Tugas ibu bapa tugas guru

Tugas guru adalah mendidik. Mendidik supaya anak murid cerdik dalam pendidikan dan elok sahsiah diri seorang murid. Bermula jam persekolahan, guru mengambil peranan ibu bapa dalam memberikan segala ilmu yang ada kepada anak murid dan membantu membentuk sahsiah diri muridnya. Istilah membantu saya gunakan dalam entri kali ini.
Tugas ibu bapa tugas guru

Fahami maksud membantu. Jika seseorang berada dalam kesusahan, kita meringankan kesusahan orang itu dan disebut membantu. Maksud membantu adalah cuba memberi sedikit jalan penyelesaian terhadap masalah orang itu. Bukan secara keseluruhan. Ianya membantu.

Tanggapan ibu bapa terhadap membantu semakin mengelirukan peranan guru di mata mereka. Apabila hantar anak ke sekolah, guru mempunyai berpuluh-puluh anak murid yang perlu diberi perhatian. Bukan satu, dua atau lima seperti tanggung jawab ibu bapa terhadap anak-anaknya. Mana mungkin guru mampu mengajar mata pelajaran dan memperbaiki sahsiah anak muridnya dalam tempoh seminggu atau semester persekolahan. Ibu bapa pernah cuba?

Kini kebanyakkan ibu bapa meletakkan peranan ibu bapa ke atas guru dan guru matematik ibarat guru sahsiah pula. Guru sains ibarat guru moral. Manakala guru moral tidak buat kerja. Pernah kita fikir? Guru perlu mencapai KPI dan guru perlu mendidik dan guru itu suami, ibu serta anak kepada ibu bapanya. Betapa besarnya peranan guru berbanding gajinya. Ibu bapa? Bayar dan mencuci tangan. Menilai tahap kecemerlangan anak cuma berdasarkan catatan sebuah buku laporan dan bukan daripada kaca mata orang ramai.

Tugas guru mengingatkan dan tanggungjawab ibu bapa mendidik sahsiah anak di rumah. Selain mencuri masa anak bagi seisi kaunseling, nasihat dan hukuman, tiada daya guru melakukan lebih dari itu. Hukuman pula hukuman jenis apa yang boleh dilaksanakan sedangkan merotan adalah salah, berwirid di dataran adalah hina dan kotor? Guru itu manusia biasa yang mahukan anak muridnya cemerlang dan berjaya tapi guru bukan ibu bapa di sekolah.

Mata guru itu dua dan tugas guru itu seribu, apa salah ibu bapa turut membantu dan bukan lari daripada melaksanakan tugasan sebenar ibu bapa. Setuju jika guru merotan, setuju jika anak merasai rotan pada kesalahan yang betul dan biarkan anak berpengalaman dihukum. Berani? Viral? Report polis?

Yang kaya masa itu ibu bapa, yang miskin waktu itu guru. Guru mengejar pencapaian di sekolah iaitu skor sasaran dan tangan guru itu dua, jantung guru itu satu. Cemerlangnya anak kejayaan ibu bapa, gagalnya anak maka gagal pula gurunya. Bernas? Fikir-fikirkan.

Tugas guru adalah separuh, kerja ibu bapa pula separuh. Jika separuh bergabung dengan separuh maka hasilnya penuh. Ibu bapa pemula, guru menyambungnya dan ibu bapa pula menamatkannya. Faham-fahamkan. Tiada usaha guru tiada kejayaan dan tiada usaha ibu bapa tiada insan cemerlang.

28 Comments

Tula kan.. Ibubapa skrg terlalu bz dengan kerjaya sampai anak-anak diletakkan dibawah tanggungjawab guru.. Bila di jentik sikit, salahkan guru.. Tak sama macam ibu bapa zaman dulu2.. huhuhu

Kan... Kadang-kadang kesian dengan guru, dari guru lahirnya doktor, peguam dan sebagainya, tapi guru ibarat pembantu rumah pula...

Ibu bapa sekarang banyak lepas tangan. 100% mengharapkan guru. Sampai makan minum anak pun harapkan guru jagakan. Guru bukan ada seorang anak murid je. Ibu bapa sepatutnya perlu ada rasa lebih tanggungjawab. Hormati dan hargai jasa para guru.

Setuju sangat dengan perkongsian ini..
Kesian tengok guru-guru sekarang..
Bebanan kerja.. kerenah ibu bapa..
Memang kerja yang paling mulia..

setuju. semoga kita semua jadi parents yang memantau anak2 100% insyaa Allah. sebab itu memang tanggungjawab kita sebagai parents.

Betul tus sis, tidak dinafikan ada ibu bapa prihatin, tapi ibu bapa perlu faham tanggungjawab guru kan...

Betul sis, siapa nekad nak jadi guru, mesti sanggup hadapi perkara-perkara pelik dalam zaman ni... kan..

Benar sis, kadang kita alpa boleh dimaafkan lagi, tapi kalau kita lalai, rosak masyarakat...

I can't understand why parents nowadays get mad bila anak dia dirotan etc. Sebab itu lah budak budak sekarang ni banyak yang berperangai kurang elok. Parents pula busy dengan kerja. So apa lah salahnya bila guru yang mengambil tanggungjawab untuk membentuk sahsiah anak murid kan

yup ibu bapa membantu..bila anak dah pandai, apa guru ajar akan tangkap lebih cepat

Kalau saya, cikgu nak hukum, hukum je, cuma jangan cedera... kan...

Yang penting jangan lawan cakap cikgu kan...

Bila anak cemerlang..segelintir ibu bapa akan berkata..ya lihatlah ibu bapanya....bila anak gagal guru dipersalahkan..1001 persoalan diutarakan kepada guru...ada silap berpunca dari guru tapi bukan semua...ada juga kesalahan dari pelajar tidak keseluruhan..ada juga kurang daripada ibu bapa tidak sepenuhnya....ibu bapa dan guru perlu berganding bahu..untuk mendidik anak yang bakal meneraju negara..

Setuju dengan Mr Noor Azlan. Ibubapa memainkan peranan yg paling penting dalam mencorakkan kehidupan anak mereka. Manakala guru pula membantu memberikan ilmu kehidupan kepada anak mereka utk mengembangkan kebolehan dan keupayaan diri dalam pelbagai bidang kehidupan. Kalu sama2x saling membantu dan bergabung, bak kata Stacy Adam, bergabung malatop. hihi.

Saya setuju dengan pandangan sis PC, dalam 10 akan ada sorang bermasalah, tapi kalau dalam 100 ada 90 orang bermasalah maka rosaklah negara... semua pihak berganding bahu tanpa menyalahkan sesiapa...

Kalau bergabung meletup, memang jauh ke depan lah Malaysia kan... hihi... Nak nyanyi ni...

Setuju sangat, tapi ramai ibu bapa (tak semua) lupa akan jasa guru. Mereka hanya anggap guru ni orang yg dibayar gaji untuk ajar anak2 mereka. Tapi, nak jentik anak2 pun tak boleh pulak.

"Guru tu sepatutnya menjadi VVIP buat ibu bapa. Sebab guru dah bantu ibu bapa didik anak mereka." -Lecturer saya cakap-

Setuju berkenaan VVIP tu, berjaya seorang usahawan kerana diajar 1,2,3 oleh gurunya, berjaya seorang pilot, sebab diajar A,B,C oleh cikgunya... maka wajar guru menjadi VVIP..

bermula dri rumah. pastu sekolah. pastu sikap anak tu sndiri.

kalau nk hrp cikgu sje pun xleh .

Ya Yui, nak harapkan cikgu memang tak boleh, banyak lagi tugas cikgu sebenarnya....

Setuju..Kak Sue dan suami memang siap pesan kalau anak-anak buat salah hukum lah,asalkan jangan cedera sudah..

Tu lah kan, yang penting jangan cedera... penat tak pe... hehe

betul tu, sy pun bz.. jadual anak2 pack... sampaikan xde masa mereka tuk berehat... kesian anak2 sy jd mangsa keadaan...

Jadual budak sekolah sekarang dah macam kerja kan... nak buat camna, kalau tak ikut kehendak sistem, nanti anak kita ketinggalan...

Tnggjwb spttnya lebih pd ibubapa acuan anak2..guru mmbntu apa yg perlu je..kesian guru yg diperslhkan.Bkn anak guru tu..hoho

Kan, bukan anak guru nak jaga luar dan dalam...

Bg mek, pendidikan bermula dari rumah. Sekolah antara pra syarat supaya anak ni belajar seiring dengan semasa. Mustahak adalah ibu bapa yg mendidik, menjadi contoh dan seumpamanya. Sesibuk mane ibu bapa, perlu didik dan pantau gerakan / kelakuan anak. Duit bertimbun dlm akaun pun kalau ank rosak akhlak, takde gunanya.

Betul tu Mek, duit banyak mana pun kalau anak sendiri jadi tak betul semuanya sia-sia...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon