Dapat hadiah daripada LZ| Alhamdulillah semalam petang, abang posmen dengan gigih menghantar bungkusan yang dihantar oleh pemilik blog Lady In Red Planner iaitu LZ. Bungkusan telah disambut oleh isteri saya adalah bungkusan hadiah kerana menjadi pemenang Top Commentator di blog milik LZ. Terima kasih saya ucapkan kepada LZ atas pemberian hadiah yang cukup berharga ini.
Keistimewaan menjadi pembaca tegar setiap entri yang disiarkan oleh blog rakan blogger adalah anda berpeluang menerima hadiah yang tidak dijangka. Biar pun niat asal hanya blogwalking dan membaca setiap naskah yang disiarkan, namun siapa sangka, ada pula hadiah menanti. Alhamdulillah semoga blog Lady In Red Planner terus berkembang dan berjaya dalam dunia blog suatu hari nanti. Pemilik blog jangan berkembang ya.
Sebenarnya, ini adalah hadiah pertama yang saya dapat semenjak berkecimpung dalam dunia blogging. Jadi rasa excited lebih sedikit. Saya sangat menghargai pemberian hadiah daripada LZ. Ianya sebatang pen. Pen yang boleh menulis. Menulis adalah hobi saya. Semoga dengan pemberian pen ini saya boleh mengembangkan hobi menulis ke suatu tahap lain selain hanya membuat blog. Cita-cita saya ingin menulis novel. Entah mampu atau tidak, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Saya rasa segan pula apabila LZ memanggil saya dengan panggilan tuan. Almaklumlah saya ini cuma kuli sahaja. Hamba rakyat. Berkhidmat demi rakyat.
Memandangkan saya tidak mahu setiap entri saya nampak kosong tanpa tulisan, saya akan menulis lebih panjang sedikit berkenaan blog Lady In Red Planner. Harap entri ini panjang ini tidak memaksa anda menekan butang close.
Saya cukup tertarik dengan header blog LZ. Nampak simple tapi eksklusif. Anda semua boleh singgah berkunjung ke blog LZ di sini Lady In Red Planner. Blog yang baru diwujudkan sekitar bulan Febuari 2017 adalah blog yang berinformasi sesuai dengan kerjaya LZ. Walau pun blog Lady In Red Planner masih baru tetapi blogger LZ mampu menarik Followers dengan agak pantas berbanding saya ketika mula membuat blog dahulu. Menggunakan template responsive Elegence yang ringkas tapi kemas, kelajuan loading mobile friendly blog LZ adalah memuaskan bagi saya memandangkan saya banyak menggunakan telefon untuk meletakkan jejak komen. InsyaAllah saya akan tetap berkunjung ke blog LZ pada masa akan datang. Anda semua beramai-ramailah singgah ke blog Lady In Red Planner ya. Klik sahaja di mana-mana link yang telah saya pautkan.
Tidak lupa juga semua blog yang ada dalam bloglist saya. Saya akan cuba meninggalkan jejak kehadiran saya ke semua blog kerana setiap entri adalah karya penulis blog biarpun hanya sekeping gambar. Setiap karya adalah mesej dan setiap mesej itu adalah ilmu dan ilmu itu tetap milik Allah SWT. Terima kasih kepada blogger LZ atas pemberian hadiah yang cukup bermakna ini. Alhamdulillah syukur.
Terbaiklah bang. Dapat masuk top commentator LZ pon dh kira ok. Ingat nak letak jgk benda tu. Tapi xreti lagi. hahaha
ReplyDeleteOoo... kalau nak letak benda tu senang je, pergi ke blog sis Hawa, ada code html kat situ.
Deletehttp://rosbirumuda.blogspot.my/2017/03/cara-letak-top-commentators-pada-blog.html
wah tahniah heheh dapat pen baru ;D
ReplyDeleteTerima kasih Mellya.... :)
Deletewahhhh tahniah dah dapat hadiah! saya punya pun dah dapat tapi sekarang ni duduk rumah lain pula huaaa.
ReplyDeleteAlamak, posmen salah hantar ke Syed?
Deletewahhh tahniah... mesti senyum2 smpi blkg telinga bla dpt hadiah ;-)
ReplyDeleteHihi... senyum sampai pipi je, kalau sampai telinga dah koyak nanti... hihi
DeleteYa Allah terharu sungguh LZ dengan review blog Lady in Red Planner di entri ini.. Rasa tak setanding dengan hadiah yang saya beri..Alhamdulillah jika ianya memberi manfaat kepada Tuan NA.
ReplyDeleteSaya sangat hargai ukhuwah sesama rakan blogger. Bukan setakat menjadi followers sahaja tapi mengikuti perkembangan blog masing-masing. Jadi sebagai penghargaan saya hanya mampu beri small token of appreciation...
Terima kasih banyak Tuan NA (panggilan kpd Penjawat Awam) dengan review tersebut. 😄
Review blog secara sukarela... Betul tu, ukhwah tu sangat penting... Alhamdulillah, risau nak siar entri ni tadi sebab buat sertakan review blog tanpa kebenaran... hihihi... Terima kasih hadiahnya.
DeleteTahniah tuan. Semoga tercapai cita2 untuk jadi penulis novel. Amin amin ya Rabbal'alamin. InsyaAllah kami rakan2 blogger akan support tuan 👍
ReplyDeleteTerima kasih Ana... semoga sokongan sis menjadi pemangkin saya untuk mula menulis perenggan pertama... hihi...
DeleteAlhamdulillah rezeki.
ReplyDeleteHa! inilah namanya rezeki yang tidak disangka-sangka.
Semoga ukhwah yang terjalin sesama rakan blogger akan manis-manis sahaja hingga ke Jannah.
Betul tu Sis Mrs.A, rezeki terpijak kan...
DeleteAlhamdulillah , tahniah bro
ReplyDeleteAmin... terima kasih bro Khairil...
Deletewow.. bestnye hadiah pen.. tahniah azlan..
ReplyDeleteTerima kasih Fiza...
Deletetahniah incik! hikhik
ReplyDeleteTerima kasih Elsa....
Deletewah..untungnya dapat pen parker tu..tahniah rezeki :)
ReplyDeleteTerima kasih... Rezeki kan... Alhamdulillah...
Delete"Setiap karya adalah mesej dan setiap mesej itu adalah ilmu dan ilmu itu tetap milik Allah SWT" - statement 👍
ReplyDeleteSemoga tercapai cita-cita untuk menulis novel. Best kan tetiba dapat hadiah daripada rakan blogger. Rasa dihargai juga :) Semoga jalinan ukhuwah sesama rakan blogger berkekalan :)
InsyaAllah sis, tapi tak tahu tercapai atau tidak... hihi... InsyaAllah ukhwah akan tetap terjalin...
DeleteTahniah dapat hadiah ..walaupun sebatang pen
ReplyDeleteTerima kasih CCL...
DeleteAlhamdulilah tahniah tuan :)
ReplyDeleteSemoga dimurahkan rezeki selalu
Amin, terima kasih doanya, semoga Sis juga dilimpahi rezeki yang luas...
Deletewah smartnya pen.. apapun tahniah! :D
ReplyDeleteTerima kasih Neeza... memang smart dan bergaya....
Deletetahniah.. :) pen tu boleh digunakan untuk tulis mcm2.. alhamdulillah rezeki :)
ReplyDeleteTerima kasih Busyra, betul tu, daripada sebatang pen, karya akan terhasil... hihi..
DeleteYeah!! Encik Azlan nak menulis novel.. Sha sokong, support.. Semoga perancangan dan usah ke arah menulis novel dipermudahkan dan diberi idea yang ohsem.. Dah terbit jangan lupa maklumkan Sha.. Boleh Sha beli satu naskah.. 😀
ReplyDeleteEh!! Lupa pula.. Tahniah ye dapat pen yang ohsem tu..
InsyaAllah Sis... cita-cita je tu, buatnya tak tahu bila, sama ada sempat atau tak kan... Doa-doakan je ye...
Deletetahniah dapat pen baru, manatau lepas ni dapat menghasilkan novel, ameeen. tak cuba tak tahu kan
ReplyDeleteTerima kasih Nour, nak juga cuba buat novel walau satu buku je, nak kena belajar dulu cara-caranya...
DeleteinsyaAllah...
DeleteTahniah..kipidap dongibap..usaha dn terus usaha..semoga sukses dunia akhirat aamiin
ReplyDeleteTerima kasih sayang...
DeleteWahh tahniah.. rezeki dapat pen cantik.. :)
ReplyDeleteTerima kasih Lea...
Delete