Ruang Iklan

Sourvenier wajib dari Sarawak

Sourvenier wajib dari Sarawak| Sektor pelancongan di Sarawak tidak kurang hebatnya. Banyak tempat-tempat menarik perlu dilawati dan menjadi tarikan kepada pengunjung ke Negeri Sarawak. Bagi mereka yang suka melancong, pasti "sambil menyelam sambil meneguk air". Melancong dan membeli sourvenier atau cenderahati.  Cenderahati daripada produk keluaran tempatan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang selain mengambil gambar sebagai kenang-kenangan waktu percutian. Apatah lagi, keluarga, sanak saudara mahupun kawan-kawan memesan sesuatu sebagai sourvenier daripada anda.

Fridge magnet? Item biasa yang wajib anda beli untuk dilekatkan di peti sejuk. Namanya pun sudah fridge kan. Selain daripada itu, ada beberapa sourvenier yang wajib anda beli sekiranya berpeluang melancong ke Negeri Sarawak. Saya senaraikan item wajib dibeli di Negeri Sarawak mengikut bahagian supaya anda tidak lupa atau tersalah tempat untuk membelinya. Walaupun sebenarnya anda boleh mendapatkan kebanyakkan barang di semua bahagian (daerah) tetapi harganya mungkin berbeza mengikut tempat kerana lokasi penghasilan produk itu juga berbeza.

Kuching terkenal dengan produk kek lapis Sarawak. Jangan pulang sekiranya tidak membeli kek lapis di Kampung Boyan, kampung bertentangan Waterfront. Anda boleh menaiki bot tambang untuk ke sana. Murah sahaja kos tambang bot. Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah atau Kek Lapis Sarawak Mira adalah kedai lapis popular di sana. Harganya murah dan terdapat bermacam pilihan Kek Lapis Sarawak.
Sourvenier wajib dari Sarawak, Ikan Terubok Masin, Ikan Terubuk Masin

Anda juga boleh membeli ikan terubuk masin. Kebanyakkan tempat di Kuching seperti Pasar Kubah Ria, Kampung Boyan juga ada menjual Ikan Terubuk Masin. Paling menarik, mereka akan siapkan pek bungkusan untuk memudahkan anda membawanya pulang. Harga mengikut saiz. Paling biasa 3 ekor RM10. Bagi saya sudah memadai saiz begitu, tidak terlalu besar dan boleh dipotong semasa memasaknya. Cuba beli dan masak lemak, memang lazat dan menyelerakan.

Selain daripada itu, produk batik Sarawak juga sangat berkualiti dan mempunyai peminatnya sendiri. Kebanyakkan produk batik di Sarawak dipengaruhi oleh sentimen flora dan fauna, serta budaya tempatan. Memang sangat sesuai anda menjadikannya cenderahati kerana boleh direka menjadi pelbagai jenis fesyen pakaian.

Sourvenier wajib dari Sarawak, Kain batik Sarawak, Batik Sarawak

Selain daripada itu, jika anda berpeluang ke Bintulu, belacan Bintulu adalah produk terbaik untuk dibeli. Orang lain selalu hadiahkan Fridge Magnet, apa kata anda hadiahkan mereka Belacan Bintulu pula. Barulah vintage. Belacan Bintulu mempunyai rasa yang enak dan sedap sekali. Oleh itu, jangan lupa untuk membelinya.

Bagi peminat buah dabai, jika tepat pada musimnya, anda boleh dapatkan di Sibu. Walaupun kebanyakkan hasil buah Dabai anda boleh perolehi di Sibu, sebenarnya ianya telah dituai di kawasan pendalaman seperti Kapit atau Song, Julau atau Durin. Buah Dabai adalah produk istimewa di Sarawak. Rasanya sedikit lemak dan boleh disesuaikan dengan hidangan nasi goreng, masak kicap dan masak lemak. Sedikit mengecewakan saya tidak pandai makan buah Dabai kerana saya bukan jenis pemakan makanan baru dan lari daripada kelaziman.

Sourvenier wajib dari Sarawak, Dabai, Buah Dabai Sarawak

Limbang terkenal dengan hasil tempa bilah parang yang sangat berkualiti dari pembuatannya. Ketahanannya, kepadatan besinya, serta tahan lama adalah ciri-ciri bilah parang yang ingin dimiliki. Bagi peminat koleksi bilah parang, jangan lupa membawa pulang sebagai koleksi peribadi. Jika anda risau dengan isu keselamatan semasa membawa bilah parang di lapangan terbang, bungkus dan simpan dalam beg dan bukan dibawa secara hand carry. Di kedai cenderahati di Kuching, Sarawak juga terdapat koleksi bilah parang keluaran Negeri Sarawak. Dengan ukiran hulu yang menarik, tentunya menjadi idaman penggemar koleksi bilah parang.

Bagi peminat makanan laut, jangan lupa singgah ke Mukah, Sarawak. Banyak hasil laut yang sangat segar di pasar Mukah. Harganya lebih murah dan saiznya tentu menggamit selera ketika memasaknya. lobster, udang dan banyak lagi. Mukah juga terkenal dengan produk sagu. Jika anda tidak berkesempatan ke Mukah memandangkan lokasinya agak jauh daripada lapangan terbang, produk sagu boleh anda dapatkan di kebanyakkan kedai dalam kawasan lapangan terbang. Rasa sekali tentu mahu lagi.

Banyak lagi sourvenier atau cenderahati yang boleh anda beli di Negeri Sarawak yang tidak saya senaraikan di sini. InsyaAllah saya akan berkongsi pada entri yang lain. Buat masa ini, nikmati percutian anda di Negeri Sarawak. Gua, flora dan fauna, pemandangan laut yang suci, budaya tempatan yang unik serta masyarakat yang mesra. Selamat berkunjung ke Negeri Sarawak. Wallahualam.

19 Comments

Kalau pi sarawak ni , memang nak sambar keychain, kek lapis & batik tu. nampak lain. haha. 3 tu memang wajib ;D

Ikan terubuk masin tu memang sedapp.. Isi pun banyak 😍
Makan dengan nasi aduh sedap tu tuan

Kek lapis, Batu Sarawak pilihan mama

sedapnyeeeeeeeeee kek lapis sarawak..

Kalau ada kenalan yg ke sarawak mesti ana akan kirim kek lapis. InsyaAllah ada rezeki nanti nak juga ke sarawak. Nak complete pusing satu Malaysia.

Cntiknya corak batik tu! Kena beli tuu

Hehe, perempuan memang suka beli batik tu kan, boleh buat baju raya....

kan, masak lemak pun sedap tau...

Saya tidak makan dabai ni, tapi kebanyakkan orang Sarawak makan dan mereka kata sedap...

Kalau sebut nama dan jenis Kek Lapis, saya tidak tahu, sebab yang penting boleh masuk tekak... hahaha...

Memang sedap2 Ein tapi nak buatnya boleh buat cepat habis gas tau...huhu

Wah bagus tu, kalau dah complete satu Malaysia dah boleh buat buku ni... Kek Lapis bila jual kat Semenanjung sana mahal dah...

Ya memang cantik dan unik, boleh beli kalau melancong ke sini ya...

tak pernah ke sarawak lagi. kalau ada rezeki ke sana, kena cari entri ni balik. paling suka, kek lapis sarawak & batik sarawak. 😍

Belum lagi berkesempatan terlajak ke Sarawak

Memang kena cuba sis Kek Lapis tu, dan nikmati pemandangan dan kedamaian di sini...

InsyaAllah Bro pasti akan datang suatu masa nanti... amin...

Bila nak sampai sarawak ni.. nasib baik tuan senaraikan item mana yg wajib beli.. buah dabai tu sekali tengok macam buah kurma masak hii.. pernah dengar buah dabai ni .. tapi tak pernah makan lah..

Selamat hari raya maaf zahir batin buat tuan dan family

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon