Ruang Iklan

Recaptcha i'm not robot menyusahkan

Baca tajuk entri saya pasti anda sudah dapat membayangkan perihal yang saya akan ulas pada kali ini. Ya, I'm not robot pada ruangan komen yang kebanyakkan blogger memasangnya. Terdapat pro dan kontranya dalam mengaktifkan ciri-ciri recaptcha i'm not robot pada ruangan komen.

Dewasa ini, serangan malware ke atas akaun-akaun peribadi mahu pun syarikat sukar dibendung lantas Blogger.com khususnya terpaksa mengurangkan kadar serangan malware dengan mewujudkan pengesahan i'm not robot pada ruangan komen terutamanya bagi komen bersifat spam. Salah satu jenis mesej bersifat spam adalah dengan bertindak meletakkan komen pada ruangan komen tanpa terkait langsung dengan entri yang dibuat oleh blogger. Jual ubat, promosi judi nombor dan sebagainya.

Pronya, ianya membantu blogger mengurangkan masalah serangan malware dan mesej spam dalam ruangan komen. Semakin banyak komen berbentuk spam dalam ruangan komen, semakin tinggi peluang blog memberi masalah pada Blogger.com atau Wordpress.com dan sebagainya. Jadi jika terdapat komen berbentuk mesej spam, segera simpan mesej tersebut sebagai spam atau padamkan.

Mengaktifkan recaptcha i'm not robot membantu blogger mengurangkan jumlah komen berbentuk spam dan ianya berkesan sehinggakan sukar mesej berbentuk spam dilihat pada ruangan komen walaupun blog tidak dikemaskini dalam tempoh yang agak lama. Itu adalah kelebihan jika mengaktifkan recaptcha i'm not robot pada ruangan komen.

Kontra bagi pengaktifan ini adalah mengurangkan jumlah komen pada blog anda. Selain loading blog yang perlahan, template blog tidak mobile friendly, pengunjung mengambil masa yang terlalu lama untuk meletakkan komen pada entri blog.

Sebelum ini saya kurang mengambil tahu berkenaan perkara ini kerana jarang mengemaskini blog menggunakan handphone. Walau bagaimanapun, setelah mendapat feedback daripada rakan - rakan isteri saya, baru saya menyedari berkenaan hal ini. Semasa membuka blog menggunkan handphone, amat sukar mereka meletakkan komen sebagai jejak setelah membaca entri saya.


Selain ianya menutupi ruangan komen dan menyukarkan apabila menggunakan telefon yang bersaiz kecil, rendahnya kelajuan perkhidmatan internet menyebabkan mereka meninggalkan blog tanpa memberi komen langsung. Pada mulanya saya merasakan blog saya tidak dibaca sedangkan trafik mencatatkan sebaliknya. Saya juga tertanya-tanya adakah pengunjung blog saya terdiri daripada pengunjung luar negara sahaja yang tidak memahami isi kandungan blog namun apa yang saya sedar, selain komen daripada sahabat blogger yang sanggup bersusah payah walaupun sukar tiada komen daripada pengunjung biasa yang membaca entri blog.

Kemudiannya, saya cuba mengatasi masalah recaptcha i'm not robot dengan tidak mengaktifkannya serta menutup peluang anynomous daripada meletakkan komen pada setiap entri blog saya. Alhamdulillah saya juga mudah membalas komen semula biarpun menggunakan handphone yang kecil sesuai dengan jari-jemari saya yang comel-comel belaka. Izinkan saya.

Namun, saya masih menghadapi sedikit masalah pada ruangan komen blog ini disebabkan pemasangan Widget Recommended Post yang tidak dapat diminimize atau dicancel. Hal ini disebabkan template blog ini masih dalam keadaan free template milik perekanya dan InsyaAllah, masalah ini tidak akan berpanjangan. Semoga sahabat blogger tidak 'jerak' meninggalkan jejak di ruangan komen. Jerak dalam kamus bahasa melayu Sarawak lebih kurang bermaksud jemu.

Saya tidak memaksa untuk blogger lain mengikuti jejak langkah saya tetapi saya berkongsi pengalaman blogging untuk menghadapi kesukaran pengunjung untuk meninggalkan jejak di ruangan komen. Ianya pilihan dan recaptcha i'm not robot begitu menyukarkan saya untuk membuat pilihan. Keselamatan blog daripada malware ataupun kesenangan pengunjung blog meninggalkan jejak. Pendapat anda?

32 Comments

ana memang 90% blogging guna hp. hari2 singgah blog tuan tapi susah sikit bila nk tinggalkan komen sebab ada widget recommended post tu. sebab tu selalu ada typo. hehe

Terima kasih Sis Ana... saya pun banyak guna hp... saya baru siap upload template ni sebab template lama memang ada masalah widget recommended post tu... sekarang dah ok kan? Lepas ni baru dapat blogwalking balik... huhu...

kadang tu dayah tak tekan pun im not robot tu..malas nak tinggal jejak bila ada im not robot tu T_T sebab guna fon nak blogwalking..huhu

Kalau guna phone kecik tak dapat nak tekan image tu kan... saya dah cuba kat blog sendiri tapi tak dapat nak tekan...huhu

Ya Allah finally someone said this hahaha. saya ingat nak tulis pasal ni juga. mujur tuan dah tulis dulu. malas nak jawab soalan tu, dah macam jawab test. kadang2 salah pulak tu haha.

Kalau pakai pc ok lagi kan kalau ada recaptcha tu... pakai phone kecik mmg salah jela jawabnya... tak lulus tak boleh komen... hehe...

Betul kadang bukan tak nak komen tapi susah nak tinggalkan komen antaranya adalah recaptcha i'm not robot ni.

Ada jugak sesetengah blog yang Mrs. A baca time office tak boleh tinggal komen sebab guna platform FB, sebabnya FB kat office kena block.

Terima kasih atas perkongsian

Kalau kita byk tinggalkan komen akan keluar jugak I'm not robot tu kan. So that, org pun jd mls nk tinggalkan komen. Jd silent reader ajelah jwbnya., huhu

ooh laa patutla bila nak komen blog ada je keluar benda tu.ingatkan sbb dh byk komen blog org. hehe

btw, jemput singgah n komen :) http://nikainaa.blogspot.com/2017/02/untung-lebih-dengan-menjana-pendapatan.html

Hurmm bila ada bende alah ni dah rasa malas nk tinggalkan komen..

Hahaha, macam nasib saya je lah kan, dah berapa hari firewall block blog saya sbb .com, update tak boleh, semua tak boleh... pakai phone kecik sangat nak update, nak blogwalking pun tak dapat bagi blog domain dot com...hari ni ok dah...hehe...

I'M not robot tu blogger yang set sendiri, sama ada nak aktifkan atau tidak, tapi kalau up komen banyak dalam satu entri tak pasti pula... belum pernah cuba...

Hehe, bukan banyak komen, tapi blog owner yang set, kalau guna anynomous akan automatik kena recaptcha...

Hehe, tu lah, kalau pakai pc ok lagi, pakai phone, baca je la artikel tu... hehe

Saya ingatkan sebab saya banyak komen blog orang sebelum tu, so blog seterusnya kena captcha ni.

Macam mana untuk turn off dia?

Pergi ke Setting>>Post, Comment & Sharing>>Show word verification... Off kan benda tu....

Ok dah. Boleh taip komen dengan senang hati 👍👍

Selalunya, orang yang menghadapi masalah ini, orang yang terlampau active berkomen. hehe pelan2 lah sikit tuan comment blog orang tu :D.. hihi. Saya dulu juga memang rajin berblogwalking. Sekarang memilih untuk blogwalking dekat blog dalam bloglist saya saja. Blog tuan tersenarai. Btw. lawa template baru Tuan. Maaf kalau tak baru. Rasanya, yang ni lebih tersusun.

Hehe... Kalau dalam satu entri komen banyak-banyak tak boleh kot... kalau satu entri satu dua rasanya ok kot... ya template baru, saya mmg nak cari yang simple, Alhamdulillah jumpa juga... nasib baik tak mahal... hehe...

Hehe... Terima kasih sis...

Saya biasa tak tick pun dekat i'm not a robot tu. Dan, macam boleh je post comment. Tapi, taktaulaa apa effect dia. Main buat je saya.

Boleh komen ya? Saya tidak pasti sebab belum pernah buat macam tu... nanti saya nak cuba...

patutlah sblm ni x dpt nak komen bila guna fon 😱 skrg dah boleh 😄

Ye Nour, memang saya tahu problem template saya, sekarang dah guna template ni Alhamdulillah, memudahkan saya juga...

I'm not robot ini juga akan muncul bila kita meninggalkan komen dengan banyak pada satu-satu blog, ataupun pada hari itu kita komen terlalu banyak(bila rajin blogwalking).. Saya selalu melaluinya.. Bila dah selalu sangat jumpa, saya rasa macam dia kawan baik.. hehehe..

Oh baru sy tahu hal ini. Ingatkan sebab terlalu banyak komen, tu keluar verification tu. huhu. Okey,tq so much for the info. :)

Hahaha, kawan baik yang tak berapa nak baik ye, yela kan, kadang-kadang entri blog lain tu yang buat kita nak letak komen... :-)

suka susah sikit bila nak tinggalkan koment

Bagus tu tuan, bersusah-susah nak komen, usaha yang wajar dipuji... terima kasih tuan...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon