Cara hadapi orang tidak suka dengan anda

Bagaimana cara hadapi orang tidak suka dengan anda? Sukar untuk mengetahui sama ada orang itu suka pada diri anda atau tidak. Maksud suka yang saya maksudkan bukan suka dalam konteks cinta tetapi suka berkawan, suka menjadikan diri anda sahabatnya atau berteman. Namun beberapa petunjuk boleh dinilai sama ada seseorang itu suka pada diri anda atau tidak.

Cara hadapi orang tidak suka pada diri anda, cara elak orang benci

Kebiasaannya petunjuk paling mudah adalah reaksi. Reaksi mimik muka, lenggok badan, jelingan mata sebenarnya boleh memberikan maklum balas mudah sama ada berbentuk positif atau negatif. Jika mahu tahu sama ada orang itu suka pada anda atau tidak boleh lakukan ujian reaksi berbentuk soalan dan lihat hasilnya. Tentu ada perbezaan yang ketara.

Petunjuk kedua yang saya sarankan adalah komunikasi dua hala. Saling bertemu tetapi bercerita tidak pernah habis tentunya saat paling bermakna bagi kita. Ada sahaja celotehnya yang membuatkan anda berasa selesa berkomunikasi bersama. Namun jika saling bertemu tetapi sepatah anda bercakap, sepatah pula dia membalas. Kadang-kadang tidak berbalas. Oleh itu, komunikasi adalah elemen petunjuk penting dalam perhubungan dua hala.

Petunjuk ketiga adalah cerita di sebalik tabir. Maksud saya cerita-cerita yang mungkin timbul di belakang anda yang dicanang olehnya. Jika semakin banyak cerita kurang enak di dengari berkenaan anda, maka si dia bukan sahaja tidak suka pada anda malahan menikam diri anda juga.

Jadi bagaimana menghadapi masalah orang tidak suka pada diri anda? Tentunya anda tidak mahu ada orang di sekeliling tidak suka pada diri anda walau pun anda cuba tidak mahu berfikir tentangnya. Hal ini kerana perkara ini sedikit sebanyak boleh menggangu dan mendatangkan ketidakselesaan dalam jadual hidup seharian anda. Cuba cara hadapi orang tidak suka pada diri anda yang saya senaraikan di bawah ini.

Pertama ubah diri anda terlebih dahulu. Mungkin hanya ada satu atau dua orang tidak suka pada diri anda atau mungkin lebih daripada itu. Jadi cuba semak kesalahan diri sendiri dan kaitannya dengan orang yang tidak suka pada diri anda. Jika benar kesalahan itu bermula dari anda, cuba perbaiki keadaan itu semula dengan meminta maaf walau hakikatnya begitu sukar untuk memohon maaf. Namun bagi mengelak kudis kesalahan anda menjadi barah bernanah, lebih baik paksa diri anda.

Solusi kedua adalah datangnya selepas solusi pertama. Jika anda telah memperbaiki segalanya dan dia masih tidak suka pada anda, jadi ambil sikap bertenang terlebih dahulu. Maksud bertenang adalah meredakan keadaan yang semakin sulit. Maksud diam dan bertenang bukan bermakna memutuskan hubungan tetapi mendiamkan diri sebentar agar keadaan kembali pulih. Usah menambah bara yang terpendam supaya kelak tidak sukar memadamkan.

Solusi ketiga adalah abaikan sementara dia jika solusi pertama dan kedua tidak berhasil. Maknanya, cuba buang si dia dalam kamus hidup anda. Untuk berapa lama bergantung kepada responnya. Kadang kala anda memulakan perdamaian terlebih dahulu tetapi belum berhasil. Mungkin selepas sehari dua, kemarahannya mungkin kembali pulih, dia mahu berdamai pula dengan anda.

Keempatnya, jika semua jalan yang diusahakan menemui jalan buntu, maka tinggalkan dia jauh-jauh. Terlalu rumit untuk memulihkan hubungan dengan seseorang yang tidak suka pada anda. Sama ada dia tidak suka pada diri anda disebabkan sikap anda, iri hati dengan apa yang anda ada, atau dia memang suka memulakan perbalahan, atau juga sebenarnya dia yang bermasalah. Dalam agama tidak digalakkan memutuskan hubungan sesama insan tetapi bagi mengelakkan keadaan semakin bertambah rumit, lebih baik tinggalkan sahaja dia. Hal ini dilakukan setelah usaha perdamaian anda gagal direalisasikan.

Terakhir pula adalah amalkan berdoa. Berdoa kepada Allah SWT agar hubungan yang retak dipulihkan kembali. Berdoa padaNya agar dibukakan hatinya untuk suka pada diri anda. Siapa sangka, orang yang benci anda pada waktu itu adalah sahabat baik anda pada masa hadapan. Tiada siapa menduga keadaan itu. Maka amalkan berdoa untuk kesejahteraan kalian berdua adalah jalan terbaik bagi meredakan masalah yang berlaku.

Perihal orang tidak suka pada diri anda adalah perkara yang melibatkan perasaan dan jiwa yang terdalam. Bukan dapat dilihat menggunakan kanta mahupun mikroskop, namun boleh dirasai menggunakan kewarasan akal dan fikiran yang tenang. Api sama api, bahaya. Hati sama hati, jatuh cinta. Tuhan sukakan perdamaian dan sesiapa yang bijak memanfaatkan perdamaian maka tuailah hasilnya. Hidup berkawan adalah pilihan dan pilihlah kawan yang suka pada diri anda atas sebab siapa diri anda dan bukan atas sebab apa yang anda miliki pada hari ini. Hari ini mungkin anda berada, esok jika papa kedana keadaannya mungkin berbeza. Cara hadapi orang tidak suka pada diri anda, saya kongsikan pada semua.

46 Comments

Tak semua suka pada kita. Saya dah pernah alami. Buat tak tahu je. Biarlah mereka cakap buruk pasal kita sebab at the end semua akan terbukti. Buat baik pada semua insyaAllah Allah pasti akan balas kebaikan kita

Betul tu Sis Ana.... Last-last bila terbukti, baru bersih maruah kita kan...

Sha tengah menghadapinya sekarang nie..
Terbeban juga sebab kita cuma menjalankan tugas sahaja namun pada pandangan yang membenci seolah-olah kita membodek.. Nak gi kerja pun rasa macam tak best tapi.. Kuatkan hati dan cekalkan semangat.. Sha dah pernah sekali berurusan dengan pakar psikologi disebabkan orang yang sama.. Kali ini sha nekad nak jaga hati dan diri sha baik2.. (Terluah perasaan pula)

Sabar sis, selain sis ada orang tu dalam hidup, sis masih ada kawan-kawan blogger yang tak memilih rupa, harta dan kedudukan... orang dengki memang sentiasa ada... teruskan hidup dan abaikan orang yang bukan memberi kita makan...

Terima kasih sis, moga bermanfaat...

Terima kasih Sis Normi Nieza... :)

erm... bagus gak topik ni... hehe... saya pun dlm situasi yg sama... nice sharing...

Terima kasih Sis Sheila, masalah yang kerap berlaku pada diri kita kan ... :)

suka ayat "api sama api bahaya, hati sama hati jatuh cinta"

both are dangerous sebenarnya. hehehe

bagus la azlan. banyak betul tips kat blog awak nih. dah boleh jadi one stop center for all tips nih ;)

Terima kasih Orked V., saya cuba buat yang terbaik untuk manfaat diri saya sendiri dan berkongsi manfaat yang saya dapat kepada sahabat-sahabat semua...

Bagus perkongsian ni. Memang tak selesa kan if ada orang tak suka kita tanpa kita tahu apa sebabnya dan lagi2 bila berada di tempat yang berdekatan kan. huhue. memang kena pandai manage. thank you sharing

Tidak semua boleh terima kebih dan kurangnya kita..lebih dijadikan irihati..kurang dijadikan perbezaan..begitu juga kita adakala mudah suka orang,ada masa tidak menyukai...itu lumrah kerana kita ini manusia biasa.Bila PC tahu orang tak suka dengan PC tak mengapa..biarkan..diamkan..ikat dengan DOA..selebihnya serah pada DIA..

Macam janggal kan kalau berdekatan, nak tegur salah tak tegur pun salah... Terima kasih nadhie...

Setuju PC, lebih jadi irihati, kurang dibanding... betul tu, doa adalah jalan terbaik untuk mohon hidayah dan pertolongan...

btol tu aril stuju. xsmua org suka kita. tapi dkat dunia ni, mmg dh lumrah. sabarlah, itu smua ujian.

Tidak semua orang suka dan gembira dengan apa yang kita ada. Nak bahagia senang je, jauhi orang negatif macam tu, banyakkan berkawan dengan orang positif dan bahagia, sebab jarang orang bahagia ada masa untuk membenci orang lain :)

Ya Shahril, sabar dengan segala ujian yang datang pada diri kita...

Setuju tu Mai, jarang ada orang bahagia nak sibuk hal orang lain kan... kepala sakit, jiwa sakit sebab asyik nak fikir orang lain je kan...

hahaha, baru je kena.. tapi Neeza tak sebaik untuk ikut langkah di atas.. hehe #haters ni apa yang kita posting tak ganggu hidup dia pun.. neeza sampai kena kick kita keluar dari group.. sekali deep habis-habisan dekat timeline, add kita balik tanpa kerelaan, eh?

Ada juga siap kick dari group kan... mesti group whatapps ni... mungkin orang tu makan cili kot, sebab tu dia terasa pedasnya... sabar ye..

org buat tak baik, jgn kt balas tak baik tp balas dgn kebaikan. inshaaALLAH org tu nnti automati "termalu" dengan sikap dia sndiri.

Setuju Yui, dah termalu nanti terhegeh-hegeh nak minta maaf kan...

lumrah hidup di dunia, tak semua akan suka dgn diri kita. sy pun prnh kena, siap buat cerita lagi. tapi, sy x prnh pun bcakap dgn org tu tetiba sebar fitnah. nasib baik sy jenis tak layan, hati sado kononnya 💪💪💪 kalau lyn, nnt sakit hati sendiri

Hihi... perempuan sado macam mana pun hatinya lembut juga kan... tak payah layan lagi senang hati kan..

Tip yang berguna...

Ada juga yang tak nampak suka atau tak... Depan baik gile.. blkg kita macam2 yg dia umpat.. huhu..

Itulah kena berhati-hati, dengar cerita di belakang pula... baru tau wajah sebenar kan...

Bagus cara-cara yang dicadangkan ni. Biasanya saya ambil pendekatan untuk buat tak tahu sahaja. Sedangkan kita pun ada tak suka orang, so kena expect bahawa akan ada orang juga yang tak suka kita.

busyra kan kalau org tak suka dkt busyra, buat tak tau je. hehe.. sbb malas nak layan org mcm ni. kalau layan buat sakit hati je kan.. btw prkongisan yg sngt bagus. :)

Kak Sue pun pernah alami..bila kita menjauhkan diri dan diam,lagi sakan pula depa provoke kita..tapi Kak Sue malas nak layan buat tak tahu dan sabar aja lah..

Betul tu, better buat tak tahu je... kalau ambil tahu nanti boleh bergaduh pula kan...

Yela kan, bukan dia yang beri makan, ye tak...

Provokasi tu yang tak best tu... makin diam makin kuat menyalak ya...

Setuju sgt bila orang tak suka kita jangan terus salahkan orang tu. Tp, muhasabah balik diri sendiri. Takut puncanya dari kita sendiri. Kadang2 kita tak sedar kesilapan diri sndiri.

Sebab kalau terus menyerang orang tu, takut di counter balik dengan hujah kesalahan kita nanti terus tak dapat jawab... kan...

Klo org dh tak suka nk buat mcm mna move on je la..huhuhu.bazir je tnggu org yg x suka ..suka kat kita melainkan dia deserved it

Yela kan.. bazir je tunggu orang dah tak suka kan... hehe

betul apa yg dikongsikan ni...

sy tau ada org x suka sy... tp sy buat tak tau je... kalau asyik fikirkan benda ni mmm... buang ms je... baik sy fikirkan benda yg berfaedah...

Hehe... yela... kalau dapat hasil tak pe jugak kan...

Betul tu.. Saat tertekan dengan beliau.. Sha diberikan berita gembira bertalu-talu.. Sesungguhnya Allah itu maha pemurah lagi penyayang.. Bersyukur sangat ada kengkawan blogger ini.. Walaupun hanya di alam maya namun impaknya besar..

Alhamdulillah berita gembira bertalu-talu, lagi dia sakit hati tak? Hehe..betul tu sis, saya baru terasa nikmat blogging ni... dulu banyak perkara tak diberi perhatian...

bhahahahahaha, hati pompuan kan, keras camna pun pasti ada lembutnya

Betul tu, memang 100% tepat...

Mek kalau dh tk suka, hihi jgn dipksa. Lain nau mukanya nnt. Kalau org tk suka mek pun, mek blah cam tu jugak ;)

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon