Monday, February 27, 2017

Pengalaman berkursus di Fukushima, Japan

Peluang sekali lagi bagai menunaikan impian saya sejak kecil. Meminati Naruto dan deretan watak kartunnya, impian menjejakkan kaki ke Japan tercapai apabila ditawarkan sekali lagi untuk mengikuti kursus selama seminggu di Fukushima. Fukushima adalah satu daerah yang ditimpa bencana letupan loji kuasa nuklear akibat gempa bumi dan tsunami pada tahun 11 Mac 2011, jam 14:46 petang. Kursus telah dijalankan pada bukan Oktober 2013. Anda boleh baca maklumat selanjutnya melalui enjin carian Google  jika ingin mengetahui kejadian ini. Allah SWT menciptakan dunia, dan dia berhak ke atasnya.

Pengalaman berkursus di Fukushima, Japan

Berbalik kepada pengalaman berkursus di Japan tadi, perkara pertama pelik yang saya hadapi adalah pintu teksi tertutup sendiri. Di sini anda perlu menutup pintu teksi sendiri, tetapi di Japan pemandu akan menutupnya dengan hanya menekan satu butang. Betapa jakunnya saya. Perkara kedua adalah semua sistem teksi dilengkapi GPS yang akan menunjukkan jalan, jadi saya dapat tahu jika pemandu teksi melalui jalan yang agak jauh berbanding sepatutnya.

Saya mencuba bullet hotel kerana keunikannya. Tambahan lagi harga murah sikit. Hanya muat-muat badan, ada televisyen, dan berkongsi bilik air dengan semua pelanggan hotel. Pintu bilik air? Boleh selak kalau mahu. Nasib baik saya berseorangan jadi tiada masalah kerana sewaktu saya mandi, semua pelanggan sudah pergi bekerja. Paling lucu, hotel murah begitu pun ada wake up call, terkejut melihat pekerja hotel melutut ditepi katil saya tanpa menyentuh badan saya untuk mengejut saya. Betapa beretikanya pekerja mereka.

Perkara lain yang berlaku sewaktu saya keluar dari hotel adalah betapa lengangnya jalan raya di Tokyo, Japan walaupun pada hari bekerja. Mahu jerit sahaja "Mana penduduk bumi? Raksasa sudah makan semuakah? Ultraman di mana kamu!". Rupanya setibanya saya di stesen keretapi, terdapat berduyun-duyun warga Japan di sana. Betapa efektifnya sistem pengangkutan sehingga jalan raya di bandar utama Japan, Tokyo lengang dengan kenderaan.

Pengalaman berkursus di Fukushima, Japan

Kemudian saya dimarahi pekerja pembersihan tren keretapi. Secara zahirnya di Malaysia, bila sampai keretapi berebut mahu masuk ke dalam keretapi. Ingat satu perkara, beratur satu barisan, selepas selesai mereka mengemas gerabak, baru dibenarkan masuk. Tidak hairanlah gerabak bersih macam dalam kapal terbang. Beradabnya warga Japan. Terkesimanya saya. 

Setiba di Fukushima, bahasa juga masalah biasa jika keluar negara. Namun berbeza pengalaman berkursus di China, warga tempatan di Japan sangat komited membantu pelancong luar. Sanggup menunjukkan arah sehingga betul pada tempatnya, cuba selesaikan melalui peta di telefon bimbit, saya sangat berpuas hati.

Japan sebuah negara yang cantik. Banyak tempat menarik dan paling penting, anda sentiasa berasa selamat jika berjalan seorang diri di bandar walaupun pada waktu malam. Memandangkan ramai warga asing muslim menetap di sana, makanan halal bukan satu masalah. Masjid juga banyak terdapat di sana. Oleh itu, Japan adalah cadangan destinasi melancong yang bagus untuk dilawati.

Pengalaman berkursus di Fukushima, Japan, Fukushima Nuclear Reactor

Saya berkesempatan melawat kawasan bencana gempa bumi dan tsunami di Fukushima. MasyaAllah, betapa hebatnya kuasa tuhan. Bandar menjadi tanah lapang, kawasan industri kosong ibarat terdapat kehadiran zombie, semua aktiviti terhenti kerana menyelamatkan diri. Maka benarlah, semua kejadian yang menimpa manusia di dunia adalah bukti kewujudanNya. Allah SWT Maha Berkuasa. Kita hanya hamba kecil. Wallahualam.

51 comments:

  1. Seronoknye dapat pergi dan kenal tempat orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah rezeki Lea... Orang offer takkan tak nak kan... hehe

      Delete
  2. untung ada pengalaman diluar negara..::)

    ReplyDelete
  3. Bestnya tuan, sambil berkursus sambil tu dapat makan angin. Doakan Saya dapat jadi macam Tuan jugak, dapat melancong sambil berkursus :D/ Fukushima Japan. Ari tu kat China. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah jika ada rezeki Amer juga boleh, ya last post ke China, ni ke Jepun pula... lepas ni mungkin susah sikit kot... Hehe

      Delete
  4. bestnya tuan dapat pergi jepun. pengalaman berharga semua tu.

    jepun antara negara yg ana nak pergi. teringin nak tengok bunga sakura yang tengah kembang. ingat nak pergi tahun ni tapi memandangkan RM tak berapa lawa so kena tangguh dulu. jalan2 di malaysia jer tahun ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tangguh jalan-jalan Malaysia sis Ana, mesti dapat pergi Jepun pula... JJ Malaysia byk keluar duit juga, makanan sedap-sedap... hehe

      Delete
  5. Pengalaman dan ilmu dapat ditimba bila kita keluar ke negara (luar negara) atau negeri (negeri lain di negara sendiri) orang.Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar PC, pengalaman dan ilmu amat bermakna bag hidup saya...

      Delete
  6. jepun boleh di katakan antara negara mahal untuk kita makan angin kan? tapi berbaloi la sebab negara dia memang bersih n cantik. Dan kalau tak silap ada info mengatakan jepun negara bukan islam terdekat yang punya peradaban bercirikan islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, negara bersih dan cantik, mahal tu memang boleh tahan juga... Orang Islam kalau mahu melancong ke sana tidak akan menjadi masalah besar jika nak cari makanan... banyak tempat yang halal...

      Delete
  7. seronok nya dapat ke japan. konfem2 free ni.
    www.aswaleyla.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang free lah aswaleyla, kalau bayar sendiri tak mampu nak keluarkan kos... hehehe

      Delete
  8. bestnya dapat ke Jepun. Saya belum pernah lg dapat peluang ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best dan bersyukur, InsyaAllah jika ada rezeki sis Azlinda pun boleh pergi....

      Delete
  9. Seronok pergi ke Jepun. Bekerja sambil melihat budaya Jepun kan.

    Bagusnya masyarakat sana. Semua naik tren, sangat teratur, sistem teksi GPS semua gempak. Negara maju bersama masyarakatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, saya suka statement negara maju bersama masyarakatnya... teknologi sana digunakan sebaiknya...

      Delete
  10. Antara negara yg cukup berdisiplin tu. Untung dpt gi negara org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis Sue, negara yang berdisiplin... etika kerja bagus, adab sopan santun memang terbaik...

      Delete
  11. Replies
    1. A'ah jauh Nadia... Macam nak pergi lagi tapi mungkin mustahil... hehe

      Delete
  12. wahhh seronoknya dengar pengalaman awak kat jepun.. saya memang teringin sangat nak ke sana sejak umur belasan lagi. ( Ini pun sebab dulu2 rajin movie jepun.hehe ) tempat kat snaa cantik2.. Memang jepun ni kadang2 pelik tapi saya setuju negara diorang memang beretika. Jumpa orang je, mesti tertunduk2 kepala :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih RS90, tapi masa saya pergi diaorang tak da tertunduk sangat... tunduk biasa je, tapi bila melihat sesuatu yang berbeza dari kehidupan seharian biasa saya, memang mengujakan lah...

      Delete
  13. Negara yang saya cukup kagum dengan mentaliti penduduknya. Bersih, ramah, berdisplin, ada banyak tempat menarik yang cantikk. Arghh walaupun saya tak pernah jejak lagi.. My wishlistt 😍😍😭

    Untung tuan berkesempatan berkhusus disana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, rezeki terpijak saya, sekarang memang susah dapat peluang tu, InsyaAllah Sis Husniey akan dapat menunaikan impian satu hari nanti... amin...

      Delete
  14. bestnya dapat timba pengalaman di negara orang. Jepun plak tu.

    ReplyDelete
  15. Jepun satu negara yang sangat disiplin . harap dapat kesana juga satu hari nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Farah, boleh mula kumpul duit dari sekarang...

      Delete
  16. Dari China lepastu ke Jepun, bertuahnyaaa.

    Jepun ni salah satu tempat yang rasa selamat untuk orang perempuan nak backpacker lone ranger kan... Gaya hidup kelas pertama betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis dah peluang ke luar negaranya... hehe... lepas ni cover topic lain pula... simpan dalam entri buat kenangan... betul tu, klu travel sorang-sorang pun tak da masalah...

      Delete
  17. bestnyer....salah satu negara yang nak dilawati adalah jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus-bagus Sis Aini, boleh masukkan dalam list... Best sana...

      Delete
  18. bestnya sambil kursus sambil kenal tempat orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya best Sis Raihanah... Sambil menyelam sambil minum air sekali... hehe

      Delete
  19. Jauh perjalanan, luas pemandangan sambil tu dapat timba pengalaman.
    Pengalaman adalah guru yang paling baik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mrs.A, pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup...

      Delete
  20. Bestnya dapat ke Jepunnnnn. Nak juga berkursus dekat sana. Haraplah nanti cikgu ada buat kursus dekat jepun hahah (macam mustahil ja)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Syed, doakan Syed agar tercapai semua hasrat Syed... boleh buat trip pendidikan ke sana kan...

      Delete
  21. Jauh perjalanan luas pemandangan, untungnya dapat kenal tempat orang, negara jepun memang wishlist salah satu negara yang nak lawat dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Sis Wani, mana tau rezeki jana pendapatan melalui blog boleh digunakan untuk melancong ke Jepun... amin...

      Delete
  22. bestnyaa...hny mmpu baca pengalaman blogger2 bercuti di jepun ni .CCL belum bekesempatan nak jejak kaki ke jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah CCL ada peluang ke Jepun, pasangkan niat, mana tahu Allah SWT makbulkan...amin...

      Delete
  23. Jauh berjalan, luas pemandangan..
    Ilmu pun dapat.. hehehe..
    sernok baca pengalaman kengkawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis, tak pandai sangat bab karangan ni, takut orang jemu lak nak baca... hehe...

      Delete
  24. Seronoknya lgi2 bca cite adab org jepun nie..terbaikk..smoga dpt pegi stu hri nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi kalau dapat pergi Jepun, belajar cara diaorang, yang baik jadikan contoh...

      Delete
  25. Perghhh. Mek yg bace ni pon terasa budi pekerti dia org tu. Didikan moral dr kecik trnyata menjadi. Mintak mintak dapat asuh ank jd mcm tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus mek kalau semua masyarakat ikut contoh budi pekerti mereka. Tapi usaha sendirian sukar mengubah keseluruhan masyarakat. Semoga sistem pendidikan kita mengambil pendekatan yang sama juga.

      Delete