Berkesempatan berkursus di Beijing, China membuka mata saya tentang dunia luar. Pada waktu yang singkat, saya dapat melihat bagaimana perbezaan budaya dan cara hidup di negara China yang tentunya satu pengalaman berharga dalam hidup saya. Terima kasih kepada bekas bos dan majikan saya di Agensi Nuklear Malaysia kerana mengusulkan nama saya sebagai salah seorang peserta kursus di Beijing, China pada tahun 2012.
Hampir ditinggalkan pesawat ketika berlepas di KLIA mengajar saya untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan. Oleh kerana terlalu teruja sambil menikmati keindahan ruangan dalam KLIA, nama saya dalam senarai panggilan terakhir pesawat kerana berlegar-legar di ruangan menunggu tanpa saya sedari. Maklumlah baru pertama kali ke luar negara.
Perjalanan menaiki pesawat MAS MH371 selama hampir 6 jam dengan jarak 4332 kilometers daripada Kuala Lumpur, dipenuhi oleh majoriti warga China yang saya cuma faham 'Xie Xie' sahaja amat membingungkan memandangkan 2 lagi peserta jabatan tidak duduk bersebelahan dengan saya. Senyum sana sini sahaja dengan penumpang sebelah. Macam biasa tidur adalah wajib bagi saya jika dalam perjalanan jauh.
Setibanya di Beijing, China dan perlu melepasi kawalan sekuriti yang ketat kami disambut dengan pemandu teksi yang bagi saya kurang mesra pelanggan. Saya sudah jangka memandangkan terdapat pemandu teksi serupa itu di negara ini. Selain memandu dengan cara tidak selamat, brek mengejut, mengikuti kenderaan hadapan dengan rapat membuatkan jantung anda berdegup lebih kencang daripada biasa. Bezanya kecekapan mereka memandu boleh dipuji kerana majoritinya memandu dengan gaya yang sama.
China penuh dengan bangunan tinggalan sejarah lampaunya. Selain tembok besar, bangunan tinggalan dinasti lampau amat mengujakan untuk dilawati. Walau pun anda perlu berhati-hati dengan penyeluk saku, kebanyakkan penduduk di sana tidak menghiraukan status anda sebagai orang asing. Jadi pandai-pandailah membawa diri mencari arah kerana perbezaan bahasa yang ketara. Sukar untuk berjumpa mereka yang boleh bertutur dalam bahasa english. Tambahan lagi, kebanyakkan nama bangunan dipaparkan ditulis dalam bahasa mereka.
Kebanyakkan bangunan ditulis dalam bahasa Cina, jadi sedikit sukar untuk mengecam bangunan yang boleh dijadikan panduan arah. Jika melancong bersama agen perlancongan bagi saya tiada masalah kerana ada panduan. Jika berniat berjalan seorang diri macam saya, redah sahaja ya. Sebenarnya banyak yang saya mahu ceritakan tentang Beijing, China tetapi saya rasa cukup setakat ini sahaja. Jika anda berkesempatan melancong ke China, nikmatilah sepuas-puasnya keindahan alam ciptaan Allah SWT yang sangat indah dan cantik. Cuma berwaspada dengan penyeluk saku. Wajib.
China is in my list. Mudah-mudahan ada rezeki ke sana 😊
ReplyDeleteInsyaAllah sis... moga dipermudahkan niat sis... sekarang banyak travel agency buat trip murah-murah ke sana...
DeleteBest nya tuan dpt berkursus sampai kenagara China. Doakan saya berpeluang dapat menjejak kaki ke Beijing,China ya tuan.. nak pi Great Wall tu, sebab terpengaruh dengan cerita The Great Wall baru2 ni
ReplyDeleteDah rezeki tuan.. hehe... Mudah-mudahan dapat Amer pergi ke China... Kalau pergi melancong jangan lupa pakai camera atau camera phone power sikit, rugi gambar tak cun nanti... hehe...
DeleteSebelum ke China nampaknya kena belajar serba sedikit Mandarin. :)
ReplyDeleteBetul tu nade..lebih better belajar sikit-sikit... kalau tak susah sikit lah... tapi yang susah tu lah seronok dan lucu...
DeleteBestnya dah dapat pergi China ni. teringin sangat nak pergi oversea at least sekali. haha setakat ni pernah pergi over the sea je.
ReplyDeleteHehe...InsyaAllah boleh Syed... Saya pun kebetulan dihantar kursus, kalau tak, susah juga nak pergi... hehe...
DeleteBestnya dapat pegi negara orang. Luas pemandangan, luas pengalaman orang kata. Saya tak pernah smpai lagi kat China ni. :)
ReplyDeleteMemang seronok sis... perbezaan antara manusia memang seronok untuk kita rasai, lihat dan alaminya sendiri. Baru dapat rasa bahawa kita hanya insan kerdil di dunia ni...
DeleteTahniah dpt ke china..hehe
ReplyDeleteTerima kasih Aisyah... kenangan lama tu.. hehe...
DeleteTeringat 'kebersihan' tandas kat Beijing...bila dah terpaksa sangat baru guna hehe
ReplyDeleteKat hotel sana tak da hos air... saya pakai cawan masa tu... huhu...
DeleteTahniah dapat menjejakkan kaki di China.. Susah juga kalau tiada pemandu pelancong.. Suka tengok suasana Great Wall of China.. Ntah bila agaknya sis dapat ke China..
ReplyDeleteTerima kasih sis... rezeki diri... InsyaAllah sis pasti dapat pergi, suasan Great wall memang layak digela 7 keajaiban dunia...
DeleteSeronoknya. Jgn jadi pelancong. Jd pengembara sambil bekerja. Hehee
ReplyDeleteHehe... betul tu, jangan jadi pelancong tapi jadi pengembara, pelancong melawat tempat yang menarik je, tempat menarik diaorang tak akan bawa, ibarat melancong ke Malaysia, KLCC memang indah, ada tempat tertentu tak elok pelancong tahu...
DeleteSaya belum lagi berkesempatan untuk ke China.. In Shaa Allah tahun hadapan
ReplyDeleteWah tahniah tuan, moga jadi pengalaman bermakna dalam hidup tuan nanti... InsyaAllah semoga dipermudahkan...
Deletenasib baik nama dipanggil, kalau tak dah ditinggalkan 😄 china bagi sy sebuah negara yg menakutkan terutama di jalan raya 😱
ReplyDeleteItulah Nour, kalau kena tinggal tak tahu nak jawab macam mana dengan bos, betul Nour, seram sejuk tengok cara pemanduan diaorang...
Deletebestnya dpt naik atas tembok china tu. tapi ada juga dengar dari kawan-kawan, katanya tak payah pergi china sebab diorang mcm racist. tapi xtahu laa sebab belum pernah jejak sana lagi. nak juga rasa pengalaman sendiri
ReplyDeleteKalau bab racist tu saya susah nak komen sebab banyak negara lain mungkin sama... Jika kita pergi bawa duit, diaorang suka.. saya fikir manners diaorang ada kurang sikitla...ikut trip lagi senang, ada guide sekali...
DeleteBestnya China, teringin nak ke Guangzhou :D heeee
ReplyDeletedengar kata sana syurga pemborong untuk para usahawan
Memang Guangzhou syurga pemborong sis, kalau tak silap saya satu lagi Shanghai...
DeleteBestnya dapat ke China. Belum ada rezeki lagi nak ke sana. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki galaksi.... sekarang mungkin susah nak pergi lagi... hehe
DeletePengalaman yang menarik.. Tidak ramai yang berpeluang pergi atas tiket berkursus.. Sekurang-kurangnya pengalaman berada di negara orang sangat menarik..
ReplyDeleteBetul tu sis, atas tiket kursus... pengalaman itu lah kenangan yang terindah..
DeleteWow hebat.
ReplyDeleteHehe... WP, biasa-biasa saja...
DeleteJauh perjalanan puas pemandangan....
ReplyDeleteBetul tu cikLa... makin banyak kita dapat lihat...
Delete*luas
ReplyDeleteOk... luas... hihi...
DeleteHaisss kemaheenn seronok lagi dpt berkursus sampai ke china.. Sesambil leh kenal negara org kan.. Lahaii untungnye badan.. hehehe
ReplyDeleteHihi... memang seronok Lea...peluang seumur hidup sekali...
DeleteSronoknye ! Mek tk pernah jejak kaki kat sane :) InsyaAllah satu hr nnt
ReplyDeleteInsyaAllah mek... boleh plan dari sekarang...
Deletewoww dah sampai ke China tu, mesti best kat sana kan..
ReplyDeleteBest memang best, tapi lama-lama mesti rasa duduk Malaysia lebih baik... sana kan negara komunis... hihi..
Delete