Ruang Iklan

Sunshine Blogger Award

Sunshine Blogger Award| Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sis Shikin Razali melalui blognya Starlavenderluna kerana mencalonkan nama saya bagi menyertai Sunshine Blogger Award. Terima kasih sekali lagi kepada beliau. Setelah Sis Shikin Razali tag nama saya, saya pun mencari apakah sebenarnya maksud sebenar Sunshine Blogger Award ini.

Sunshine Blogger Award

Sunshine Blogger Award adalah "...is given to those who are inspiring and bring sunshine into the lives of their readers and fellow bloggers". Maksud selain terjemahannya, anugerah bagi mereka yang telah memberi cahaya inspirasi kepada pembaca dan rakan-rakan blogger. Sunguh besar maknanya. Seseorang yang mungkin mampu memberi motivasi, melemparkan aura positif kepada orang lain untuk lebih menyinar umpama matahari yang bersinar.

Here are the RULES
  1. Thank the person(s) who nominated you in a blog post and link back to their blog
  2. Answer the 11 questions sent by the person who nominated you
  3. Nominate 11 new blogs to receive the award and write them 11 new questions
  4. List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog.

Memandangkan jika saya menjawab soalan-soalan Sis Shikin dalam Bahasa Inggeris akan memakan masa yang agak lama untuk disiarkan, jadi saya akan menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh Sis Shikin dalam Bahasa Malaysia sahaja. Lebih mudah faham kerana grammar English saya tunggang-langgang.

Berikut adalah soalan dan jawapan kepada 11 soalan yang telah diusulkan oleh Sis Shikin Razali kepada saya. Semoga saya menjawab semua soalan Sis Shikin dengan baik sekali.

1) Five words to describe of yourself.
Soalan ini adalah soalan paling susah bagi saya untuk dijawab. Saya rasa saya bersikap positif (Positive). Saya suka memandang sesuatu perkara daripada sudut positif terlebih dahulu dan kemudian barulah perkara-perkara negatif. Saya juga seorang pendendam (Avengeful) tetapi terkawal. Jika sesuatu perkara telah berlaku kepada saya, saya akan lebih berhati-hati. Menyediakan payung selepas hujan. Saya juga seorang yang tegas (Assertive). Mungkin sedikit garang. Juga seorang yang periang walau tersakiti dan disakiti. Suka menghiburkan diri sendiri untuk pulih. Akhir sekali saya seorang yang peramah dan mudah mesra dengan dengan orang lain. Mesra setakat kawan sahaja ya.

2) What is the best thing happen into your life?
Saat paling seronok dalam hidup saya adalah semasa Hari Graduasi. Saya dapat merasakan pada masa itu, perasaan ayah dan ibu saya sangat gembira dengan saya. Tiada kenangan yang paling indah dalam hidup saya melainkan apabila melihat ayah dan ibu saya tersenyum dan gembira. Saya suka saat itu kerana mereka adalah sumber inspirasi saya, sinar matahari saya dan saya berjaya membuatkan mereka lebih bersinar pada hari itu.

3) Between vegetables and pasta, which one that you prefer to eat? And why?
Saya lebih suka sayur daripada pasta tetapi lebih kepada sayur terpilih sahaja. Yang penting rasa sayur tiada rasa pahit. Pasta? Bukan saya tidak makan, tapi kebanyakkan menu harian saya adalah sayur walaupun jarang saya makan sayur yang tidak dimasak air. Orang jawa sebut masak bening. Saya ada makan juga pasta tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Pasta, Make pasta, buat pasta

4) What is the worst food that you had ate?
Saya pernah makan Sushi. Ya, Japanese Sushi. Semasa saya berkursus di Japan. Apabila half cook fish lalu di tekak saya, saya rasa loya dan secara automatik anak tekak saya menendang keluar ikan tadi. Kesian pada ikan. Saya sudah cuba tetapi tidak berdaya.

5) Who is your idol and why u choose he / she?
Idola saya adalah bapa saya. Apa yang dia buat, saya akan jadikan contoh. Jadikan tauladan dan panduan dalam hidup saya. Dia adalah sinar cahaya saya. Saya sangat kagum dengan bapa saya. Kenapa saya kagum dengan bapa saya? Sebab sehingga kini dia tetap menyayangi ibu saya. Setia.

6) Which interesting issue that you love to read into newspaper?
Berita Sukan adalah muka suratkhabar kegemaran saya. Selepas membeli suratkhabar sudah tentu membelek bahagian belakang terlebih dahulu. Sepatutnya suratkhabar boleh dijual hanya muka surat belakang sahaja. Jimat. Sekarang ini suratkhabar dibeli hanya untuk dijadikan alas dan sebagainya sahaja. Saya banyak membaca melalui atas talian sahaja. Mudah dan dimana-mana.

7) What is your first downloaded apps into your gadget?
Saya rasa apps pertama yang saya download adalah Whatapps. Oleh kerana banyak aktiviti pejabat menggunakan aplikasi Whatapps maka aplikasi tersebut wajib untuk dimuat turun. Kalau tidak dimuat turun, banyak informasi dan makluman penting bakal terlepas pandang.

8) Can you roll up your tongue?
Saya boleh gulung lidah saya. Salah satu topik dalam biologi semasa di sekolah menengah. Ciri-ciri variasi selanjar dan tidak selanjar.

9) When you got your driving licence?
Saya dapat lesen memandu setelah saya tamat pengajian di universiti. Mengambil lesen agak lewat pada usia 25 tahun. Sebelum itu, saya memandu dengan tidak berlesen walaupun banyak negeri telah saya jejaki. Lagipun kebanyakkannya saya menggunakan kenderaan awam sahaja. Jangan tiru sifat buruk ini. Bahaya kepada diri sendiri.

10) Do you remember your friend's name which is sat by your side into the class?
Semasa saya bersekolah rendah, nama rakan sebelah saya Farid. Nama bapanya pula lupa. Semasa di sekolah menengah pula bertukar-tukar pasangan memandangkan aturan yang dibuat oleh guru kelas. Maafkan saya kerana terlupa. Lagipun lelaki tidak ambil kisah dengan siapa kita akan duduk bersebelahan. Keistimewaan lelaki kan boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mewujudkan kumpulan tertentu. 

11) Which one that you using : Maxis / Celcom / Digi / U-Mobile / Tunetalk / XOX / Redtone Mobile / Others (mentions it)
Kini saya adalah pengguna RedOne setelah bertukar daripada Celcom. Apa yang penting bagi pengguna telefon bimbit saat ini adalah tawaran harga dan perkhidmatan. Bagi saya setakat ini perkhidmatan yang ditawarkan adalah memuaskan dan menjimatkan perbelanjaan bulanan saya. Bertukar kepada telco lain? Mungkin belum tiba masanya.

Maka selesai sudah semua soalan yang diajukan oleh Sis Shikin Razali. Terima kasih kerana membaca dengan tekun. Oleh kerana saya perlu membuat pencalonan rakan-rakan blogger lain, maka setelah dipersetujui oleh penyimpan mohor-mohor, maka saya mencalonkan nama-nama blogger berikut dalam Sunshine Blogger Award. Selamat bersegmen kepada rakan-rakan blogger hebat saya.

CikRenex | MellyaCrayola | aswaleyla | ayunie ramli | Ridz | adk dayahnadhie wueen | Siti Awadah | Nour Adieb | Ariazir | Shaidatul Aireen |

Berikut adalah 11 soalan daripada saya yang telah saya buat dengan bantuan terjemahan Google.

1) If you are given a chance again in your life, you want to get back at what age? Why?
2) Where is the tourist destination you really want to go? Why?
3) Who is your inspiration in the world of blogs? Why?
4) Do your hobbies besides writing a blog?
5) What is your favourite colour?
6) What is your dream's car?
7) Which one do you prefer? Live in the city or in the village?
8) Is the most special gift in your life you've ever got?
9) A gift that you've always wanted?
10) What are the things you want to do if you are a leader in this country?
11) In your opinion, how blogs can inspire the people out there?

Terima kasih kepada semua yang membaca entri Sunshine Blogger Award. Semoga memberi inspirasi dan cahaya kepada anda semua pada hari ini.

61 Comments

Thanks lan sebab calonkan mek jugak :) InsyaAllah mek akn tulis entry ni ;)

Tengahari dapat makan bening sedapnya tak terkata. Ada pula sambal belacan kan. Berpinggan pinggan tambah. 😅

Betul sis, tambah lagi ikan goreng, memang sedap sis...

Terima kasih calonkan elsa! Wah boleh jawab dalam bahasa melayu eh? So tak risau lah elsa nak menjawabnya hakhakhak. Elsa pun lemah sikit dalam english, memang kena mintak bantuan jugak nie hahaha. In Shaa Allah Elsa akan buat jugak entry pasal nie tau! Tungguuuu hehe

Saya pernah baca boleh ditulis dalam bahasa Malaysia, saya kalau nak tulis bahasa Inggeris takut maksud tak sampai... haha...

Lupa nak tag Khairil... terima kasih ya..

thanks tag ! hihihi tak sabar nak jawab :P

Terima kasih pada En. Noor Azlan kerana sudi menjawab soalan saya.. Sushi kat Jepun memang kebanyakannya terdiri daripada bahan-bahan mentah dan ianya tak sama seperti sushi di Malaysia.. =) Saya salah sorang penggemar sushi..

Aha... ok... jawab jangan tak jawab... hihi...

Kan... Sushi kat Malaysia saya tak pernah makan lagi... nanti boleh cuba... welcome sis...

Hi tahniah..Hi terima kasih dah follow awak juga (^_^).

Saya dulu pun ambil lesen kira lewat jugak la. Umur 25 masa tu. Segan jugak masa nak ambik exam tu. Tapi kenang kelebihan pada masa depan, saya tebalkan je muka. Haha

Welcome Ucing... Terima kasih Ucing...

Kan, memang segan, orang pandang je... sekarang dah ada lesen memang banyak manfaat....

bab memandu tu.. mujur tak pernah kene saman yer..

Hehe, banyak juga mengelaknya... :)

baru sudah baca. tadi elsa bukak dekt phone je dan waktu kerja pulak tu payah sikit nak baca haha. nasib baik soalan yang nak dijawab tak susah sangat kan hakhak. menarik! best baca. elsa pun tak suka sushi, sama jugak memang akan muntah sebab macam tak masak and sejuk jeh huhu

Hehe, bagi soalan susah nanti Elsa pening nak jawab... hihi...

Tahniah berjaya menyahut cabaran segmen :)

Hihi... terima kasih Sis Azhafizah....

Tqsm calonkan saye. insyaAllah nanti saye join tau! :)

Ok Nadhie Wueen... Terbaik...

Saya memang makan sushi tapi elak kalo ada macam biji2 telur n kepingan ikan tu x makan 😜😜 hiii

Bahaya betol bagi tahu bab pandu x dak lesen ni... haaa.. ish ish ishhh

Loya kan? Hihi... sekarang dah ada lesen... tak takut dah... hehe

Sushi King sedap! Cuba makan nanti eh. Maybe kena dengan tekak awak.

Kalau lelaki suka baca berita sukan dulu, kalau perempuan suka baca berita hiburan dulu 😂😂

Thanks bro tag. InshaAllah akan dijawap dalam masa terdekat. Nak kena study dulu sblm jawap. Ahaks!

Tahniah ya tercalon Sunshine Blogger Award.. Kak Sue pun suka sayur bening :)

Nanti saya cuba Sushi King, terima kasih atas cadangan... perempuan memang suka berita hiburan kan...

Welcome2... ok... nanti ambik exam tau... hihi...

Terima kasih Kak Sue... Sedap sayur bening tu kalau regu dengan sambal atau ikan masin kan...

Slam Singgah

Jom Feel Free http://radenotion.blogspot.com/2017/03/thanks-for-nomination-sunshine-blogger.html

Periang VS Tegas, macam personaliti berbeza untuk orang yang sama, hihi unik tu. Bapak saya pun garang, haha, tapi kadang-kadang suka mengusik, mungkin mcm ni kot, heheh.

Hadiah terbaik seorang bapa mampu beri pada anak-anaknya adalah mencintai ibu mereka :)

Mai pun tak suka sashimi (mentah2 macam makanan org jepun tu), tak boleh terima dek tekak melayu ni.

sama la kita! busyra pun tak boleh makan sushi. tak kena dek tekak ni. haha

Wah.. tak jauh lah usia kita amik lesen encik Azlan.. saya pun lewat juga.. hehehe..

Wassalam Lady.... InsyaAllah kunjungan akan dibalas nanti....

Hahaha, berbeza kan... tu la susah nak jawab soalan tu.... haha... tekak sambal kan... mana nak dapay makan benda pelik-pelik betul tak...

Hahaha... Tekak Malaysia kan Busyra...

Haha... kalau perempuan lewat tak pe, lelaki lewat cam pelik kan... camne lah nak bawa awek masa muda dulu-dulu kan... hihi...

Terima kasih tag CR . InshaAllah kalau berkesempatan nanti CR balas. Busy sikit lately.

Sama-sama CR, ok nanti saya akan baca jawapannya... hihi

banyaknya nak kena jawab.. hehehe

Pasta dengan sayur? Kalau saya pulak memang pilih pasta lah. Sayur saya tak makan, tapi kalau ulam saya makan. Hehe

Eh Ana ni... ulam lagilah sayur... hijau segar je...

hehe..baru dapat buka blog setelah 2 minggu hiatus dari dunia blog..huhu sibuk bebenor, jadi disebabkan dayah pun telah ditag..hehe dayah akan jawab semua soalan tu yer, terima kasih tag dayah =)

Wah 2 minggu hibernasi ya... ok2, tak sabar nak baca jawapannya...

alhamdulillah, selesai jawab soalan. terima kasih sebab calonkan sy. kalau half cook fish, memang tak ngam dengan tekak sy

Amin, terima kasih sebab jawab soalan saya... tekak melayu kan...

sama2 😄 dah terbiasa makan belacan, budu, tak dapat nak ganti yg lain

Haha... kan sis, semua boleh masuk...

Lambat amik lesen tak pe, janji bkn lesen terbang... Hihi...

Hihi.. lesen saya ni sah tau...

Akhirnya dah jawap 11 persoalan dari bro.

https://ariazir.blogspot.my/2017/03/the-sunshine-blogger-award-by-bila-lelaki-berbicara.html

Terima kasih bro, nanti balik Sibu saya akan baca, limited akses kat Kapit ni... hihi...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon