Ruang Iklan

Antara Indonesia dan Indon

Antara Indonesia dan Indon| Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis sesuatu berkenaan antara Indonesia dan Indon. Baru hari ini saya berkeyakinan untuk siarkan entri ini di dalam blog saya. Peringatan ini tidak bertujuan menyakitkan hati sesiapa malah bertujuan memberi peringatan buat anak-anak saya juga apabila sudah mencapai usia dewasa.

Antara Indonesia dan Indon, maksud indon, budak indon, definisi indon
Antara Indonesia dan Indon adalah entri khas saya bagi tujuan permuafakatan sesama insan dalam meningkatkan lagi pemahaman  berkaitan penggunaan kata nama sesuai bagi warga negara seberang. Seingat saya, ayah saya sering menamakan pekerja ladang warga Indonesia sebagai budak seberang. Ianya merujuk kepada pekerja dari tanah seberang atau bersebelahan dengan negara Malaysia. Kedengaran lembut dan tidak menyakitkan bukan?

Tidak dinafikan kata nama Indon adalah begitu sinonim dalam perbualan masyarakat di negara ini. Semasa merujuk pekerja warga Indonesia tentunya memanggil dengan panggilan "Budak Indon itu pekerja saya". Sewaktu orang lain memanggil kita dengan perkataan yang tidak digemari tentunya terasa sakit hati. Begitu juga dengan panggilan Indon kepada warga Indonesia.

Mengapa Indon? Saya pernah mengutarakan persoalan kepada sahabat saya yang berasal daripada Indonesia. Mengapa kalian tidak suka jika dipanggil Indon? Secara asasnya perkataan Indon itu adalah singkatan kepada Indonesia. Tapi tahukah anda bahawa panggilan Indon amat tidak digemari oleh kebanyakkan warga Indonesia?

Saya bukan menyebelahi warga Indonesia berkaitan hal ini walau pun keturunan saya juga mempunyai darah campuran Melayu-Jawa. Namun begitu saya tidak mampu berbahasa Jawa. Satu kerugian bagi saya tetapi saya tetap berbangga pada asal usul saya. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Jangan malu pada asal usul kita. Berbalik pada topik tadi, jika merujuk warga Indonesia dengan panggilan Indon, ianya bakal menyentap perasaan seorang hamba Allah SWT.

"Menurut Yasir, dalam bahasa tertentu di Malaysia, Indon berarti pelacur." (Sumber), manakala maksud lain "Indon bermakna pekerja kasar dan rendahan," (Sumber). Ada juga maksud "Indon yang artinya jongos atau budak (belian)" (Sumber). Saya berharap seseorang dapat memberi definisi maksud sebenar Indon kepada saya di ruangan komen. Mengapa isu ini dibangkitkan oleh saya? Pertamanya supaya menyedarkan diri saya untuk menghormati orang lain. Walau dengan panggilan sahaja, kata-kata yang keluar daripada lidah menjadi begitu tajam. Ungkapkan Indonesia lebih manis dan mampu mencerminkan siapa diri anda.

Keduanya, entri ini bertujuan menyedarkan masyarakat di negara ini supaya menerima kehadiran kepelbagaian bangsa yang wujud di negara ini. Ibarat memanggil Iban dengan Dayak, menyebut India dengan Keling, menyeru warga Malaysia dengan Malingsial. Begitulah perumpamaannya. Jika berkesempatan salah seorang daripada anda bakal keluar negara, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Adat dan budaya setempat, kepercayaan agama dan sensitiviti tempatan. Bergurau biar pada tempatnya, salah kata badan binasa.

Ketiganya adalah memberi panduan kepada masyarakat di negara ini supaya berterima kasih kepada mereka yang telah membangunkan negara ini. Tanpa mereka, tiadalah KLCC, Putrajaya dan pelbagai mercu tanda hebat di Malaysia. Salah satu cara untuk berterima kasih adalah memangil mereka dengan kata nama yang lebih sopan. Tidak sukar kan?

Keempatnya supaya kita memahami keperluan menjaga lidah agar tidak menyakitkan sesiapa. Sekali kita pernah alpa, kemaafan boleh diterima. Banyak kali kita mengabaikannya, maka dosa kita pasti bertambah. Naluri manusia adalah berkasih sayang, maka sayangi insan lain agar hidup kita lebih sempurna dan menyenangkan.

Kupasan persoalan dalam entri Indonesia atau Indon ini bukan satu bentuk penghinaan kepada sahabat warga Indonesia sekalian. Harapan saya agar ianya mampu mengubah persepsi masyarakat di negara ini agar memperbaiki kelemahan yang ada supaya keharmonian serantau nusantara biar terus berkekalan dan berterusan. Mak jangan dipanggil hijau dan ayah jangan dipanggil syaitan dan anak jangan sampai haram. Sekali kita menyakiti orang lain, Allah SWT pasti akan membalasnya. Muhasabah diri juga buat diri saya sendiri agar sentiasa menikmati keindahan makhluk ciptaan Tuhan. Hormat pada orang lain terlebih dahulu jika mahu diri kita dihormati. Wallahualam.

52 Comments

Baru Ana tau maksud indon tu apa. Terima kasih atas perkongsian ni. 👍

Samalah kita melayu-jawa.tapi orak reti ngomong jowo. 😊

Sama-sama sis... haha... saya wes mangan saya tahu lah...

lor baru tau... sorry ckp macam perkataan 'butuh' la kan.. kat sini di kira lucah, kat sana tak... kena sama2 ambil tahu juga bab ni

Ya, takut kita terlepas cakap sedangkan kita tak ada niat lain kan... 'butuh' tu maksud perlu atau mahu kan? Saya pun tak ingat... hehe...

Terima kasih untuk maksud yang lebih jelas kenapa warga Indonesia tidak suka dipanggil Indon.

Mrs. A ada kawan sekolah dari Indonesia to be exact Aceh. Dia pun tidak suka dengan perkataan tu cuma tak pernah tanya kenapa dia tak suka.

Kadang-kadang nak tanya pun kita segan kan...

Betul, kena jaga tutur kata depan mereka. Saya sendiri ke sana tak sebut Indon sebab dah tahu mereka tak suka. Indo / Indonesia. Terima kasih tuan untuk peringatan dan perkongsian ini :)

Betul tu. Saya dah tau, tapi tak pernah terfikir nak kongsi kat blog. Just bagitau orang2 yg rapat je.

Dapat tahu tu pun baru je jugak dari orang Malaysia, dia bagi tips sebab saya nak ke Indonesia haritu. Tapi, katanya kalau Indo okey, Indon nope!

oo baru tahu. takleh cakapla lepas ni

Bagus Sis Husniey, at least sis ambil tahu perkara sensitif tempatan sebelum ke sana... termasuk dalam list persediaan kan...

Baru ada keyakinan nak kongsi sebab takut entri jadi sensitif isu pula... hehe... kalau indo tu saya baru tau juga sis, thanks share...

Ok sis Raihanah... thorbaik!!! Hihi...

Astagfirullah... rupanya indon tu ada banyak maksud berbeza dengan indonesia. Selama ni saya selalu guna kata singkatan indon tapi baru sedar itu pula maksudnya. Terima kasih dengan entri so lepas nisaya berjaga2 nak panggil nanti..huhuhu

baru tahu. selama ni kita slamber je duk cakap org indon macam tu. sama jugak macam kita duk panggil org india paria, keling, padahal baca maksud yang diorang sediri tak suka. bagi kita biasa tapi bagi diorang sangat sensitif.

Kalau tak tahu tak pe RS... lepas ni tak boleh dimaafkan tau... hehehe...

Betul tu, walau pun kita tak tahu, tapi mereka akan terasa juga bila kita panggil mereka... sebab dia pun tak tahu bahawa kita tak tahu...

owh.. baru saya tahu ada maksud lain disebalik perkataan indon.. sy fikir dorg tak suka kita singkatkan nama negara dorg..

Maksud nya yang diaorang tak suka... kita sebut sebab tak tahu kan... salah faham..

Baru tau Indon tu punya banyak makan.. perkongsian yang terbaik..

Perkongsian yang sangat bermakna..
Patutlah mereka marah sangat, mungkin rakyat Malaysia majoriti tak tahu hal ini..

Makan? Oh makna... ye sis... banyak maknanya...

Terima kasih LZ, majoriti nya tak tahu, tak ambil tahu juga sebabnya berada tempat sendiri kan...

Mai tahu dah lama mereka tidak suka dengan panggilan Indon, tetapi baru tahu hari ini kenapa alasannya.

Suka dengan panggilan budak seberang itu, lembut pada telinga, indah pada makna.

Kalau orang tak suka, jangan dibiasakan lidah untuk tetap menggunakan panggilan tersebut. Alhamdulillah tidak pernah lagi menggunakan istilah 'pelik' untuk anak, mak, dan ayah mcm yang Azlan gariskan kt perenggan akhir tu.

Terima kasih Mai, betul tu Mai, orang Indonesia datang ke sini kadang-kadang bukan orang biasa-biasa, mana tahu ahli agama dan kedudukannya lebih baik dari kita kan... ayat yang akhir tu ada maksud tersirat Mai... saya suka selitkan ayat-ayat macam tu dalam setiap entri saya, tetiba ayat macam tu terlintas... hehe...

Baru tau masuk indon and baru faham kenapa diorg marah.. Respect people first if you wants to be respected.. :D

First visit to this blog.. Salam kenal.. :D

sbb tu kita tak boleh panggil org sesuka hati kan.. kalau kita nak org hormat kita, kita pun kena lakukan benda yang sama. perkongsian yang bagus untuk smua. :) busyra kalau dgn adik beradik kan, selalu kalau time gurau2 saja2 cakap bahasa indonesia. hehe.

Setuju Flavnesz, respect people first... terima kasih singgah ke blog saya... InsyaAllah kunjungan akan dibalas...

Mesti kesan pengaruh tv ni kan... lama-lama nanti mahir lah cakap tu... setuju tu, kalau nak orang hormat kita, kita kena hormat orang lain juga...

Tau juga diorg tk suka digelar indon, cuma tak tau maknanya, terpikir mcm low class ke apa sbb dorg tk suka tu. Mcm kita la kan, tak suka disebut melayu layu kan.
Trmkasih berkongsi.

Tu la, kebanyakkan dari kita tak tahu... haha... layu tu saya baru first time dengar... sama-sama Nor Azimah...

Hahaha.. bila menaip sambil makan.. cengginielah jadinya.. #Makna ye.. hehehe

baru saya tahu maksud indon tu... tapi dlm kalangan pelajar uni or staf, jalinan hubungan dengan pelajar dan staf bangsa Indonesia mmg jarang ada apa-apa sentimen. Kalau kat tempat saya kami mmg rapat.... tp bila tgk pergaulan dengan rakyat biasa peniaga, buruh dan sebagainya di KL contohnya, lain macam lak sentimen orang kita ni....

nice sharing...

Baru Kak Sue tahu..ye la kena jaga juga kan percakapan kita nie,adat bila bermasyarakat kan..Kak Sue bukan orang jawa,tapi menantu orang jawa..ehehe..

Haha.. tak pe, saya faham...

Educated people biasanya mudah memahami sensitiviti orang lain berbanding certain people yang main redah je... persepsi masyarakat berbeza, penerimaan mereka juga berbeza...

Ok la tu Kak Sue, nanti cucu ada darah jawa juga.. boleh ngomong-ngomong sitik... hehe...

Laaa, sy baru tau pasal Indon-Indonesia ni. selalu sebut Indon je. moga kwn sy x sentap sy selalu sebut Indon 😨 x bagus rupanya maksud Indon ni

Dia sentap pun dia diam je kot.. hihi...

Tk tahu pulak yg dia org tk suka kita pnggil indon cam tuh. Sbb biasa klau pnggil bibik pn bik cam tu je. Tp klau ckp same kita ckp la dia indon. Entah dia pernah dgr ke tk kt pnggl dia cam tuh.

Kalau dia dengar mesti dia sedih. Hihi...

dan kerana nak shortform bagai, tanpa sedar kita mgundang bahana. sama2 sebarkan dgn rakan2/keluarga mgenai pgunaan bahasa kita

Orang Malaysia memang suka guna shortform kan... hihi...

tapi, kwn tu pun sebut Indon 😂😂😂 dia dah lama duk kat labuan. maybe dia pun x tau pasal Indon-Indonesia ni

Dia lupa daratan tu... :)

Memang tak sopan panggil indon, kalau depan mereka elakkan guna perkataan itu.

Betul tu Fiza, kalau nak orang hormat kita, kita pun kena hormat diaorang kan...

nangis dia kalau tau ni 😂

Haha...ok... baik dia tak yah tau...

sy mmg tau yg org indonesia x suka dipanggil sebegitu... tp secara details nyer sy krg tau...terima kasih berkongsi

Ok... welcome Anies... semoga bermanfaat..

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon