Enuresis: Penyakit kencing malam si anak kecil

Enuresis: Penyakit kencing malam si anak kecil| Segelintir daripada ibu bapa pasti mengalami kesulitan berkaitan kegagalan anak mengawal kencing sehingga terkencing dalam seluar. Kegagalan tersebut sama ada berlaku pada waktu siang atau juga semasa tidur malam. Pada usia sangat kecil, adalah normal sekiranya lampin pakai buang masih dipakaikan kepada anak tetapi jika berlaku pada usia 5 tahun ke atas, adakah kanak-kanak berada dalam keadaan normal atau sebaliknya?

Penyakit Enuresis, Penyakit Kencing Malam, Ngompol, Masalah kencing

Saya dapati seorang anak perempuan saya juga mengalami gejala tidak dapat mengawal kencing walaupun berada dalam keadaan sedar. Sama ada takut untuk ke tandas, tidak sedar diri sudah mahu kencing atau penyakit tertentu yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut. Sebagai ibu bapa, acapkali tentunya kita sudah beritahu, didik malahan memarahinya jika perbuatan anak "kencing bersepah" masih juga terjadi. Jadi apa penyelesaiannya?

Ada cadangan mengatakan anak perlu disapu minyak mujarab tertentu yang boleh mengubati penyakit anak gagal mengawal kencing. Saya cuba mencari jawapan berkenaan isu ini daripada pelbagai sumber maklumat bagi mengatasi masalah daripada berterusan berlaku pada masa hadapan. Letih juga setiap minggu perlu menjemur tilam kerana dikencing oleh anak saya tadi. Lebih malang, dia juga terkencing sewaktu di sekolah. Kesian pula cikgu terpaksa mencuci baju dan lantai. Terima kasih cikgu! Namun begitu, mari kita baca informasi yang saya dapat daripada beberapa sumber. Moga bermanfaat kepada ibu bapa yang mengalami masalah sama seperti saya.

Masalah ini disebut Enuresis. Enuresis adalah kehilangan kawalan pundi kencing yang menyebabkan pembebasan air kencing. Ada beberapa jenis penyakit Enuresis. Antaranya Nocturnal Enuresis atau dikenali sebagai "Bed-Wetting" (atau nama lain Urinary Incontinence [2]). Jika diterjemah (Bahasa Melayu) ianya disebut "Pembasahan Katil". Macam tidak kena pula dengan kebiasaan yang kita dengar. Kebiasaannya masyarakat menggunakan istilah "Kencing Malam" atau dalam Bahasa Jawa disebut "Ngompol". Kira-kira 5 juta hingga 7 juta kanak-kanak membasahi katilnya. Ia mungkin berlaku lebih kerap pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. [1]

Masalah ini tidak disebabkan oleh minum terlalu banyak cecair sebelum tidur. Ia juga bukan masalah psikologi atau kanak-kanak malas untuk pergi ke tandas. Kanak-kanak juga tidak melakukan perkara ini dengan tujuan, walaupun ada atau dengan niat memang sengaja kepada ibu bapa mereka.

Antara sebab berlakunya perkara ini adalah disebabkan:
  • Faktor genetik (Keturunan keluarga)
  • Sukar bangun daripada tidur.
  • Perkembangan yang perlahan pada sistem saraf pusat (Mengurangkan keupayaan kanak-kanak untuk mengosongkan pundi kencing pada waktu malam).
  • Hormon Antidiuretik tidak cukup (Hormon ini mengurangkan jumlah air kencing yang dibuat oleh buah pinggang)
  • Jangkitan saluran kencing
  • Keabnormalan dalam injap uretra pada kanak-kanak lelaki atau di dalam ureter pada kanak-kanak lelaki atau perempuan
  • Keabnormalan pada saraf tunjang

Penyakit Enuresis, Penyakit Kencing Malam, Ngompol, Masalah kencing

Penyelesaian yang dicadangkan berkenaan permasalahan ini adalah berjumpa dengan pegawai perubatan (doktor) dan seisi soal selidik akan dilakukan sama ada melalui lisan, ujian fizikal serta ujian air kencing  untuk memastikan jika ada kebarangkalian masalah pada saluran kencing atau pundi kencing. Dua kaedah lain juga adalah dengan menggunakan terapi tingkah laku atau pun menggunakan ubat. Terapi tingkah laku adalah terapi motivasi, penyesuaian tingkah laku, latihan pundi kencing, dan perubahan diet (mengehadkan kafein, produk tenusu, dan buah jeruk atau jus). Jika melibatkan kanak-kanak yang lebih tua, ianya akan mendatangkan masalah tekanan yang sangat beremosi, maka doktor mungkin mencadangkan seisi kaunseling perlu dilakukan.

Pegawai perubatan boleh memberi ubat kepada kanak-kanak jika anak anda berusia tujuh tahun atau lebih tua sekiranya terapi tingkah laku tidak berfungsi. Tetapi ubat-ubatan bukan bertujuan merawat penyakit Enuresis (kencing malam). Tetapi ubat ini berfungsi dengan dua cara. Satu jenis ubat membantu pundi kencing menahan lebih banyak air kencing, dan lagi satu adalah membantu buah pinggang mengurangkan penghasilan air kencing. Ubat-ubatan ini mungkin mempunyai kesan sampingan kepada kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, sukar untuk mengetahui punca sebenar masalah penyakit Enuresis (kencing malam) ini. Oleh itu kepada ibu bapa, jangan kecewa jika anak masih mengalami masalah tidak dapat mengawal kencing. Ibu bapa perlu sedar bahawa Penyakit Enuresis (kencing malam) adalah perbuatan secara tidak sengaja dilakukan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidur di katil memerlukan sokongan dan jaminan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini. Semoga penerangan di atas memberi inspirasi kepada ibu bapa untuk menyelesaikan segala kesulitan yang berlaku. Anak adalah ujian kepada ibu bapa dan tidak semua anak mempunyai personaliti yang sama. Sekarang mungkin saat kita membasuh kencing-kencing  mereka. Satu masa bila kita sudah tua nanti, mungkin dia pula yang selalu membasuh kencing kita. Wallahualam.

Sumber [1][2]

34 Comments

good sharing. Anak2 saya sorang 5 tahun, sorang lagi 4 tahun, dua2 masih pakai pampers masa tidur sahaja. siang Alhamdulillah ok.

salam..
hi yaya singgh sini dan follow juga.. =)

tq share info..tp kalau bpak mak budak yang TERngompol tu acaner..hikhik
kena g jmp doktr jgk ea ^,^

Terima kasih Sis Ainniah... Kadang-kadang sebelum tidur dia dah pergi kencing dah, ada juga terkencing... bertabah je la...

Terima kasih Cik Yaya, saya juga sudah follow Cik balik... Kalau mak bapak terngompol tu kes berat tu... hihi...

Anak Ana masih fully pampers. Next year baru nak start pampers free. Ngompol ni masalab biasa. InsyaAllah sampai satu masa mereka akan pandai ke tandas.

Alamak.. susah jugak kalau ada penyakit ni.. Mintak dijauhkan.. Adeh.. Thankz utk info ni ye Lan..

Betul tu sis, time tak pakaikan pampers masa tu pula yang kena... huhu..

Ya Lea, jenuh nanti nak jemur tilam je... hehe... InsyaAllah... Sama-sama...

Kalau berlaku semasa tidur itu memang diluar kawalan minda..redha saja...tetapi kalau terkencing semasa sedar seperti sedang bermain main...boleh nasihat berlahan-lahan..insyaAllah akan dapat di atasi..

Genetik pun jadi puncanya. Baru saya tau.

semoga bermanfaat buat semua ibubapa

DIlemma mak bapak ni bila anak anak sedang membesar.. normal tu normal tapi pemantauan pun perlu juga takut anak ada sakit apa2 ke ..

Kalau dah besar ada jugak sesekali terkencing waktu tidur ingatkan mimpi katanya.

InsyaAllah PC, nanti lama-lama ok la tu...

Ya Adam, menurun dari keluarga, ia ya, ia mungkin atau ia tidak...

Betul tu, kena pantau takut penyakit lain pula kan...

Hihihi... kan, biasa dengar tu...

Anak cikla yg 7 thn tu pun Kdg2 terbabas jugak kencing masa tidur. Selalunya cikla suruh dia pergi buang air dulu sebelum tidur. Bdk2 biasalah kan..

Ya la kan, walau kita dah suruh pun boleh terkencing lagi... huhu

Alhamdulillah good sharing...

hahahaha..mimpi mmg dah kat tandas pun ada...haha tp sempat je sedar belari ke tandas..adess

Hihi, nasib baik sempat lari ke tandas...

Owh kesian jugak kan bebudak yang ada masalah ni. Ingatkan mmg takda apa2. rupanya banyak jugak sebabnya ye

Ada faktor-faktor yang "mungkin" penyebab berlakunya perkara sebegitu, cuma sebagai ibu bapa kita perlu aware daripada peringkat awal takut ada masalah lain yang lebih kronik...

tq atas prkongsian ye en lan.. sngt berguna untuk smua.. :)

Sama-sama Sis Busyra... Moga bermanfaat....

masa kecik2 dulu kena tapi alhamdulillah masuk sekolah rendah dah pulih hehe

www.neezalife.com

Perkongsian yang ohsem.. Sha baru tau pasal ini..

Nasib baik dah pulih... hihi....

Terima kasih Sis Shahida... Moga bermanfaat...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon