Ruang Iklan

Nasihat ibu bapa pada anak

Ibu melahirkan tuannya tanda dunia hampir kiamat. Seringkali kita dengar kata-kata tersebut. Ucapan itu bukan kosong tetapi memberi peringatan jelas kepada kita bahawa perkara itu memang sudah lama berlaku. Dalam kes terkini kita boleh saksikan bagaimana anak-anak muda berbasikal dilanggar oleh sebuah kereta dan menyebabkan kemalangan maut dan ngeri yang berlaku di Johor Baharu. Punca kemalangan motorsikal berlaku

Lumba basikal, LDTL Langkawi, keselamatan berbasikal

Pesan ibu bapa bukan bertujuan menghalang kecemerlangan anak-anak dalam kehidupan. Tiada ibu bapa yang mahu anaknya gagal dan tidak berjaya. Sejak kecil ditimang dan dimanja, dipelihara dan dididik maka mengapa begitu sukar menuruti pesanan dan tegahan mereka. Walhal niat ibu bapa hanya satu iaitu memastikan pewaris mereka tidak terlibat dalam sebarang kecelakaan. Adakah semua yang berlaku kerana kecuaian ibu bapa punca anak kemalangan.

Tidak saya kaitkan dengan punca kematian anak-anak muda tadi dengan keingkaran mentaati tegahan ibu bapa mereka. Namun yang pasti, ibu bapa telah berpesan sebaik mungkin dalam menasihati anak mereka supaya tidak berbuat sesuatu perkara yang mengundang bahaya pada diri mereka sendiri.

Saya pernah melihat anak-anak kecil berkeliaran di tepi jalan bermain layang-layang. Kadang kala kegembiraan boleh bertukar tragedi jika tali benang layang-layang tersangkut ke leher saya atau pun saya terlanggar mereka. Bukan salah didikan tetapi sikap tidak mementingkan keselamatan boleh mengakibatkan malapetaka pada diri sendiri.

Sebagai seorang anak kita perlu sedar bahawa naluri wanita seperti ibu sangat kuat. Pandangan bapa sangat luas berbanding kita. Ada beberapa perkara mungkin mereka kurang pengetahuan, tetapi ibu bapa sebenanrnya mahu yang terbaik buat anak mereka. Oleh itu, dengarlah nasihat dan pesanan ibu bapa demi kebaikkan diri.

Perkara yang berlaku biarkan berlalu. Kehidupan masa depan wajar diteruskan dengan mengambil kira sejarah yang lalu sebagai pedoman hidup. Apabila mencapai usia dewasa, renunglah kata-kata ibu bapa, amatilah setiap pesanan ibu bapa sama ada mengundang bahaya atau sebaliknya. Pesan orang tua "Kalau melentur buluh biar dari rebungnya". Justeru itu ibu bapa kerap memarahi anak dari kecil. Pesan Sultan Johor "Biar dia menangis, jangan kita yang menangis". Ungkapan tersebut wajar menjadi pegangan ibu bapa dalam mendidik anak supaya mengutamakan keselamatan diri sendiri. Mahu bermain biar pada tempatnya.

penunggang basikal maut, basikal hancur, basikal rosak

Manjakan anak tidak salah serta beri kebebasan pada perkara tertentu ada hadnya. Awasi pergerakan anak memandangkan begitu banyak kes kecuaian, kes kemalangan serta penculikan berlaku. Walau pun berkawan biar seribu tetapi jika salah memilih kawan rosak binasa. Bagi saya, tiada had privasi anak yang patut disembunyikan oleh anak kepada ibu bapa kerana jika terlibat dalam kesulitan ibu bapa juga tempat mengadu duka. Biar memadam api ketika ianya kecil kerana api yang marak sukar dibendung lagi. Moga sama-sama kita melindungi anak-anak dan mewujudkan persekitaran selamat bagi anak bermain. Seperti yang saya jelaskan tadi bermain pada tempatnya.

44 Comments

Sekarang ni gejala sosial semakin berleluasa. Di tempat saya saja dah boleh nampak. Waktu maghrib masih berkeliaran bermain di luar. Sepatutnya waktu tu anak-anak berada di rumah tunggu waktu solat. Nak salahkan siapa pun tak tahu. Kalau ditegur di kata busy body. 😅

Bab busy body tu yang susah nak cakap, patutnya dia bersyukur ada orang prihatin dengan anak dia... banyak berlaku sekarang, anak tak dpt ditegur orang lain...

mak ayah mana nak benda tak baik berlaku atas anak mereka. Tapi salah mak ayah ni satu jer, iaitu tak bertegas dengan anak dari awal. sis sendiri anak sulung dah 14tahun, selalu meminta-minta nak sis ajarkan dia cara bawa motor dan dia juga selalu minta nak ronda naik motor dengan kawannya.. but NO! itu jawapan yang kami bagi berserta dengan sebab musababnya sekali.. sebagai contoh dia cakap nak balik naik motor dengan kwannya... sis pun cakap la.. "kalau abang balik naik motor, tetiba ada polis abang tau tak yang polis akan tangkap abah? Dan kalau accident, abang rasa mama dan abah akan dapat susah ke dapat senang?" Alhamdulillah sampai sekarang dia tak ikut kwn2nya yang suka meronda tanpa lesen dengan motor. Berkawan boleh tapi hanya di sekolah dalam tujuan pelajaran.. (MENGONGKONG SANGAT KE SIS NI? HMMM...)

semoga apa yang berlaku menjadi tauladan kepada kita semua dalam mendidik dan menjaga anak2... InsyaaAllah....

Betul tu, at least dia perlu ada lesen motorsikal supaya dia tahu undang-undang, kita memang kena bertegas sebab selain daripada ibu bapa, tiada siapa akan peduli anak kita...

Ya, jadikan tauladan, walau malang tidak berbau, kita berusaha melindungi anak dan prihatin tentang keselamatannya... Amin...

Biar anak menangis jangan kita menangis. Macam tu la saya kadang2 biar je bebudak tu menangis tak dapat keluar rumah selagi bukan dengan saya, daripada keluar tiba2 tak balik, nauzubillahiminzalik, tapi Malaysia sekarang tidak selamat lagi (kes lain),

Macam tu juga kes ibu bapa yang masih tegas tidak memberi kebebasan anak keluar rumah malam2 dan bermain motorsikal tanpa lesen, tahniah, tidak ramai lagi ibubapa yang peduli.

Kadang2 ibu bapa dah nasihat, tp anak2 yg taknak dengar. Dan kadang2 ibu bapa yg kurang tegas dlm memberikan nasihat kepada anak2. Mana2 situasi boleh terjadi. Apapun, semoga kita belajar dr apa yg telah terjadi.

kiranya sis bukan tahap mengongkong la kan? Bukan apa... paham2 la anak remaja ni, lari rumah ke apa ke.. Ya Allah.. takut!

kadang tu, anak-anak ni, kalau dengan mak ayah diorang memang susah nak jalan sikit, dengan orang lain tahu pula takut. tapi kan, apa yang dayah tengok daripada didikan mak dayah kan, dia akan garang bila mana benda tu salah, memang tak ada bagi muka langsung, sangat-sangat tegas. contoh la kan, kalau mak suruh buat kerja rumah, tak nak buat, lepas tu mak cakap tak nak kasi keluar then baru nak terhegeh-hegeh buat, mak memang tetap tak akan bagi keluar, walaupun dah buat kerja sekolah, sebab mak ajar, bila mak suruh, kena buat, jangan bila ada balasan baru nak buat, disitu dah buat kami semua berhati-hati..rasanya, benda tu bagus untuk diamalkan =)

Anak-anak ni kadang-kadang memang tak makan saman sikit even parents dah nasihat banyak kali pun. Tapi saya dulu kalau mak marah memang tak berani langsung nak buat sebab mak saya garang. Takut kot. Sepanjang zaman persekolahan tak pernah mak bagi keluar malam-malam and even tidur rumah kawan-kawan pun tak pernah bagi. Tapi dah besar ni baru faham ada hikmahnya. Takpa, yang dah berlaku kita ambil sebagai iktibar.

Nampaknya kita patut ambi tahu tepi kain orang juga.

Pesanan sultan johor tu sangat besar maksudnya. Kalo dibiarkan atau dimanjakan, nanti anak jadi degil. ibubapa yang susah nanti. Kalau benda yang tak diingini terjadi, nak menyesal pun dah terlambat. huhuhu. tapi tak leh salahkan ibubapa juga. mana tahu stgh anak tu yg memang keras kepala..

Ya.. Ketegasan amat penting buat anak.. kita tegas sebab kita sayang.... bukan benci...

Lari tu kalau ada hasutan member lain seperti bf atau gf... dari cara dan gaya anak kita pun dah tau bakal-bakal lari atau tak... biar dia banyak cakap jangan murung dan dingin je kat umah... ok la tu sis.. mak garang... hehe

Ada juga yang tak ambil kisah kemana anak pergi dan anggap bersama kawan je... lama-lama kebebasan disalah guna...

Kita perlu contohi cara orang dulu ajar anak... walaupun dengan rotan, yang penting jadi orang... jangan selalu tipu ye mak... hehe...

tak tahu nak cakap mungkin cara didikan ibu bapa yang dulu dan sekarang dah jauh berbeza,, .peralihan zaman .itu pun kemungkinan..tapi aturan Allah yang lebih mengetahui segalanya ..dalam masa yang sama, dengan kejadian ini dapat membuka mata ke semua pihak.. .

Yela, bila dah besar baru kita sedar pentingnya mak ayah didik kita dulu kan... sebenar Syed tak takut tapi hormat kan...

Ya WP, cuma ibu bapa zaman sekarang senang salah erti keprihatinan orang lain... walhal kesannya akan lahir masyarakat "Lu Lu, Gua Gua"...

Ya undang-undang sekarang begitu... anak salah mak ayah pun salah... silap-silap tidur lokap sama-sama...

Setuju sis.. benda ni buat mak ayah perlu lebih hati-hati terhadap pergaulan anak-anak... moga kita ambil pengajaran...

susah nak cakap kan. anyway harapnya anak2 kita tidak berlaku begini

Sistem pendidikan di rumah dan di mana-mana sekolah dan institusi kini dicampur dengan environment sekarang totally tak sama dgn dulu. Itu yg kakak dpt rasa cabaran mendidik anak sekarang tak sehebat anak zaman dulu.

Betul tu, kes yang berlaku buat ibu bapa sentiasa berwaspada...

Betul la kan, sistem sekarang tak macam dulu... semakin maju kita, semakin jauh pula adab kita... :-(

sayang anak tangan2kan..bila dah jadi mcm tu nak salahkan siapa..yg pasti ramai akan tuding jari kat orang lain..semoga kejadian ni menjadi iktibar buat kita semua..

betul & ju sokong dgn statement sis @kakzakie purvit. Cabaran mdidik anak skrg lebih tggi bbanding dlu. Al-fatihah bagi mereka yang telah meninggalkn kita dalam kejadian tersebut.

Kena amek tauladan dengan apa yang terjadi.. Skrg byk betul anak2 yg terlibat dengan gajala sosial.. Mintak dijauhkan...

Betul tu sis, ramai tudingkan jari... Pada kita, kita jadikan pengajaran buat anak-anak sendiri..

Yela kan, masa anak kecil kita belum tahu nasib dia lagi, takut-takut dah besar melukakan hati kita pula...

InsyaAllah Lea, sama-sama kita mohon untuk dijauhkan perkara-perkara tersebut...

x dpt nak komen guna fon :'( prnh sekali sy & kakak main basikal kat jln raya besar, kantoi dgn parents. lepas tu, kalau nak main bskl, dpn halaman rumah ja

nasihat lah semampu boleh.. sbb kalau dh jadi, mmg tak boleh nak buat apa lagi. cegah sbelum terjadi.. marah lah sekalipun kalau tu cara yg terbaik..

Ok, dah ubah settingnya... sorry... bagus juga kalau parents garang kan, demi keselamatan diri sendiri...

Betul tu, mak bapak jangan penat membebel dengan anak, nanti dah berlaku sesuatu yang buruk menyesal pun tak berguna lagi...

Membesarkan anak-anak pada zaman sekarang amat mencabar..semoga kita semua dapat mendidik anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah..cemerlang dunia,akhirat..aamiin..

Betul tu Kak Sue, memang amat mencabar... Amin...

jangan terlebih manjakan anak, padah jawabnya. zaman aina kecik2 dulu pukul 7 mlm tu kalau merayap lagi rotan makan dia. ibubapa patut belajar cara betul utk anak2 mudah dengar kata2 mereka. nak rotan xboleh, guna lah cara psiko budak2 tu.

btw, jemput singgah n komen :) http://nikainaa.blogspot.com/2017/02/untung-lebih-dengan-menjana-pendapatan.html

terima kasih 😄 dah blh komen guna fon 📱 kan, ada sebab knp parents larang kita buat itu ini

Sama-sama Nour, setuju tu, memang larangan oleh ibu bapa ada rasionalnya...

Ya tak boleh manja sangat dan tak boleh beri tekanan sangat... InsyaAllah kunjungan akan dibalas...

Apa yang saya perhatikan... Anak-anak sekarang tak macam kita zaman bebudak.. Kalau mak ayah kata tak boleh, ikut je.. anak-anak sekarang lagi dikata tak boleh lagi dibuat.. Bak kata seorang ustaz (yang saya tak ingat namanya) pendekatan untuk anak-anak sekarang memang berbeza..

Ada juga anak memang patuh pada ibu bapa, tapi banyak pula susah dengar kata... moga hindari perkara ini berlaku pada saya...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon