Ruang Iklan

Punca kemalangan motorsikal berlaku

Saban tahun, peratusan kemalangan maut yang melibatkan motorsikal tidak menampakkan keberkesanannya. Pelbagai kempen keselamatan jalan raya telah dijalankan termasuk operasi penguatkuasaan oleh pihak polis. Kemalangan jalan raya melibatkan motorsikal tetap berlaku. Di mana silapnya? Umum mengetahui, motorsikal adalah jenis pengangkutan yang memudahkan tetapi sukar dikendali jika berhadapan situasi mencemaskan oleh kerana pemandu dan pembonceng tidak dapat dilindungi seperti berada dalam kenderaan berbadan seperti kereta, lori dan sebagainya.

Punca kemalangan maut dan ngeri motorsikal, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, kemalangan ngeri

Kemalangan melibatkan motorsikal berkuasa tinggi dan besar juga semakin kerap berlaku seperti kes kemalangan ngeri motorsikal di Karak dan tempat lain menunjukkan kemalangan melibatkan motorsikal tidak pilih jenis kuasanya. Mengapa ini berlaku? Beberapa keadaan tidak digalakkan penunggang motorsikal untuk memandu sama ada laju atau perlahan. Asbab kematian hanya Allah SWT sahaja yang tahu tetapi sebagai hambaNya kita perlu sentiasa berusaha.

Hujan lebat - Walau pun penunggang motorsikal telah berhati-hati, pemandu kenderaan mempunyai penglihatan yang sangat minima. Keadaan ini mengundang risiko kepada penunggang motorsikal untuk dilanggar oleh kenderaan lain. Lebih malang lagi, kejadian langgar dan lari menjadikan kes ditutup tanpa bukti.

Jalan berlubang - Turapan tidak sempurna menjadikan jalan mudah berlubang dan sangat membahayakan. Tambahan lagi apabila jalan tersebut menjadi laluan kenderaan berat, tentu keadaan lubang sangat besar dan dalam. Jika hari hujan, lubang ditutupi air dan ianya mengganggu penunggang motorsikal daripada menyedari tentang wujudnya lubang tersebut.

Pokok tua - Pokok berusia yang terdapat di tepi jalan juga boleh menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Apatah lagi kedudukan dahan pokok betul-betul berada di atas kepala. Jika angin kencang, elakkan memandu di jalan tersebut.

Tiada lampu - Tiada lampu jalan pada kawasan tertentu amat berisiko kepada penunggang motorsikal. Lampu motorsikal amat terhad jarak suluhannya. Jika terdapat binatang melintas secara tiba-tiba, kemalangan maut boleh berlaku.

Jalan bersimpang - Persimpangan adalah faktor terjadinya kemalangan. Tambahan pula jika tiada lampu isyarat trafik. Tidak mengikut peraturan trafik bagi laluan A, B,C dan D boleh mengundang kecelakaan.

Kecuaian pemandu kenderaan lain - Perkara ini memang tidak boleh dimaafkan. Akibat kecuaian orang lain, penunggang motorsikal menjadi mangsa. Waima telah begitu berwaspada, jika asbab kepada kematian maka kemalangan maut boleh terjadi kepada penunggang motorsikal.

Laluan motorsikal - Terdapat jalan raya tidak menyediakan kemudahan laluan bagi penunggang motorsikal melaluinya. Justeru mereka terpaksa bersaing dengan kenderaan besar yang lain yang mempunyai penglihatan blind spot. Hal ini juga boleh mengakibatkan penunggang motorsikal dihimpit, digilis dan sebagainya.

Punca kemalangan maut dan ngeri motorsikal, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, kemalangan ngeriSebahagian kes kemalangan maut melibatkan motorsikal diselesaikan tanpa bukti kukuh. Kesan akibat kemalangan maut penunggang motorsikal bukan sahaja ditanggung penunggangnya tetapi boleh melibatkan pembonceng, suami atau isteri, anak dan keluarga. Bukan semua orang mampu membeli insurans nyawa dan paling teruk, kemalangan terjadi kepada orang yang menjadi harapan dan penyara kepada sebuah keluarga. Mereka sekeluarga akan hilang punca pendapatan dan bakal menjalani kehidupan berliku pada masa akan datang.

Penyelesaian terhadap model latihan, penghadan peringkat umur, penguatkuasaan lesen memandu serta arahan hukuman kepada ibu bapa juga tidak memberi impak besar kepada penurunan jumlah kes kemalangan. Komitmen anggota penguatkuasaan juga terhad kerana menghadapi kekangan tertentu. Jadi apakah solusi yang terbaik boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar kes kemalangan melibatkan penunggang motorsikal? Jawapannya adalah dengan mewujudkan kemudahan pengangkutan awam yang sangat terancang dan efektif tapi kita bukan negara Jepun.

In memory: Rest In Peace En Michael, pengawal keselamatan di pejabat saya.

34 Comments

teringat time study dulu. setiap minggu berulang selayang - shah alam. Bila di Federal Highway, kalau hujan lebat laluan motor tak boleh di gunakan. Terpaksa guna laluan kereta. Ada sekali tu terlajak simpang dan termasuk ke lebuhraya Guthrie. Laluan motor dia sangat tersorok. Rumput tinggi sampai tak nampak apa2. Bahaya jugak tu kalau kena rompak ke kan. Alhamdulillah so far tak pernah accident lagi. Kena ragut je sekali. huhu

Ish kena ragut ke? Ala kesiannya... Nasib tak ada apa2 berlaku. Betul tu bahaya juga bila hujan lebat. Terkejut sis Ana cepat je komen... hehe.. Terima kasih...

teringat kat kwn yg meninggal akibat dilanggar keta. mmg slh keta tu bawa laju hentam blkg motor kwn. keadaan motor dah x mcm motor. hujung bertemu hujung. dah lah tak jumpa family arwah minta maaf

Ya lah kan... kadang2 punca kemalangan sebab orang lain... Takziah untuk arwah...

Yang kesiannya kalau kemalangan maut ni berlaku disebabkan kecuaian pemandu kenderaan lain. Kadang-kadang yang bawa motor ni dah cukup berhemah dan berjaga-jaga dah, tapi kenderaan lain pula yang tak berhemah.

jalan berlubang tu teringat zaman belajar dulu asyik masuk lubang je. bila di-report baiki bukannya elok, sebulan dua jadi balik lubang jalan tu. geram

Betul tu Syed... Kalau menang kes, ada saksi boleh lah minta pampasan untuk waris... kalau tak da bukti kesian penunggang motorsikal...

Mesti rim motorsikal Lya dah bengkang bengkok kan... kualiti turapan tak bagus boleh buat jalan rosak balik...

Kondisi kenderaan (motosikal)dan penunggangnya juga wajar diambil kira..kenderaan berat lain juga semestinya sama-sama ambil tahu akan kewujudan motosikal di jalanraya kerana ada segelintir kenderaan berat tidak mengambil peduli kebajikan penunggang motosikal.

Betul tu PC.. Motorsikal ni sikit je bersentuhan dengan kenderaan lain dah tergolek...

prevention is better than cure. parents aril slalu ckap, better bwk kereta klau nk gi mna2. walaupun JAM, tapi keselamatan terjamin dari motor. Panas pun xkna .

aril singgah ye

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungannya. Masa abah saya nak bagi kunci kereta dulu, abah suruh saya berjanji untuk bawa kereta dengan berhemah, jangan kerana cuai orang lain hilang nyawa, abah pesan, kalau kita buat seorang anak mati, sila tanggung parentsnya selama-lamanya, dan kalau kita buat seorang ayah/ibu pula mati, sila tanggung anak-anaknya seumur hidup..fuh.

Nauzubillahiminzalik. Janganlah pemandu kereta / van/ lori / bas ni mengambil mudah diatas jalan raya. Kerana risiko paling tinggi adalah penunggang motorsikal yang kecil itu.

Yela... kalau tak yakin naik motorsikal better naik kereta... motorsikal ni memang berpanas berhujan, tapi bila jammed, senyum je... hehe... terima kasih singgah shahril...

Betul tu, kita perlu ada kesedaran supaya menghormati kenderaan lain bila di jalan raya, kalau buat jalan macam jalan raya sendiri tu yang boleh beri kesan kepada orang lain... Pesan abah untuk kebaikkan anaknya...

saya pernah jatuh moto kat Times Square tahun 2009 kot.. hehe.. kene langgar masa cilok mencilok... lepas kejadian, boifren htr g opis..skrg suami..kikiki

Kalau naik motorsikal, mesti ada pengalaman jatuh kan... apalagi kalau cilok mencilok...

kdg kt dh berhati hati tp org lain tidak.

ALLAH,
moga dijauhkan sbb yui penunggang tegar.

Masa saya mula memandu dan dapat lesen (Masa nie usia saya dah 27), suami saya pesan, memandu tu sila tengok sama pemandu motor, kerana motor nie sangat sensitif.. kena sikit pun dah boleh jatuh.. Sebab kami juga memandu motor jadi kami faham situasinya.. dan kebanyakkan pemandu kereta kurang beri perhatian kepada pemandu motor..

RIP Mr. Michael.

Tapi banyak juga yang Mrs. A tengok penunggang motorsikal ni yang tak ikut laluan sikal.

Itulah kadang-kadang driver kereta tak perasan bila mereka berada di blind spot ini antara punya accident berlaku.

Betul tu, kita bawa slow, orang lain pula bawa menggila... bahayakan nyawa orang lain... InsyaAllah berserah pada Allah SWT...

Setuju, kadang2 pelik... Bila time hujan diaorang beria nak berlumba dengan penunggang motorsikal... beri lah laluan pada motorsikal sebab berhujan, syok dalam kereta pun nak cepat... huhu

Sebab laluan motorsikal tu tak berapa elok barangkali... kadang2 banjir, rosak dan membahayakan penunggang motorsikal... tak dinafikan ada juga penunggang memang tak nak ikut peraturan... tu dipanggil mat rempit... penunggang motorsikal nak pergi kerja dan balik kerja biasanya ok...

Penunggang dan pembonceng motorsikal perlu lebih hati-hati sebab mereka lebih terdedah kepada bahaya

Yela... Boleh selit-selit kan...

Betul tu... Memang kena berhati-hati dan jalan laju semacam je...

bahaya bawa motor tu sebab sampai sekarang ayah aina tak bagi bawa motor, tapi tak pandai bawa juga sebenarnya. kereta macam lebih selamat berbanding motor walau banyak ke kemalangan melibatkan kereta

tulaaaaa, banyak sangat accident tragis melibatkan motor. Takut bila tengok. Mellya and adik bradik pun tak bagi abah Mellya naik motor sebab bahaya, tapi dia bagi alasan naik motor lebih mudah and cepat. Kita yang tengok ni la risau 😓

Kalau perempuan better bawa kereta. Sbb banyak peragut di bandar. Lagi pun nnt make up cair lak naik motorsikal kan... hehe... ok la tu Aina, at least diaorang prihatin dengan keselamtan anaknya...

Orang tua ni ringkas... lagi pun dah biasa sangat dengan motorsikal.. lagi pun nak cari parking tu yang diaorang malas...

Kadang motor ni pun satu, dah ade lane sendiri nk msuk jugak lane kreta. Dah kene rempuh pndai pulak salahkan kreta. Tu tk trmsuk yg suka celah mencelah / cilok mencilok - bajet kebal gamaknya.

Tak dinafikan Ayunie... memang ada pemandu motorsikal tak ikut peraturan...

bru2 ni adik ju kemalangan motor. Dalam pjalann ke tempat kerja jam 10 mlm (shift) ikut laluan kiri, tiba2 sebuah kreta meluru kluar simpang myebabkn adik tbabas. kawasan tu malap & tiada laluan utk motor, lampu jalan xbrapa terang. Tapi lampu motor kan ada , mustahil si pemandu xnampk ? Nasib adik xcedera teruk (cedera kaki/siku tgn kanan, hospital bagi cuti 3 hari) Pemandu kereta tinggalkn dia, nasib adik masih kuat semangat untuk call ahli kkluarga. Xminta yg banyak tp kalo da sedar kita ni mjadi pyebab kmlgn seseorg tu, wlupun lah bukan salah kita , tgamak juga nak tinggalkn org tu tlentang di jalan raya ? Allahuakhbar.. semoga ego sebegitu tidak melekat di hati kita, nahuzubillaminzalik.

Itulah masalahnya Jun Zie, kadang-kadang bukan salah motorsikal... Diaorang tidak fikir, mungkin motorsikal itu sahaja kenderaan mencari rezeki yang ada, kalau dah rosak, sukar pergi mencari rezeki...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon