Prestasi blog Bila Lelaki Berbicara| Alhamdulillah blog saya masih dapat bertahan sehingga hari ini walaupun pernah mengalami zaman merudum tanpa entri. Saya ucapkan terima kasih juga buat rakan-rakan yang sudi berkunjung ke blog kecil saya ini. Tanpa usaha berterusan anda membaca setiap entri saya, blog saya ibarat blog usang ditepi jalan.
Bagaimana prestasi blog Bila Lelaki Berbicara di Malaysia dan dunia? Wah, bukan mahu mengangkat diri tetapi setiap blogger pasti akan gembira dengan prestasi blog masing-masing kan. Usaha berterusan pasti berbaloi dan merasa kepuasan apabila prestasi blog semakin bertambah baik dari masa ke semasa.
Bagaimana menilai prestasi blog? Daripada SEO, jumlah trafik atau jumlah komen? Bagi saya semuanya penting.
SEO,
jumlah trafik dan
jumlah komen semua penting. SEO meletakkan blog anda ditahap paling dicari. Jumlah trafik membuktikan SEO anda pada posisi yang terbaik. Jumlah komen pula sebagai penghargaan kepada apa yang anda telah terbitkan. Oleh itu saya beranggapan semua elemen tadi adalah sangat penting supaya kita tidak merasa syok sendiri sahaja. Bagaimana
cara meningkat trafik ke blog? Macam-macam cara dan telah banyak dikongsikan.
Saya juga tidak terlepas dalam membuat penilaian terhadap apa yang saya usahakan bagi blog ini. Sentiasa memperbaiki setiap kelemahan yang ada supaya prestasi blog
bilalelakiberbicara.com semakin meningkat dari hari ke hari. Saya akui saya juga lemah dalam menentukan
niche yang sesuai bagi blog saya sehingga
keywords utama blog ini pun tidak mencapai sasaran yang saya kehendaki, Walau bagaimanapun ada beberapa keseronokan dalam membuat blog yang dapat menampung ketidakpuashatian saya terhadap prestasi blog ini.
Daripada membuat sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada pembaca, blogger juga perlu sentiasa belajar
bagaimana untuk menjadikan blog sentiasa mendapat tempat di kalangan pembaca. Buat masa ini saya bersyukur dengan apa yang telah saya miliki. Walaupun masih jauh jika mahu dibandingkan dengan blogger seusia saya, tetapi peningkatan ini amat mengujakan saya. Jika dilihat daripada ranking di atas, sekarang sudah berada pada 36,790. Satu peningkatan. Alhamdulillah. Ranking Alexa adalah salah satu cara untuk menentukan tahap prestasi blog masing-masing.
CHECK HERE. Saya juga bersyukur kerana
Kadar Bounce Rate yang semakin menurun iaitu sekitar 64.50% sahaja. Kadar bounce rate ini adalah perkiraan berapa lama pengunjung membuka dan meninggalkan blog. Semakin tinggi peratusannya bermakna, kemungkinan pengunjung tidak langsung membaca apa yang dituliskan. Antara sebabnya
tempoh loading terlalu lama,
artikel tidak berkaitan dengan apa yang dicari dan sebagainya.
Total pageviews bagi blog saya juga semakin meningkat. Ada juga menurun memandang pertukaran template memberikan kesan kepada jumlah trafik.
Template lama mampu menarik trafik yang tinggi tetapi saya tidak suka kerana menyukarkan rakan-rakan untuk meninggalkan jejak komen. Untuk template ini, Alhamdulillah, jumlah
traffic organic sedang meningkat kerana ramai rakan blogger sudi berkunjung ke dalam blog ini. Prestasi blog adalah penting bagi saya untuk menilai kedudukannya
selalin selain ingin memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk lebih mendapat tempat di negara ini. Setiap blogger ada impian dan setiap impian ada pengorbanan yang perlu dibuat. Tanpa usaha dan sokongan semua semua ini tidak akan dapat dilakukan kerana
setiap perkara tidak akan mampu dilakukan seorang diri waima anda seorang Kluang Man. Terima kasih semua.
Alhamdulillah...syukur...syukur...syukur dan tahniah...insyaAllah berkat usaha yang berterusan...menyampaikan daripada hati...pastinya akan sampai juga ke hati yang membaca.. :)
ReplyDeleteHehehe... Amin, terima kasih...
Deleteinsyallah..lepas ni akan lebih baik dari ni..kena usaha sikit lagi ni
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
Betul tu Siti, InsyaAllah, kena banyak usaha ni....
DeleteAllahamdullilah satu kejayaan yang baik buat azlan. Ini sebab usaha azlan dalam berbloggig. Saya ni tak tahu lagi nak dapat inspirasi untuk tingkatkan blogger. Inshaallah saya pun akan berjalan step by step untuk tingkatkan blog juga. Terima kasih sebab sebelum ni awak bagi semangat saya untuk berblog:)
ReplyDeleteAmin, boleh RS, slow-slow... kalau nak tanya apa-apa, tanya je jika ada masalah berkaitan blog, banyak blogger boleh membantu, jangan segan ya... teruskan menulis tau...
Deletenice2... tahniah semoga terus padu! :D
ReplyDeleteTerima kasih bro Zul...
DeleteAlhamdulillah ,tahniah , semoga konsisten & meningkat. Blog saya pulak kadang2 oke , kadang2 merudum. :)
ReplyDeleteSama lah saya juga bro, kalau time susut idea, memang macam tanah gersang je blog ni.... sekarang baru tahu cmne nak dapat idea banyak... tu yang ada je entri ni biarpun merapu.. hihi..
DeleteTahniah. Semoga semakin baik prestasi blog tuan. Saya tak check pun lagi alexs tu. Rasa macam belum layak lagi 😅
ReplyDeleteTerima kasih Sis Ana... boleh check juga lah... boleh try nanti...
DeleteAlhamdulillah, semoga En. Noor Azlan sentiasa konsisten dengan dunia blog.. =)
ReplyDeleteAmin, InsyaAllah sis... harap dapat bertahan...
DeleteHebat bang. Teruskan bekarya. Padu2.
ReplyDeleteMasih jauh lagi Ridz... slow2 menapak... InsyaAllah...
Deleteboleh kata hebat ni.. tahniah teruskan update dan moga boleh lebih sukses lagi..
ReplyDeleteTidak lah hebat pun Hafiza, average je, InsyaAllah akan bertahan dan terima kasih doanya...
DeleteMISI PERLU DI TERUSKAN... blogger lama kembali cuba untuk bersinar :D
ReplyDeleteBlogger lama takpe, jangan blogger tua... hihi... InsyaAllah sis... misi dalam hidup...
DeleteSalam jumaat encik azlan ..
ReplyDeleteAlhamdulillah ..teruskan dalam dunia berblogging ..semuanya bermula pada bawah . Atas usaha diri sendiri dan dibantu dengan ahli-ahli blogger .kita sama-sama support ..
Waalaikumussalam CCL, betul tu, semua akan bermula dari bawah, tanpa sokongan rakan blogger, blog akan jadi sepi...
DeleteSalam, hebatnya bro azlan ni. Blog saya rasanya takda pun lagi dalam alexa hahaha. Tahniah! Semoga terus maju.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Syed, saya biasa-biasa je Syed, blog Syed lagi power dalam Malaysia, cuba check dulu... saya dah checkkan... hehe...
Deletealhamdulillah alexa awak ok...sya pageview blog ok..cuma alexa saja tak ok..
ReplyDeleteAmin, tu la kan, pening juga penilaiannya... mungkin .com atau .my ada perbezaan kot...
Deletewow! alhamdulillah syukur. Satu pencapaian yg baik. :) teruskan usaha! Saye pun sama terlalu byk sangat kekurangan dlm blog saye. Nak cari masa perbaiki apa yang patut. Harap dapat ikut jejak langkah bro :)
ReplyDeleteAmin, pencapaian untuk diri sendiri je Nadhie Wueen... Betul tu, kita kena sentiasa memperbaiki apa yang patut... untuk kepuasan sendiri kan...
DeleteAdoi, bounce rate saya tinggi juga ni 81.30%...
ReplyDeleteJangan 100% sudahlah ye... slow2 turunkan bounce rate tu... sama-sama kita tingkatkan kualiti...
DeleteAlhamdulillah.. semoga akan terus berblog..
ReplyDeleteAmin, terima kasih sis...
DeleteDahsyat ni, memang betul blogger ni... \(^0^)/
ReplyDeleteBiasa-biasa je Tedi, saya budak masih belajar...
Deleteterbaik. lepas ni kena usaha lebih, hasilnya pun nanti mesti lebih baik kan
ReplyDeleteInsyaAllah Nour, banyak benda kena belajar lagi...
Deletegood luck 😄👌
DeleteTahniah.
ReplyDeleteTeruslah berkarya.
Terima kasih pak cik WP...
Deletewahh tahniah..
ReplyDeleteTerima kasih sis...
DeleteTahniah! semoga terus meningkat dan yang paling penting 'maintain'
ReplyDeleteBetul tu sis, maintain tu sangat penting...
DeleteAllhamdulillah semoga terus maju jaya k
ReplyDeleteAmin, terima kasih sis...
DeleteTahniah pada En. Noor Azlan kerana menduduki bloglist special saya.. :)
ReplyDeletehttp://starlavenderluna.blogspot.my/2017/04/top-commentor-mac-april-2017.html
DeleteMek pernh try buat tu tp not found. Hahha takde dlm rank. Tp tkpe :) Mek still enjoy blogging sbb kita ade rakan blogger yg supportive :)
ReplyDeleteOoo... baru lagi kot.... nanti adalah tu...
Delete