Ruang Iklan

Perjalanan ke Kapit Sarawak: Unsung places

Perjalanan ke Kapit Sarawak| Semalam saya bertolak ke Kapit Sarawak bersama kawan saya. Perjalanan ke Kapit Sarawak bukan menggunakan bas, kereta atau pengangkutan lain seperti kebiasaan. Kali ini saya terpaksa menggunakan sebuah bot ekspres memandangkan ianya satu-satunya pengangkutan yang boleh sampai ke Kapit Sarawak.

Kapit Sarawak: Unsung places, Kapit Sarawak, bilalelakiberbicara.com

Ini adalah pertama kali saya menggunakan bot ekspres. Saya memang menghadapi masalah jika melibatkan kawasan berair terutamanya sungai atau laut. Waterpark atau kolam renang saya tidak takut sebab kaki masih boleh dapat jejak ke dasar lagi. Kapit Sarawak ibarat sebuah pulau di daratan. Dikelilingi sungai besar di Sarawak. Sungai besar disebut Batang disebabkan tempoh untuk menyeberanginya mengambil masa kira-kira 5 hingga 10 minit jika menaiki sampan, tongkang atau feri. Sangat besar dan berbuaya juga. Harga tiket bagi tambang bot ekspres saya adalah RM35 seorang bagi tiket kelas pertama.

Oleh kerana perjalanan kali ini lebih kepada urusan kerja, jadi terpaksa juga mengerah semangat dan kudrat empat kerat demi menyara keluarga saya. Perjalanan ke Kapit mengambil masa kira-kira 3 jam sahaja bagi perjalanan sejauh 126 KM. Dilambung ombak sungai sambil melihat panorama asli flora sepanjang Batang Rajang amat menyegarkan mata memandang. Satu panorama keindahan alam yang jarang anda dapat lihat jika berada di bandar besar.

Kapit Sarawak: Unsung places, Kapit Sarawak, bilalelakiberbicara.com

Sebelum anda menjejakkan kaki ke Kapit Sarawak, tentunya anda membayangkan sebuah pekan kecil ibarat sebuah pulau yang terasing. Apatah lagi segelintir manusia di negara ini yang membayangkan Sarawak diduduki oleh kaum bercawat dan sebagainya. Namun semuanya ternyata silap jika anda berpeluang melihat sendiri kehidupan di Sarawak. Banyak juga 4x4, kereta dan motorsikal. Infrastruktur asas di Kapit Sarawak hampir lengkap dan majoriti kaumnya berbangsa Iban. Keramahannya? Tidak perlu dipersoal lagi. Di Sarawak, perpaduan adalah asas keharmonian sejagat.

Perjalanan ke Kapit Sarawak adalah cabaran bagi saya kerana kami bakal menelusuri segala isi hutan dan rimba. Sebelum tibanya saya di Kapit Sarawak, saya berpeluang melihat sendiri warisan rumah panjang asli di sepanjang Batang Rajang kerana sudah jarang benar anda dapat melihat rumah panjang dalam bentuk asal kerana banyak rumah panjang sudah menjadi rumah teres. Sudah moden dan bukan tinggal atas pokok seperti sangkaan segelintir keyboard warrior. Betulkan persepsi ya.

Penginapan hotel di Kapit, Sarawak tidaklah semewah seperti di bandar besar. Tiada hotel 5 bintang tetapi cukup sederhana dan memuaskan. Hotel dicadangkan adalah Hotel Melagai. Bagi peminat unsung places, Kapit Sarawak memang amat sesuai dilawati bagi mendalami sendiri corak dan budaya masyarakat tempatan, Iban. Berkenaan makanan pula, adalah baik untuk anda bawa sendiri terutamanya bagi orang Islam. Ada juga kedai makanan yang menyediakan makanan halal, tetapi jika anda seorang yang sangat cerewet berkenaan makanan, Kapit Sarawak bukan tempat yang sesuai untuk mendapatkan makanan. Tambahan lagi, kebanyakkan kedai akan ditutup sebelum menjelang malam.

Kapit Sarawak: Unsung places, Kapit Sarawak, bilalelakiberbicara.com

Sekiranya semuanya berjalan lancar, perjalanan ke Kapit Sarawak adalah perjalanan yang tidak sia-sia bagi saya. Tempat baru, kawasan orang, melihat keindahan alam dan ianya pasti menyeronokkan. Demi sebuah kehidupan dan rezeki, saya berada di sini.

Saya minta maaf jika tidak berkesempatan menjengah blog rakan-rakan bloglist dan belum sempat follow blog rakan baru dalam senarai Followers memandangkan terdapat kekangan masa untuk mengakses akaun blogger saya selama 2 minggu ini. Mungkin saya akan terlepas beberapa entri rakan blogger. Saya cuba terbaik untuk mengikuti setiap entri baru rakan-rakan semua. InsyaAllah.

68 Comments

kalau IQ berkesempatan, IQ pun nak tengok negeri2 unik seperti sarawak dan sabah, belum pernah sampai ke sana lagi, jika ada kelapangan mungkin akan sampai InsyaAllah

salam..bestnyer dah sampai Kapit..saya sendiri orang Sarawak pun tak habis jelajah negeri sendiri sbb dah merantau ke semenanjung..hihi

bestnye dah sampai kat tempat pedalaman macam nie.. e'in pun memang takut kalau bab laut-laut nie haa.. lagi-lagi kalau tahu ade buaya..

sy yg duk sebelah Sarawak ni pun lom pernah pi sana

Wah bestnye berpeluang ke kapit. 3 jam atas bot tu mesti banyak pemandangan indah untuk di lihat. Satu pengalaman menarik tuan.

jarang2 boleh ke sarawak. best juga yg terakhir saya ke sana

seronoknya dapat berjalan-jalan ke tempat orang. saya tak pernah lagi jejak borneo , dah lama berhajat tapi banyak kekangan. :D

tak pernah lagi sampai ke sarawak..bila la dapat ke sana agaknya..hihi

jauh perjalanan..luas pemandangan dan banyak cabaran...alhamdulillah :)

Haiihh bila lah dapat jejakkan kaki ke Sarawak..? (sambil menongkat dagu..)

Tak prnh lgi jejak sarawak... best juga nampak tu

InsyaAllah IQ, moga diperkenankan impian IQ tu... amin...

Haha... sama lah saya sis, pontian pun saya tak pernah jejak lagi... hihi...

Hihi... tak pe, selagi tak jatuh selamatlah... ada life jacket kat dalam bot...

Sabah tu boleh tahan besar juga... memang jauh la perjalanan nak ke Sarawak, lebih-lebih pendalaman...

Best juga sebab first time naik bot... betul tu, sesekali refresh minda... hihi...

InsyaAllah nanti sis boleh datang lagi ke Sarawak...

Moga Khairil dipermudahkan niat nak pergi Borneo... mesti lawat tau...

Kena grab awal-awal tiket murah tau...

Setuju tu, lepas ni nak target tempat lain pula...

InsyaAllah sis, semoga Allah makbulkan impian sis tu...

Best juga sis... excited naik bot... x pernah naik bot... hihi..

Mencabar Ridz boleh cuba nanti...

Jauh gk ye sampai 3 jam tp mesti seronok Duk sanakan. Pengalaman xdpt dibeli

Kawan saya dari Kapit and memang dia kata kawasan dia pedalaman kena naik bot semua. haih macam manalah kalau saya kena posting sana nanti.

bestnya bila sesekali berada ditempat asing tapi naik bot dengan lambungan ombak tu...tu part yg sy mungkin kena fikir 4-5x untuk dicuba atau tidak..apa2 pun semoga Noor Azlan selamat disana dan selamat kembali kepangkuan keluarga

Wah not bad pekan Kapit..
Majulah jugak cuma perjalanan ambil masa lama..

LZ pun trauma bila melibatkan air tak nampak dasar. Terasa macam-macam ada dalam tu, ngeri..

Jauh memang jauh... nasib 3 jam je... betul sis, pengalaman berharga tu...

Bilalah Cikla boleh sampai ke Sawarak nun. Seronok melihat tmpt org. Bak kata org, jauh perjalanan luas pengalaman...

Sarawak ni pakcik dah pernah sampai beberapa kali, tetapi Kapit tak pernah jejak lagi.
Kata orang, jauh perjalanan luas pandangan.

Tak pernah sampai Sarawak lagi, tak tahu la kuat ke tak Kak Sue nak seberang sungai tu Kak Sue jenis fobia dengan sungai dan laut..

Welcome to Sarawak Syed, banyak kekosongan jawatan kat sini... hihi...

Ombak sungai je sis, tak tinggi mana.... rasa macam naik kapal terbang... InsyaAllah, terima kasih doanya, amin...

Ibarat pekan kecil je bandarnya LZ... dasar sungai sini buaya menunggu... hihi....

Belum pernah sampai ke sarawak lagi.. :) Salam kenal dari www.mamajue.com

tak pernah sampai sarawak lagi..

Seronok bekerja di luar sambil boleh tengok-tengok tempat orang.

Jauh perjalanan luas pemandangan.

best tau naik bot. tambah2 bot laju.

cantik kan sarawak sbnrnya. maju dia pun mmg maju kan2

Sarawak memang maju. Fiza tak berpeluang ke sana lagi..

Kalau saya pulak selalu excited dengan laut dan sungai. Padahal tak reti berenang. Safety jacket memang tak tinggal laa kalau pergi laut. Hihi

boleh tahan jauh jg tu ya... teringin sy nk g tmpt2 mcm ni...

Kalau ada peluang, memang nak sangat pergi melancong di Sabah and Sarawak.. hee.. Teringin nak tengok rumah panjang semua..

CCL belum lagi berpeluang jejak kai ke sabah sarawak ni ..selalu dapat souviner ja dari rakan-rakan yang pergi ..apa pun encik azlan dapat merasa kehidupan disana ...

insyaAllah, 1 hari nanti sampai juga saya ke Sarawak tu. ameeen

nice share.. dulu masa tunggu posting tempat kerja, pakat takut kalau dapat kat klinik2 kesihatan area tempat2 macam nih.. hehehe...

Mudah-mudahan tercapai... amin...

InsyaAllah cikLa, boleh book tiket murah dulu... hihi...

Wah bagus pak cik WP, Kapit dah senang nak akses sekarang ni, bolehlah pak cik datang lagi...

Tipsnya pejam mata je Kak Sue... hihi..

Bolehlah datang nanti Mama Jue... salam kenal juga ya, nanti balik rumah saya balas kunjungan, maklumlah limited akses kat Kapit ni... hihi...

InsyaAllah Nad akan sampai juga satu hari nanti...

Keindahan alam masih banyak terpelihara lagi...

Maju juga Fiza, bolehlah datang nanti...

Hihi Sis Ana, safety jacket tu wajib pegang kan... saya pun takut juga... huhu...

Boleh tahan juga, nanti boleh datang, lihat dan rasai pemandangan baru..

Paling mudah pergi Cultural Village di Kuching, semua rumah adat ada di sana...

Nanti CCL kena datang sini, banyak tempat menarik...

Yela kan, masalahnya cuma akses dan nak balik kampung tu leceh sikit... hihi...

tak tahu bila agaknya akan jejak kaki di sabah sarawak nie..
keinginan tu ada, keberanian je belum ada.. hehehe

mak saya baru je balik dari Sarawak minggu lepas.. ikutkan nak ikut tapi ada kelas pula alahai cuma mak saya singgah kuching je huhu

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon