Ruang Iklan

Buah hati jantung seorang lelaki

Buah hati jantung seorang lelaki| Kalau ditanya kepada seorang lelaki, apakah buah hati jantung mereka? Dalam senarai jawapan yang akan diberikan, tentunya ibu bapa, isteri dan anak-anak. Begitu juga saya. Hidup tidak lengkap tanpa mereka semua. Bangun pagi, celik mata, bila nampak mereka masih berada disamping saya, membuatkan hari saya sungguh sempurna. Tanpa mereka entah bagaimana saya. Mereka adalah tempat saya berkasih sayang, melemparkan senyuman, bersuka duka dan susah senang bersama. Jarang benar untuk saya berkongsi perihal isteri saya dan anak-anak. Memandangkan entri ini sudah mendapat kelulusan secara lisan penerbit (isteri), jadi tidak salah untuk saya kongsikan kepada sahabat semua.

Keluarga Noor Azlan, Keluarga Blogger Noor Azlan, inspirasi suami

Tanpa keluarga dalam memberi sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh seorang lelaki terasa kosong. Bagi lelaki bujang, tentunya ibu bapa adalah pendorong utama dalam setiap orakan langkah. Bagi suami, tentunya isteri dan anak-anak memberi inspirasi untuk bekerja dengan lebih kuat lagi. Isteri saya banyak menyokong apa yang saya lakukan. Walaupun dia cuba jeling-jeling apa yang saya buat dengan telefon bimbit saya (biasalah orang perempuan), tetapi tanpanya kehidupan saya kurang terurus. Terima kasih saya kepadanya. Walaupun saya bukan suami terbaik baginya tetapi saya bersyukur dia menerima saya seadanya.

Saya kongsikan serba sedikit berkenaan isteri dan anak-anak saya dalam entri kali ini. Moga anda semua tidak berasa jemu membacanya. Maafkan saya jika penulisan saya agak formal dan tidak santai. Isteri saya orang Kuching, Sarawak. Berdarah Melayu-Melanau-Jawa-Cina. Banyak pula campurannya. Biar pun tidak cantik dimata orang, tapi cantik dimata saya. Orang yang sangat sabar dengan perangai 'Childish' saya. Dia pernah memasuki pertandingan akhir Bintang RTM Tahun 1995 bersama Siti Nurhaliza (Dia pasti marah jika saya cerita berkenaan hal ini). Cuma tidak menang, tempat keempat. Walaupun dia tidak menang, saya berbangga dengannya. Kalau suruh nyanyi sekarang memang kelaut sikit lah suaranya, sebab sudah berpuluh tahun tidak menyanyi. Penyanyi pencen. Menyanyi khas untuk saya sahaja. Seorang yang tegas juga sebab anak sulung. Pantang orang tikam belakang, memang terus menyerang. Selain, itu tidak mahu cerita lagi, nanti anda bosan.

Keluarga Noor Azlan, Keluarga Blogger Noor Azlan, inspirasi suami

Buat masa ini saya kongsikan berkenaan tiga orang anak saya sahaja. Kisah tiga orang lagi mungkin entri akan datang. Tiga lagi sudah besar, susah betul nak dapatkan gambar yang menarik sikit. Malu. Maklumlah budak remaja kan. Tiga lagi yang kecik selalu kena paksa bergambar. Seorang enam tahun, lima tahun dan tiga tahun. Tiga orang anak dalam rumah, ibarat sepuluh orang dalam sekolah tadika. Riuh rendah, bila bergaduh sesama mereka memang bertambah riuh. Tambah lagi suara saya dan isteri. Kecoh. Meriah tapi seronok. Pencuri takut nak datang dekat area kawasan rumah semasa semua orang pergi kerja. Tak sunyi.

Sekarang anak lelaki saya, kadang-kadang buat saya bingung. Semua masa yang dia ada digunakan untuk menulis, melukis dan meniru tulisan. Bab baca dia kurang sikit buat. Sampai isteri saya bising juga. Mata sudah mengantuk tetapi masih tetap menulis. Habis buku minta beli buku lagi. Cita-cita nak jadi pilot. Alhamdulillah jika tercapai. Dapat ayah dan ibu naik kapal terbang (belon) selalu. Adik dia, belum berminat sepenuhnya untuk belajar. Masih belum sampai masanya. Tapi prihatin dengan orang lain. Cita-cita nak jadi doktor. Kesian kat dia. Selalu cuba ambil perhatian dengan gelagatnya. Sebab bila dia sudah ada adik bongsu, dia tersepit di tengah-tengah. Salah saya. Sekarang saya sudah ada kesedaran dan cuba mengimbangi kasih sayang kepada setiap anak. Ambil pengajaran dari cerita ini.

Paling bongsu yang paling manja. Mulut sudah boleh tahan. Becok mulutnya. Suka menyanyi walaupun saya tak faham apa dia cakap, cuma melodi sahaja yang boleh faham. Tapi saya tak mahu dia jadi penyanyi. Cita-cita dia nak jadi pilot, doktor, dan sebagainya. Cita-cita dia banyak. Sebab bila saya cakap dia nak jadi apa dia diam. Saya cakap doktor, dia pun angguk. Bila tanya nak jadi pilot, dia pun angguk. Jadi dia nak jadi semualah. Abang dan kakak banyak mengalah dengan dia. Dia garang. Kuat menangis dan tak dapat berjauhan dari ibunya. Masih menyusu badan walaupun sudah tiga tahun. Tapi bukan menyusu pun. Main-main sahaja.

Keluarga Noor Azlan, Keluarga Blogger Noor Azlan, inspirasi suami

Ini cerita saya. Semoga semua membacanya dengan taat dan tawaduk (Gurauan pagi). Cerita ini hanyalah cerita santai pagi sahaja. Saya tahu anda semua stress sebab hari ini hari Isnin. Ada yang masih belum move on lagi dengan cuti hujung minggu. Jangan ada benci antara kita. Biar hitam pena menulis, jangan hitam mata membaca. Kisah buah hati jantung seorang lelaki adalah kisah keluarga tercinta saya untuk anda semua. Terima kasih sahabat.

69 Comments

alhamdulillah lengkap family...

Awak memang seorang yang penyayang keluarga.. dapat anak 3 dan isteri yang baik malah berbakat lagi. Pernah bertanding dengan siti nurhaliza, satu kenangan yang membanggakan. bagus kalau anak bungsu suka melukis. besar nanti pasti jadi anak yang kreatif :)

Saya biasa-biasa je RS... Masih berusaha menjadi yang terbaik... tu la... yang bongsu banyak guna tangan kidal, harap-harap dia kreatif...

Yang bongsu minat ikut ibunya, masih kecil untuk dia menyedari cita-citanya.. hehe..

wah 1995 ?? alhamdulillah.. wlu anak2 ni milki pelbagai ragam, buat kita penat tp itu lah juga penawar kita =)
semoga keluarga dalam lindungan Allah swt slalu..amin ya rab

Kan, dia angguk je apa kita cakap...

Betul tu, memang penat tapi penawar yang sangat mujarab... terima kasih doanya... moga Allah membalas kebaikkan kepada keluarga sis Jun Zie juga... amin...

Alhamdulillah moga sebuah keluarga yang bahagia ini terus menerus dilimpahi kasih sayang Ilahi..subhanAllah..syukur...syukur..syukur.

Terima kasih PC, moga Allah SWT membalas kebaikkan kepada keluarga PC juga... amin...

alhamdulillah.. Moga terus bahagia hingga ke jannah.. :)

Terima kasih Sis Lea... Moga Allah membalas kebaikkan sis...

Org perempuan jeling-jeling hp tu biasa lah. Bukan curiga tapi memantau. Hehe. Ana selalu juga jeling bila duduk sebelah sebab en suami suka sgt beli online. So kena pantau supaya tak membazir. Hehe.

Wah ramai anak tuan ye. Rezeki semua tu. Alhamdulillah. Semoga semuanya berjaya mencapai apa yang dicitakan insyaAllah.

Kan... jeling-jeling memantau kan... lelaki kalau ada duit memang suka beli online.. mudah... Rezeki anak... moga diaorang dapat berbakti kepada saya nanti... InsyaAllah amin...

Dah besar anak-anak.bersyukur dapat tengok pekembangan diorang depan mata sendirikan .masing-masing dah ada cita-cita

teringat plak time skola rndh. cikgu sy cerita, kalau dia stress kat skola lyn anak murid, balik rumah dia mesti tngk muka anak2 dia. penyejuk hati, boleh hilangkan stress cikgu tu 😄 sbb dia ngajar 1 skola dgn isteri dia, tu yg balik rumah nak tngk muka anak tu. keluargalah penyejuk di mata, penawar di hati 😉

Comel2 lah ank2 nya tu, ikut sape ek? Muka paknye idukle hensem mane ye tak? Hehe...janganle marah ye, gurau petang nih. Kem salam kt wife yr, kata awek blogger kem salam, ada bran tak? Haha.

Dah besar juga... Cita-cita diaorang tu belum tentu boleh pakai, nanti dah besar berubahlah cita-cita tu... hihi

Betul tu Nour, anak-anak penawar dalam keluarga, macam mana sekali pun mereka nakal, mereka tetap anak sendiri kan...

Comel ikut mak dia kot, kalau ikut bapaknya tak da comel mana pun... Nanti dia baca sendiri komen dalam ni... hahaha...

Bestkan tgk muka ank wlaupun kdg alahaiiiiiii --' Smoga kluarga kt drhmati dn dlm lindungan Allah slalu :)

Alhamdulilah..Tq semua yg mendoakan kebahagian kami sekeluarga.aamiin allahumma aamiin .. salam perkenalan dr kamek org sarawak.. ❤������������������� ����a!���� ������

Tq my��❤ .. sweet sgt..hihi..tpi dlm sweet nyer seorg yg garang..❤����

Banyaknya emot... hihi...

Manis gula merah ni... hihi... garang itu wajib... huhu...

Alhamdulillah..syukur dapat keluarga yg penyayang.. mcm saya yg bujang ni , buah hati jantung saya adalah ibu bapa :)

www.aerillhassan.com

Sokong Aeril, kalau bujang ibu bapa adalah buah hati kan... terima kasih singgah sini...

Semoga bahagia berkekalan di samping buah hati pengarang jantung.
Aamiin

InsyaAllah WP, semoga keluarga WP juga bahagia sehingga ke Jannah... amin...

So sweeeet :') . bergula sangat rasa entry kali ni. Saya doakan semoga kebahagiaan saudara bersama keluarga kekal hingga ke jannah inshaAllah.

Happy family. Semoga bahagia hingga ke Jannah :)

Terima kasih Syed, sesekali nak bersweet2 ni... terima kasih doanya... Moga Allah SWT membalas kebaikkan Syed... Amin...

Terima kasih cik EPAL, semoga keluarga cik EPAL juga diberi rahmat oleh Allah SWT... InsyaAllah...

alhamdulillah dah lengkap family

Haahh isteri ke jawab tuuuu hii.. salam kenallll buat isteri tuann 😁😁

Alhamdulillahh.. kadang 2 kadang dalam masa yang sama kalau stress dengan perangai anak2 ..sebenarnya itu lagi bertambah sayang ....syukurlah... semoga berbahagia ya tuan serta isteri dan anak2..

Ya, isteri saya... Dia jawab... hihi...

Amin, ya lengkap sis Raihanah...

Betul tu, time diaorang buat kita stress memang naik hantu, tapi part diaorang buat aksi comel, tak tahan nak gelak... Amin, terima kasih doanya, moga keluarga Sis Wani juga diberkati Allah SWT...

sorry tanya umur abang lan berapa ek? bab kecoh dalam rumah tu lebih kurang sama je.. hahaha... riuh sekampung!! :D Tapi itulah keseronokan bila ada anak ramai. nanti mereka dah besar sunyi sepi rumah saat itu pasti kita akan ingat semuanya

Alhamdulillah. Saudara memiliki keluarga yang bahagia. Suami dan isteri saling lengkap melengkapi dan disempurnakan dengan anak-anak. Isteri saya selalu jeling-jeling bila saya asyik dan leka dengan smartphone..

Semoga Allah merahmati dan memberkati keluarga saudara sentiasa

Alhamdulillah, semoga ikatan kekeluargaan akan berkekalan hingga ke akhirnya.. Dan tahniah saya ucapkan kerana menduduki carta special bloglist saya..

http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/03/top-commentor-februari-mac-2017.html

alhamdulillah. moga kekal hgga jannah.

wahh. sama ngan siti ya..nnti leh cri kot ada lg kat youtube..hihi

Saya dah 34 tahun Siti... Dah level uncle ni... Hihi.... Betul tu, bila dah besar nanti sunyi pula, harapkan cucu pula lah... :-)

Amin, Terima kasih Shameel, kalau dia jeling biarkan je dia tengok... Hihi... Semoga Allah SWT juga membalas kebaikkan saudara Shameel... InsyaAllah...

Amin, dengan iringan doa sahabat blogger, InsyaAllah dimakbulkan Allah SWT, terima kasih sangat... Ye ke top commentor? Nanti saya singgah tengok sana... :-)

Amin, Terima kasih Yui... tak perasan kot, tapi kalau nampak yang pakai baju merah tu, dia lah... :-)

Keluarga bahagia. Semoga kekal ke Jannah. Part 2 bila nak pos En Noor. Seronok baca citer mcam ni. Thumb Up.

Alhamdullilah semoga sentiasa berbahagia ya..

Part 2? InsyaAllah jika ada kesempatan nanti... Terima kasih Ridz....

Terima kasih Kak Sue, Moga Allah SWT membalas kebaikkan Kak Sue sekeluarga... Amin..

Happy family. Alhamdulillah. Semoga bahagia hingga akhir hayat. 😊

Terima kasih CikRenex, Amin, Moga Allah SWT memberkati CikRenex juga...

wah bahagianya...anak 6 org dah yeah..yg kecik memang senang nak ajak bergmbr..semoga cita2 anak tercapai..kirim salam wife..cantik..manis

Terima kasih Mrs Velentine... Alhamdulillah rezeki Allah SWT... Betul tu, yang kecik-kecik tak yah suruh pun asyik nak bergambar je... InsyaAllah wife akan baca komen sini juga... kembang hidung dia nanti kena puji... hehe

Allhamdulillah... seronok kan anak2 ramai2... ada yg dah besar ada yg masih kecil.. lengkap semua...

Amin, terima kasih Sis Sheila... Memang seronok bila tengok gelagat diaorang....

ehem.... muda dari saya... jangan panggil saya aunty ye, hahaha

Hahaha... saya panggil sis je, banyak saya panggil sis sebab tak tahu muda ke tua...opss bukan tua, dah berumur sikit... huhu..

Saya duk tersengih-sengih baca entry tuan ni. Suka baca pasal anak2 kecik.

Yang lelaki tu saya rasa dia seorang yg sgt kreatif dan rajin. Salurkan bakat dan minat dia sebaiknya.

Yg bongsu tu pulak comel sungguh suka nyanyi dgn pelat dia, sama macam anak buah saya. Yg penting konfiden tu ada. haha

InsyaAllah, harap-harap dia jadi seseorang sudah lah, apa-apa pun dia nak kerja saya ok je... betul sis, kita susah nak faham dia nyanyi apa tapi boleh tahu dari melodinya... Jangan sengih sorang lama-lama, nanti pelik orang sekeliling tengok... hihi...

Semoga bahagia hingga ke jannah..

Alhamdulillah.. Meriah keluarga..
Saya sangat respek pada keluarga yang anak ramai..
Sebab saya yang ada anak dua nie pun kadang-kadang dah rasa macam ada 10 orang dalam rumah.. hehehe..
Perkongsian yang menarik..

Target nak 12 tapi tak berjaya.. hihi... Alhamdulillah sis, biar dua pun tapi rezeki tak ternilai kan...

wahhh hebat tuuu...smpi msk final.... mesti suara sedap kan?

keluarga sy x ramai so sy suka tgk mereka yg ada ramai anak...meriah dan mcm2 ragam ;-)

Sekarang dah jarang menyanyi, tune lari sikit lah... memang seronok keluarga ramai, larat tak larat je nak layan karenah diaorang....

owh en azlan ni dh umur 34 ye. lebih kurang akak sy umur 30.. sy tak da abg. hehe. ada akak ja. btw tngok anak2 en azlan. mmg cute. hehe.

Tunggu nanti adalah abang tu, abang ipar.. hihi... cute ikut mak dia kot.. saya tak cute.. haha

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon