Akhirnya lulus Google Adsense juga| Setelah sekian lama menunggu, akhirnya lulus juga Google Adsense di blog Bila Lelaki Berbicara. Berbulan juga menunggu kelulusan daripada pihak Google Adsense. Pada tarikh 25 Julai 2017, akhirnya saya lulus Google Adsense. Secara kebetulan, tarikh hari ini juga bersamaan Hari Jadi isteri saya. Berita gembira yang tidak disangka telah diterima pada pagi ini disebalik ketidakselesaan kerana sistem penghawa dingin tidak berfungsi di pejabat. Alhamdulillah.
Usaha untuk mendapatkan kelulusan Google Adsense telah lama dibuat. Pada mulanya saya kurang memahami apa kehendak dan keperluan Google Adsense sebelum sebuah blog boleh diluluskan. Namun setelah membaca serba sedikit maklumat yang dikongsi oleh kebanyakkan blogger yang telah lulus, maka gerak kerja untuk permohonan diluluskan bermula dengan gigihnya. Sebenarnya tidak sukar untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Google Adsense jika anda belum mempunyai blog. Mengapa saya kata begitu? Hal ini kerana sekiranya permohonan dibuat setelah anda mempunyai ratusan atau ribuan artikel yang tidak berkualiti, maka kerja-kerja pengubahsuaian akan memakan masa yang agak lama.
Antara maksud artikel kurang berkualiti menurut kehendak Google Adsense adalah:
Usaha untuk mendapatkan kelulusan Google Adsense telah lama dibuat. Pada mulanya saya kurang memahami apa kehendak dan keperluan Google Adsense sebelum sebuah blog boleh diluluskan. Namun setelah membaca serba sedikit maklumat yang dikongsi oleh kebanyakkan blogger yang telah lulus, maka gerak kerja untuk permohonan diluluskan bermula dengan gigihnya. Sebenarnya tidak sukar untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Google Adsense jika anda belum mempunyai blog. Mengapa saya kata begitu? Hal ini kerana sekiranya permohonan dibuat setelah anda mempunyai ratusan atau ribuan artikel yang tidak berkualiti, maka kerja-kerja pengubahsuaian akan memakan masa yang agak lama.
Antara maksud artikel kurang berkualiti menurut kehendak Google Adsense adalah:
- Terlalu banyak gambar, sedikit sahaja tulisannya (Seeloknya hanya maksimum 3 gambar bagi setiap entri)
- Entri terlalu sedikit (mungkin hanya 2 perenggan sahaja)
- Entri tidak sesuai dibaca oleh semua golongan umur
- Gambar yang tidak sesuai (Kategori 18 tahun ke atas)
Inilah antara sebabnya permohonan saya agak lewat diterima. Saya terpaksa mengubahsuai entri-entri lama dan membuang mana-mana entri yang melanggari peraturan Google Adsense. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin membuat permohonan kepada Google Adsense, ubah konten/entri/artikel yang menyalahi peraturan Google Adsense. Saya juga berpendapat, saya tidak menerbitkan entri secara konsisten dan berkala kerana idea menulis datang dan pergi. Selain itu juga, sebelum ini, saya kerap menukar template baru dengan terlalu kerap semasa permohonan telah dihantar kepada pihak Google Adsense. Saya juga ada menulis entri Kenapa permohonan Google Adsense gagal dan menyatakan alasan-alasannya.
Hasil bantuan blogger Wayne Harraz yang tidak pernah jemu memikirkan penyebab blog saya tidak diterima, akhirnya permohonan saya juga diluluskan. Saya sangat terharu dengan jasa baik Tuan Wayne Harraz yang memberi info berguna dan menyemak masalah dalam blog saya sehingga lulus. Moga Allah SWT membalas kebaikkan beliau. Jika anda ingin mendapatkan bantuan sedemikian rupa, boleh singgah ke blog beliau wayneharraz.com dan dapatkan segala informasi di sana.
Saya juga ada merujuk di blog-blog sifu seperti blog Hasrul Hassan untuk perincian yang lebih mudah daripada membaca di Google Adsense sendiri memandangkan banyak tips yang telah dikongsikan oleh beliau amat berguna untuk pemohon baru seperti saya. Alhamdulillah, kini bolehlah saya fokus untuk mempelajari menerbitkan entri-entri yang lebih berkualiti pada masa akan datang untuk memberi informasi kepada semua pembaca di blog ini. Terima kasih atas sokongan semua. Wallahualam.
Alhamdulillah. Tahniah tuan. Saya pun nk cuba juga tp susah nk limitkan gambar dalam entri saya.
ReplyDeleteAmin, Terima kasih Sis Ana... Kena buat dari sekarang kalau mahu tu sis... tapi sayang gambar kan...
DeleteAlhamdulillah.. Tahniah..
ReplyDeleteAmin, Terima kasih Sis Maria...
DeleteAlhamdulillah tahniah tuan 👍👍
ReplyDeleteTerima kasih Sis Husniey....
Deletealhamdulillah tahniah!
ReplyDeleteTerima kasih ya....
DeleteWow Tahniah ye.. bilalah mama nak belek content mama Tu. Byk gak buat wordless Wednesday dolu2
ReplyDeleteHihi mama... boleh isi penerangannya Wordless Wednesday... bagi panjang sikit...
DeleteInsya Allah. Tq ye for tips
DeleteWelcome mama...
DeleteTahniah
ReplyDeleteTerima kasih CCL....
DeleteTahniah tuan! harap dengan ini tuan akan lebih bersemangat dalam dunia blogger.Done follow tuan,harap tuan follow blog baru saya.tq :D
ReplyDeleteTerima kasih Azie... Saya juga sudah follow balik...
DeleteTahniah Azlan.
ReplyDeleteMudah2an selepas ini blog Bila Lelaki Berbicara boleh menjana pendapatan pula.
Terima kasih Pak Cik... InsyaAllah....
DeleteSubhanaAllah.Alhamdulillah.Tahniah.
ReplyDeleteAmin, Terima kasih Sis PC....
Deletetahniah tuan.
ReplyDeletesaya memang tak tau apa tu adsense.
Terima kasih Adam, Google Adsense sama macam Nuffnang, untuk letak iklan dalam blog....
Deletewah..tahniah ye
ReplyDeleteTerima kasih Sis...
Deletetahniah!
ReplyDeleteTerima kasih Sis Aisya....
Deletetahniah..:)
ReplyDeleteTerima kasih Sis Normi..
DeleteWah bestnya...saya ada apply tp guna emel yang dah tak boleh buka...macam mana ek..hihi
ReplyDeleteKena cuba bukak balik email tu Nini....
Deletewahhh.. tahniah ya...
ReplyDeleteTerima kasih sis...
Deleteselamat menjana income!
ReplyDeleteTerima kasih sis IQ...
DeleteTahniah!
ReplyDeleteLimitkan gambar!?
Hahhhahaaa... takpelah
Terima kasih Mrs.A... Hihi.. Boleh cuba tu..
Deletewah alhamdulillah. Tahniah ya. Semoga lebih maju jaya.
ReplyDeleteTerima kasih Sis Ainniah... InsyaAllah...
Deletealhamdulillah..great to hear that..
ReplyDeleteTerima kasih Sis Husna... Amin...
DeleteTahniah, semoga diluaskan pintu rezeki buat side income dengan Adsense.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteTerima kasih sis LZ...
Deletetahniah tuan...
ReplyDeleteTerima kasih tuan...
Deletetahniah tuan. Blog yang bagus macam tuan memang patut dpt adsense
ReplyDeleteTerima kasih Abe We (Wayne Harraz), jasa tuan banyak membantu saya untuk saya lulus...
Delete