Ruang Iklan

Ubat demam cucuk punggung

Paracetamol Suppository 125mg, ubat demam anak, cucuk punggung,Ubat cucuk punggung disebut suppository dan ianya digunakan pada waktu anak sukar memakan ubat jenis cecair. Terdapat dua jenis ubat masuk punggung yang kerap disimpan oleh ibu bapa di rumah iaitu ubat demam dan ubat tahan sakit yang boleh digunakan untuk menurunkan suhu dengan cepat. Entri ini adalah panduan asas bagi mengetahui jenis ubat demam yang diberikan oleh pegawai perubatan sahaja.

Dua jenis ubat yang biasa diberikan tadi adalah ubat berkomposisi Paracetamol dan Voltaren. Jika anda lihat kepada salinan preskripsi oleh pegawai perubatan, jarang benar diberi kepada ibu bapa untuk dibawa pulang melainkan telah dimasukkan sendiri oleh jururawat bertugas. Walau bagaimanapun, ubat demam cucuk punggung bukan bahan terkawal dan boleh dibeli di farmasi bagi persediaan jika anak demam panas di rumah.

Bagi kanak-kanak, dos ubat mereka berbeza mengikut berat badan dan usia. Cadangan dos boleh dirujuk kepada pegawai farmasi untuk mengetahui berapa dos diperlukan dan berapa kerap pengambilan ubat bagi anak demam. Dos biasa ubat cucuk punggung pada bungkusan ubat adalah 80mg, 125mg, 250mg dan lain-lain (Boleh lihat dalam gambar carta). Acapkali saya membeli 125mg sahaja untuk anak saya memandangkan dos yang minima sebagai persediaan jika anak demam panas. Demam panas anak jika terlalu tinggi pada waktu tengah malam amat menyukarkan saya untuk menghantarnya ke hospital. Memandangkan ia masih boleh dikawal melalui ubat demam dan pelekat dahi cool fever serta basahan tuala untuk badan, bagi saya memadai melainkan terdapat simpton jangkitan batuk, asma dan sebagainya. [Unit pertukaran 1 lb = 0.453592 kg]


Walau bagaimanapun, segelintir anak kecil yang demam boleh mengalami masalah jangkitan penyakit lain seperti denggi, sawan dan sebagainya. Oleh itu ibu bapa perlu sentiasa berwaspada. Tiga jenis persediaan yang boleh dilakukan di rumah adalah membeli termometer yang sesuai untuk mengambil bacaan suhu. Termometer terbaik tidak semestinya mahal asalkan mampu mengambil suhu badan anak pada masa yang diperlukan.

Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal dan menyelimuti keseluruhan badannya. Biarkan panas badan anak terbebas dan usah layan jika anak berkata sejuk dan sebagainya. Kadang kala rasa sejuk di luar tetapi sangat panas di dalam badan jika diambil bacaan. Saya juga kerap dinasihati oleh jururawat di hospital supaya tidak berselimut sewaktu menjaga anak saya akibat demam panas yang terlalu tinggi.

Ketiganya simpan di rumah ubat cucuk punggung tadi. Bagi anak kecil seusia 1 tahun ke bawah lebih baik berjumpa dengan doktor. Ubat cucuk punggung juga boleh digunakan separuh sahaja dengan memotongnya. Dapatkan panduan lebih lanjut semasa membelinya jika kurang pasti. Buatlah apa cara agar demam tidak membuatkan anak dapat sawan dan sebagainya.

Cara memasukkan ubat cucuk punggung sebenarnya tidak sukar dan boleh dilakukan sendiri oleh ibu bapa. Baring dan mengiringkan mereka dan salutkan ubat cucuk punggung dengan baby oil atau sebagainya agar mudah dmasukkan. Biasanya saya gunakan minyak Baby Johnson & Johnson sahaja. Anak akan menangis tetapi sekejap sahaja. Jangan salah masuk pula. Bahagian muncung perlu dimasukkan terlebih dahulu ke dalam punggung mereka. Lebih baik gunakan sarung tangan plastik perubatan agar mengurangkan risiko jangkitan bakteria lain melalui sentuhan tangan.

Ubat cucuk punggung anak demam dibungkus dengan pelbagai warna. Ada warna oren, hijau atau biru juga. Bagi saya kelainan pembungkusan disebabkan mengikut selera pengeluar ubat. Jadi ibu bapa jangan terkejut dengan perbezaan warna sebab apa yang penting adalah kandungan ubat cucuk punggung tersebut. Kerap juga ibu bapa bertanya berapa kerap perlu dimasukkan ubat cucuk punggung pada anak? Dua tempoh masa sahaja menurut kebiasaan. Ikut sahaja kekerapan kebiasaan pengambilan ubat cecair. Jika demam tinggi buatlah empat kali sehari iaitu 6 jam sekali dan jika demam biasa sahaja, lakukan 8 jam sekali. [Contoh warna bungkusan ubat]


Untuk makluman ibu bapa, jika anak sudah minum ubat demam bentuk cecair maka tidak perlu memasukkan ubat cucuk punggung lagi kerana kandungan ubat yang sama. Sebagai contoh anak telah diberi ubat demam cecair dan jika memasukkan ubat cucuk punggung demam pada masa yang sama maka anak telah mendapat dua kali dos daripada yang sepatutnya. Perkiraan mudah adalah 1+1=2. Ubat demam + ubat demam = Ubat demam kuasa dua. Ubat cucuk punggung sesuai bagi anak yang sukar minum ubat cecair, memuntahkan kembali dan membuangkannya. Prinsip utama adalah biarkan anak mendapat dos ubat yang sepatutnya.

Jangan pula ibu bapa terpengaruh dengan dakyah biar anak melawan demam dengan sendiri atau biar anak melawan penyakitnya sendiri. Lain anak lain kesnya. Ada jenis budak demam cepat naik turun suhu badannya, ada budak imunisasi badannya kuat dan boleh melawan penyakitnya sendiri. Jika berasa ragu dapatkan nasihat pegawai perubatan daripada mengambil pendirian sendiri.

Saya sempat menyaksikan anak kecil mendapat kesan akibat suhu badan terlalu tinggi kerana kurangnya ilmu pengetahuan berkenaan demam anak dan saya sangat bersimpati tentangnya. Kecuaian ibu bapa adalah salah diri sendiri. Berikan perhatian yang terbaik kepada kesihatan anak supaya mereka dapat meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

Ingat ubat cucuk punggung, ingat saya. Saya bergurau. Ubat cucuk punggung anak adalah bagi penyakit anak demam biasa sahaja dan jika mengalami simptom penyakit berjangkit seperti denggi, sila rujuk pihak hospital dengan kadar segera supaya pemantauan dapat dilakukan dengan lebih rapi dan mengawal pembiakkan wabaknya. Jangan ambil mudah berkenaan hal ini dan kemudian menyesal di kemudian hari. Semoga bermanfaat kepada kita semua.

24 Comments

Alhamdulillah sangat bermanfaat..kalau rasa tidak yakin untuk lakukan..segera ke klinik atau hospital..terima kasih kongsi ilmu..

Bagusnya informasi ni. tak pernah tahu pun pasal ubat demam cucuk punggung ni. btw dah tukar template baru ya? cantikkk :)

Nice info tuan. Boleh jadi rujukan ni 👍👍

Ubat ni memang laju kesannya, dulu masa kecik2 mak pakai ubat ni la, cepat kebah demam.

Anak demam janganlah ambil mudah, nanti sesal tak sudah.

Template baru ya Azlan, memang kemas template ni. Pemilihan warna yg menarik

mg cepat ya kesannya.. bagus.. entri yg sngt bermanfaat untuk rujukan smua.. btw template kemas dan simple :)

Terima kasih PC, betul tu kalau tak yakin, cepat-cepat hantar ke klinik atau hospital... kalau dah teruk ditakuti masalah lain pula yang dapat...

Terima kasih Syed... nanti kalau Syed dah berumahtangga, memang kerap jumpa benda ni... template idaman hati baru beli... dah hilang footer link... hehe...

Terima kasih Sis... InsyaAllah boleh rujuk kembali...

Betul tu, masa kecik-kecik susah makan ubat, cucuk punggung lah jawabnya... ya template baru, lebih kurang rm19 je... hehe...

Saya rasa cepat sikit berbanding ubat cecair tu, ya template baru, ringan sikit... separuh sehari juga settingnya... hehe...

Masa anak kakak kecik memang kakak sentiasa stand-by ubat masuk bontot ni tapi itulah semua anak kakak selepas guna ini memang betul cepat reda panas demamnya. Nanti bila dah ok dia akan cirit pulak.

Alhamdulillah... dah lama dah semua tu anak kakak semua dah remaja sekarang:)

ubat ni memang sentiasa ada kat rumah. tp memang kena tahu brp mg, sebab anak lain2 umur jadi ada yang tak sesuai. yg ada kat rumah dos utk anak paling kecik.

Kak Sue tak pernah guna lagi cara nie rasanya,tak ingat dah anak semua dah besar-besar... tapi katanya cepat berkesan ya cari nie..

Orang lama pesan, kalau tercirit tu lagi bagus, buang panas dalam badan...

Yang peling penting untuk budak bawah usia 5 tahun Sis... Yang ke atas tu, urat saraf semua dah boleh tahan nak lawan panas tu berbanding 5 tahun ke bawah...

Ok. Nanti Yui standby lah kalau dah tiba masanya nanti... Hehe

Kalau macam tu, nanti standby untuk cucu lah Kak Sue... Gurau je, memang cepat sikit berkesan dari ubat air tu...

Tak pernah guna pulak ubat jenis cucuk2 ni,. hhehe. nanti boleh lah try kalau ada anak saudara Amer demamm ke. Thanks

Kalau tak anak saudara, InsyaAllah anak Amer sendiri nanti...hihi...

Alhamdulillah... Perkongsian yang sangat bagus..
Memang setiap rumah yang ada anak kecil patut ada kesemua ini.. terutama sekali sukat suhu tu..

Terima kasih Kak Sha, betul tu, sukat suhu tu kalau tak da susah nak jangka panas budak ni, kejap-kejap panas, kejap-kejap sejuk...

betul, lain anak lain cara demam dan lain tahap daya tahan. Dulu demam makan masa berhari-hari, kali ni demam sehari dua dah baik, bergantung kepada jenis demam jugak.

Pengalaman saya, anak 1st sebelum usia 4thn makan ubat cecair jer muntah. Maka setiap kali demam, ubat buntut lah penawarnya. berbeza dgn anak plg kecik, 1st time masuk ubat buntut terus kena sawan, lps tue kalau demam tak berani nak bg ubat buntut lg. paksa jugak ubat cecair.

Kita sebagai ibubapa yang menentukan rawatan untuk anak kita, tanggungjawab atas bahu kita, jangan persalahkan doktor atau petua orang lama jika kita tak cuba sebaiknya. Sambil usaha, doa dan tawakal disertakan bersama.

Betul tu, lain anak lain tahap penyakitnya, bila dah ada pengalaman jaga anak, memang senang nak handle masalah berkaitan anak... InsyaAllah moga-moga anak Sis Aini sihat-sihat selalu... :-)

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon