Ruang Iklan

Keburukan guna domain sendiri

Keburukan guna domain sendiri| Dahulu saya menggunakan domain percuma daripada blogger.com sebagai url blog ini. bilalelakiberbicara.blogspot.com. Mengapa bilalelakiberbicara.com? Saya pun tidak ingat kenapa saya guna nama domain ini. Lama kelamaan, saya ada peluang guna nama domain lain termasuk menggunakan nama saya. Namun saya tetap gunakan bilalelakiberbicara sebab saya sayang untuk meninggalkannya.

Keburukan guna domain blog sendiri, beli domain blog, domain blog

Kekurangan atau keburukan menggunakan domain sendiri, saya cuba senaraikan buat makluman rakan blogger yang lain. Sebelum beberapa masalah timbul, lebih baik kita buat persiapan terlebih dahulu. Apakah kekurangan menggunakan nama domain sendiri. Domain sendiri bermakna anda beli daripada GoDaddy.com atau penyedia domain yang lain.

Sebagai contoh apabila sesuatu perkara terjadi dan menimpa diri saya seperti kematian, waris saya mungkin tidak tahu berkenaan cara buat blog, cara operasi sebuah blog dan yang paling penting cara renew domain blog sendiri. Domain sendiri adalah berbayar. Domain dan hosting. Jika sudah sampai pada satu tarikh luputnya, bayaran perlu dibuat bagi membolehkan sebuah blog beroperasi seperti biasa tanpa gangguan. Gangguannya blog mungkin hilang daripada radar carian. Oleh itu domain berbayar ada risikonya apabila pasangan atau waris tidak tahu menahu langsung berkenaan kewujudan blog dan kaedah operasinya. Jadi perlu bersedia berkenaan hal ini. Wariskan atau tinggalkan semua catatan yang telah anda buat selama ini kepada pengetahuan orang yang boleh dipercayai.

Adalah satu kerugian jika blog yang telah diusahakan selama ini dengan pelbagai catatan dan maklumat yang mungkin berguna kepada anak-anak dan generasi akan datang untuk dirujuk hilang dan dibiarkan begitu sahaja. Ianya ada tetapi tersimpan di dalam sistem domain selagi tidak dibayar. Enjin carian gagal mencari kerana ianya tersimpan pada lokasi maya. Tidak boleh dijumpai melainkan waris mencarinya dan meneruskannya. Jika domain percuma, ianya akan terus kekal wujud selagi akaun tidak dicuri oleh orang lain atau Hackers. Sampai bila-bila pun blog anda sentiasa wujud. Itu adalah kelebihan domain percuma kecuali pihak blogger.com akan mematikan mana-mana akaun yang tidak aktif.

Seorang blogger pasti jiwanya sentiasa ada pada blognya. Bukan blog dibuat sehari dua, tetapi blog bertahun lamanya. Apatah lagi sebuah blog berkenaan catatan kehidupan peribadinya. Catatan sejak anak dari kecil sehingga membesar. Tentunya amat bermakna buat seorang blogger. Jika hilang dari radar tentu satu kehilangan besar bagi diri seorang blogger dan anak-anaknya. Ianya seperti album kehidupan, ada gambar, ada cerita dan ada pengajaran. Oleh itu persediaan mewariskan hak milik cipta sebuah kandungan blog kepada generasi akan datang perlu dibuat. Sama ada memaklumkan email dan password blog, mengajar bagaimana blog beroperasi dan sebagainya.

Saya baru terfikir berkaitan hal ini setelah membeli domain sendiri. Jika saya tiada, mampukah waris saya meneruskan legasi blog saya. Blog saya ada sentimental value bagi saya. Ini karya dunia saya. Saya sayang padanya bukan sepenuhnya jatuh cinta. Walau sedikit berbanding sayang kepada keluarga saya. Tetapi sayang kepada blog tetap ada. Bukan sebab ada orang yang saya sayang dalam blog tetapi sayang pada karya saya walaupun tidak seberapa dan berkualiti. Jadi persediaan akan saya lakukan supaya anak lelaki saya mampu mengambil alih satu hari nanti. InsyaAllah. Moga saya terus dilindungi daripada ujian beratNya. Wallahualam.

43 Comments

ya kalau boleh tinggal note domain/password dalam komputer yang selalu di gunakan untuk berblog.(^_^)buat password komputer kepada yang boleh akses..

baru terfikir- fikir pasal hal ni . nasib baik tuan dah bercerita kat blog.. kekadang terfikir jugakk. blog sendiri pun masih blogspot ,ingat nak tukar domain sendiri.. tapi tak tahu macam mana..huu

lagipun blogspot kalau akaun tak aktif.. pihak google tendang.. jugak.. jadi usaha kita berblogging sudah lama pun sia - sia jugakk .. jawabnya kena bagi tahu generasi pelapis .. macam mana..

lebih- lebih lagi bila dah ada pendapatan secara pasif macam adsense ni lagi sayang la pulak.. at least sekiranya kita dah tak ada ,,pewaris boleh mewarisi google adsense nihh .

ya betul tu Ucing... Akan ada penyambungnya nanti kan...

Betul kan, nak tukar domain sendiri boleh atur, asalkan mampu je la... kalau dah ada income yang banyak macam sis wani boleh juga ambil domain sendiri, tapi nanti kena mula dari bawah balik lah... sebab jenama dah tukar..

sy pun terasa syg nak delete blog yg bertahun2 dah fae jaga ne. walaupun pernah cuti pjg drp dunia blogging.

Kan, mana tau anak nak baca nanti... hihi...

betul tu tuan.. walaupun entah apa2 saya tulis pada waktu dulu, sayang nak delete sbb tu kenangan. xdpt la bayangkan apa jadi kat blog kalau dah tak ada nanti.. huhu

Pernah terfikir nak guna domain sendiri dan masih mempertimbangkannya lagi =)

Itulah kan, merapu pun karya juga kan... orang zaman dulu merapu kat gua pun jadi artifak... hihi...

Hihi... boleh je sis Ana... kalau dah teringin sebelum orang lain sapu nama domain yang sis Ana nak tu...

Banyak perkara perlu disenaraikan sebagai wasiat. Wasiat bukan sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan pada zaman ini.. Blog juga perlu diwasiatkan kerana hasil nukilan spontan banyak diabadikan dalam blog.. Setuju dengan apa yang Tuan nyatakan : sentimental value..

Buat masa ni saya masih belum bercadang untuk memiliki domain sendiri, tunggulah bila ready nanti, hehehe

Tak pernah terfikir pasal ni. Tapi, memang betulpun apa yang tuan cakap tu. Huhu
Nampaknya, memang kena ada pelapislaa untuk blog ni sepatutnya.

Kepada yg dh lama dan dah pro blogging eloklah ade domain sendiri. Macam saya yg baru merangkak ni guna jelah yg free dulu. Hehehe info yg bagus,

Betul tu, wasiat bukan perkara sensitif sekarang ni... InsyaAllah pasa masa depan LZ pun guna domain sendirikan...

Dah boleh mula rancang untuk mewariskan blog ya... hihi...

Saya tak lama juga, masih peringkat belajar, nama domain saya panjang sangat kalau ada blogspot tu... Ridz pun dah boleh kira pro juga, banyak info menarik...

Tulah. Ada certain blog yang guna domain tertentu bila bukak2 tengok tak wujud pulak blog tu macam sedeh je rasa ;(

buat masa nie prefer blogger.com

Jika ada rezeki bagi perancagan masa akn dtg insya allah akn guna domain sendiri

Kan, kita tak tahu kenapa dah tak wujud... mungkin ada sebab yang saya cakap tadi lah kan...

InsyaAllah Lady, jika ditakdirkan dah ada rezeki boleh guna domain sendiri ya...

Itulah yang selalu saya fikirkan dan buat saya asyik bertukar fikiran je tentang mengupgrade blogspot saya ke domain sendiri.

CCL belum terbuka hati lagi untuk beli dominan blog ... still pakai blogspot lagi

Betul tu Mai, kena fikir masak-masak tau baru tukar...

InsyaAllah kalau dah terbuka hati CCL boleh lah tukar nanti...

betul tu dik...akk dah terfikir lama utk punya domain sendiri tapi bila difikir domain berbayar nanti tak akan ada sesiapa yg akan teruskan usaha kita..maksudnya anak2 atau adik beradik dan bila berlaku..bayaran tak dibuat dan segala catatan kita akan terus lenyap..tapi tak tahula kot tetiba terasa nak tukar dan ada penyambung menulis blog tu... ;D

Belum berkemampuan lagi nak berdomains sendiri.. tapi bab wasiat tu memang betul.. banyak yang nak diwasiatkan bila kita dah tak de sebenarnya..

betul juga, saya pun setuju part sentimental value

blog lama sis dulu pakai domain. Memang leceh sebab selalu lupa time nak kena renew. skrg blog tu pun dh ke mana. Sebab tu kembali lagi ke dunia blog ni dengan blogspot je. Walau tak nampak gah di mata orang lain tapi yang penting hati sis happy sbb dpt elakkan masalah ni. Sis harap blog sis ini akan kekal sbagai kenanagan sampai bila-bila terutama utk tatapan anak2 nanti ketika sis sudah tiada lagi atas muka bumi :D

blog lama saya dah terima nasib mcm tu. Sedih sesedih sesdihnya...

Dulu saya pernah guna domain sndiri tapi percuma. Tapi abis expired da. Kira nak beli tapi takut sy ni kadang pandai menghilang dari blog. So far? Rajin da skit2 nak berblog. Jadi bila masa sesuai, baru tukar domain. Kagum dengan semangat yg begitu sayangkan blog. Pastikan perasaan itu jgn pena pudar. Harap saya pun mcm tu ~

Tak pe sis, sis pasti akan bangkit semula...

Macam dah ada plan je, bagus sis, ada legacy akan menyambung blog sis...

InsyaAllah sis, mana tau ada rezeki nanti.. betul tu sis, banyak nak kena wasiat lebih-lebih lagi hutang kan...

Ya sis, sangat bermakna kan...

Jangan menghilangkan diri lagi tau, teruskan berkarya...

Saya pun risau juga kalau terlupa... huhu... tahniah sis, bangkit semula ya...

entri zaman sekolah semua draft sebab macam budak2 je rasa padahal mula blogging 2011

Hihi... boleh siarkan tu Neeza, seronok baca kisah lama ni...

Mrs. A tak pernah terfikir pun nak guna domain sendiri. Salah satu sebab adalah apa yang NA sebutkan itu iaitu perlu renew. Mrs. A ni jenis kurang alert. Sedangkan lesen kereta pun selalu aje lupa renew inikan pulak domain blog.

Lagi satu Mrs. A ini jenis yang mudah berpuashati dengan apa yang ada. #syukurselalu.

Mrs. A berblog sekadar suka-suka tapi tetaplah sayang kat blog yang penuh dengan sentimental value tu.

pernah terfikir nk delete trs blog ni ats sbb2 tertentu... tp bila kenang balik... mmg syg sbb kat blog ni laa sy merapu mcm2 ;-)

Alhamdulillah Mrs.A, kalau tak alert better tak yah kan, nanti hilang pula blog Mrs.A... tak dapat saya nak baca...

Ala janganlah delete, banyak tips dalam blog Anies tu... ilmu tu...

Plan tu dah lama..tp masih dalam kesamaran lagi..hehe

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon