Menjaga silaturrahim di Aidilfitri

Menjaga silaturrahim di Aidilfitri| Sambutan Hari Raya Aidilfitri baru masuk hari ke-4 Syawal. Tidak lama lagi, masyarakat mula berpusu-pusu kembali ke rutin kehidupan harian. Bekerja, berniaga dan sebagainya. Maka, sambutan Hari Raya Aidilfitri akan mula ditinggalkan kecuali cerita, kenangan dan kemeriahannya yang akan mula dibicarakan kemudian. Walau dimana pun perayaan ini diraikan, pasti ada kisah menarik untuk dikongsikan kepada orang di sekitaran selepas berlalunya cuti perayaan.

Menjaga silaturrahim di Aidilfitri

Objektif Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah meraikan kemenangan setelah berakhirnya Ramadhan. Dalam kata lain meraikan adalah menzahirkan kegembiraan bersama sanak saudara dan taulan. Mengambil serangkap lagu raya nyanyian Anuar Zain dan Ellina "Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi, Tutur dan kata yang sopan saling memaafi, Suasana hari raya walau di mana pun jua, Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa...". Gembirakah kita dan semakin eratkah hubungan silaturrahim kita di Aidilfitri?

Beberapa perkara yang mampu merencatkan kerelaan orang lain memaafkan semua kesalahan kita adalah betapa ikhlasnya kita memperbaiki hubungan yang lepas dan membuka lembaran baru dalam ikatan kekeluargaan mahupun persaudaraan. Realitinya, dalam tidak sedar, ada juga insan tidak pernah mengambil serius berkenaan sensitiviti orang lain. Bayangkan si polan sanggup meredah kesesakan trafik semata-mata mahu bergembira sempena percutian perayaan, namun dengan sebaris kata sahaja, semua kegembiraan menjadi dusta. Sebagai contoh, situasi pertanyaan yang tidak kena pada tempatnya, ucapan perli memerli dan sebagainya. Adakah wajar diteruskan legasi soalan cepu emas bukan pada masa yang sesuai?

Diakui, generasi baru lebih 'berani dan biadap' berbanding generasi sebelumnya. Walau bagaimanapun generasi kini adalah hasil acuan generasi sebelumnya. Maka contoh-contoh diwariskan pada setiap tahun dengan tidak mengambil peduli perasaan orang lain. Adalah menjadi hak setiap manusia memilih cerita hidupnya sendiri dan orang lain wajar menghormatinya. Apabila seseorang telah menyakitkan hati orang lain di pesta kemaafan, ruang mana lagi untuk kita mengeratkan dan menjaga silaturrahim. [Cara hadapi orang tidak suka dengan anda]

Tentunya apa yang saya tuliskan adalah peringatan buat diri saya sendiri. Kita perlu cuba menjaga silaturrahim dan cuba menutup mulut serapat-rapatnya demi ikatan ukhwah bersama ahli keluarga yang lain. Tidak semua keluarga akan menikmati kegembiran di Aidilfitri dengan sebenar-benarnya. Hiasan di laman sosial yang dikongsikan, bukan cerminan kebahagiaan secara 'total' tetapi setidak-tidaknya sekumpulan keluarga sedang cuba bergembira dan mengukuhkan kemesraan di antara satu sama lain. Oleh itu, jangan cacatkan suasana itu dengan soalan-soalan menyakitkan supaya sekumpulan keluarga itu itu akan terus berkumpul pada masa hadapan.

Dalam kita menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, sebenarnya kita juga sedang meraikan kepelbagaian 'perangai dan pe'el' ahli keluarga sendiri. Setiap keluarga akan ada kaedah kepimpinannya sendiri dan ahli keluarga yang lain harus menghormatinya. Malahan digalakkan turut sama meringankan beban kerja semasa perayaan dan bukan sahaja lepas tangan setelah perut sendiri dikenyangkan. Berbicara dengan lidah beralas dan sopan, serta menerima seadanya mereka yang telah bersama-sama meraikan sambutan perayaan Aidilfitri pada tahun ini. Siapa tahu mungkin ini adalah sambutan perayaan terakhir salah seorang ahli keluarga kita? Gunakan masa yang ada sebaiknya jagalah silaturrahim di Aidilfitri, sebenarnya kaedahnya sangat luas.

Menjaga silaturrahim di Aidilfitri

Dikesempatan ini, saya dan keluarga ingin memohon jutaan kemaafan kepada seluruh umat manusia, jika terdapat kesalahan dari saya serta keluarga, sesungguhnya dosa-dosa kalian telah dimaafkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Wallahualam.

28 Comments

Memang diakui akan berlaku sebegini, lebih lagi jika berkumpul... but at the end... Segalanya bermula dari rumah... Supaya menjadikan generasi seterusnya lebih mampan & peka.. Salam Aidilfitri ;)

ingatan yang baik skali. memang kadang2 bila terlalu happy jumpa sanak saudara & kawan2 lama, kadang tersilap bicara.

selamat hari raya maaf zahir batin ya :)

Salam Aidilfitri juga buat irsah... Betul tu, segalanya bermula dari rumah...

Selamat Hari Raya juga buat Ainniah... :)

Kadang tu tanpa kita sedar kita telah sakitkan hati orang lain. Dan kdang tu org pyh nk bg kemaafan pd kita.

Selamat hari raya NA.

Betul tu.. Kengkadangkan kite tak sedar kita dah sakitkan hati org.. Ada satu tahap org tak dapat nak maafkan kita.. Itu lagik teruk kan.. pape pun selamat hari raya.. :)

Betul tu, kadang sukar untuk orang memaafkan orang lain, mungkin disebabkan acapkali disakiti dan berulang kali...

Selamat Hari Raya juga Lea, walau apapun kita perlu sentiasa berusaha memohon maaf kan...

Selamat hari raya tuan. Maaf zahir batin.

Peringatan yg bagus sgt. Kdg2 dah bagus dpt berkumpul sesama saudara tp jgn sampai menambah dosa pula ye :)

Selamat Hari Raya juga sis Ana... Betul tu, dah seronok2 berkumpul, ada pula yang buat rosak program kan...

Selamat hari raya norazlan..
Nice sharing

Selamat Hari Raya juga Norhayati... Terima kasih....

Selamat Hari Raya bro JM...

Betul tu.. hariraya bukan setakat dtg rumah makan biskut raya saja.. Ada mcm2 perkara Di. Yg paling penting pengorrr silaturrahim

Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat CCL...

Ya mama, pengerat silaturrahim tu paling utama...

Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat Mama Jue....

Salam aidilfitri buat saudara dan keluarga..

"Bukan sekadar tutur kata, malah kelakuan juga mampu mencacatkan suasana riang ria yang dirasai.. Pada saya sekiranya tak suka, tak payah ikut tradisi kunjung mengunjungi.. Duduk je diam dekat rumah.. Sekurang-kurangnya orang lain boleh bergembira dan mengeratkan silaturrahim tanpa rasa terkilan.. Nama pun raya.. Kunjung mengunjungi itu merapatkan ukhwah.. Kadang-kadang ada yang hanya dapat bersua muka bila Aidilfitri menjelma.. Maka sikap bertolenrasi dan berkata yang baik-baik itu perlu.."
Sekadar luahan hati..

Betul tu sis... kalau tak suka duduk diam je di rumah...

thanks atas peringatan tu. moga bila dah berbaik tu, kalau boleh berkekalan. hehe. apapun selamat hari raya maaf zahir batin ya :)

Salam Aidilfitri Tn. NA..
Saya setuju sangat dengan entri ini sebab saya antara bahan sindiran. Dah biasa dijadikan bahan, jadi saya ambil pendekatan abaikan negative vibes begitu. Tak mampu puaskan hati semua orang.

Semoga segelintir generasi baru lebih peka dengan adab dan tatasusila itu..

Selamat Hari Raya juga buat Nad.. Maaf Zahir Batin...

Drama sindiran memang tak pernah habis kan... kalau ikut hati memang nak tarik je rambut diaorang kan... hehe... Selamat Hari Raya juga buat LZ...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon