Ruang Iklan

Naik dua tocang pula

Naik dua tocang pula| Hari ini dia minta tocang pula. Selalu susah benar mahu kemas rambutnya. Entah apa pula mood hari ini, pagi-pagi lagi minta tocang. Dia memang suka melawa, ada nampak minat dia untuk mendandan diri. Kadang-kadang pelik, baju dan seluar yang dia ambil sendiri dalam almari semuanya tak sepadan, baju lain, seluar pun lain. Biarlah, asalkan dia bahagia. Kalau dia sudah ambil apa yang dia mahu, asalkan dia diam dan tidak merengek. Dia kalau sudah merengek memang melekat lah kat badan maknya. Susah pula maknya mahu buat kerja rumah. Memang tunggu dia tidurlah.


Selepas mandi, minta tocang rambut. "Igo, Igo" sambil dia pegang rambut. Kalau dia kata "Igo" fahamlah maknya. Mahu buat rambut ala-ala filem Frozen lah. Sebenarnya dia sebut "let it go" tapi bunyi "Igo". Eh, tahu ke apa maksud tocang? Takut syok sendiri pula saya. Tocang tu yang ikat rambut kat belakang tu. Sebenarnya dia ni perasan lebih, dia ingat rambut dia panjang macam kakak dia. Rambut dia kontot je pun. Berangan mahu "Igo, Igo". Lastly, tocang dua je mampu. Kakak dia, dapat lah buat rambut simpul apa entah namanya. mungkin simpul-simpul dalam lagu "Ku simpul rindu buatmu" kot.

Sebenarnya sebab apa dia awal pagi sudah minta tocang. Saya kantoi beli getah rambut malam semalam. Balik rumah dari kedai, diaorang terperasan pula getah rambut tu. Memang laju-laju lah minta mahu ikat rambut. Tapi saya bangkang sebab mereka sudah mahu tidur, nanti rosak pula rambutnya. Jadi saya janji esok pagi. Sebab itu awal pagi mereka sudah minta ikat rambut. Nasib maknya ada, kalau ayah yang ikat rambut, boleh jadi simpul biawak rasanya.

Getah rambut kalau bila masa kita mahu pakai memang susah nak jumpa. Lebih-lebih lagi kalau ada anak perempuan. Mana dapat larang diaorang mahu bermain. Nanti tidak kreatif. Bila sudah bagi main, bila mana maknya mahu berjalan, pusing sana pusing sini cari getah rambut. Tak jumpa. Walhal baru saya beli kan. Ajaib betul getah rambut kan. Masa saya kecik dulu pun macam tu juga. Bila mahu berjalan, kenduri dan sebagainya mulalah yang perempuan dalam rumah bising sana sini cari getah rambut. Kalau tanya saya, saya bagi sahaja getah buat ikat tempe. Banyak ada di dapur.

Entri ini sebenarnya saya sudah siapkan pagi tadi, tetapi hilang dari radar sebelum sempat di publish. Sedih, bila kita mahu buat semula entri yang sama, memang janggal betul ayatnya. Sebab kita mula ingat apa yang kita tulis tadi dan kita mahu tulis semula. Walhal tadi sudah siap dan cuma tinggalkan masukkan gambar sahaja. Berangan mahu cuba publish menggunakan aplikasi telefon bimbit, Blogger. Taip dan cuba masukkan gambar, lepas tu cuba save, tapi tidak dapat save. Macam hang. Cuba clear data cache, Balik semula kat aplikasi Blogger, entri ini sudah hilang dari pandangan. Sedih. 

Dalam hidup, kadang-kadang apa yang kita mahukan tidak semestinya kita akan dapat. Sebenarnya Allah SWT mahukan kita berusaha lagi. Macam saya, review Adsense masih belum lepas lagi. Banyak Giveaway dan Segmen entri pendek saya terpaksa diamkan sahaja. Kadang-kadang malu juga. takut nanti blogger lain kata saya sombong. Tapi saya mahu bagi tempoh beberapa bulan sahaja lagi pada Adsense. Kalau tidak ada juga, mungkin Allah SWT mahu saya berusaha dengan cara lain dan bukan rezeki saya padanya. Ada hikmah disebalik semuanya. Maka masa itu, keputusan perlu dibuat sama ada terus menunggu atau biarkan berlalu. Saya mohon maaf kepada rakan-rakan yang buat Giveaway dan Segmen pada masa ini. Bagi saya tempoh sebulan dua lagi. Saya akan bersabar setakat itu sahaja. Rezeki ada dimana-mana. InsyaAllah.

23 Comments

Amboi sempat jugak..hahaha...cian iecha muka dh terpampang...anyway mmg terbaik...😕❤

Comel nye dia. Biasalah tuan, anak wedok memang suka melawa. Sifat semulajadi tu. Hehe.

By the way, adsense ana pun tak lepas. Dah berbulan tunggu. InsyaAllah ada rezeki di tempat lain. =)

Hehe.. kan... wedok memang macam tu... Itu lah, saya tunggu beberapa bulan lagi... kalau tak ada juga boleh start join GA, Segmen.. hihi

hehe comey nya dia! mellya pun mula tu nak stop join GA sebab nak dapatkan adsense dulu tapi tak pela hahaha nanti-nanti jela jealous pulak tak join GA hihi

Itulah saya pun sedang menahan hati dengan GA dan segmen rakan-rakan blogger ni...

camna la rupanya simpul biawak tu 😂

Ala la la...cumil tau...mesti puas hati dapat tocang dua...ingat PC zaman rebina dulu...begitulah...pernah satu masa rambut samoau kusut sekali dengan getah....akhir sekali mama gunting rambut yang kusut dengan getah tu..senang...hahaha..

Hahaha... saya nak kena cuba baru nampak simpul biawaknya... hihi...

Hahaha... mesti dah tak dapat buka terus tu...

comel je bertocang dua...baik budak2 or org dewasa mmg comel kalu ikat sebegini...

Yela kot, saya nak suruh wife cuba lah nanti... hehe...

ehem ehem.. ala jangan risau kami paham. Kami tak pernah anggap tuan sombong, kalau sombong mana mungkin singgah di blog kami selalu untuk tinggalkan komen. Bbab giveaway tu, kalau tak boleh join jadi sponsor. Jadi sponsor boleh tarik pengunjung dengan sendiri ke blog. Secara tak langsung trafik makin laju, mana tahu addsense lebih cepat setuju..

(Frust aritu addsense tak lepas blog sis, so skrg fokus nuffnang dulu la) :D

Tu la sis, saya bagi tempoh beberapa bulandengan Adsense ni, kalau tak lepas tu, malas nak kisah lagi (merajuk konon)... haha..

Anak Cikla kalau bab ditocang mmg x maunya dia...

Memang sekejap je kan... ada jenis budak memang tak dapat dihias...

Hehehe..iecha boleh jadi model lps nie...

Alahai comelnya dia bertocang..
sma je perangai dengan anak sha yang no 2 tu..
Selalu baju lain, seluar lain.. Ikut suka dia je.. hehehe..
Getah rambut nie pun sama je dengan brooch perempuan.. belilah banyak manapun mesti hilang.. hehehehe

Hihi... tu la kan kak... layankan je la..

Lan, apesal tiba tiba mek bace entry ni mek rase dialek sarawak ni?? Ke perasaan je?

Kita same sebab guna apps blogger ! Mek pun update blog guna apps tu.

Ank mek tk bleh nk ikat cam tu sbb rambut dia cam gulung gulung kat bawah. Tk pnjang makanya..

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon