Ruang Iklan

Resepi serunding halia Sarawak

Resepi serunding halia Sarawak| Serunding halia Sarawak mungkin mempunyai berbeza rasa. Selama ini saya telah menikmati serunding buatan ibu saya dan serunding Kelantan pemberian kawan sekerja di Nuklear Malaysia dulu. Kedua-duanya berasaskan kelapa. Tetapi serunding halia? Halia boleh buat serunding?  Pengalaman baru saya setelah merantau untuk hidup sendiri di bumi Sarawak yang bertuah ini.

Resepi serunding halia Sarawak, bilalelakiberbicara.com

Produk serunding halia sarawak tentunya berasaskan halia. Resepi serunding halia pernah saya baca di sebuah blog. Sebelum itu, mari kita baca dahulu khasiat halia ini. Halia adalah tumbuhan herba semulajadi yang acapkali digunakan dalam masakan. Selain daripada berfungsi untuk menghilangkan bau hanyir masakan seperti ayam atau ikan, menyedapkan makanan, halia juga mampu membuang angin dalam badan. Itu petua orang dulu. Oleh itu, pengambilan halia tentunya amat menyihatkan tubuh badan manusia.

Selain itu, khasiat halia lagi adalah mengekalkan peredaran darah, memulihkan masuk perjalanan, meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus, mencegah demam dan selsema, mengurangkan ketidakselesaan perut, mencegah barah usus, mengurangkan kesakitan dan keradangan, melawan masalah pernafasan yang biasa, rawatan kanser ovari, menguatkan imuniti, mengurangkan morning sickness. [Sumber]

Resepi serunding halia Sarawak, bilalelakiberbicara.com

Kebetulan pula seorang rakan sekerja saya membuat serunding halia Sarawak untuk dijual di kedai-kedai berhampiran. Timbul keinginan mencuba, saya pun minta satu sampel daripadanya untuk saya rasai sendiri produk serunding halia keluaran orang Sarawak. Jahatkan saya. Sepatutnya saya beli. Nasib baiklah harga serunding halia Sarawak beliau cuma RM 2.50 sahaja bagi berat kira-kira +/-20 gram. Murahkan?

Saya bukan jenis yang boleh makan apa sahaja makanan baru. Namun saya beranikan diri untuk makan. Pendapat pertama saya berkenaan serunding halia Sarawak, ianya rangup. Crunchy. Bunyi kroh, kroh bila dikunyah. Macam makan keropok. Makin laju dikunyah makin deras bunyi kerangupannya. Berbeza dengan serunding lain, ianya hanya bunyi mulut mengunyah makan. Chup, chup, chup.

Kemudian, rasanya sedikit pedas. Bagi saya, pedas tidak menjadi masalah memandangkan sudah biasa. Tapi tidak pedas macam makan sambal totok, sambal ketuk, sambal kicap atau sambal belacan. Kurang pedas memandangkan anak bongsu saya pun boleh makan. Jadi tidaklah pedas sangat. Bila saya makan, dia makan. Bila saya makan lagi, dia makan lagi. Kuat betul dia makan. Bila saya cakap "Iecha muk!" , dia balas "Yah mok!", maknanya ayah gemuk walhal ayah dia kurus dan slim sahaja.

Ketiganya serunding halia Sarawak rasanya berangin. Macam makan daun mint. Segar. Memang sesuai untuk buang angin. Sesiapa peminat halia dan serunding sangat digalakkan untuk mencuba. Sebab sedap dan menambah selera makan selain menyihatkan. Tambahan lagi isi dalamnya ada ikan bilis halus. Bertambah selera saya sebab saya peminat ikan bilis halus.

Resepi serunding halia Sarawak, bilalelakiberbicara.com

Serunding halia Sarawak amat sesuai sekali jika ditambah dalam masakan bubur nasi menurut rakan saya. Gaul-gaulkan dan makan. Meleleh ke air liur tu? Sabar ya. Baca sampai habis dulu. Serunding halia Sarawak boleh disimpan lama dalam bekas tertutup. Tetapi jika untuk dipos ke semenanjung, harganya lain sikitlah sebab anda boleh beli dengan timbangan kilo. 1 kilo? 2 kilo? 10 kilo pun boleh. Mana tahu kan masa bulan ramadhan nak jual serunding halia Sarawak di semenanjung, lain daripada orang lain jual. Mesti laku. Orang Malaysia kan suka makan. Lebih-lebih lagi makanan baru macam serunding halia Sarawak ini. Memang boleh buat duit..

Kalau mahu rasa atau mahu beli banyak untuk dijual semula, boleh hubungi Bro Ujang yang handsome lagi kacak dan bergaya. Boleh deal sendiri dengan dia. Saya tidak dapat beri kupon baucer atau diskaun. Merapu pula saya. Serunding halia Sarawak memang berbaloi untuk dinikmati sebagai hidangan tambahan. Ingat makanan sihat, ingat serunding halia Sarawak. Kalau mahu tahu bagaimana rasanya kena beli dulu lah ya. Bro Ujang boleh dihubungi melalui 014-9935833 atau guna Whatapps pun boleh. Selamat mencuba.

Tempahan Serunding Halia Sarawak
Mohd Shaheran (Bro Ujang)
Telefon: 014-9935833
Kuching atau Sibu, Sarawak

28 Comments

First time dengar serunding halia .. memang tak pernah makan lagi .

Dah boleh order tu CCL, mana tau ada market kat tempat CCL... lepas duit baju raya nanti...

Wah, first time saya dengar serunding halia nie, camne rasanya yea..? ada rasa macam serunding ayam ke ikan ke daging ke..? atau rasa pedas halia tue.. ? hihi

Tak la pedas sangat macam halia tu, ada rasa serunding, cuma ada berangin sikit lah, boleh try la sis...

Tak pernah dengar serunding halia.. Boleh try nie..

Memang kena try ni Flavnesz...

first time baca tentang serunding halia ni. kalau apa2 makanan atau minuman berasaskan halia, memang dapat nyahkan angin dalam badan 😄

Mai tak makan halia, hahaha, tak tahu la boleh telan tak serunding halia ni. Tapi mama mesti suka ni.

First time dgr serunding halia. Tp ana tak berapa gemar halia walaupun tahu banyak khasiat halia tu. Selalu guna time buat sup. Tu pun blender bg lumat. Hehe

Ya Nour, jangan keluarkan angin sembarangan tempat tau...hihi..

Tak rasa sangat halianya..

Bagi lumat sampai tak nampak halia kan... hihi...

Wah murah tu rm2.50. hihi. Serunding halia? hmm mcm mana agak nya rasa sebenar dia? bila baca review ni crunchy n pedas2 bagai rasa teringin pulak nak cuba. hehe

Anak saya panggil keropok Nad... hihi.. boleh cuba mana tahu nanti jadi favourite...

Salam ziarah..

saya org Swk..mmg fav ni..tiap kali balik Kuching @ Sibu, mmg bawak berbekas2 bekal balik ke Putrajaya...cukup stok utk setengah tahun...blh simpan lama sbb still crunchy..hihih

Wah, berbekas-bekas ya...terima kasih singgah, cuba follow kat blog tadi, tak dapat, nnt saya balas kunjungan ya...

1st time dengar dan 1st time tau halia boleh buat serunding...

eh first time dengar ingat ada serunding daging n ikan jerr.. haaaa.. dah lah memang suka halia nih... lebih lagi boleh masuk dalam bubur nasi .. dah meleleh air liuqq dah, ,

pernah rasa masa bercuti dekat sarawak dulu memang sedap

Samalah saya Anies, mula-mula berkerut juga dahi bila dengar serunding halia... boleh cuba nanti...

Nanti boleh cuba ni sis Wani..

Ya Neeza, saya setuju...memang sedap...

kalau nak buang angin kat mana2, kena pastikan angin tu takda bau dan bunyi, tu yang penting. kang kantoi, malu sendiri. bhahahahaha

Buang angin je, baru padan muka orang tu... hihi...

e ehhh serunding halia pown ada yek.. Mesti sedap ni..

Tak mampu nak kunyah halia nie.. hehehe
first time dengar boleh buat serunding.. macam manalah agaknya rasa dia..

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon