidup. Mencari rezeki di negeri orang. Senang susah menanggung sendiri, sihat sakit kawan membantu. Walau bagaimana pun saya tidak pernah menyesal dan merungut kerana ini jalan yang saya pilih. Hidup ini pilihan. Sampai masa sehingga kita menghadap Illahi.

Catatan ini pasti bukan yang terakhir. Kerna selagi badan bernyawa, selagi itu catatan kehidupan sentiasa ada. Hidup merantau sendirian ada kelebihannya sendiri. Biarpun sedekat mana kita merantau, kita tetap menguruskannya sendiri. Bukan tidak mengharap bantuan ibu bapa lagi, tetapi sampai waktu nanti kita akan bersendiri jua. Saya bermula di bandar Kluang. Kemudian ke Kuala Pilah lalu ke Shah Alam. Selepas Shah Alam menjadi teduhan, membawa diri diri ke Kluang semula sehingga menjejakkan kaki ke Jengka Pahang. Mula bekerja di Puncak Alam, lalu ke Bangi dan kini Sibu, Sarawak. Selepas ini destinasi belum pasti. Ke mana arah angin rezeki, ke situ saya pergi.

Pengalaman hidup merantau memberi saya berbagai pengalaman baru. Setiap daerah ada benda baru. Selain menikmati keindahan alam, gaya hidup juga perlu berbeza. Di mana bumi di pijak di situ saya mengubah diri. Bermuhasabah berkat semakin tingginya usia. Setiap hamba yang saya jumpa berbeza karakter. Cuma sebagai perantau, kita perlu membawa diri. Jika salah kaki melangkah, salah lah hala tujuannya. Tiada siapa akan memandu saya. Saya cuma ada Tuhan yang Satu di sisi. Tidak ada orang peduli. Di usia muda, merantau lah demi masa hidup di dunia. Saksikan warna-warna alam yang ada. Sementara ada masa.

Hidup merantau, Pengalaman hidup merantau, Manfaat hidup merantau,  Cara hidup merantau

Manfaat hidup merantau ada untung dan ruginya. Ruginya bukan selalu mampu menjenguk ibu bapa. Bukan kita tidak suka tapi terpaksa. Demi isteri dan anak-anak dibawah naungan saya. Jangan pernah menyesal kerana mereka ahli-ahli syurga. Bergantung pada diri sendiri. Arah mana perlu di tuju. Mereka semua anak didik kita. Sebagai lelaki, suami dan bapa. Itu tanggungjawab. Belajar berdikari dan bentuk jati diri. Siapa diri kita sebenarnya. Ibu bapa hanya memulakan dan diri sendiri akan menghabiskan riwayat hidup sendiri. Jadi corakkan diri sendiri di perantauan. Jangan salah warna. Biar pun hitam pilihan hati asalkan suci. Jangan pilih putih tapi hina. Kenali kehidupan hamba Tuhan yang lain. Untuk pedoman dan panduan hidup agar diri jangan sama jahat, buat baik lebih sekali. Manusia itu berbagai dan terima seadanya perbezaannya. Pasti perantau akan bahagia.

Cara hidup merantau sangat penting. Tempat orang ada adat sendiri. Kita ada adat sendiri. Jangan banding dan sinis dengan adat mereka. Gaya hidup mereka, kubur mereka. Nasihat perlu tapi jangan selalu. Takut orang timbul benci. Bahaya buat perantau. Penting untuk bersederhana. Menyimpan untuk berjumpa ibu bapa dan sanak keluarga. Walau mereka anggap kita asing tapi kita tetap bersaudara. Cara hidup merantau, jangan beri benci, lemparkan bunga, tentu bahagia. Jangan pernah menyesal menjadi perantau. Merantau untuk hidup, hidup dan terus merantau. Sekian.

58 Comments

Setuju dengan kata2 masakan ibu ibarat menu hotel. Tapi saya masih lagi boleh merasa masakan ibu hari2. Alhamdulillah. Walaupun simple tapi tetap first class 😇

Untung Sis Ana... Dapat makan masakan mak... betul, walau simple tetap puas hati...

Seronok bca ibrah merantau..pengalaman yg x kn dpt klo dok setempat je.jauh prjlnn luas pmdngn musafir di bumi Allah mengingtkn jugk dunia nie x kekal.lelaki snng bleh nk terbng merantau ke mna je pompuan ssh skett..hoho..salute

Merantau masa bujang senang... bila dah kahwin baru rasa beratnya katil dan almari... perempuan mak ayah risau keselamatan anaknya...

setuju lah dengan tuan. merantaulah untuk menimba ilmu dan pengalaman. saya kalau merantau 2 3 minggu tu boleh lah. Kalau lama sangat adohh homesick teringat family kat kampung. hihi tapi nak pi training kat negeri orang, memang x dpt elak lah merantau jauh dr family.

Boleh cuba tu Amer...ni mesti anak kesayangan mak ni... kalau Amer perlu jaga mak ayah bagus juga... berbakti pada ibu bapa...

Hidup merantau ini mendidik kita lebih menghargai...lebih menyayangi..dan lebih bertanggungjawab..merasai nikmat yang sukar diterjemah dengan kata-kata bila balik kampung..bila juma ibu bapa..adik beradik...ukhuwahnya lain macam..lebih wangi menjadi lebih erat..insyaAllah.

Betul tu. merantau ditempat orang, kena sesuaikan diri dengan keadaan di situ. Jangan masuk tempat orang tapi buat macam tempat kita sendiri. Tak tahu adat dan budaya dekat situ. Makin banyak merantau, saya percaya makin banyak pengalaman hidup yang kita boleh perolehi. Kadang2 teringin juga nak berjauhan sebab nak belajar berdikari.

Saya juga merantau, mencari pengalaman dan makna hidup.

Sekejap saya terfikir, adakah kita sama UiTM? Kuala pilah > Shah Alam. Hehehe.

Benar PC, rindu selama kita berjauhan memang kuat dan paling penting boleh meningkatkan sifat kendiri dalam mengharungi cabaran merantau...

Boleh juga merantau Syed, cuba environment baru dalam hidup, mesti seronok...

UiTM betul, Kuala Pilah Tahun 2001... sama tak?

Saya selalu teringin nak rasa pengalaman merantau sendiri ke luar negeri. sebab nak cari banyak pengalaman. Fikiran kita pun luas dan sedar betapa besarnya dunia ni, penuh pemandangan cantik, kehidupan org yang berbeza.. Tapi setuju, pasti akan teringat ibu jika berjauhan :)

Masa muda la kita merantau. bila dah kahwin n ada anak nak gak balik ke kg n bina rumah di sana. Syukurlah abe kie mengajar di daerah sebelah. Biarpun x duduk dkt dgn keluarga tp sekejap je nak balik kg.

Kena cuba lah seminggu dua ke... lama2 dah biasalah... Hehe... Betul tu, banyak pemandangan luas pengalaman...

Betul tu Abam Kie, bila dah tua memang nak balik kampung, masa muda masa merantau... Ok la tu Abam Kie, hidup sendiri dan mudah nak balik kampung... Rezeki tu...

setuju merantau untuk ajar hidup berdikari

Betul tu Sis Raihanah. Hidup berdikari..

Super senior ni, saya 2011, hehehe, tahun 2001 saya darjah 2 baru, hehehe. Saya disana ambil diploma microbioloy, hehe.

ooo... hehe... masa tu kitaorang kat UiTM lama lagi, bangunan kayu lagi... hehe...

dari kecik tak pernah merantau tapi bila dapat smbung belajar, terpaksa la merantau dan jadi perantau. alhamdulillah dapat sesuaikan diri di tempat orang dan dapat elak dari terkena 'kejutan budaya'. tapi betul tu, lebih jauh kita merantau... lebih banyak pengalaman dan perangai orang yang kita dapat tengok.

saya tak penah merantau jauh ke negeri orang.. tapi pernah duduk sendiri masa bujang dulu sebab keje.. hehehe

Hehe tahu, kat Melang kan. Legend la.

Pasal domain Go Daddy tu kan, boleh survey dimana ya?

Sis merantau sejak bujang, kahwin dan sampai sekarang masih lagi berada di negeri orang. Bermula dengan merantau hidup di KL selama 7tahun, pulang ke kampung sendiri selama beberapa tahun untuk bantu mak ayah tapi akhirnya terpaksa ikut tinggal di tanah tumpah darah suami dek kerana title dan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Walau rindu pada kampung sendiri, rindu pada peluk mak tapi at least, pengalaman di tempat orang buat kita lebih matang dan dapat menghargai apa yang jauh dari mata.

senior junior berjejak kasih... kikiki

seronok merantau ni, tapi bila lama-lama rasa nak balik ja. huhu mama mellya dah "cop" mellya siap-siap kena keja dekat2 sebab kakak dah jauh di sarawak 😅😅

saya dulu belajar di negeri sendiri lepas tu sambung merantau jauh di selatan JOhor.. sambung pelajaran.. balik kampung semula .. merantau ke KL dan balik ke kampung balik.. entri macam ni ingatkan diri sendiri , betapa susahnya asyik merantau, tapi walaupun pahit kemanisan tetap ada .. macam yang tuan katakan belajar adat dan budaya tempat orang.. :)

yeah, kita sama. start form 1 sy dah duk jauh dr family. tapi, blh jumpa family sebulan 2×. bila sambung degree, hanya balik kampung 2× setahun. merantau ni, bnyk benda kita boleh bljr, bnyk benda yg kita tau. kita boleh bljr bahasa lain, tau adat tmpt lain, dpt kwn baru. lagipun kita mmg digalakkan merantau. dlm pada kita merantau, jgn pula lupa dgn family.

Saya lupa Melang atau bukan. Tapi bekas Institut Pertanian. Hehe.

Boleh lihat di GoDaddy.com untuk pakejnya. Lihat mana yang mampulah. Mahal-mahal nanti takut tak dapat renew.

Nampak benar saya dah tuakan Siti? Hehe...

Kejutan budaya tu yang paling bahaya... macam-macam kesan buruk boleh berlaku... alhamdulillah Mai tak terkejut budaya...

Duduk sendirian masa bekerja juga boleh mengajar erti berdikari. Semua pun kena urus sendiri kan.

Betul tu.. bila dah merantau jauh bukan selalu dapat balik kampung... tambahan lagi kos tambang sekarang ni.. bila makin beranak pinak makin tinggi kos... lama juga duduk kl ye.. sebagai isteri mmg suamilah pembuat keputusan akhir.. mana pergi dia kat situlah isteri ikut kan...

Dalam ramai adik beradik mesti ada yang Allah takdirkan duduk dekat dengan ibu bapa... Mellya terpaksa rela lah tawaran mak tu kan... hehe

Banyak juga tempat berhijrah ye... betul tu, kalau tak merantau tak tahu perbezaan budaya... selalu nampak kat berita je... manis pahit itulah kenangan untuk dijadikan panduan buat generasi seterusnya...

Betul tu, dalam masa kita merantau at least keep in touch dengan family. Sekarang dah ok sebab media sosial pun dah memudahkan... jangan lupa asal usul kan... takut nnt jadi Si Tanggang pula... hehe

Mek merantau daerah je. Keluar negeri belum pernah (untuk blaja / keje)

Okla tu Ayunie.. Sekurang-kurangnya merantau juga...

Sangat2.. Nurrul terasa bila dah dudk negeri org.. lagi2 lah bila kita jumpa org yg tak ngam dgn kita and how to deal with.. so scary and tension..

Memang perlu merantau kadang2.. sbb tu rasulullah pesan kan ..

Merantau akan memberikan kita banyak pengalaman. Dan pengalaman pula merupakan guru yang terbaik untuk kita.

Betul tu Nurrul, kita kena pandai bawa diri dan hadapi masalah seorang diri...

Setuju, pengalaman adalah salah satu guru terbaik, jika langkah yang pernah kita pilih adalah salah, jangan ulangi lagi...

mendalam maksud setiap kata-kata. Good sharing :)

Merantau nie memang kena pandai membawa diri.. Hati dan semangat memang kena cekal sebab nak balik menjenguk ibu bapa selalu tu bukan mudah..
Pengalaman yang sukar nak diperolehi..

stkt ni yui xpnh merantau lg...

jauh pun xsmpai 100km dri umh mak abah..

Nasib lah saya lelaki, hati tak berapa nak layu kalau jauh2 dari ibu bapa ni... hehe

Boleh cuba tu Yui.. best merantau...

Ya Allah, bagusnya dapat merantau... Akak pun nak teringin sangat nak merantau... Syukur yer dapat merantau sebabnya salah satu sunnah Rasulullah saw... bila dah dapat peluang ni carilah Allah di mana sahaja dengan menambah kekuatan iman... Sepertimana yg Rasulullah dan para sahabat buat...

Betul tu kak, untung dapat merantau, nanti dah pencen balik lah kampung... Hehe...

mcm2 pgalamn di peroleh dr merantau ni,boleh kongsi dgn anak2 juga wlu bjauhan dgn ibu bapa sdiri. ALhamdulilah, ju masih bsama ibu dan ayah ju.. masih dapat merasa masakan ibu, bila hati mrindu, balik jenguk setiap hujung minggu. Semoga di pmudahkn urusan pkerjaan .. amin =)

Untung ya Jun Zie, masih dekat dengan ibu bapa... Rezeki kan... InsyaAllah semua urusan akan dipermudahkan...

aku merantau juga lan..ke terengganu.. blaja kat jb dan segamat jer.. x keluar dri johor..lepas kawen baru ke luar jhr :)

menarik entri ni...saya anak sulung dari semua perempuan..lepas habis sekolah berasrama kat selangor terus merantau kat Nilai kerja untuk bantu family...NOW STUDY KAT BANGI...what i've become now is more INDIPENDENT..merantau memang mematangkan !

Ok la tu Yati, merantau ikut suami kan, welcome to my blog Yati... jiran sekampung...

Betul tu Huda, sesiapa pernah merantau pasti akan rasa kelebihannya.. moga Huda menjadi nadi keluarga yang terbaik...

Salam..

betul kata2 tu...esp bab2 masakan ibu..bila dah merantau, nak dpt rasa masakan ibu hanyalah setahun sekali @ dua kali jer..bergantung pada kekerapan balik..tu pun x boleh kerap sangat nak balik ambil cuti.. disebabkan kos flight & faktor cuti..

bab merantau pun sama..cam saya, abis SPM jer dah merantau ikut abg ke bandar..keje kilang sementara tggu result SPM..pastu belajar pastu dpt keje tetap, merantau plak ke semenanjung..sampai la sekarang..susah senang dah puas rasa..tp bila cite bab pengalaman, rasanya x tergambar dan ternilai dengan wang ringgit walaupun bg orang tak seberapa. Bila merantau la kita belajar berdikari demi kelangsungan hidup..

Wassalam sis, ya sis, pengalaman ditempat orang memang sangat bermakna dalam hidup... okla tu, saya ke Sarawak, sis ke Semenanjung... hihi...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon