Ruang Iklan

Cara bantu mangsa kemalangan

Cara bantu mangsa kemalangan| Kesalahan orang awam semasa menyelamatkan orang yang mengalami kemalangan. Cara menyelamatkan orang kemalangan atau disebut eksiden dalam bahasa pasar biasanya memburukkan lagi keadaan. Saya tidak begitu mahir kerana bukan pakar perubatan tetapi sedikit pengalaman semasa menjalani Kursus Asas Lanjutan Bantuan Kecemasan (Advance First Aider) eloklah dikongsi agar bermanfaat kepada anda semua pada masa hadapan.

Cara bantu mangsa kemalangan, eksiden, bantu mangsa eksiden

Mengapa saya berkata begini? Niat orang awam baik tetapi caranya salah. Kemalangan yang berlaku di depan mata kadangkala membuatkan anda terkejut, panik dan tidak tahu berbuat apa-apa. Ada orang sanggup membantu mangsa kemalangan, ada juga setakat merakam dan lain pula memerhatikan sambil mengundang kesesakan. Pengetahuan amat penting dalam menguruskan keadaan kemalangan dan bukan semua orang layak menguruskannya. Biarpun saya pernah menjalani latihan, tetapi sifat 'blur' dan panik tidak dapat dipisahkan dalam diri saya.

Apa yang boleh orang awam lakukan? Pertama, jangan keluarkan mangsa dengan sewenang-wenangnya selain dapat dipastikan dengan jelas bentuk kecedaraan pada mangsa. Jika cedera ringan pada kaki, tangan atau badan dan mangsa boleh berkata-kata, tidaklah salah cara apa pun untuk mengeluarkannya. Jika cedera di kepala dan mangsa tidak sedar diri? Ada satu bahagian di belakang leher yang terletak di dalamnya saraf-saraf penting tubuh manusia. Ada juga kes patah leher yang mana jika ditarik keluar tanpa kaedah yang betul boleh mengundang kematian kepada mangsa. Oleh itu bentuk keterukan kecederaan adalah faktor utama dalam misi menyelamat mangsa.

Keduanya jika mangsa mengalami pendarahan yang banyak. Seringkali orang awam hanya menenangkan mangsa dan menunggu bantuan kecemasan tiba. Seeloknya kaedah memperlahankan atau cuba memberhentikan pengaliran darah adalah menjadi keutamaan. Tekap tempat mengalirnya darah dengan sesuatu agar mengurangkan penaliran darah adalah salah satu kaedah menyelamatkan mangsa. Lebih cepat darah berhenti mengalir keluar, lebih tinggi peratusan mangsa mampu diselamatkan.

Ketiganya, banyak merakam daripada memohon bantuan kecemasan. Kadangkala kita sibuk mengeluarkan mangsa tetapi lupa menelefon ambulans. Masa adalah sangat berharga buat mangsa, semakin lama mangsa terbiar semakin sukar tugas menyelamatkannya. Seeloknya jika terlihat kejadian kemalangan baru berlaku, pertama telefon dahulu ambulans dan baru memberi bantuan kepada mangsa. Ingat masa itu emas bagi mangsa. Tindakan yang cepat oleh orang awam mampu menyelamatkan satu nyawa berharga biar mangsa berlainan bangsa dengan kita.

Keempatnya adalah memberi mangsa minum air seperti yang diminta. Sebaiknya jangan lakukan hal seperti itu. Hal ini kerana amalan pembedahan pihak hospital kebanyakkan menuntut pesakit berpuasa daripada makan dan minum. Sebab terperincinya saya kurang ingat, tetapi wajar orang awam tidak menuruti kehendak mangsa jika diminta. Tenangkan mangsa dan tunggu pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian. Punca kemalangan motorsikal berlaku.


Kelima adalah bantuan pernafasan. Orang awam sangat jarang melakukan ini kerana tidak tahu cara memberikan bantuan kecemasan. Jika tahu sekalipun, sikap tidak yakin membataskan tindakan orang awam untuk menyelamatkan mangsa lemas atau sebagainya. Sebenarnya jika kita mengambil sedikit pengetahuan berkaitan CPR membolehkan orang awam menjadi hero pada situasi tertentu. Cara-cara melakukan CPR banyak dikongsi dalam internet dan anda boleh belajar serba sedikit mengenainya. Lebih elok, di tempat kerja, anjurkan Kursus Asas CPR demi kegunaan masa hadapan.

Keenamnya, apa yang boleh anda lakukan adalah membantu melancarkan bantuan kecemasan tiba dengan segera. Rakyat Malaysia sangat prihatin. Kadangkala sifat keprihatinannya tidak membantu langsung. Berapa cepat bantuan kecemasan boleh tiba jika laluan mereka dihalang? Mungkin mangsa bukan ahli keluarga anda, tetapi jika berlaku kepada ahli keluarga sendiri, baru anda tahu betapa pentingnya membuka laluan seluas-luasnya. Ambulans bukan pembuka jalan semasa jalan sesak. Ianya membahayakan untuk mengekori terlalu rapat di belakang ambulans.

Sikap tidak mementingkan cara yang betul dalam memberi bantuan kepada mangsa kemalangan akan memburukkan lagi situasi yang berlaku. Jika kita tidak mampu membantu sekali pun, wajarlah mengikuti beberapa cara yang patut dilakukan oleh orang awam yang telah saya senaraikan di atas. Walau pun satu cara, ianya banyak memberi manfaat kepada mangsa. Jangan jadi seperti ibu ayam, baru bertelur sebiji sudah riuh sekampung. Jika tidak berdaya melakukan sesuatu, beredar adalah jalan terbaik daripada merakam mangsa yang sedang berada dalam keadaan mengaibkan. Kita hanya merancang, Allah SWT jua menentukan segala-galanya. Saya hanya menyampaikan, moga banyak memberi manfaat kepada semua.

42 Comments

Tak silap ana berpuasa sebelum pembedahan tu utk elak makanan dan minuman masuk ke dalam paru-paru sebab organ badan tak berfungsi. Syafi bulan satu hari tu nak sunat pun kena berpuasa sebab kena GA. Tu yg tahu sikit tu.

Betul tu sis, nanti makanan tu tak tahu nak pergi mana... saya pun dah lupa sunat pun kena puasa sis...

Thanks di atas tips yg berguna ni. Haritu ada kemalangan berlaku depan2 mata saya. Nasib baik saya sempat brek dan tak langgar dia. Kereta dia habis semua langgar divider, total lost. Tapi tetiba mangsa dia keluar dari kereta tanpa sebarang kecederaan. Saya tak tahu nak buat apa time tu. Terus call 999 ja haha.

Tak pernah berdepan situasi macamni. Tp, pernah jgak terfikir kalau brlaku kat depan mata, aku nak buat apa.
Memang krg pengetahuan pasalni. Terima ksh untuk ilmunya.

saya belum pernah bantu mangsa kemalangan setakat ini... ilmu yg berguna mmg tak tahu caranya...

Semua orang perlu ambil tahu ilmu ni. Jangan sebab terlalu mahu membantu sampai sebenarnya kita yang menyebabkan mangsa kehilangan nyawa.

selalu sy dgr time kecik, kalau org yg eksiden atau yg nazak, jgn bagi minum air. konon percepatkan kematian camtu lah. skrg ni, lebih pantas merakam drpd memohon ptolongan. apa2 hal, kena rakam dulu. apapun, thanks dgn pkongsian info ni 😉👌

Tak pernah lagi terserempak dgn kemalangan yg teruk. Minta dijauhkan. Tapi kalo yg biasa tu ada juga terserempak, tapi kami tk berenti sbb tk suka twrlibat dgn kesesakan.
Apapyn trmksih atas ilmu yg dikongsikan.

Kalau mangsa keluar dari kenderaan senang kan... memang langkah patut call 999 je...

Panik antara punca kita tak tahu nak buat apa... tergamam... semoga bermanfaat...

Jarang kita berhadapan dengan situasi ni, kalau kebetulan ada, moga tips yang sedikit ni dapat membantu...

Betul tu Mai, kesian kat mangsa, boleh hidup lagi, salah cara mati lah pula...

Rakam tu wajib kan... lepas tu kongsi, minta banyak like, ada certain part merakam bagus juga, bukti mahkamah...

Betul tu Nor Azimah, kalau dah tersekat kat jammed tu memang jenuh lah... lagi pun bagus kita tak berhenti kan kalau tak dapat membantu...

Dulu zaman sekolah CCL pernah ikut satu kursus . Ingat lagi .. kita tak boleh angat mangsa .takut kecederaan dalaman lagi teruk

Ya betul tu, salah angkat melayang nyawa...

Tak pernah lagi berhadapan dengan accident macam tu.. Selalu tau2 je dah jem, maklum la ramai rakyat prihatin kat Malaysia nie.. ._.

But thanks for the tips.. Sangat berguna if diperlukan nanti.. hee

Betul. Orang sekarang lebih suka merakam dari membuat sesuatu yang sepatutnya untuk membantu mangsa. Paling lemah, keprihatinan tak bertempat ini menyebabkan jem.

Tau2 dah jammed tu memang selalu berlaku... sampai ambulans nak sampai pun dah ambil masa kan... sama-sama Flavnesz...

Keprihatinan tak bertempat kan... rakyat Malaysia memang prihatin dalam semua bab...

thanks untuk info. sy share na.

Perkongsian yang bagus Encik Azlan..
Kebanyakkan yang nampak kemalangan lebih kepada seikap menyebok, merakam dan menyebarkan..
Suka sha mengingatkan.. Tak elok sebenarnya kita menyebarkan gambar kemalangan.. Prihatin pada perasaan keluarga mangsa..

Sama-sama Zulhilmi... silakan share, moga bermanfaat..

Gambar mengaibkan perlu dielakkan... kesian pada keluarga kan...

setuju, msyrkt kita prihatin sbnr nya. Prihatin nak mbantu tp takut cara nya salah. Alhamdulillah setakat ni Ju xperna lagi alami bnda2 mcm ni, tp sekirany kelak ada blaku, ju akan manfaatkn isi kandungan entry ni.. alhamdulillah dan trima kasih =)

Terima kasih Sis Jun Zie... semoga bertambah keyakinan untuk membantu mangsa kemalangan lepas ni...

yg x bagusnya tu, yg first tu. merakam utk dpt like 😱

Hahahaha.... Kebiasaan yang berlaku....

Mek tk pernah in dlm real situation tp pernah amali benda ni. Yg pasal kluarkan mgsa tu biasa memang kne kluarkan dr tempat kemalangan. Baringkan mgsa kat tempat lapang. Sebab time baringkan most bru dpt tgk kcederaan. Klau brdrah hdung, telinga mknenya kcederaan kpala so kne ambik bnda keras untuk tk nk bg tgkuk mgsa bnyk movement. Cm tu la lbh kurg. Yg psl xbg mnum air tu sbb kt xthu kcederaan dlman. Takot mnum air akn buat mgsa trsedak so better tk bg :)

Tempat yang lapang tu betul, tempat yang tiada bahaya lain, kena tengok keterukan kecederaannya... tersedak ke? Hihi...

Tips yang sangat berguna. Walaupun belum pernah alami kemalangan , tetapi dapat digunakan jika berlaku kelak. :)

Terima kasih Aeril... InsyaAllah mohon dielakkan perkara itu berlaku pada Aeril sekeluarga...

Kak Sue belum pernah lagi bantu mangsa kemalangan walaupun pernah la tengok kemalangan ngeri depa mata..sampai fobia..

Sampai fobia Kak Sue kan, kalau jarang nampak lepas tu melaluinya sendiri memang fobia Kak Sue, jadi panik, tak tahu nak buat apa, takut... semua perasaan ada kan...

Perkongsian yang sangat bermanfaat. Jangan buatkan jalan jem semata-mata untuk melihat eksiden.

Betul tu Fiza, sebabkan melihat saja dah berkilometer jammed kan...

thanks 4 sharing...

sy x pandai bab2 kenderaan or pertolongan cemas... yg mampu sy buat tlg telefonkn ambulans / polis / bomba...

Welcome Anies, tolong telefon tu dah kira membantu juga tu...

smua org patut ambil tahu pasal ni.. tq en azlan sbb kongsikan tips ni :) sngt berguna

Betul tu, at least ambil maklum kan... welcome Busyra...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon