Hati perempuan bila disakiti

Hati perempuan bila disakiti| Orang perempuan diciptakan daripada tulang rusuk lelaki. Bengkok, lemah dan mudah patah. Hati perempuan juga tidak kuat untuk menahan tekanan tetapi mereka tabah seperti telah saya sebutkan dalam entri ciri-ciri wanita paling tabah. Rata-rata mereka mampu memikul beban yang sangat hebat seperti hebatnya Sumayyah dalam salah satu kisah dalam Islam.

Hati perempuan bila disakiti, cara sakitkan hati, sakit hati

Namun begitu, had kesabaran orang perempuan ada penghujungnya. Bukan semua orang perempuan sempurna tetapi apabila diperlakukan sehingga melukai hatinya, maka kesan yang bakal diterima adalah sangat mempengaruhi tindak-tanduk mereka dalam perhubungan selepas dilukai. Oleh itu bersedialah menerima akibat bila hati perempuan disakiti.

Hati orang perempuan sangat sensitif dan lembut sesuai dengan proses penciptaan oleh Allah SWT. Tidak janggal jika melihat perempuan mudah menangis pada hal yang remeh. Namun sangat luar biasa jika perempuan tidak menangis jika disakiti oleh lelaki kerana pada saat itu, hati mereka telah tertutup rapat buat lelaki. Maksudnya orang perempuan sudah tidak kisah siapa kamu, apa kamu mahu buat atau kemana kamu mahu pergi. Dalam bahasa mudah tempatan "Lantak kau lah nak buat apa, aku dah tak kisah".

Bila hati orang perempuan disakiti, jangan pelik jika diam adalah penawarnya bagi mereka. Kenapa wanita diam? Maksud diam bagi seorang wanita. Tidak mahu memanjangkan isu dan malas memburukkan sesuatu perkara yang memang sedia buruk. Pertimbangannya lebih diutamakan kepada isu lain. Tanggungjawab, rutin seharian dan menenangkan hati yang gundah gulana. Lelaki perlu sedar pada keadaan bila perempuan membisu. Jangan beranggapan itu adalah lesen besar untuk kamu bertindak lagi dan lagi. Diam mereka bukan bermakna mereka tidak mengambil tahu.

Orang perempuan juga akan mengambil langkah "menyelamatkan diri sendiri" juga. Persediaan akan diatur supaya mereka mampu hidup sendiri tanpa kamu. Daripada suri rumah kepada mula bekerja atau daripada tiada apa-apa sehingga mampu menampung lelaki. Semua itu berlaku dalam dua sebab iaitu memperbaiki keadaan ekonomi keluarga dan membantu lelaki atau sudah patah hati dengan lelaki. Makanya lebih elok mereka memandang kehadapan dan tidak terlalu memikirkan masalah dengan lelaki setelah mereka disakiti.

Paling teruk kesan apabila hati perempuan telah disakiti adalah sikap memberontaknya amat jelas dan menakutkan. Boleh jadi pinggan terbang melayang, menyerang orang lain yang dianggap bersama kamu atau melakukan kecederaan kepada diri kamu. Pada tahap ini, orang perempuan hampir hilang pertimbangan dan boleh juga dikatakan sudah meroyan kerana apa yang mereka mahukan adalah mempertahankan haknya daripada ditindas sesuka hati. Terdapat juga kes lelaki dipukul dan sebagainya memperlihatkan orang perempuan walaupun kelihatan lembut, ada juga sifat ganasnya. Pada saat ini, jangan pula lelaki mencuba sesuatu yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dia, kamu atau orang lain. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bunuh orang, mati juga bersama.



Hati perempuan bila disakiti akan menyebabkan wajah lelaki sangat menjengkelkan dimata mereka. Sekacak mana pun kamu, kamu akan tetap nampak buruk pada pandangan mereka. Selagi hati merek tidak diubati, selagi itulah orang perempuan sukar menerima kamu. Apa yang boleh lelaki lakukan adalah meminta maaf walaupun susahnya memohon maaf.

Penguhujung paling tragik adalah apabila orang perempuan bertindak nekad dan sanggup membunuh diri setelah hati mereka disakiti. Kisah akhir yang paling sedih dan menimbulkan kemarahan waris terdekat, tentunya tindakan orang perempuan ini sangat mahu dielakkan oleh mana-mana lelaki. Seboleh-bolehnya perkara sedemikian dielakkan setakat yang terdaya kerana ajal maut ketentuanNya dan tidak boleh berpatah balik lagi. Nauzubillah min zalik.

Hati perempuan bila disakiti sangat sulit diubati. Perlukan jangka masa tertentu untuk pulih seperti sedia kala. Ada yang mampu pulih, ada juga dendam tidak terbalas. Makanya lelaki harus cuba menghindari perbuatan "menyakitkan" kepada orang perempuan yang boleh meranapkan hubungan dengan mereka. Walaupun asam garam dalam kehidupan, pertelingkahan kecil boleh berlaku namun apa yang perlu difikirkan dengan lebih waras adalah bagaimana nasib orang lain seperti anak yang pasti terkesan dengan situasi yang berlaku. Wallahualam.

28 Comments

Hati yang tersakiti...entah lag...hahaha...
Saya ni dah heartless dah...ekekeke

Bila wanita mula diam itu bahaya..saat lebih bahaya bila diri lebih mendekati Tuhan..lebih bicara dengan Tuhan..menyerang dengan doa itu lebih berbahaya berbanding membidas dengan kata-kata...

Hampir semua point di atas betul. Tp saya jenis marah kejap je. Tak sampai sejam berdamai semula :)

Hehe, jangan lah heartless... teruk sangat tu...

Ya, maksudnya dia tak kisah dah apa yang berlaku kan...

Baguslah marah sekejap je Sis Ana... Gaduh-gaduh syg tu...

Ya sis... Tindakan paling halus daripada orang perempuan...

Thanks sis.... Moga bermanfaat....

Kalau dh terlampau sakit hati, menangis pun jadi juga

Biasalah tu kalau perempuan kan... menangis untuk melepaskan kemarahan...

Saya pun jenis sis Ana, tak suka marah lama-lama.Lebih suka perdamaian dan ketenangan.

Benar sekali, perempuan kalau dah tak menangis bila disakiti lelaki.. Itu tandanya dia dah move on. Dah tak kisah tentang lelaki tu

How true. Siannya perempuan byk maksudnya. Maka kenalilah Hari perempuan ni mcm mana

Betul tu. Perempuan yg diam ni lebih bahaya dr yg mulutnya pot pet pot pet. Sekali 'gunung berapi' meletup... Habislahhhh

Nah benarkan sis... Move on orang perempuan ni bahaya....

Minta-minta sis jangan meletup... hihi

Bila tempoh perkahwinan tu semakin lama, maka semakin matanglah pemikiran.. selalunya bila terasa cuba untuk diam.. Esoknya baru mesej bagitahu ketidak puashatian itu.. Lepas tu okaylah.. Gaduh2 tak jadi apa.. Lebih baik berkomunikasi tentang masalah.. Kalau tak mampu bercakap secara berdepan selalunya saya akan whatsapp suami.. lepastu jumpa dah boleh gelak-gelak..

Baguslah Sis... Setuju tu, semakin berusia kita akan lebih matang dalam menilai situasi... Thanks untuk tipsnya, moga bermanfaat untuk saya dan isteri...

Tepat sekali apa yang dinyatakan oleh Tn. NA.. Saya sokong lebih dari 100%..
Ada kes Mahkamah, seorang isteri ni gantung diri sebab suami dia ada skandal.. Itu kira jalan terakhir, tak kuat iman bunuh diri..

Ya Sis LZ, moga kita sama2 elakkan daripada berlaku kejadian seumpama itu...

hati prempuan ni lembut . mudah terasa..

Bunuh diri bukan jalan penyelesaiannya.
Allah uji kita supaya kita kuat dan tabah.

Betul tu Pak Cik... Banyak lagi jalan penyelesaiannya tapi ada juga kes berlaku seperti membunuh diri sendiri..

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon