Tuesday, March 21, 2017

Lelaki jujur, setia tak perlu menunjuk

Lelaki jujur, setia tidak perlu menunjuk| Segelintir lelaki berada dalam situasi dituduh melakukan kecurangan walhal mereka tidak melakukannya. Bukan semua lelaki jujur, setia tetapi jika pihak lelaki sudah melakukan yang terbaik untuk bersikap jujur dan setia, wanita haruslah bersyukur memiliki lelaki tersebut. Lelaki tidak jujur, setia? Memang ada tetapi ibarat pepatah melayu lama "tidak akan melayu hilang di dunia", oleh itu lelaki jujur dan setia tetap sentiasa ada. Jadi wanita jangan gusar berkenaan hal itu.

Ciri-ciri lelaki jujur tidak sukar dikenalpasti. Ciri-ciri lelaki jujur, lelaki jujur, setia

Ada lelaki jujur dan setia jarang menunjukkan bahawa dia lelaki pilihan terbaik idaman wanita. Sentiasa bersikap 'cool', fokus kepada kerjaya, dan tidak mengambil perhatian terhadap tarikan wanita lain. Ada juga lelaki, bersikap 'gila-gila' tetapi hatinya jujur dan setia pada yang satu. Manakala ada jenis lelaki baik luarannya, diam dan hebat sopan santunnya tetapi dalam diam-diam melakukan perbuatan curang. Bagaimana menguji kesetiaan lelaki?

Wanita beruntung jika memiliki lelaki yang jujur dan setia berbanding dengan banyak kisah kecurangan yang berlaku terhadap wanita lain. Oleh itu, usikan berlebihan disebabkan kegusaran wanita kadang kala sedikit merimaskan lelaki. Jadinya, jangan terlalu kerap mengusik berkaitan kejujuran dan kesetiaan lelaki. Nanti jadi doa mustajab pula.

Ciri-ciri lelaki jujur tidak sukar dikenalpasti. Tidak terlalu privasi dengan pasangan adalah salah satu ciri-ciri tersebut. Apa yang dia ada semua anda tahu, jadi mengapa merisaukan kesetiaan dan kejujurannya. Bagi pasangan suami isteri sangat mudah. Suami depan mata, isteri depan mata, boleh nampak sendiri apa yang lelaki kerjakan. Bagi pasangan bercinta, berjauhan pula tentunya kegusaran itu tetap ada. Lelaki bukan semua sama tetapi lelaki juga serupa. Naluri lelaki dan naluri perempuan lebih kurang sama. Kini nafsu juga hampir serupa. Keberangkalian itu tetap ada.

Lelaki jujur, setia amat diidamkan oleh wanita. Masih adakah lelaki jujur dan setia di dalam dunia ini? Soalan mencabar kewarasan minda bagi kaum wanita. Soalan cepu emas bagi lelaki. Jawapannya kadang kala sangat jujur dan setia sehingga wanita timbul ragu dengan perilakunya. Jujur, setia tidak perlu dimadahkan, seeloknya dibuktikan. Lelaki jujur, setia tidak perlu menunjuk kerana mata wanita sangat tajam berbanding pisau.

Kejujuran dan kesetiaan lelaki amat didambakan oleh wanita. Siapa mahu berkongsi? Tentu terlalu sukar untuk diduakan. Lelaki yang menjadi harapan pemimpin sebuah keluarga menjadi imam kepada banyak wanita sedangkan pada mulanya hanya anda seorang sahaja makmum yang sah. Tentu mengecewakan. Hal kecurangan lelaki terlalu banyak sehingga dapat dibukukan. Di mana-mana berlaku perkara yang sama bagai tiada noktah. Jarang benar wanita mampu menerima poligami dalam perkahwinannya tetapi tetap ada. Jika cara yang betul tanpa terlalu menyakitkan, maaf masih dapat diterima.

Lelaki jujur dan setia susah untuk dibuktikan kerana terlalu subjektif. Ibarat pemain catur, satu langkah bermakna seribu langkah. Jika lelaki curang tentu banyak akal dan bijak. Bijak menyusun langkah. Anda tanya A, dia jawab B, anda tanya C, dia jawab D. Namun lelaki jujur dan setia, anda tak perlu tanya soalan. Dia akan tunjuk semuanya melalui tingkah laku, tindakan dan amalannya. Dalam hatinya cuma ada anda seorang. Hidupnya fokus kepada perkara lain demi kepentingan anda. Tapi jangan curiga lagi dengannya cuma berhati-hati dengan dugaan yang mendatang. Lelaki jujur dan setia, adakah masih ada? Wallahualam.

68 comments:

  1. Kesetiaan perempuan diuji ketika lelaki yang mereka sayang tiada apa-apa harta. Tetapi kesetiaan lelaki diuji ketika dia punyai segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea, saya bersetuju dengan kata-kata CCL..

      Delete
    2. Ada juga dengar kes sebegitu.... bila dah kaya lupa asal usul dengan siapa pernah bersusah payah kan...

      Delete
  2. In Shaa Allah masih ada yang setia kalau akal ada hehehe maaf kalau kasar

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... kalau nafsu melebihi akal tu yang jadi susahkan...

      Delete
  3. iya xkn pupus tpi susah sgt nak jmpa... lelaki di uji ketika kaya dan wanita d uji ketika miskin .. hope dapat llki y sntiasa jujur dalam berbicara..

    salam singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Unni... moga tercapai impian Unni tu, terima kasih menjenguk blog picisan ni...

      Delete
  4. betul lelaki jujur dan setia hampir pupus tapi masih ada.semoga suami MV tetap setia amin...semoga azlan pun sama ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah MV, saya mengharapkan saya setia pada yang satu je hingga ke jannah...

      Delete
  5. Selagi ada wanita yang solehah selagi itu juga ada lelaki yang soleh..sebagaimana masih ada doa2 yang mendambakan bakal imam yang jujur dan setia selagi itu Allah menghidupkannya di dunia..cuma rezeki siapa memilikinya hanya DIA yang merencana..setiap psangan cuba sehabis baik perbaiki diri insyaAllah Allah hadiahkan pasangan yang baik juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC, Allah SWT sangat adil kan... kalau kita curang tapi berangan mahu lelaki yang setia memang mustahil nak dapatkan...

      Delete
  6. Betul, sangat annoyed dengan wanita yang meragui dan insecure dengan kesetiaan kita. Kalau tanya sekali dua tu fine la, kalau selalu sangat tak percaya tu rasa macam rimas pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... betul tu Syed, memang merimaskan...

      Delete
  7. Ada, tapi susah nk jumpa. Tidak ada salahnya poligami jika berlaku mengikut syariat. Yang amat menyakitkan bila ia brlaku dgn tipu daya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu Nor Azimah... bila melakukan dengan tipu daya, rasa diri tidak bermakna dalam hidup bersama pasangan...

      Delete
  8. Isu jujur nie, susah nak cakap.. Kadang tu ade je lelaki setia, tapi perempuan yang tak setia.. Semua terserah kat individu tu jugak sebenarnya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela kan... kalau berlaku sebelum perkahwinan tu rasanya ok lagi, kalau dah berkahwin, pasti menyakitkan...

      Delete
  9. Kalau dah jumpa yang the right one, InsyaAllah rasa percaya tu akan ada sendiri. Tak perlu di ragui. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan... Allah SWT akan jodohkan kita dengan pilihan yang terbaik... sama ada pilihan benar-benar terbaik atau pengajaran terbaik... either one...

      Delete
  10. betul tu lelaki jujur, setia tak perlu menunjuk2 kepada umum tapi perlu buktikan kepada isteri..Wallahuallam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis, jangan berlakon depan orang sahaja, tetapi belakang menyakitkan hati isteri kan...

      Delete
  11. Memang ada lelaki jujur, tapi susah dah nak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Kak Sue, kena pandai cari sekarang ni...

      Delete
  12. ada ja lelaki yg masih jujur sebenarnya, belum pupus lagi. cuma 1 dalam 100. susah dicari, susah dikenalpasti. tepuk dada tanya iman. ecewahhh 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Nour, betul tu Nour, susah cari benda yang berharga sekarang ni kan... macam emas pula..

      Delete
    2. emas senang dicari, merata ada. tapi susah nak memiliki ��

      Delete
  13. betul tu. ada je lelaki camni walaupun hampir pupus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... nampaknya diambang kepupusan lah jenis setia ni... hihi

      Delete
  14. Ahai susah ya nak cakap.. lelaki yang tak setia ada .wanita yang tak setia pun ada jugak .tapi inilah warna warni kehidupan penuh dengan penceritaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dua-dua pun sudah main peranan tak setia.... kena hati-hati...

      Delete
  15. lelaki jujur dan setia ni 1 in a million. Kalau dapata, jaga lah baik2.
    Lelaki macam ni payah nak detect, so pandai2 lah cari ye hehehe.. salah satunya orang yang sedang komen nih kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... Alhamdulillah Amer... bagus jadi setia, value tinggi tu... hehe

      Delete
  16. Part yg tidak terlalu privasi tu memang sha setuju..
    Bila tak begitu maknanya tiada apa yang perlu disorokkan dan disembunyikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela kan... perempuan ni penuh syak wasangka.. hihi... sebab terlalu sayangkan...

      Delete
    2. Dalam hubungan, kejujuran tu memang penting.. bila ada yang disembunyi-sembunyk akibat nanti boleh menyebabkan pergaduhan.. tapi tak boleh juga terlalu percaya.. sesekali kena juga bertanya-tanya bukan tak percaya sekadar bertanya.. gitu.. hehehe..

      Delete
    3. Sesekali bertanya tak pa kot... :-)

      Delete
  17. Replies
    1. Alhamdulillah.... orang lama banyak setia pada yang satu...

      Delete
  18. saya setuju saya pun jujur orangnya...hahaha!!
    entri terbaik!

    ReplyDelete
  19. Sokong part yang tidak terlalu privasi tu. Kalau dah jujur dan setia, tentu tak ada apa yang nak disorokkan drp pasangan. Kalau spesis curang tu, semua benda dirahsiakan mcm org asing pulak kan. Then dah kantoi menipu pun still tak sedar lagi. seronok tangkap org kuat menipu ni. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.... bila dah kena tangkap, dengar je la dia goreng kan... hehe

      Delete
  20. Lelaki ni semakin dijaga, semakin itulah terlepas dari genggaman. Pengalaman manis diingat, pengalaman pahit menjadi pengajaran berharga.

    Sebab itu sekarang saya memilih untuk berkawan sampai kahwin. Hihihi. InsyaAllah, kita memang kita punya, tetap kita punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow, berkawan sampai kahwin... InsyaAllah, semoga dipermudahkan semua urusan Mai...

      Delete
  21. Alhamdulillah masih ada lelaki yang jujur dan setia.
    Tetapi ada jugak perempuan yang tak jujur dan setia.

    ReplyDelete
  22. Lelaki jujur masi wujud, yang penting usaha dan doa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nurulatika... Usaha dan tawakkal tu penting...

      Delete
  23. Tak perlu menunjuk sgt yang diri tu setia/ jujur nanti orang menyampah pulak. Cukuplah tunjukkan dgn tingkah laku. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... dia sedang berusaha tu... hihi...

      Delete
  24. macam kata diri sendiri je tu? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... tempias je kot, hihi.. tak la... dari cerita-cerita dan pemandangan umum...

      Delete
  25. Lelaki setia tu ada.. Mungkin dalam 10 ada 5 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow, banyak juga tu nisbah 5 dalam 10... Alhamdulillah, masih ramai lagi...

      Delete
  26. Replies
    1. Kan... yang penting jaga hati masing-masing...

      Delete
  27. Lelaki jujur masih ada, belum pupus lagi..
    Wanita ni sangat fobia dengan kisah curang pasangan..
    Apa yang penting, saling percaya dan jujur antara satu sama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu LZ, yang penting pupuk perasaan saling percaya dan jangan mudah terpedaya...

      Delete
  28. entahlah tak tahu sebab tak bercinta hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... kena cari yang setia tau, kalau tak dapat 100% dapat 95% setia pun ok juga... :-)

      Delete
  29. Insyaallah masih ada lelaki yang jujur dan setia.. Tp byk juga dengar cerita, nampak baik, jujur dan setia tapi akhirnya curang juga.. Tapi tak semua lelaki cenggitu kan..

    ReplyDelete
  30. pokok pangkalnya berpegang kepada agama, jgn lupa Allah. Nak menipu isteri, tak jujur mmg isteri tak tahu, tapi Allah tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela... tapi sense isteri kuat tau, anugerah daripada Allah SWT juga... :-)

      Delete
  31. Btol sgt tu lan ! Action speak louder. Tak yah acah acah sweet tp sbnrnya blakang duk mngorat pompuan lain. Lbh baik berperwatakan cool tk peduli drp menanam tebu di bibir.

    Lelaki memang same sbb nfsunya satu. Tp itu tidak membuktikan yg semua lelaki ingin memiliki lebih seorang wanita dlm hdupnya. Pokoknya lan, hati. Kalau hati kita tu tk bersih, jantina mane skalipun akn tetap berlaku curang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dugaan banyak sangat sekarang ni kan.... hihi

      Delete
  32. Kejujuran perlu datang dahulu sebelum kesetiaan...

    Pada pendapat saya lah, jika kita mendambakan pasangan yang jujur, kita perlu jujur dengan diri sendiri dan pencipta dahulu, secara tak langsung kita akan jujur dengan pasangan. Insyalah, pasangan kita nanti pun akan jujur.

    Jujut tak semestianya setia, begitu juga setia tak semestinya jujur. Tapi selalu orang jujur akan setia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu, jujur memang sangat penting dalam perhubungan...

      Delete