Ruang Iklan

Jangan ikut nafsu, ukur kemampuan

Jangan ikut nafsu, ukur kemampuan| Apabila cuti sekolah telah bermula. Ramai ibu bapa membawa anak-anak ke tempat percutian menarik di sekitar negara iaitu, Malaysia. Ada juga berkemampuan membawa keluarga melancong ke luar negara. Walau di mana pun lokasi percutian, pastinya memerlukan sedikit kos untuk perbelanjaan semasa dalam tempoh percutian.
Tips jimat berbelanja, urus perbelanjaan sendiri

"Abang tidak kesian ke tengok anak-anak terperap di rumah sahaja sedangkan kawan-kawan dia semuanya berjalan dengan mak ayah diaorang?". Soalan sering kita dengar. Siapa tidak mahu membawa anak dan isteri berjalan semasa cuti sekolah? Jika ditanya pada semua lelaki, memang jawapannya pasti mahu. Tapi sedarkah segelintir wanita, bahawa lelaki sedang bersedih hati dengan soalan kamu. Pernahkah kita meletakkan diri kita di kedudukan yang mana hanya mampu melihat dan tidak pernah dapat merasa bahawa nikmatnya melancong dan bergembira bersama keluarga?

Perjalanan saya di kawasan pendalaman Sarawak membuka mata hati saya supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah sedia ada. Ada kalangan mereka tidak pernah tahu apa itu Waterpark, tidak pernah lihat Shopping Mall, tidak pernah rasa betapa sedapnya KFC. Kemahuan pasti ada namun jika tidak berkemampuan, perlukah mengutamakan perkara selain daripada keperluan? Jawapannya nafsu. Nafsu mengatakan cubalah, cubalah, cubalah. Tetapi saku? Kosong. Bak kata pepatah "Biar papa asal bergaya".

Mengapa memaksa jika belum berkemampuan? Mengapa cemburu jika kita bukan seperti mereka. Biarkan mereka bergembira dan kita ucapkan tahniah, tumpang gembira atas kelebihan rezeki mereka di dunia. Biarkan mereka bergembira dan kita cuba merasainya bersama. Jangan ada dengki, irihati dan sifat tidak bersyukur. Itu salah dan ini salah, semua salah adalah merungut pada takdir. Jika mahu mengikut nafsu, antartika mahu sahaja dijejaki.

Musim perayaan Hari Raya Aidilfitri juga bakal menjelma tidak lama lagi. Pelbagai persiapan hari raya sedang rancak dilakukan. Ya, memang perayaan adalah setahun sekali. Walau bagaimanapun hari-hari esok perlu dihadapi selepas Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, berpada-padalah dalam berbelanja. Usah terlalu mengikut budaya perayaan tempatan. Semua mesti baru. Jimatkan kepada perkara yang boleh. Kegembiraan bukan hanya tergambar daripada "semua barang baru" sahaja. Ianya boleh dilakukan dalam pelbagai cara menyambutnya.

Tips jimat berbelanja, urus perbelanjaan sendiri

Seseorang juga perlu menjaga sensitiviti orang di sekeliling dengan sehabis baik. Soalan-soalan yang mampu mengguris hati orang lain perlu dielakkan. Soalan berbentuk "Tidak beli baju raya baru ke?", tidak wajar diajukan kepada orang lain dengan nada sinis. Adakah kita tahu keadaan ekonomi mereka?. Untuk mereka, mungkin mengambut perayaan dengan ala kadar berdasarkan kemampuan mereka. Jangan terlalu riak dan sombong dengan rezeki yang ada. Allah SWT boleh menarik balik kelebihan yang anda ada dalam keadaan yang tidak disangka.

Kadang kala dalam hidup ini, apa yang kita hajati tidak mudah untuk kita capai. Biarpun seribu jalan kita pernah cuba, mungkin satu sahaja jalan yang kita akan sampai ke destinasi. Bagaimana dengan orang lain yang sangat kurang dalam perlbagai aspek daripada kita. Bagaimana mereka mampu hidup sedemikian? Kalau kita mungkin boleh berjaya dengan seribu jalan, namun mereka mungkin perlu sejuta jalan untuk mencapainya. Rezeki telah ditetapkan dan aturannya hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Ikut kemampuan atas apa yang kita impikan dan jangan meniru cara orang lain yang jauh sekali untuk kita berlari seiringan. Cermin untuk diri sendiri. Wallahualam.

38 Comments

Betul...betul..betul...kita ikut keterdayaan kita dan mereka mengikut kemampuan mereka...fikir satu...setiap orang akan mempamerkan kebahagiaan dan kegembiraan..tidak sebaliknya..mungkin dia sedih..mungkin dia susah...tapi selagi boleh kita lakukan apa yang membahagiakan diri baik dihadapan orang atau dibelakang orang..

Ya sis... bukan semua orang mampu dan bukan semua orang dapat menahan diri daripada sakit hati...

Entry yang bagus.. Zaman skrg ni, manusia dah kurang keperihatinan.. Yang ada adalah sikap menunjuk.. Tanpa mahu mengambil tahu kesusahan orang lain.. Mungkin dia nampak senang tapi hakikatnya hanya dia yang tahu.. Selagi kita boleh bersikap prihatin, maka cubalah kita untuk prihatin..

betul tu.. e'in sokong.. jangan mudah terikut-ikut dengan kehendak orang lain..

Setuju. Apa pun yg kita buat mesti ikut kemampuan. Kalau terlebih mampu sekalipun, jgn sampai ke arah pembaziran. Kena selalu pandang org yg berada di bawah kita supaya kita sentiasa rasa bersyukur.

Terima kasih sis, manusia memang sudah hilang sikap tu...

Ya Ein, kena tutup telinga je la bila dengar orang mengata... hihi

Ya setuju sis Ana... membazir amalan syaitan... lebih baik bersedekah...

bahaya kalau shopping ikut nafsu ni ..silap silap ujung bulan nipis je poket

Nipis tak pe CCL, kalau mengemis pula... huhu

kan. lepas raya mahu sesak. kalau takda benda lain nak bayar takpa. kowt time tu kena byar roadtax semua. phew

Setiap orang lain kemampuan dari segi kewangan.. Berbelanja mengikut kemampuan jangan sampai berhutang. Ukur baju di badan sendiri, bukan terikut-ikut dengan trend semasa. Masa berbelanja pula perlu bijak bezakan antara keperluan dan kehendak.. Seriously, kesian kepada mereka yg susah.

Ya, bila kita rasa kita susah, sebenarnya masih ramai lagi yang susah yang tidak mewar2kan kesusahan mereka... kalau ada orang jumpa itu kira nasib dan rezeki....

Kena bayar roadtax lepas cuti raya memang menyakitkan... huhu

setuju, tapi hmmm susaaaah. hahahahhaa

sya style raya tak ikut orang / trend. tp ikot selera / minat sendiri. lagi haruuu tu. hahahaha. skrg tengah belajar berjimat cermat. harap2 tahun depan dapat achieve la target. insyaallah aamiinn..

Hihi... ikut selera tu bahaya tu... huhu...

Setuju 200%, ada pepatah cakap ikut hati mati, ikut nafsu lesu.
Yg penting pertimbangkan dgn waras supaya sentiasa selamat.

Ya setuju dengan pepatah tu... korek balik tabung hujung raya... hihi

Beli ikut kemampuan. Jangan ikot orang.

Peringatan yg bagus sgt2

bak kata ukur baju di badan sendiri. tengok poket masing-masing. bukan poket orang :)
Apepun bersyukur apa adanya

betul tu.. berpada2 lah ketika membeli.. beli ikut keperluan sudah mencukupi. :)

Saya sokong.tak perlulah nak ikut orang sangat.

Betul tu.. Kalau ikut nafsu, memang hanyut la.. Huhu..
.
Eraz Fadli
.
Entri Terbaru : http://www.erazfadli.com/2017/06/bojen-raya-elak-last-minute.html

Terima kasih sis Rosmawati....

Setuju tu, bersyukur dengan apa yang ada...

takut lepas raya nanti termenung.. makan nasi berlaukkan kicap.. hee~

Betul tu. Kena belanja mengikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Jangan terikut-ikut dengan orang.Nice entry. 😊

Terima kasih sis Raihanah...

Atau pun makan dengan ikan bilis je... Hihi

Terima kasih cik EPAL....

Biarlah hidup bersederhana kan

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon