Cara ubat anak demam panas

Cara ubat anak demam panas| Entri saya berkenaan ubat demam cucuk punggung nampaknya laris dalam keadaan cuaca tidak menentu ini. Apatah lagi selepas musim perayaan, tentunya pelbagai juadah yang dimakan oleh anak-anak kita bersama rakan, sepupu sepapat serta sanak saudara yang lain seperti ais krim dan sebagainya. Apakah rawatan demam panas terbaik yang boleh ibu bapa lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut? Cara merawat demam panas anak kecil terutamanya bayi perlu melalui pemantauan pegawai perubatan sama ada di klinik mahupun di hospital. Mengapa?


Demam panas bukan demam biasa

Demam panas biasa boleh dikira mudah untuk dirawat. Namun langkah proaktif dan waspada perlu dilakukan oleh ibu bapa berkaitan tahap keterukan demam panas anak-anak. Setiap manusia mempunyai tahap imunisasi berbeza serta keupayaan seseorang melawan penyakit juga berbeza. Ibu bapa perlu mengawasi tahap demam anak kecil pada setiap masa jika mampu ataupun melakukan pemeriksaan berkala. Jangan beranggapan jika sudah diberi makan ubat demam panas ataupun sudah dicucuk ubat demam cucuk punggung, kerja ibu bapa sudah selesai.

Pada saat ini, denggi kerap juga berlaku. Demam panas juga boleh disebabkan oleh penyakit demam denggi. Oleh itu, bukan semua demam panas adalah demam panas biasa. Nasihat dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan juga perlu jika keadaan demam panas anak tidak kebah dan badan masih panas dengan merekodkan bacaan yang tinggi. Gunakan termometer digital pengesan suhu badan terbaik semasa melakukan pemantauan. Hal ini mampu memperolehi maklumat rekod data suhu badan anak yang sangat diperlukan oleh pegawai perubatan.


Rawatan sendiri vs Rawatan Doktor

Entri ini adalah nasihat kepada ibu bapa yang berusaha merawat demam panas anak dengan sendiri di rumah dengan hanya berbekalkan ubat demam panas daripada farmasi atau ubat lama dan ubat demam panas cucuk punggung sahaja. Pada saat awal anak-anak demam, selsema adalah tanda awal biasa. Batuk dan suhu badan juga meningkat dengan mendadak adalah tanda biasa mudah dikesan oleh ibu bapa. Jika anak dalam keadaan sangat tidak aktif dan bermaya, seeloknya rawatan lanjut harus dimulakan. Usah terlalu lewat kerana ditakuti anak mengalami gejala penyakit demam denggi. Ajukan soalan berkaitan tanda-tanda demam denggi kepada anak. Tanda paling awal adalah demam panas anak melebihi 3 hari. Peringatan biasa diajukan oleh pegawai perubatan. Tanda-tanda demam denggi lain adalah lenguh-lenguh sendiri, muncul bintik-bintik merah pada permukaan kulit dan sebagainya. Dalam keadaan kes tertentu, terdapat bayi dalam keadaan sakit (demam) dihantar kepada pengasuh dan akhirnya membawa maut kepada bayi tersebut.

Ubat demam panas cucuk punggung adalah rawatan pilihan yang boleh kita berikan terutamanya kepada anak yang sukar menerima ubat cecair yang diberikan oleh pegawai perubatan. Kadar dos yang boleh diberikan adalah bersamaan kadar dos ubat cecair. Oleh kerana itu, seeloknya anak yang demam panas diberikan ubat cecair terlebih dahulu kerana jarang benar pegawai perubatan meletakkan ubat cucuk punggung sebagai langkah pencegahan awal. Kebiasaannya pada peringkat suhu terlalu tinggi dan disyaki anak tidak makan ubat yang telah diberikan sahaja barulah pegawai perubatan mengarahkan pembantu memasukkan ubat cucuk punggung kepada pesakit. Tips apabila anak demam panas.

Ubat demam panas cucuk punggung anak jika digunakan bersama ubat demam panas jenis cecair juga boleh menyebabkan anak mendapat kadar dos sekali ganda daripada yang sepatutnya diterima oleh anak. Oleh itu, berhati-hati semasa menggunakan ubat demam panas cucuk punggung supaya jangan pula anak menanggung akibat kecuaian ibu bapa dalam merawat anak yang sakit. Semoga bermanfaat. Wallahualam.

24 Comments

Saya pun biasa rawat sendiri demam tu before jumpa doc...sebabnya anak saya susah betul nak makan ubat..hihi

hari tu anak IQ demam panas tetiba, bwak pergi klinik kena masuk ubat cucuk punggung. Selalunya IQ bagi ubat cucuk punggung bila tengah malam, bila anak tetiba pnas tengah malam, confirm susah nak bagi ubat makan...so, ubat cucuk punggung the best way untuk redakan demam selain tuam kepala dan badan dengan tuala basah.

Bab ini PC belum berpengalaman...cumanya melalui pembacaan dan pengalaman sekeliling...demam panas ini juga boleh menyebabkan sawan jika suhu badan terlalu tinggi..ada juga yang gabungkan cara tradisional dan moden untuk rawat demam panas..sapu daun durian belanda atau bunga raya yang diramas dalam air ke seluruh tubuh..

Betul tu Sis PC, sawan tu sebab suhu badan terlalu tinggi... Kalau ubat tradisional tu saya tak pernah cuba lagi..

Memang, saya juga standby kat rumah ubat cucuk punggung tu..

Hihi, biasalah budak-budak.. memang ada jenis liat nak makan ubat...

nice sharing.. bagus untuk ibu muda yang baru ade anak macam e'in nie haa..

Hihi... Ok... Semoga bermanfaat...

sy dan suami pun prefer rawat anak demam dirumah dulu tapi kalau rasa xreda baru bawak jumpa doktor sbb kami percaya home remedy..tp tidak la sampai anak demam teruk baru bawak ke klinik..

Kecil2 dulu masa demam, nenek saya akan kerap lap badan dan letak kain basah di ketiak dan kepala untuk turunkan suhu...Memang bahaya demam panas ni.

Ya sis, terpulang kepada cara kita sendiri asalkan objektif dan keberkesanaannya telah terbukti berkesan..

Tu memang boleh diamalkan sebab disamping ubat, kita juga membantu mengawal dan menambahkan keselesaan pesakit yang demam panas... macam cool fever...

nak rawat sendiri tak ada masalah. cuma kena ada ilmu yg betul, dan tahu, bila perlu bawak berjumpa doktor.

ya betul sis, kalau tidak tahu better terus ke klinik/hospital...

Gut sharing Lan.. Kalau anak demam memang sangat runsing dan susah hati.. Semua keje boleh tergendala..

Kalau rawat sendiri tiada perubahan baik cecepat bawa g jumpa doktor

Biasa anak demam doctor akan suggest rawatan ikut ketinggian suhu ketika itu.. Risau bab anak demam panas melampau sebab boleh dapat sawan..

Thanks Sis Lea.... betul tu, lebih-lebih lagi si ibu, memang senang runsing...

Betul tu mamapp, jangan sambil lewa kan..

Betul tu Sis Lz, tahap sawan tu la yang sangat-sangat kita perlu elakkan.... bahaya tu...

Selalunya Sha memang standby ubat demam dekat rumah.. Bukan apa, baik kita beri rawatan awal sebelum melarat, ye tak.. Dan yang paling utama bila demam ialah mandikan dia dengan kerap supaya panas badan dia cepat cool down..

Betul tu sis, mandikan kerap pun salah satu cara control suhu badan anak... kalau tak dapat mandi, lap kan pun boleh...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon