Bekerja di Jabatan Kimia Malaysia| Bekerja di Jabatan Kimia Malaysia adalah pengalaman baru buat saya selepas bekerja di Nuklear Malaysia. Namun pada mulanya, jabatan kimia adalah jabatan yang menemuduga saya ketika seisi temuduga SPA di Putrajaya. Ketika zaman belajar dulu, subjek kimia bukan subjek cari makan saya, tetapi ketentuan Allah SWT telah membawa saya ke sini. Alhamdulillah kepada rezekiNya.
Mungkin anda biasa dengar nama Jabatan Kimia Malaysia semasa menonton berita berkenaan kronologi kes jenayah dan seumpamanya, tetapi apakah fungsi Jabatan Kimia Malaysia selain daripada terlibat dalam kes jenayah?. Saya tidak akan menghuraikan fungsinya dari sudut kata-kata profesionalisme, tetapi saya cuba membuat huraian mudah agar anda lebih faham dan sedar betapa pentingnya Jabatan Kimia Malaysia dalam kehidupan seharian.
Kakitangan Jabatan Kimia Malaysia adalah kakitangan awam kerajaan. Di bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Jabatan Kimia Malaysia mempunyai 14 cawangan di seluruh negara dan 1 ibupejabat di Selangor. Umum mengetahui, bagi membina satu bangunan jabatan kerajaan memerlukan kos yang sangat tinggi, oleh itu tidak semua negeri mempunyai cawangan Jabatan Kimia. Negeri Sembilan dan Perlis antara negeri yang tidak mempunyai Jabatan Kimia termasuk tiga wilayah di Malaysia. InsyaAllah pada masa hadapan, cawangan Jabatan Kimia mungkin bertambah selaras keperluan semasa pada masa ini.
Secara umumnya, Jabatan Kimia terlibat terlalu banyak dengan analisis. Analisis makmal untuk mengesahkan bukti, menjalankan analisis pemantauan alam sekitar, analisis pengesahan bukti barang cukai dagangan. Banyak lagi sebenar fungsi Jabatan Kimia seperti terpapar di laman rasmi jabatan. Mengapa Jabatan Kimia Malaysia begitu penting? Saya boleh kata jika tiada jabatan ini, maka bersusunlah "pending case" di mahkamah.
Sebagai contoh: Kes cirit birit di sekolah? Jabatan Kimia menentukan punca keracunan makanan, apa jenis racun yang mungkin ada dalam makanan dan sebagainya. Bagi kes kemalangan kenderaan atau pengesahan casis kenderaan, mercun, DNA mayat, analisis alkohol dalam darah, dadah dan banyak lagi. Jika kakitangan Jabatan Kimia tidak melakukan kerja, PDRM sulit menyelesaikan kes, Kastam, KPDNKK, JPJ, ATM, Bomba dan Pejabat Kesihatan juga. Jabatan Kimia adalah bertanggungjawab menyediakan analisis bagi kebanyakkan masalah jabatan kerajaan. Mudah disebut Jabatan Kimia Malaysia adalah sebagai tulang belakang jabatan kerajaan, biar tersembunyi tapi penuh fungsi, biar tidak dilihat tapi memberi khidmat.
Walau bagaimanapun, sukar bagi orang awam untuk datang dan menghantar sampel/barang bagi tujuan pengesahan bukti dan sebagainya jika tidak melalui PDRM (Laporan polis) atau laporan kepada jabatan kerajaan yang berkaitan. Sebagai contoh anda merasakan daging yang anda beli di pasar adalah daging meragukan dan tidak halal, anda tidak boleh membawa daging itu ke Jabatan Kimia Malaysia untuk mengetahui statusnya. Laporan perlu dibuat kepada jabatan berkenaan (KPDNKK) dan jabatan itu akan menghantar ke Jabatan Kimia. Mengapa?
Sekiranya laporan kimia diserahkan kepada orang awam, maka tindakan pertama orang awam adalah menularkannya dengan tujuan menyedarkan orang awam lain, tetapi tiada tindakan dapat dijalankan oleh jabatan yang sepatutnya mengambil tindakan kerana ianya berdasarkan tular sahaja. Kadang kala juga apa yang ditularkan jauh sekali benar dan ketepatannya.
Ianya juga mencegah panik berlaku dengan tiba-tiba. Ianya juga mengawal maklumat bukti bagi kes mahkamah serta menjaga sensitiviti mangsa kes. Saya rasa semuanya telah menjawab serba sedikit persoalan mengapa terlalu banyak prosedur dalam jabatan kerajaan. Walaupun terdapat prosedur nampak menyusahkan tetapi ianya demi kepentingan negara. Bekerja dan fungsi Jabatan Kimia, sedikit pengenalan daripada saya.
wah.. mesti best ek.. kaji sane saini.. hihi
ReplyDeleteSeronok juga E'in... berkhidmat untuk rakyat...
DeleteA'ah kat Negeri Sembilan tiada cawangan jabatan kimia. Itu sebabnya bila syarikat air ada keperluan (sesetengah kes)untuk menguji sampel air kena hantar ke HQ jabatan kimia di Selangor.
ReplyDeleteBoleh jalan-jalan sekali kan... hihi...
DeleteTeringat cerita CSI pula bila baca entri ni. Banyak analisis kena di jalankan ye. Tanpa Jabatan Kimia ni banyak siasatan tak boleh di jalankan. Tahniah Jabatan Kimia dan tahniah untuk tuan juga 👍
ReplyDeleteLebih kurang csi juga ni... jabatan kerajaan membantu sesama jabatan... terima kasih Sis Ana...
Deletebetul...JAbatan Kimia ni antara salah satu jabatan terpenting di Malaysia.
ReplyDeleteTerima kasih Mrs Velentine...
Deleteuntung dapat dari SPA. elsa dulu rezeki sampai interview je hakhakhak 3 kali pulak tu dapat interview
ReplyDeletewahhh ada blog awak lah dalam entry kita! http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/my-boyfriends-girlfriends-bloglist.html
Dah rezeki kan, InsyaAllah nanti Elsa ada rezeki lain pula.... Oh yeke? Nanti saya singgah....
DeletePengalaman yng menarik. Macam-macam pengalaman dapat bekerja di pelbagai bidang. Jab Kimia juga nampak menarik
ReplyDeleteHehehe, yela, lepas ni tak tukar lagi dah... InsyaAllah....
Deletemenarik2.. semoga dimudahkan dan dilancarkan kerja situ na.
ReplyDeleteTerima kasih Zulhilmi...
DeleteKerja elok tu biar sampai berpencen
ReplyDeleteInsyaAllah Sue Bee, selagi hayat dikandung badan...
DeleteJabatan Kimia sangat penting terutama kes jenayah di Mahkamah.. Bukti kes banyak bergantung kepada jabatan ini. Bukan calang-calang orang boleh mengendalikan sample ujian. Hebat Tuan NA ni..
ReplyDeleteHehe, saya kuli je LZ, pegawai kat atas pening sikit... hihi...
DeleteBaru tahu kepentingan jabatan kimia ni.
ReplyDeleteOk. Moga bermanfaat Jia...
Deletesyok juga ya keja camtu.. banyk berada di luar kawasan la gamaknya kan
ReplyDeleteTak juga, banyak kat makmal dan balai polis je... hihi...
DeleteBerharap suatu hari nanti dapat join bekerja dalam bidang ni juga, sebab dah penat-penat belajar, sedih pula nak tukar bidang masa kerja.
ReplyDeleteInsyaAllah Mai... betul juga kan, penat belajar takkan tak guna walau sikit kan...
DeleteBiar tersembunyi tapi penuh fungsi, biar tidak dilihat tapi memberi khidmat..menarik tu
ReplyDeleteya menarik.. hihi...
DeleteAlamak..baca entry kali ini buat hati merindui zaman muda remaja bekerja di makmal penyelidikan perubatan.... Selamat maju jaya....
ReplyDeleteMesti rindu dengan kerja lama kan... Terima kasih sis...
DeleteSaya pun terbayang CSI bila baca entry ni. Kerja yg memerlukan penelitian yg details, macam bukan jiwa saya je.Hihi
ReplyDeleteHehehe Sis Ana, sebenarnya lebih banyak fungsinya, boleh juga dikatakan macam csi, yang penting cari bukti.... betul tu sis, kalau kerja tak sepenuh jiwa, susah nak menghayati kan...
Deletebagus jabatan camni. memang penting kajian saintifik camni especially benda yang kita makan dan gunakan hari2
ReplyDeleteBetul tu sis, jabatan kimia memang ada buat analisis pemantauan makanan yang dihantar oleh jabatan kesihatan...
Deleteapa pun yui teruk subjek kimia wktu bljr. hahaha
ReplyDeleteTak apa Yui, mungkin lemah pada Kimia tapi hebat pada subjek lain...
DeleteFiza minat sangat dengan subjek kimia masa sekolah dulu tapi rezeki tak ke situ. Semoga sukses selalu.
ReplyDeleteAlhamdulillah Fiza, mungkin rezeki pada bahagian lain kan... terima kasih untuk doanya...
DeleteWalaupun tersembunyi namun banyak baktinya..
ReplyDeleteBestnya kerja kat Jabatan Kimia.. Semoga sentiasa seronok dengan kerjaya saudara..
Betul tu sis, tersembunyi tapi berisi... terima kasih sis...
DeleteSaling berkait antara satu jabatan dengan satu jabatan yang lain...
ReplyDeleteBetul tu PC, saling memerlukan...
Deletekat skola, sy x minat bidang kimia ni. tapi bab filem/ drama, mmg layan 👍. bahagian kimia, forensik, bom & nuclear, doctor, unit jenayah siber
ReplyDeleteMemang seronok filem-filem macam tu... buat kita berfikir kan...
Deletetu lah, boleh tarik minat utk menceburi bidang2 macam tu
DeleteInsyaAllah kalau ada rezeki boleh try bidang ni...
Deleteberapa lama masa diambil untuk menganalisis sesuatu kes / perkara? paling lama berapa? dan paling sekejap berapa?
ReplyDeleteKeseluruhan proses ada banyak peringkat... terima, buat analisis, tunggu keputusan daripada alat, siapkan laporan, laporan ni pula perlu dianalisa ketepatan dan kesahihannya agar tepat dan berintegriti. Part saya, satu hari itu biasa, ada juga sampai dua hari dan seminggu jika terpaksa diulang.
Deletedengar perkataan "kimia" membuatkan terflashback ketika di sekolah menengah. apabila subjek itu selalu cukup2 makan sahaja
ReplyDeleteHehe, saya dulu bukan cukup-cukup makan, tapi semput bro... tapi tak sangkakan rezeki dalam hidup ni...
Deletewahh blajar kimiaaa. smoga setiap urusan yg dilakukan sntiasa dilindungi olehNYA.. amin.. :)
ReplyDeleteTerima kasih Busyra... InsyaAllah moga dipermudahkan...
Deletebab procedure tu ler yang mmg pening nak dengar..haha lebih - lebih lg procedure yang sememangya tiada cara utk elak dan wajib diikuti...ekekeke
ReplyDeleteHahaha... kan... memang kena hadap...
DeleteKwn Cikla ada yg kje di bhgn ni. Mmg kdg2 dia kena pergi court utk explain pasal brg bukti and so on...
ReplyDeleteTu mungkin pegawai tu, sebab pegawai je kena pergi court... hihi...
Deletebestnya. macam WOW je kerja situ
ReplyDeleteWow tapi setiap kerja ada risikonya.. hehe
Delete