Selamat Hari Wanita Sedunia: All My Love

Selamat Hari Wanita Sedunia: All My Love| Mungkin tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada orang yang saya sayangi dalam hidup saya. Baru berkesempatan menulis sesuatu pada hari ini. Mungkin saya tidak seromantik Fattah Amin ataupun Aaron Aziz tetapi saya cuba menjadi romantik pada entri hari ini. Jangan gelakkan saya. 

Selamat Hari Wanita Sedunia: All My Love

Wanita adalah insan yang paling tabah di dalam dunia. Tidak boleh dinafikan. Hidup dengan kekuatannya tersendiri tetapi ditakdirkan tidak menjadi pemimpin dalam keluarga. Sentiasa berdamping di sisi suami. Walau sehebat mana pun wanita tetap berada dibawah naungan suami. Itulah pengorbanan tertinggi bagi saya. Sentiasa menjadi penyokong kuat suami. Biar pun orang disisi suami meninggalkan diri, tetapi suami masih sentiasa ada seorang wanita yang tidak pernah lari. Saat sukar sentiasa berpaut pada janji setia. Hebatnya wanita. Jangan ambil kira jumlah minoriti.

Tanpa wanita tiada lelaki boleh memiliki legasi. Manusia dijadikan berjodohan dan berpasangan. Wanita pelengkap kehidupan seorang lelaki untuk membuktikan kejantanannya. Hebatnya wanita. Hebatnya lelaki kerana kegagahannya namun hebatnya wanita kerana kecekalannya. Sejujurnya saya tidak mampu melakukan banyak kerja yang dapat dilakukan oleh isteri saya. Sehari dua mungkin dapat bertahan, tetapi jika membuat perkara sama yang menjadi tugas isteri boleh jemu juga kerana bukan jiwa saya untuk melakukan senarai kerja rumah berhari-hari seperti memasak.

Ibu saya, isteri saya, anak-anak perempuan saya. Saat ini saya masih ada untuk melihat kamu dihadapan mata saya. Masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus kekal hidup. Sampai saat ini juga saya dapat melihat betapa kuatnya semangat kamu untuk meneruskan kehidupan. Anak-anak saya mungkin masih terlalu kecil untuk memahami. Entri ini adalah pesanan buat mereka. Ibu dan isteri walau tidak boleh disamakan tetapi mempunyai keupayaan yang boleh menggoncang dunia. Mampu menahan beban sebesar gunung, mampu menongkah arus tsunami di lautan. Betapa hebatnya wanita.

Setitis airmata yang jatuh, sejuta senyuman dilempar. Hanya untuk menggembirakan lelaki. Banyak sebab untuk seorang lelaki perlu menghargai wanita. Pada hari ini adalah hari yang dikhususkan buat semua wanita di seluruh dunia. Untuk dihargai, untuk disayangi dan untuk dikasihi. Tiada hadiah istimewa yang dapat diberikan kepada insan-insan tersayang ini. Kepada ibu, hanya ucapan saya sayang ibu telah cukup bermakna baginya. Buat isteri, hanya kesetiaan yang mampu saya berikan. Buat anak-anak, ayah akan sentiasa menjadi pelindung kamu. Itu janji saya ibu, ini janji saya isteriku, ini janji ayah, anak-anakku.

Selamat Hari Wanita Sedunia to All My Love dan semua wanita di dunia ini, berbanggalah kerana anda dilahirkan sebagai seorang wanita. Jangan pernah menyesal kerana tanpa wanita tiada pemimpin boleh memimpin dunia. Kerana tanpa anda, maka sunyi dunia ini. Terima kasih wanita.

44 Comments

kalo hari lelaki sedunia ada tak? hehehe.

Entah lah untuk lelaki ada ke tidak... tapi macam sunyi je hari lelaki tu... hihi...

Habiskan semut buat sarang dekat sini nanti. Sweetness overloaded org kata. Hehe.

Selamat hari wanita buat semua wanita. Hebatnya seorang lelaki kerana ada wanita yg hebat di belakangnya. 💪💪

Hehehe, semut buat sarang tak pe, jangan labah-labah buat sawang... hihi... Betul tu, hebatnya seorang lelaki ada wanita dibelakangnya...

Nape sweet sgt nanti diabetes potong kaki, hehehehe gurau jer Tuan sebab hari ini sambutan Hari Wanita kannn 😄

Hahaha, sempena hari wanita ni kan... setahun sekali... nanti kalau tak sweet, balik nanti tak boleh request dinner sedap-sedap... hihi...

elelele sweetnya hakhak. selamat hari wanita buat isteri jugak :)

Hihi... sesekali sweet kan... terima kasih elsa...

Aduh, nk nanges plak rasanya. Terasa dihargai, dari apa yg admin tulis ni, saya rasa admin ni orgnya boleh tahan romantis ni. Betul tak? Hihi

Haha... tak da lah romantis sangat... kayu ni... hihi..

Ha ni kategori suami sweet juga ni.. hehehe

Wah so sweet, terima kasih atas ucapan awak.. nak bagtau nama awak ditag oleh saya..

http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/03/the-sunshine-blogger-award-sofie-adie.html

Hehe... bukan sweet gula ni, tapi sweet stevico...

Sama-sama sis... Wah kena tag ya, InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik untuk menjawab soalan-soalan sis...

Nak menangis baca entri tuan kali ini 😭

Sebak. Betul. Wanita ini kekuatannya luar biasa. Fizikal nampak lemah, tapi hatinya cukup kuat menghadapi apa jua keadaan.

Alamak, jangan menangis. Nanti banjir pula. Hehe... setuju tu, fizikal lemah tapi kekuatan dalamannya kukuh.

haha sweet sangat ni. kalau isteri terbaca ni terus masak lauk feveret penuh satu meja sebab rasa dihargai hehe.

Ya Syed, dia dah masak tadi... mood tengah ok kan...hihi...

melting sungguh ni...berbunga2 baca entri ni...terima kasih dari kami para wanita..;D

Sekali dalam setahun sis... welcome sis... hihi...

wah... sweet gitu.. i like :D

wah ayat nya puitis betul. thanks ya

Hahah... sesekali sis... jenuh otak memikir ayat ni....

tingat membe watsap buat lawak smlm

"kalau hari ni hari wanita sedunia, jd bilanya hari lelaki sedunia?"
"hari2 adalah hari lelaki... tgk, betapa berkuasanya lelaki..."


hahahaha

Hahaha.... Betul jugak kan... selain dari semalam yang lain hari lelaki lah pula... hihi

WoW! memang dah jatuh kategori romantik ni setanding dah dengan Aaron Aziz :-)

Tak lah setanding Aaron Aziz, bawah sikit kot dari dia... hihi..

wow , tak sangka kata-kata sebegini mampu dihasilkan oleh seorang lelaki.

Alamak malu saya... hihi...

Sebab tu diwujudkan hari wanita sbg menghargai para wanita yang cekal dlm pekerjaan, menguruskan suami dan keluarga.

Betul kan, nasib satu hari je... hihi...

Ahai dah nampak semut banyak dah ni hurung gulaaa. :D. terima kasih menghargai kami sebagai seorang wanitaa.. cekalnyaaa wanitaaa..

Spray kan dengan Sheltox.. hihi... welcome Sis Wani...

Bahagia isteri kalau baca post ni. Tanda suami menghargai diri :)

Terima kasih atas ucapan ini. Datang kat sini lewat sehari pulak :D

Tak pe, wish tu sentiasa terpakai... hihi... Wife penerbit, dia akan sentiasa baca... hehe...

uishhh kata-kata lelaki memang sweet macam gegula kat wanita eh? :-p haha #sisgurau

smoga smua wanita diluar sna sllu kuat hadapi dugaan :)

Kata-kata yang sweet.. hehehe..
Semoga semua lelaki menghargai wanita..

Hahaha... Sesekali Neeza, nanti tak wish merajuk pula.. hihi...

Betul tu, semoga semuanya tabah menghadapi dugaan...

Sweet gula Stevico ni sis... InsyaAllah...

Sweet gilak ehh...alhamdulilah..tq dear....entri yg. Betul sweet ..tpi jgn sweet gilak kelak d aggak semut merah..hehe..sweet2 like.candy..

Hahaha... ok sayang... hihi...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon