Monday, February 06, 2017

Nuklear Malaysia: Kerjaya kakitangan awam

Agensi Nuklear Malaysia, Nuklear Malaysia, Bekerja di Nuklear Malaysia, bahaya nuklear, radioaktifSelesai temuduga kerajaan saya dimaklumkan bahawa saya diletakkan sebagai calon menunggu. Rasa sedikit kecewa kerana bukan calon yang lulus temuduga kerajaan. Calon simpanan boleh dikatakan masih dalam pertimbangan dan sekiranya ada jabatan yang perlu penambahan kakitangan, berkemungkinan saya akan dihantar ke jabatan tersebut. Saya ditemuduga untuk jabatan lain tetapi mendapat kerja di jabatan lain. Akhirnya Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) memilih saya sebagai salah seorang kakitangannya. Saya sangat gembira kerana impian mendapat kerja akhirnya termakbul. Syukur alhamdulillah.

Siapa tidak berasa seronok apabila mendapat tahu ditawarkan kerja tetap. Ibu saya juga gembira cuma tidak melompat. Bila dia dengar saya dapat kerja, terus buat bubur merah sedekah pada jiran-jiran sebelah rumah. Maklumlah saya anak lelaki sulung. Jadi anak sulung ini memang semua dapat lebih. Adik beradik lain jangan marah ya. Mengapa? Sebab sebelum ada 2 atau 3, perlu ada nombor 1. Dan sayalah nombor 1 itu. Sebenarnya tiada istilah lebih atau tidak. Ibu bapa saya adalah ibu bapa yang sangat adil bagi anak-anaknya.

Agensi Nuklear Malaysia, Nuklear Malaysia, Bekerja di Nuklear Malaysia, bahaya nuklear, radioaktif

Sedikit informasi berkenaan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Berpusat di Bangi. Tiada cawangan di negeri lain melainkan hanya ada dua cawangan Nuklear Malaysia iaitu di Jalan Bangi Lama dan Jalan Dengkil sahaja. Pada asalnya dikenali sebagai Malaysian Institute for Nuclear Technology Research (MINT). Sebelum itu PUSPATI, CRANE dan UTN. Sejarah berkenaan jabatan ini boleh baca di laman rasminya. Melalui beberapa peringkat penjenamaan namun apa yang pasti Agensi Nuklear Malaysia telah banyak menyumbang kepada industri di negara ini.

Agensi Nuklear Malaysia, Nuklear Malaysia, Bekerja di Nuklear Malaysia, bahaya nuklear, radioaktif

Apa fungsi Agensi Nuklear Malaysia? Fungsinya terlalu banyak. Untuk saya hurai satu persatu memang perlu 5 atau 6 posting. Saya akan fokus pada tugas saya sahaja. Keselamatan Sinaran. Bukan Sinaran Passport Kegemilangan. Bukan juga keselamatan sekuriti. Tetapi keselamatan daripada bahan-bahan nuklear dan merangkumi keselamatan pekerjaan. Orang ramai selalu dimomokkan dengan bahaya sinaran di Gebeng, Pahang, tetapi bagi kami, nilai bahaya di Gebeng, Pahang bersamaan dengan nilai yang terdapat di kawasan rumah. Bacaannya terlalu rendah dan terkawal. Penguatkuasaan undang-undangnya telah dijalankan dengan baik oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA). Oleh itu, pada pandangan saya, pencemaran bauksit lebih menampakkan bahayanya di Pahang. Fakta tetap fakta dan bila fakta dialihkan bagi tujuan kepentingan peribadi, itu adalah salah.

Saya simpulkan mengapa saya suka bekerja di Nuklear Malaysia. Pertama, rakan sekerja saling bergantungan dan bekerjasama. Kedua, selalu kerja luar dan dapat melihat keindahan alam negeri lain. Ketiga, sebab risiko kerja yang mencabar dan bahaya jika berlaku kecuaian. Semua itu menjadikan pengalaman kerja yang indah bagi saya. Persepsi orang awam melihat kakitangan awam bersantai dan menghabiskan masa semasa waktu kerja. Namun bagi saya tidak. Apabila sudah berada dalam sektor perkhidmatan awam, baru tahu kerja banyak atau tidak. Paling susah adalah mahu menjaga hati orang awam. Persepsi dan cabaran menyampaikan maklumat yang benar dan tepat.

Agensi Nuklear Malaysia menerima pelawat daripada institusi lain juga. Jadi kalau mahu lihat dengan mata sendiri Reaktor Nuklear di Agensi Nuklear Malaysia, boleh ajukan terus pertanyaan pada Unit Komunikasi Korporat (UKK). Tiada caj kemasukan bagi memasuki reaktor nuklear. Walau bagaimanapun ada beberapa kriteria pelawat yang tidak dibenarkan memasuki kawasan reaktor. Hal ini akan saya jelaskan pada entri akan datang. InsyaAllah. Terima kasih Ya Allah diberi kesempatan bekerja di jabatan ini. Pengalaman yang sangat bermakna selepas menjadi penternak kambing dan pembantu klinik swasta.

16 comments:

  1. Wah seronok ye kerja di Agensi Nuklear Malaysia.
    Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok WP walaupun ada risiko bahaya...

      Delete
  2. tahniah Noor Azlan..untung jadi anak sulung rupanyaa ya...sy pernah buat sales visit kat Agensi Nuklear lama dulu...sesat pun pernah waktu jemput anak kat KPTM Bangi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mrs Fuzy... Memang untung sikit lah... Hehe... Kalau tak biasa dengan tempat baru memang boleh sesat...

      Delete
  3. Alhamdulillah, tahniah Noor Azlan. Nak juga kerja macam ni, hehehe, takut lama-lama nanti lupa abes skill dalam lab. sedih jadi penganggur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Noor Maizan... Kena selalu renew application kat SPA... Betul tu, bila lama tak asah skill memang boleh lari tune... Sabarlah ye, InsyaAllah ada rezeki kat tempat lain...

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Tahniah saudara..
    Ye betul tu.. bila dah berkerja baru kita tahu banyak atau sedikit kerjanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Shahida... Jauh lagi perjalanan cerita kerjaya tu, akan ada sambungan... :-)

      Delete
  5. Alhamdulillah, tahniah dah dapat kerja dah.
    boleh belanja kenduri rakan-rakan blogger ni hehe gurau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Belum sampai cerita kerja sekarang tu... boleh datang Sibu nanti saya belanja... Hehe

      Delete
  6. kerja hebat ni sehebat namanya.

    tahniah dah kerja tetap =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kerja gaji tetap... Rezeki Allah SWT...

      Delete
  7. Yg penting gov lan ;) Terjamin insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... saya bersyukur sangat sebab dapat gov... rasa bertuah...

      Delete