Contoh soalan temuduga kerajaan 2009

Contoh soalan temuduga kerajaan 2009| Saya telah mendapat maklumbalas berkenaan contoh soalan temuduga kerajaan melalui SPA di dalam ruangan komen entri bertajuk Contoh soalan temuduga kerajaan saya. Dalam entri tersebut saya tidak menyatakan secara terperinci berkenaan soalan temuduga saya memandangkan temuduga tersebut telah berlalu terlalu lama. Walau bagaimanapun saya akan cuba memerah kotak ingatan otak saya untuk cuba menyenaraikan beberapa soalan temuduga kerajaan yang mungkin menyamai soalan yang saya terima daripada penemuduga SPA pada waktu saya ditemuduga. InsyaAllah.

Contoh soalan temuduga kerajaan 2009, soalan temuduga, temuduga kerajaan

Ada tiga peringkat soalan yang mana dibahagikan mengikut kategori penemuduga. Peringkat pertama berkenaan maklumat peribadi. Peringkat kedua berkenaan soalan-soalan am dan peringkat ketiga berkenaan pengkhususan keperluan jabatan. Untuk kes saya, saya ditemuduga khusus oleh Jabatan Kimia Malaysia. Tips 1: Pastikan anda menyertakan semua sijil-sijil asal dan disusun di dalam satu fail folder dan jangan sesekali tidak berbuat sedemikian. Jika anda tidak menyusun dengan kemas mencerminkan anda seorang yang tidak "manageable" dan "organised person".

Peringkat 1: Pada peringkat ini, soalan berbentuk peribadi akan ditanya kepada anda.

Contoh soalan 1: Apakah pekerjaan ayah / ibu anda?
Contoh soalan 2: Adakah anda mempunyai adik beradik / saudara yang bekerja di kerajaan.
Contoh soalan 3: Apakah pekerjaan anda sekarang?
Contoh soalan 4: Apakah kepentingannya sijil-sijil kokurikulum yang anda ada dalam kerjaya?

Contoh soalan-soalan lain adalah berkisar kepada maklumat yang anda berikan dalam "resume". Oleh itu pada peringkat ini, rasanya tidak sukar untuk menjawabnya memandangkan mereka hanya cuma mahu kepastian sahaja.

Peringkat 2: Pada peringkat ini, soalan berbentuk soalan am dan umum akan ditanya kepada anda.

Contoh soalan 1: Berkaitan bidang tugas semasa saya dan yang lepas.
Contoh soalan 2: Siapa menteri / orang-orang berkaitan dengan kerja yang anda minta.
Contoh soalan 3: Isu-isu semasa negara yang sedang berlaku.

Soalan-soalan lain berkenaan pandangan / pendapat anda boleh juga ditanya atas sebab tertentu. Ianya mungkin melibatkan kecenderungan menyokong dasar-dasar kerajaan atau sebaliknya. Ada juga soalan yang mahu menguji pemahaman serta sikap mengambil tahu anda berkenaan hal-hal semasa. Oleh itu jangan abaikan pengetahuan berikut.

Contoh soalan temuduga kerajaan 2009, soalan temuduga, temuduga kerajaan

Peringkat 3: Pada peringkat ini, penyoal khusus daripada jabatan yang bakal anda ditugaskan akan mengambil alih. Penyoal-penyoal ini terdiri daripada orang-orang atas bakal jabatan anda. Justeru itu, tunjukkan keistimewaan dan tarikan yang ada pada anda supaya menarik perhatiannya. (Jangan buat sesuatu yang bodoh sahaja)

Contoh soalan 1: Apa itu Persis, Jitu, Ketepatan?
Contoh soalan 2: (Oleh kerana saya ceritakan bapa saya peneroka felda) Maka soalan yang ditanya adalah kandungan-kandungan dalam minyak masak. Contoh jawapan Carotene.
Contoh soalan 3: Adakah anda biasa dengan Liquid Chromatography (LC) terutamanya High Performance Liquid Chromatography (HPLC) dan Gas Chromatography/Mass Spectrometer?

Contoh soalan-soalan lain adalah berkaitan kerja yang dilakukan oleh jabatan penyoal.

Setelah selesai seisi soal jawab, jangan bertanyakan sama ada anda lulus atau tidak. Abaikan sahaja dan tetap yakin. Jangan menjawab tahu pada soalan yang anda tidak tahu supaya anda tidak dilabel memandai-mandai kerana penyoal sengaja menyoal anda walaupun mereka sudah tahu jawapannya. Bentuk soalan pasti berubah dari masa ke semasa bergantung kepada kemahuan penyoal. Apa yang perlu anda lakukan adalah membawa dokumen yang lengkap, tepati masa, berpakaian kemas serta beradab semasa seisi temuduga. [Rezeki yang bukan hak dan haq]

18 Comments

sedih.. tak penah dapat pun untuk interview keja gomen.. huhu

Tak apa Ein, rezeki Ein kat tempat lain....

Hehe... calon baru lah kan...

Wah bestnya dapat kerja kerajaan. Saya pun pernah kecewa tak dapat.. Ok je soalan-soalan dia. Tak la teruk sangat. Semoga dapat jadi panduan kepada mereka yang dapat interview kerajaan.

Ya, soalan dia tak lah teruk sangat, kita je nervous terlebih... hehe

saya ingat lagi soalan masa sya interview..soalan bonus...dia tanya kenapa nama awak chinese tapi u bertudung hahaha

Velentine tu nama betul ke? Huhu...

Saya baca je wlaupun saya tak pergi temu duga.

Hehe... Tak apa Adam, saya baru baca sekerat tentang burung ayah tu...

Hehehe dah pernah lalui beberapa kali.. Ada sekali tu dok baca kemain lagik lastnye tanye isu semasa jerk.. Tapi soklan peringkat ke-3 tu agak susah tu kalau tak study dulu..

Ye la kan, lebih-lebih lagi bila dah lama habis belajar... huhu...

Tak pernah dapat pun interview kerja kerajaan takde rezeki nak terima pencen ngeh! ngeh! ngeh!

Tak apa Mrs.A, minta pencen dari suami lah... hihi

Peluang kerja kerajaan sekarang agak terhad.
Anak2 pakcik pun kerja swasta aje.

Betul tu pak cik... Mana-mana kerja pun ok pak cik asalkan halal..

Sha banyak kali dapat interview kerja kerajaan tapi disebabkan tak serius, asyik gagal je.. Hehehe.. Yang last nie, soalannya alhamdulillah senang nak dijawab.. Walaupun main cuba je, memang rezeki..

Hihi, matang seiring usia kot... hihi.. Alhamdulillah kan, dah rezeki kerja kerajaan tetap dapat jugak kan...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon