Ruang Iklan

Memilih kerjaya yang sesuai

Selepas beberapa tahun berada di Nuklear Malaysia, akhirnya saya memilih Jabatan Kimia Malaysia sebagai destinasi kerjaya saya seterusnya. Walau berat saya meninggalkan Nuklear Malaysia, namun atas beberapa faktor, saya terpaksa berpisah jua. Saya merasakan pilihan saya tidak salah dan redha dengan takdir Allah SWT.

Memilih kerjaya yang sesuai

Permulaan proses pertukaran sedikit rumit memandangkan tiada perjawatan guna sama seperti yang diamalkan oleh kementerian seperti sebelum ini. Namun atas bantuan pegawai, pengurus bahagian, pengarah bahagian dan paling tidak lupa adalah Ketua Pengarah Nuklear Malaysia pada ketika itu, Dato' Dr. Muhamad Lebai Juri membantu saya terus kekal dalam perkhidmatan awam. Jutaan terima kasih kepada mereka semua.

Secara ikhlasnya, prestasi kerja saya tidak begitu memuaskan hati saya di pejabat lama. Bukan salah mereka tapi salah saya sendiri. Saya akui hakikatnya. Saya perlukan persekitaran yang memaksa saya untuk membangkitkan komitmen saya kepada kerjaya saya. Oleh itu salah satu pilihan adalah mencuba di tempat kerja baru selain sedikit membantu beberapa masalah yang saya hadapi kerana berlaku pergolakan dan dilema dalam hidup saya.

Memilih kerjaya yang sesuai

Faktor pertama tentunya perihal keluarga. Memandangkan saya bermastautin di Selangor, ibu bapa di Johor dan mertua di Sarawak, jarak adalah masalah utama saya. Mertua saya dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa baik. Ianya menyukarkan isteri menziarahi ibu bapanya memandangkan kos penerbangan yang membebankan saya sekeluarga. Oleh itu salah satu pilihan adalah dia perlu berada dekat dengan ibu bapanya. Saya? Sudah biasa merantau untuk hidup sendiri. Jadi bukan masalah besar bagi saya. Manakala ibu dan ayah saya, Alhamdulillah, tiada penyakit serangkai dan semoga Allah SWT memberikan kesihatan berpanjangan kepada mereka berdua.

Keduanya adalah faktor ekonomi. Bagi lebih mengukuhkan kedudukan kewangan saya, saya terpaksa berpindah ke Sabah atau Sarawak supaya mengurangkan perbelanjaan pulang ke kampung. Satu di Johor dan satu di Sarawak, sudah tentu pulang berhari raya mengikut giliran. Saya jenis tidak puas jika bercuti selama beberapa hari sahaja di kampung. Paling kurang mesti 15 hari. Baru berbaloi. Memandangkan saya bekerja di Sarawak membolehkan saya menikmati waran perjalanan udara secara percuma, tentunya saya dapat pulang ke Johor tanpa kos selain boleh menggunakan jalan darat ke Kuching.

Ketiganya isteri saya perlu dekat dengan anak-anak. Memandang 3 orang anak sudah besar dan ingin berada dekat dengan neneknya di Sarawak, saya tiada pilihan lain untuk membawa isteri saya lebih hampir dengan anaknya. Isteri perlu berada disamping suami tetapi ukhwah ibu dan anak tidak boleh direnggangkan. Maka saya membuat keputusan saya korbankan kerjaya saya di Nuklear Malaysia dengan berat hati.

Memilih kerjaya yang sesuai, Jabatan Kimia Malaysia

Oleh kerana sayangnya saya pada Nuklear Malaysia pada ketika itu, menitis juga air mata jantan saya pada majlis perpisahan saya. Kini Jabatan Kimia Malaysia adalah majikan saya dan saya akan memberikan yang terbaik demi negara dan bangsa. Membuat pilihan: Keluarga atau kerjaya.

Jika anda berada dalam dilema untuk memilih kerjaya yang sesuai atau kehidupan yang terbaik, lakukan kaedah timbang kelebihan dan kekurangannya terlebih dahulu.  Kehidupan di dunia berkisar dengan pilihan. Anda perlu pilih antara duanya. Sama juga pilihan akhirat. Sama ada syurga atau neraka. Begitu juga saya. Saya memilih antara duanya walaupun kedua-duanya adalah terbaik. Kadang kala pilihan kita tidak salah. Pilih satu tidak salah pilih dua pun tidak salah. Mana yang terbaik. Jadinya hidup sentiasa diberi pilihan dan sebagai hambaNya kita perlu sentiasa memilih. Maka saya telah memilih kerjaya yang sesuai iaitu bekerja di Jabatan Kimia Malaysia.

48 Comments

Saya pula pilih untuk resign dr kerja sebelum ni semata2 untuk jaga anak. Berat juga nk buat pilihan sebab salah satu faktor ialah faktor kewangan. Tapi rezeki tu Allah yg tentukah bila masih ada rezeki untuk saya buat freelance job. Di samping tu saya jual macam2 barang untuk duit poket saya. Alhamdulillah untuk semua nya.

Membuat pilihan itu sangat sukar...antara keperluan yang betul2 perlu dengan kehendak yang nilainya hampir sama dengan keperluan..subhanAllah..silap langkah menimbulkan dilema..tapi bila letakkan niat pertama kerana Allah..insyaAllah mudah hujungnya..

pilihan amat sukar, tapi ambil kerja yang kita passion.

nice share.. saya sbb dah belajar farmasi, mmg kena jadi farmasi je la.. cma skrg kat malaysia alhamdulillah, kerjaya farmasi dah ada bnyak cabang, bukan kat kedai dan hospital je..

membuat pilihan sngt sukar. tapi, pilihan yg kita buat, itu adalah jln takdir yg kita pilih. buatlah pilihan yg sebaiknya. insyaAllah, ada hikmah disebalik pilihan yg dibuat πŸ˜‰

Kerja yang mulia sis bila jaga anak tu, anak membesar depan mata, sakit pun depan mata, jadi sis wajar bangga dengan keputusan sis, rezeki ada di mana-mana kan.. Alhamdulillah moga dimurahkan rezeki sis...

Setuju PC, bertahun juga saya berfikir, tapi akhirnya saya buat keputusan... InsyaAllah rezeki Allah SWT itu luas.. Thanks..

Setuju sis, selagi ada peluang why not kita mencuba kan..

Saya baru balik dari farmasi, sekarang farmacist penting juga, jimat masa berbanding berjumpa doktor jika setakat kes pesakit luar...

Ya Nour, memang sukar... sukar sebab melepaskan sesuatu yang kita sayang, tapi kerja macam mana pun keutamaan kepada keluarga.. kalau bujang ok lah... dah bekeluarga ni macam-macam kena fikir..

InshaAllah pilihan yg tepat. Pilihan apepun kalau kita redha dgn keputusan yg kita buat selepas ikhtiar (mcm timbang kelebihan kekurangan tu) inshaAllah itulah yang terbaik.

Terima kasih Ziera, saya harap begitulah... InsyaAllah...

Pilihan yang agak sukar utk dibuat.. Semoga dengan keputusan ni dapat memberi kebaikan kepada semua.. :) Tabik spring sebab boleh buat keputusan yang terlebih ohsemnessss ni..

InsyaAllah. All the best. Bula dah berkeluarga, memang kita akan utamakan keluarga kan. Sebab, bagi saya, bila keluarga harmoni kita pun akan lebih produktif di tempat kerja. Doakan saya juga dapat full time dengan anak2 lepas ni. Aamin..

Terima kasih Lea, jika ada sokongan keluarga, setiap keputusan lagi mudah dibuat... InsyaAllah semoga semua yang dirancang berjalan lancar...

Setuju tu, kalau ada masalah di rumah memang effect produktiviti di tempat kerja... kalau di rumah harmoni, rasa semangat je kan... InsyaAllah semoga noradyani dapat tercapai impian full time dengan anak-anak...

Buatlah pilihan yang terbaik.
Cari situasi menang menang.

Pengorbanan demi family, insyaAllah penuh berkatnya di situ. Selamat maju jaya :)

InshaAllah smuanya berjalan dgn lancar.. :)

Kak Sue pun buat pilihan tak bekerja untuk menjadi surirumah sepenuh masa demi anak-anak dan suami tersayang..

InsyaAllah WP... terima kasih...

InshaAllah keputusan yg dibuat adalah yg terbaik. Pasti banyak hikmahnya.

Ya Mai, demi family.. itu lah semoga mendapat keberkatan hendakNya... amin.. terima kasih..

Kerja yang sangat mulia tu sis.... InsyaAllah sentiasa dicukupkan rezeki olehNya...

Memang ada hikmahnya... terima kasih Ana...

Salam kenal juga Nor Azimah...

Ooh org kimia laπŸ˜… terima atas nsihat.timbang tara yg boleh dijadikan contoh nnti nie..sesukar mna pun nk buat pilihan mesti ad stu kelebihn ats stu yg lain.

Ya nampak gaya begitulah, orang kimia sampai pencen kot... hehe.. InsyaAllah semoga bermanfaat...

saya pun alami perkara yg sama. 7 thn di syarikat lama bkn suatu keputusan yg mudah utk berpindah...

sekarang ni tuan kat sarawak ke..?walaupun perit, alhamdulillah Allah permudahkan. kadang-kadang.. dalam pilihan antara faktor keluarga dan kerjaya ni.. dua2 patut ambil berat tapi dahulukan setakat mana yang boleh.. lama-lama Allah tunjuk jalan.. :)

sis buat keputusan pilih keluarga, walau ekonomi amat mencabar dan tahap kewangan jadi semakin sukar kerana hanya suami berkerja sekarang tapi sis tetap yakin yang rezeki di tangan Allah SWT. Yang penting kita cari rezeki rezeki yang halal

Mesti sedih kan nak tinggalkan kawan-kawan, tapi keputusan tetap perlu dibuat...

Ya, sekarang bermastautin di Sarawak, sampai pencen kot... hehe... betul tu, setelah pilih jalan, Allah SWT akan tunjukkan semua kelebihannya...

Betul tu sis, lagi pun sekarang ni dari rumah pun dah boleh buat duit kan...

Membuat pilihan memang sangat sukar dan memerlukan pertimbangan yang betul. Tahniah kerana berjaya membuat keputusan yang baik, banyak pengorbanan terpaksa dilakukan kan? Respect la.

Kadang-kadang, kita terpaksa melepaskan satu benda yang baik tetapi menikmati dua perkara lebih baik... menimbang dengan mendalam InsyaAllah hasilnya akan lebih baik...

Baru baca entry ini..

Susah jugak buat pilihan bila melibatkan keluarga di samping faktor-faktor lain.. It's okay, semua ni adalah perancanganNya.. Moga ada hikmat di sebalik setiap yang berlaku..

Didoakan semoga keluarga, kedua ibubapa Tuan dan mertua terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan..

Ya memang sukar, terpaksa timbang sana timbang sini... Alhamdulillah sekarang kehidupan lebih baik... Terima kasih LZ...

Selalunya pilihan dibuat bila keadaan memaksa.. Namun pasti ada hikmah untuk semuanya.. Walaupun sukar, namun demi keluarga pengorbanan perlu dibuat.. kan Encik Azlan..

sangat sukar bila hendak membuat pilihan ni nak nak ia adalah tanggungjawab dan masa hadapan... saya juga hadapi perkara yang sama dulu. masa tu belum paham macam mana nak pilih kerjaya... main blasah saja, hehehe.... duk kat kl masih bujang... keje dlm dunia seni, shooting, post production tiada masa tuk diri sendiri... hinggakan rakan2 senior suruh saya cari kerja lain yg sepadan dgn saya. Mak saya pun pening tgk keje saya masa tu... no social life, hinggakan satu hari saya flat, tubuh badan saya langsung tak boleh gerak.... fuhhh rasa macam kena strok... balik kerja lepas subuh, petang masuk semula. ada sekali balik keja kul 2.30 pagi tumpang kereta polis... hehe... blm ada transport... last dpt interview mengajar, sy bertunang masuk kerja skang dan kawin.... wlupun pun tak mewah mcm dulu... ini lah yang Allah tentukan pada saya.... saya redha.... ia adlh terbaik....

Semoga NA juga senang dan selesa dgn apa yang Allah tentukankan dan dimurahkan rezeki.. tgjwb anak lelaki, dan suami lagi besarkan... InsyaaAllah NA tlh buat pilihan yg terbaik tuk keluarga...

Betul tu Sis.. dalam keadaan terpaksa memang keputusan memilih antara A dan B perlu dibuat... banyak hikmahnya sis...

Wah komen sis ni dah boleh buat satu entri tau, sangat menarik untuk dibaca, bab tumpang kereta polis tu dah macam kena escort lah pula kan... saya pernah tumpang kereta polis juga, tapi masa saya eksiden... hihi... benar sis, social life penting, kesihatan kena jaga, kalau isteri kena ikut suami lah kan, Alhamdulillah sekarang saya rasa lebih baik...

Ape gunanya klau kita ego sebab nk kekal kerja lame tp sbnrnya ht kt tk tenang :) lebih elok klau kita tenang - semua benda akn ok :)

Betul Mek, ketenangan jiwa tu penting...

pilihan yang amat sukar ttp alhamdullilah di sebalik kesukaran itu, Allah swt bantu dgn kesenangan yg tidak dpt kita bayangkan. wlu tpksa bkorban kerjaya, ikatan keluarga ttp terpelihara.. itu yg penting. =) semoga sukses slalu di tempat baru =D amin ya rabb

Betul tu Sis... hilang satu dapat dua... memang keputusan yang sukar tapi terpaksa... Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang ada...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon