Perasaan ketika isteri di Labour Room

Perasaan ketika isteri di Labour Room| Saat isteri di Labour Room, bertarung nyawa demi zuriat seorang lelaki. Labour Room adalah sebuah bilik di hospital tempat di mana para isteri melahirkan anak. Apa istimewanya Labour Room? Tiada istimewa apa pun melainkan di situlah tempat keluarnya cendekiawan, pemimpin, profesor, Dr dan sebagainya. Ketika isteri bertarung nyawa di Labour Room, bagaimana pula dengan suami?

Perasaan lelaki ketika isteri di Labour Room, isteri bersalin

Saya sempat berada di dalam Labour Room sebanyak 1 kali dan 2 kali berada di luar tempat menunggu. Entri ini adalah khas bagi menjawab soalan daripada Sis Hawa, pemilik blog Tulisan Hati Seorang Wanita. Anda semua boleh singgah ke blog Sis Hawa, seorang blogger yang telah banyak merekabentuk @ design blog blogger dengan harga yang sangat berbaloi. Untuk tempahan watermark juga, Sis Hawa boleh buat. Singgah blog Sis Hawa disini untuk maklumat lanjut. (Lama sudah entri ini bersawang)

Berbalik kepada persoalan tadi. Bagaimana situasi, perasaan lelaki ketika isteri sedang bertarung nyawa di Labour Room? Tidak semua hospital kerajaan membenarkan suami menemani isteri ketika di Labour Room bergantung kepada keadaan bilik tersebut. Jika terlalu sempit dan boleh mengaibkan pesakit lain, tentunya jururawat tidak akan membenarkan suami masuk. Jika hospital mempunyai bilikyang luas dan berasingan dengan pesakit lain, InsyaAllah peluang yang ada jangan dilepaskan. Hospital Kajang dan Hospital Sibu tidak mengizinkan saya untuk masuk kerana alasan yang saya sebutkan tadi. Jadi para suami jangan marah jika tidak dibenarkan masuk. Bersebab!

Saya bermula dengan menunggu di luar Labour Room. Bayangkan pada masa itu, saya pergi ke Hospital Kajang hanya untuk menemani isteri menjalani pemeriksaan rutin bagi ibu mengandung. Setelah diperiksa oleh kawan isteri yang juga seorang doktor, tidak semena-mena isteri perlu dimasukkan ke wad. Menggelabah saya. Sehelai sepinggang tanpa bersedia apa-apa. Semua barang persalinan berada di rumah. Lebih-lebih lagi itu adalah pengalaman pertama kali. Tidak tentu arah dibuatnya. Walaupun muka tetap nampak tenang, tapi hati tetap berkocak. Berdebar-debar tanpa di temani sesiapa. Mujurlah kebetulan ibu saya datang menaiki bas ke Kajang sehari sebelum itu. Kebetulan kan?

Jadi saya terpaksa meninggalkan isteri di hospital sementara saya pulang mengambil barang-barang di rumah. Rasanya pada waktu itu sudah tengahari. Jadi tunggu lah saya di luar tempat menunggu. Bukan dapat pergi ke mana-mana sebab jururawat akan panggil nama suami pada bila-bila masa. Bukan dapat berkomunikasi dengan isteri pun. Tunggulah macam tunggul. Kawasan menunggu bukan ada katil. Kerusi saja yang ada, jadi saya duduk, baring, berdiri dan ulang rutin tersebut berulang kali. Letih juga menunggu. Sempat juga saya tidur sambil duduk. Sakit badan sebab kerusi keras sangat. Masa itu selalu terfikir, kenapa lah lama sangat. Sudah lah isteri belum makan apa-apa dari pagi.

Bak kata isteri, bersalin macam rasa mahu mati, mana ada fikir mahu makan. Betul juga kata dia. Duduk di luar, saya pandang ibu saya, dia pandang saya. Macam itu lah sampai pukul 7 lebih malam. Dalam kepala mula berfikir macam-macam. Cara mahu tanam uri, di mana mahu tanam, cara bersihkan uri, maklumlah ayah di Johor. Adat berkebun mana dapat tinggalkan lama-lama. Duduk di luar memang tidak menyeronokkan. Rasa macam mahu rempuh masuk Labour Room saja sebab mahu tengok isteri. Makan pun makan berbungkus. Apa yang boleh dilakukan masa itu adalah ucap tahniah kepada keluarga pesakit lain yang sudah selesai semua urusan bersalin. Dalam hati asyik bertanya, kenapa lambat sangat. Risau takut berlaku perkara yang tidak diingini kepada isteri. Bertarung nyawa kan. Bukan mudah mahu melahirkan anak. Separuh nyawa, beribu lemon urat putus.

Tiba-tiba keluar isteri dengan kerusi roda ditolak oleh jururawat. Aik! Sudah bersalin? Mesti saya "missing in action" semasa jururawat memanggil nama saya. Alhamdulillah, perasaan lega, gembira tidak terkata. Masa itu, rasa mahu gomol saja anak yang baru keluar. Gembira tidak terkata. Itu semua setelah lebih 6 jam menunggu dan daripada jam 8 pagi sudah berada di hospital bermula pemeriksaan biasa. Itu bermakna saya sudah 12 jam berada di hospital. Walau apapun, semua penat lelah hilang setelah melihat isteri dan anak berada dalam keadaan sihat walafiat. Bersyukur kepada Illahi.

Perasaan lelaki ketika berada di dalam Labour Room di Hospital Kluang yang baru, lain pula ceritanya. Masa itu sudah hampir mahu bersalin dan jururawat memanggil nama saya untuk masuk ke dalam. Masuk sahaja dalam Labour Room, rasa macam berada di Hospital Swasta. Luas dan selesa. Dalam bilik itu ada tandas sendiri. Ramai pula jururawat masa itu, lebih 8 orang rasanya. Isteri sudah terbaring mengangkang. Saya terus pegang tangan isteri. Cium dahi dia walaupun rasa masin sebab dia berpeluh-peluh. (Jangan marah ya sayang).

Nasib baik saya tidak alah dengan benda-benda dalam hospital seperti darah, bau ubat dan sebagainya. Masa itu baru sedar betapa sukarnya saat isteri mahu melahirkan anak. Meneran dan teran lagi. Bergegar-gegar badan. Cuak juga masa itu. Saya hanya tergamam dan mampu beri kata-kata semangat sahaja kepada isteri. Bila terdengar bayi menangis, gembira tidak terkata. Terus dibalut dengan kain dan diserahkan kepada saya untuk diazankan. Bayangkan saya pegang bayi yang baru lahir. Masih berdarah dan basah. Namun semua itu bukan geli lagi sebab gembira tidak terkata. Rasa lega semuanya sihat dan saya azankan segera. Tambahan lagi bilik itu memang dikhaskan untuk seorang pesakit sahaja. Jadi sangat selesa dan tidak mengganggu Aci di bilik sebelah. (Isteri bersalin? Suami buat apa?)

Perasaan lelaki ketika isteri di Labour Room

Jadi suami kena rasa semua itu, jangan tinggalkan isteri bersendirian. Pada masa itu, hanya suami menjadi pembakar semangat kepada isteri. Dia tidak perlukan orang lain. Walau gugup macam mana pun, cuba berlagak tenang. Jangan sampai pengsan. Gugur kejantanan kalau pengsan. Isteri tidak minta susah payah melahirkan anak diingati selalu, tetapi mereka mahukan dihargai setelah masa itu. Apa yang penting sebagai seorang suami, perlu sentiasa maafkan kesalahan isteri sebelum mereka memasuki Labour Room kerana kita tidak tahu apa akan terjadi selepas itu. Wallahualam.

33 Comments

Nice sharing...tidak semua suami berpeluang menemani saat isteri mahu melahirkan...pasti menjadi pengalaman berharga untuk diingati..

Terima kasih PC, memang peluang yang sangat berharga dalam hidup seorang suami untuk melihat sendiri kesakitannya...

memang tak semua hospital kerajaan benarkan suami menemani isteri bersalin.

pengalaman IQ sendiri di hospital melaka, arwah suami tak dipanggil, walaupun boleh masuk setelah bukaan 7cm, sedar2 dah keluar baru dipanggil masuk. terlepas satu2nya peluang. sebab satu2 zuriat arwah. huhu

Ya betul tu IQ, Semoga IQ sentiasa menyimpan memori manis dan ketentuan Allah SWT adalah yang terbaik. Amin.

It's a priceless experience, kan..? :)
Anyways, welcome back.. :D

Ya pengalaman berharga... Hihi... Sibuk banyak lately dengan kerja hakiki... InsyaAllah tidak akan meninggalkan dengan lama... hehe

Tahniah berjaya merasai pengalaman bersama isteri saat bersalin. Untuk makluman, hospital sibu sekarang dah benarkan suami teman isteri cuma ada beberapa surat kena tanda tangan (semenjak dorg amalkan konsep apa ntah yg friendly2 tue, before that mmg husband tak dapat masuk). Siap nurse tlg pakaikan baju lagu. hehehhe..

alhamdulillah husband saya sentiasa ada time dalam labor room

Welcome, belum merasa lagi di Sibu... hehe...

Tahniah sis.... seronok kan ada suami di sebelah... ada penguat semangat....

Pengalaman Kami dari anak 1-4.. Alhamdulillah. Encik Hasben sentiasa di sisi. 1st baby dia punye seriau sampai hampir pitam... Hehehe (bless him). Dan sepanjang berpantang suami Yg uruskan saya and anak2... Tugas sy hanya duduk Dan bf baby... Babah dey ol akan siapkan semuanya dari air mandi, bakarkan tungku, mandikan baby, siapkan baby.. Even rambut sy pon Hasben Yg ikatkan.. Hahaha. Sementara tukang Urut Dan nurse sampai Hasben juga Dah siapkan makanan sy.. Nasi panas Dan lauk berpantang.. Air tangan beliau sendiri. Macam2 lauk berpantang Yg beliau masak... alhamdulillah... even masa Anak dah masuk yg ke 3 Dan ke 4.... he pays even more attention.. Sebab Kali ni Kami memilih utk pantang sendiri sbb abg n Adik Dah skool.. (bless u encik hasben)... Kita pulak Yg susah hati sbb takut dia kepenatan x cukup rehat..Apapun #TqAllah #syukur

Wah terbaik lah suami Ieya_zaini ni.. saya pun tak mampu buat semua apa yang husben Ieya buat tu... Sayangilah dia hingga ke syurga...

Saat menungu isteri bersalin memang bertarung dengan perasaan cemas dan risau

Alhamdulillah... InsyaAllah.. Sgt menghargai.. We complete each other. InsyaAllah akn celeb anniversary Yg 11 soon.. (k)

Alhamdulillah .. bukan senang nak dapat peluang melihat sendiri isteri melahirkan zuriat cinta untuk seorang suami.. Bersyukurla diberi peluang untuk sama2 berkongsi kesakitan saat isteri melahirkan..Pasgikan kita sentiasa berdoa moga Allah mudahkan segalanya.. alhamdulillah untuk saya tiga2 anak saya suami sentiasa ada di sisi saat awal kelahiran hingga selesai .. syukur alhamdulillah .. Tq en noor azlan sudi sharing pasal ni..semangat saya baca .. Tq sudi singgah www.akifimtiyaz.com ..

Alhamdulillah Mrs. A 1st & 2nd husband ada sekali time nak deliver.
Walaupun dia takut darah tapi time tu dia tak pitam pun.
#3rd baby Mrs. A ceaserean husband duk luar aje perasaan dia tak tahulah macam mana tak tanya pulak.

Usahalah untuk teman isteri, tapi kalau tak boleh juga barulah berserah sambil berdoa diluar, kan.

Walaupun tak cakap, mesti semua kaum ibu nak suami teman. Hehehe, saya bebel je, belum ada pengalaman lagi, haha.

Adehhh seram pulak teringat detik2 nak bersalin.. Tuhan aje tahu kesusahan dan sakit yg dialami... Umpama nyawa dihujung tanduk... Tak lama lagi, sekali lagi akan merasai detik2 tersebut.. Aduhaii.. Hargailah isteri yg melahirkan zuriat anda.. BUkan senang..

Hehe.. membebel pepagi buta.. Ekeke.. Lea, encik suami temankan time bersalin ritu.. Alhamdulillah.. Utk yg ke-2 ni tak tahu la cengganeee lagik..

Sangat setuju mrhanafi...berdebar-debar kan...

Betul tu, walaupun lelaki tidak rasa sakitnya, at least bersama-sama mengharunginya...

Amin, kalau ceaserean lagi seram, kira macam operate kan, mesti dah habis juzuk doa dia baca kat luar tu...

Minta je suami teman nanti, bagi dia pitam sekali kat dalam tu... Hihi... At least sekali kena cuba juga masuk dalam, nak tengok gagah ke tak...

Kalau dia masuk lagi baguslah, kalau dia tak nak masuk dalam bukan dia tak nak teman isteri, tapi takut pengsan kat dalam.. hehe... Alhamdulillah moga-moga proses bersalin Lea nanti lancar dan dipermudahkan...

seronok juga, cuma sakit kita sorang juga la. hahah

harap future husband sebeginilah.. jangan dia takut darah dah ler #eh #eh #boyfriendpuntakadalagi #bukanmainsembang #neeza #hahaha

www.neezalife.com

Hihi... Amin... Moga tercapai hasrat Neeza... Moga cepat dapat jodoh ya Neeza...

Pengalaman yang tidak semua orang dapat merasainya.. Betullah kata encik Azlan tak semua lelaki berpeluang merasainya.. Kerana tak semua hospital membenarkan disebabkan kekangan luas bilik, jumlah pesakit dan sebagainya.. Tahniah Encik Azlan..

Betul tu sis... jika hospital lama memang susah nak dapat peluang tu... bersyukur dapat merasainya... at least tau lah benda tu bukan senang nak keluarkan...

Walaupun sudah 9 tahun berlalu tapi saya rasa mcm baru semalam.. Ada komplikasi. Husband tengok sepanjang procedure ceaserean. Jadi kenangan sepanjang hayat.

Rasanya pengalaman Tuan lebih mencabar.. Salute!

Rasanya yang ceaser lagi mendebarkan kan... lebih lama dalam bilik pembedahan tu...

Iye. Jgn ditinggal isteri sendirian. Kesian dia.. walaupun x dpt share kesakitan tapi at least dgn Ada suami disitu adalah menambah semangat si isteri. Satu, lagi pada mama eloklah org lelaki rasai pengalaman bagaimana org perempuan bersalin. Boleh beri keinsafan Dan penghargaan pada kaum wanita spt ibu Kita Dan juga isteri kita

Ya setuju dengan pernyataan mama tu, tak dapat rasa kesakitannya tetapi membuatkan para suami lebih menghargai isterinya...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon