Peluang sekali lagi bagai menunaikan impian saya sejak kecil. Meminati Naruto dan deretan watak kartunnya, impian menjejakkan kaki ke Japan tercapai apabila ditawarkan sekali lagi untuk mengikuti kursus selama seminggu di Fukushima. Fukushima adalah satu daerah yang ditimpa bencana letupan loji kuasa nuklear akibat gempa bumi dan tsunami pada tahun 11 Mac 2011, jam 14:46 petang. Kursus telah dijalankan pada bukan Oktober 2013. Anda boleh baca maklumat selanjutnya melalui enjin carian Google jika ingin mengetahui kejadian ini. Allah SWT menciptakan dunia, dan dia berhak ke atasnya.
Berbalik kepada pengalaman berkursus di Japan tadi, perkara pertama pelik yang saya hadapi adalah pintu teksi tertutup sendiri. Di sini anda perlu menutup pintu teksi sendiri, tetapi di Japan pemandu akan menutupnya dengan hanya menekan satu butang. Betapa jakunnya saya. Perkara kedua adalah semua sistem teksi dilengkapi GPS yang akan menunjukkan jalan, jadi saya dapat tahu jika pemandu teksi melalui jalan yang agak jauh berbanding sepatutnya.
Perkara lain yang berlaku sewaktu saya keluar dari hotel adalah betapa lengangnya jalan raya di Tokyo, Japan walaupun pada hari bekerja. Mahu jerit sahaja "Mana penduduk bumi? Raksasa sudah makan semuakah? Ultraman di mana kamu!". Rupanya setibanya saya di stesen keretapi, terdapat berduyun-duyun warga Japan di sana. Betapa efektifnya sistem pengangkutan sehingga jalan raya di bandar utama Japan, Tokyo lengang dengan kenderaan.
Kemudian saya dimarahi pekerja pembersihan tren keretapi. Secara zahirnya di Malaysia, bila sampai keretapi berebut mahu masuk ke dalam keretapi. Ingat satu perkara, beratur satu barisan, selepas selesai mereka mengemas gerabak, baru dibenarkan masuk. Tidak hairanlah gerabak bersih macam dalam kapal terbang. Beradabnya warga Japan. Terkesimanya saya.
Setiba di Fukushima, bahasa juga masalah biasa jika keluar negara. Namun berbeza pengalaman berkursus di China, warga tempatan di Japan sangat komited membantu pelancong luar. Sanggup menunjukkan arah sehingga betul pada tempatnya, cuba selesaikan melalui peta di telefon bimbit, saya sangat berpuas hati.
Japan sebuah negara yang cantik. Banyak tempat menarik dan paling penting, anda sentiasa berasa selamat jika berjalan seorang diri di bandar walaupun pada waktu malam. Memandangkan ramai warga asing muslim menetap di sana, makanan halal bukan satu masalah. Masjid juga banyak terdapat di sana. Oleh itu, Japan adalah cadangan destinasi melancong yang bagus untuk dilawati.
Seronoknye dapat pergi dan kenal tempat orang...
ReplyDeleteDah rezeki Lea... Orang offer takkan tak nak kan... hehe
Deleteuntung ada pengalaman diluar negara..::)
ReplyDeleteYa untung sis... Pengalaman bermakna..
DeleteBestnya tuan, sambil berkursus sambil tu dapat makan angin. Doakan Saya dapat jadi macam Tuan jugak, dapat melancong sambil berkursus :D/ Fukushima Japan. Ari tu kat China. :D
ReplyDeleteInsyaAllah jika ada rezeki Amer juga boleh, ya last post ke China, ni ke Jepun pula... lepas ni mungkin susah sikit kot... Hehe
Deletebestnya tuan dapat pergi jepun. pengalaman berharga semua tu.
ReplyDeletejepun antara negara yg ana nak pergi. teringin nak tengok bunga sakura yang tengah kembang. ingat nak pergi tahun ni tapi memandangkan RM tak berapa lawa so kena tangguh dulu. jalan2 di malaysia jer tahun ni. :)
Cuba tangguh jalan-jalan Malaysia sis Ana, mesti dapat pergi Jepun pula... JJ Malaysia byk keluar duit juga, makanan sedap-sedap... hehe
DeletePengalaman dan ilmu dapat ditimba bila kita keluar ke negara (luar negara) atau negeri (negeri lain di negara sendiri) orang.Alhamdulillah :)
ReplyDeleteBenar PC, pengalaman dan ilmu amat bermakna bag hidup saya...
Delete*bag=bagi (typo lagi)
Deletejepun boleh di katakan antara negara mahal untuk kita makan angin kan? tapi berbaloi la sebab negara dia memang bersih n cantik. Dan kalau tak silap ada info mengatakan jepun negara bukan islam terdekat yang punya peradaban bercirikan islam.
ReplyDeleteBetul tu, negara bersih dan cantik, mahal tu memang boleh tahan juga... Orang Islam kalau mahu melancong ke sana tidak akan menjadi masalah besar jika nak cari makanan... banyak tempat yang halal...
Deleteseronok nya dapat ke japan. konfem2 free ni.
ReplyDeletewww.aswaleyla.com
Memang free lah aswaleyla, kalau bayar sendiri tak mampu nak keluarkan kos... hehehe
Deletebestnya dapat ke Jepun. Saya belum pernah lg dapat peluang ke sana
ReplyDeleteMemang best dan bersyukur, InsyaAllah jika ada rezeki sis Azlinda pun boleh pergi....
DeleteSeronok pergi ke Jepun. Bekerja sambil melihat budaya Jepun kan.
ReplyDeleteBagusnya masyarakat sana. Semua naik tren, sangat teratur, sistem teksi GPS semua gempak. Negara maju bersama masyarakatnya.
Betul tu, saya suka statement negara maju bersama masyarakatnya... teknologi sana digunakan sebaiknya...
DeleteAntara negara yg cukup berdisiplin tu. Untung dpt gi negara org
ReplyDeleteBetul sis Sue, negara yang berdisiplin... etika kerja bagus, adab sopan santun memang terbaik...
Deletejauh kursus..bestnya
ReplyDeleteA'ah jauh Nadia... Macam nak pergi lagi tapi mungkin mustahil... hehe
Deletewahhh seronoknya dengar pengalaman awak kat jepun.. saya memang teringin sangat nak ke sana sejak umur belasan lagi. ( Ini pun sebab dulu2 rajin movie jepun.hehe ) tempat kat snaa cantik2.. Memang jepun ni kadang2 pelik tapi saya setuju negara diorang memang beretika. Jumpa orang je, mesti tertunduk2 kepala :)
ReplyDeleteTerima kasih RS90, tapi masa saya pergi diaorang tak da tertunduk sangat... tunduk biasa je, tapi bila melihat sesuatu yang berbeza dari kehidupan seharian biasa saya, memang mengujakan lah...
DeleteNegara yang saya cukup kagum dengan mentaliti penduduknya. Bersih, ramah, berdisplin, ada banyak tempat menarik yang cantikk. Arghh walaupun saya tak pernah jejak lagi.. My wishlistt 😍😍😭
ReplyDeleteUntung tuan berkesempatan berkhusus disana..
Itulah, rezeki terpijak saya, sekarang memang susah dapat peluang tu, InsyaAllah Sis Husniey akan dapat menunaikan impian satu hari nanti... amin...
Deletebestnya dapat timba pengalaman di negara orang. Jepun plak tu.
ReplyDeleteMemang best sis...
DeleteJepun satu negara yang sangat disiplin . harap dapat kesana juga satu hari nanti :)
ReplyDeleteInsyaAllah Farah, boleh mula kumpul duit dari sekarang...
DeleteDari China lepastu ke Jepun, bertuahnyaaa.
ReplyDeleteJepun ni salah satu tempat yang rasa selamat untuk orang perempuan nak backpacker lone ranger kan... Gaya hidup kelas pertama betul.
Dah habis dah peluang ke luar negaranya... hehe... lepas ni cover topic lain pula... simpan dalam entri buat kenangan... betul tu, klu travel sorang-sorang pun tak da masalah...
Deletebestnyer....salah satu negara yang nak dilawati adalah jepun.
ReplyDeleteBagus-bagus Sis Aini, boleh masukkan dalam list... Best sana...
Deletebestnya sambil kursus sambil kenal tempat orang
ReplyDeleteYa best Sis Raihanah... Sambil menyelam sambil minum air sekali... hehe
DeleteJauh perjalanan, luas pemandangan sambil tu dapat timba pengalaman.
ReplyDeletePengalaman adalah guru yang paling baik kan?
Betul tu Mrs.A, pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup...
DeleteBestnya dapat ke Jepunnnnn. Nak juga berkursus dekat sana. Haraplah nanti cikgu ada buat kursus dekat jepun hahah (macam mustahil ja)
ReplyDeleteInsyaAllah Syed, doakan Syed agar tercapai semua hasrat Syed... boleh buat trip pendidikan ke sana kan...
DeleteJauh perjalanan luas pemandangan, untungnya dapat kenal tempat orang, negara jepun memang wishlist salah satu negara yang nak lawat dulu...
ReplyDeleteInsyaAllah Sis Wani, mana tau rezeki jana pendapatan melalui blog boleh digunakan untuk melancong ke Jepun... amin...
Deletebestnyaa...hny mmpu baca pengalaman blogger2 bercuti di jepun ni .CCL belum bekesempatan nak jejak kaki ke jepun
ReplyDeleteInsyaAllah CCL ada peluang ke Jepun, pasangkan niat, mana tahu Allah SWT makbulkan...amin...
DeleteJauh berjalan, luas pemandangan..
ReplyDeleteIlmu pun dapat.. hehehe..
sernok baca pengalaman kengkawan..
Terima kasih sis, tak pandai sangat bab karangan ni, takut orang jemu lak nak baca... hehe...
DeleteSeronoknya lgi2 bca cite adab org jepun nie..terbaikk..smoga dpt pegi stu hri nnti
ReplyDeleteBerbaloi kalau dapat pergi Jepun, belajar cara diaorang, yang baik jadikan contoh...
DeletePerghhh. Mek yg bace ni pon terasa budi pekerti dia org tu. Didikan moral dr kecik trnyata menjadi. Mintak mintak dapat asuh ank jd mcm tu :)
ReplyDeleteBagus mek kalau semua masyarakat ikut contoh budi pekerti mereka. Tapi usaha sendirian sukar mengubah keseluruhan masyarakat. Semoga sistem pendidikan kita mengambil pendekatan yang sama juga.
Delete