Ruang Iklan

Cara servis kipas angin

Cara servis kipas angin sendiri| Servis kipas angin? Bukan kipas angin yang dekat atas syiling tu tapi kipas angin berdiri, duduk, melekat kat dinding dan kipas angin seumpamanya. Harga kipas angin murah dan tidak mahal. Boleh dapat harga serendah RM50 sahaja. Namun kalau setiap 6 bulan perlu beli kipas angin, ianya akan menjadi pembelian sia-sia kan. Kenapa?

Cara servis kipas angin, cara baiki kipas angin, bilalelakiberbicara.com

Cuti hujung minggu memang jadi kebiasaan saya melakukan servis kepada kipas angin di rumah saya. Baik kipas angin berdiri mahupun kipas angin syiling. Tapi untuk entri kali ini, saya akan tunjukkan cara servis kipas angin sendiri di rumah. Sebenarnya tidak susah tetapi perlu kerajinan untuk melakukan servis sendiri. Bukan baiki kipas angin tapi servis. Kalau baiki saya pun tidak pandai.

Kipas angin dan barang-barang elektrik yang lain, tidak perlu makan tetapi perlu dibelai. Belai bagaimana? Servis. Kipas angin di rumah saya telah saya beli pada tahun 2014 dan Alhamdulillah masih bertahan dengan baik sehingga hari ini. Jenama tidak penting bagi kipas angin. Cap Ayam Berjanggut, Cap Ikan Emas atau Cap Kucing Senyum pun bagus. Cumanya seperti yang saya cakap tadi, kalau tidak servis, kipas hanya mampu bertahan selama beberapa bulan sahaja.

Cara servis kipas angin yang saya buat tidaklah sukar. Pertama, perlu buka semua bahagian pada kipas angin. Jangan lupa tutup suis terlebih dahulu. Bila sudah tutup peluk kipas angin macam mana pun InsyaAllah selamat. Buka cover kipas, pusing tombol penyekat dan tanggalkan semuanya. Kemudian bersihkan atau cuci. Tombol penyekat kalau lama sangat tidak pernah buka memang akan ketat dan tidak boleh buka langsung. Jadi sesekali perlulah dibuka. Bersihkan semua kotoran yang ada. Habuk adalah masalah utama bagi kipas selain masalah elektronik, kipas patah dan sebagainya. Kenapa habuk perlu dibersihkan dengan kerap? Sebenarnya masalah utama penyebab pengguna terpaksa beli kipas baru adalah habuk yang melekat pada cover luar kipas, piring kipas dan besi karat, tidak licin serta terdapat banyak helaian rambut padanya. Andaian kereta 1000cc terpaksa membawa muatan 5 kali ganda daripada kemampuannya, lama-lama rosak juga. Habuk adalah gangguan pada kipas.

Cara servis kipas angin, cara baiki kipas angin, bilalelakiberbicara.com

Kemudian standby minyak mesin jahit dan letakkan sedikit pada besi kipas angin. Tujuannya bagi melancarkan pusingan kipas. Minyak lain? Saya tidak cadangkan memandang minyak mesin jahit adalah biasa digunakan pada kipas angin. Jangan guna minyak 2T,4T, minyak masak dan sebagainya. Minyak urut pun jangan. Tidak laju berbanding minyak mesin jahit. Minyak mesin jahit performance sangat bagus. Dipercayai turun temurun.

Selepas siap semua dibersihkan, pasang semula komponen bahagian-bahagian kipas yang telah dileraikan. Utamakan pada bahagian tombol penyekat. Mungkin nama berbeza. Asalkan fungsi sama. Kebiasaannya satu pusing ke kiri dan satu lagi pusing ke kanan. Paling mustahak semasa memusing, jangan salah lorong skru. Maksud saya biar betul-betul masuk pada laluan skrunya. Kalau salah masuk lama-kelamaan akan lose dan longgar. Kalau terasa lose sedikit, cuba selitkan kertas bersama supaya ketat sedikit. Kalau tidak ketat, takut tanggal semasa kipas berpusing.

Cara servis kipas angin, cara baiki kipas angin, bilalelakiberbicara.com

Makin banyak habuk, makin cepat kipas rosak. Bila sudah rosak biasanya orang akan beli baru sebab harganya murah. Namun sebenarnya kalau proses servis dibuat pada setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali, InsyaAllah kipas akan dapat bertahan lama. Barang lama kalau selalu servis, prestasinya masih tetap sama. Mengapa bayar lebih kalau dapat berjimat. Cara servis kipas angin ini saya kongsikan supaya anda boleh buat sendiri dirumah. Kalau rosak pada bahagian elektronik, beli sahaja yang baru kalau tidak pandai baiki sendiri. Semoga bermanfaat.

48 Comments

Wah.. Bgus ni.. Nblh mintasuami buatkannnt..

Tips yang boleh diamalkan untuk dijadikan rutin mingguan. Saya setakat ni cuma cuci bilah kipas tu je la tiap minggu. Nak servis memang malas. Haha. Bersihkan bilah tu saya rajin buat sebab anak-anak mudah selesema bila terkena habuk.

Sama macam ayah ana bersihkan. Tp kipas skrg dah tak tahan lama. Cepat jer rosak.

Oh slalu cuci buang habuk je. X pnh isi myk. Tp lma dah x pki kipas ni. Semua bilik ada kipas siling

PC suka bab bersihkan kipas angin ni...dulu la...sekarang kalau balik kampung bila sempat..buat juga..sebab boleh main air dengan sabun masa basuh kipasnya tu..huhu..kalau bersih...anginnya kuat..lagi satu udaranya bersih.

Ok entri ni mengingatkan CCL kipaa lama CCL yang segan nak memusing walaupun dh dibersihkan .on suis kena tunggu berapa minit baru dia pusing-pusing ..kadang tu kena biar lama baru nak pusing .so CCL beli kipas baru

Hahhahaa... baca entry ini teringat kipas Mrs. A yang kat dapur sampai patah tengkuk tak dibelai jawabnya buang ajelah jual pada lori barang-barang lama/terpakai.

Itulah kalau kat rumah Mrs. A memang dah tebal habuknya barulah dibersihkan.

Selalunya kipas nie hubby yang cucikan, katanya saya tak pandai cuci.. hihi

perkara yg sm jg boleh apply kat kipas dinding ya?

tips yg bagus ni....berguna sungguh minyak singer tu kan

bagus tips ni.. boleh cuba..

wah rajin.. selalu cuci habuk kat bilah kipas je lah .. huuu tu pun kalau rajin hiii

Setuju dengan tuan Azlan "Barang lama kalau selalu servis, prestasinya masih tetap sama"

Suami saya pun suka ulang cakap perkara yang sama :)
"barang lama takde masalah cuma kita kena pandai jaga"

Selalunya yang gigih macam tuan ni mesti penyabar orangnya
huhu

Mai kalau cuci pun kat bilah kipas je, tak reti bukak2 nanti jadi tikus membaiki labu pulak,hahaha.

tak reti bersihkan kipas sebab tak guna kipas pun, hehehe

Oh rupanya kena tambah minyak. Patut pun kipas kat rumah saya tak kuat angin.

Kalau ayah saya bersihkan kipas dia mesti pusing ketat2 tempat pembuka tu, bila ayah tak dah di rumah dan saya nak bersihkan, ketat sangat. Terpaksa bagi bersih kat luar2 je :D

Cik Haneeza guna apa? ekon ke?

Betul tu bro Shahrul, kipas angin ni selain menyejukkan, fungsi utamanya adalah kumpul habuk... hihi...

Sebab diaorang nak ada sale... kalau rosak selalu, banyaklah sale diaorang...

Kipas syiling kalau banyak habuk, tak sejuk kan... apalagi panjat lah jawabnya... hihi...

Wah mesti berjam basuh kipas ni... betul tu udaranya mesti, budak-budak tak cepat selsema...

Kalau macam tu mungkin sebab ada benda membelit besi sebatang tu, biasanya rambut... kalau tak ok juga rasanya kapasitor kipas tu dah rosak...

Tu mesti kes dongak dan tundukkan dia selalu... hihi... sian dia... kalau selalu banyak habuk cepat rosak nanti...

Mesti dia tak nak susahkan sis... bagus lah...

Ya Anies, kipas dinding pun sama juga...

Betul sis, memang bagus sejak dulu lagi... sebab tu masih terjual sampai sekarang minyak ni kan...

Terima kasih Zeera, semoga bermanfaat...

Boleh sesekali cuba operate kipas tu... tapi jangan sampai rosak ye... hehe...

Tak ada lah gigih sangat sis Husniey, cuma rasa panas bila kipas tu penuh habuk... hihi...

Hahaha, saya faham Mai, mesti tak dapat pasang balik kan? Hihi...

Dia guna ekon lah tu Dedaun... hihi...

Pernah juga saya jumpa kes macam tu, kadang-kadang kipas lama memang macam tu, sebab getah penyekat kipas tu dah cair... biasanya berlaku sebab penggunaan kipas yang terlalu lama, besi batang kipas jadi panas...

Cara service kipas syiling diperlukan juga, hahaha

selalu buang habuk ja. bab servis ni kena tunggu adik balik cuti. dia yang rajin nak servis2 kipas ni. serah kat dia ja

Kipas angin rumah saye pun ritu baru je beli mahai gaklah. pastu tak function dah. sobs. btw tqq share boleh di apply ni

Tangga diperlukan tu Ridz... hihi...

Hihi... kalau makin lama dia tak balik makin lama lah tak servis ya kan... hihi

Sedihkan.. tak pa lepas ni ok kan sebab boleh servis sendiri...

Wahhh bagusnya. tapi kat rumah ada satu je kipas melekat kat dinding. walaupun jarang bersihkan tapi dari saya kecil lagi kipas tu elok je tahan hehe.

yup, nad kalau nampak dah berhabuk, sruh husband bersihkan..

tu la. tapi, baru tadi my bapa request suh cuci kipas bilik dia 😂

Hihi... bagus2... guna tips kat atas kan... hihi...

Bagus tu Syed, barang lama kalau guna dengan elok memang boleh tahan lama...

Yela nanti nampak tak cantik kalau penuh habuk tu...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon