Kisah tular meninggal semasa berpantang

Kisah tular meninggal semasa berpantang| Semalam berkesempatan berborak santai bersama rakan sekolah isteri saya di rumah. Isteri saya diserang penyakit gastrik hampir tengah malam semalam. Anak-anak pula sudah tidur, makanya saya terpaksa meminta bantuan rakan baik sekolah isteri saya untuk menghantarnya ke bahagian kecemasan hospital. Mujur beliau masih belum tidur lagi. Saya amat berterima kasih padanya. Seorang yang sangat baik dan ringan tulang serta suka memudahkan urusan orang lain. Moga Allah SWT memberi rezeki seluas-luasnya kepada beliau.

Kisah Sebenar Guru SMK BANDAR PUTRA, Cikgu Meninggal Di Sisi 2 Anak Kecil

Kebetulan semasa perbualan, tersentuh berkenaan kisah tular isteri meninggal dunia disamping 2 anaknya yang masih kecil bersendirian di rumah tanpa ditemani suami kerana suami terpaksa bekerja sebagai pemandu lori. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Jangan kita salahkan suami arwah sedang kita tidak berada ditempatnya dan kita tidak mengetahui perihal mereka. Doakan yang baik-baik sahaja sudah memadai.

Tujuan entri ini dibuat bukan untuk berbicara tentang kisah seperti di atas. Bukan hak saya untuk membuat penilaian terhadap isu tersebut kerana saya amat memahami situasi yang dihadapi dan bakal dihadapi oleh lelaki tersebut. Teringat pada kelahiran anak kandung pertama saya, berpantang bersendirian di kuarters kerajaan. Hanya beberapa hari sahaja ditemani ibu saya namun beliau terpaksa pulang memandangkan tanggungjawab dan keperluan terhadap bapa saya di kampung perlu juga dipenuhi. Maka bersendirilah kami menguruskannya sendiri. Pada masa itu, saya belajar menguruskan isteri yang bersalin sambil ditunjuk ajar oleh isteri. Hal ini kerana isteri telah berpengalaman berpantang sebelum ini. Oleh itu, sedikit sebanyak ianya membantu saya memperoleh pengalaman yang sangat berharga tentang bagaimana menjaga isteri dalam berpantang.

Kisah Sebenar Guru SMK BANDAR PUTRA, Cikgu Meninggal Di Sisi 2 Anak Kecil

Rezeki kami, isteri bersalin dalam keadaan normal. Jadi tidak ada masalah yang rumit. Hanya berpantang biasa. Masa itulah saya perlu memasak, membasuh, mengemas, mandikan anak, angkat air mandian. Mula-mula memang rasa letih sangat. Mengantuk tak terkata, tengah malam terbangun, siang tidur tidak lena. Maklumlah orang berpantang bukan boleh angkat benda berat. Jahitan boleh koyak, boleh kena meroyan dan macam-macam lagi. Sekejap-kejap kena panggil, baru duduk sudah dipanggil lagi. Masa ini adalah ujian buat suami sebab isteri adalah 'permaisuri' pada masa berpantang.

Makan pula bukan boleh makan sembarangan. Lauk jenis gatal, sayur yang boleh dimakan, semua kena belajar. Sama ada melalui pengalaman atau pembacaan yang dikongsikan di blog. Pesan isteri, "Barang nak pakai lama, kena jaga dari muda, nanti kalau dah tak boleh pakai, suami cari alasan nak cari benda yang boleh pakai". Justeru itu, suami jangan ambil ringan berkenaan perkara ini. Seelok-eloknya, jagalah isteri semasa berpantang dengan baik kerana mereka telah melahirkan zuriat untuk lelaki yang melayakkan lelaki dipanggil bapa.

Berbalik kisah isteri yang meninggal semasa berpantang tadi, saya memahami bahawa suaminya perlu bekerja mencari nafkah demi sesuap nasi. Jika tidak bekerja, manalah dapatnya barang keperluan, lebih-lebih lagi baru sahaja menyambut Syawal. Merantau untuk hidup sendiri ada kebaikkannya sendiri. Bukan niat untuk menyendiri tetapi cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa. Syabas kepada suami tersebut. Walau kedengaran hinaan dan sindirian, mereka tidak berada ditempat anda. Jadi diamkan sahaja dan redhalah atas pemergian wanita syurga anda. Jangan pernah menyesal kerana Allah SWT Maha Mengetahui. Wallahualam.

38 Comments

Tahniah dapat baby baru.

Eh tu dah lama dah... 2011... hehe...

Sedih baca tp semua dah tertulis. Selalu berdoa semoga di panjangkan umur dan di beri kesihatan yg terbaik.

Benar sis Ana, sedih... moga Allah SWT makbulkan doa sis Ana... amin...

Sayu...moga isteri beliau berada dibawah kasih sayang Allah..tambahan meninggal disaat masih dalam pantang..subhanAllah..kita sekadar membaca apa yang dikongsi..namun kisah sebaliknya hanya keluarga mereka dan Allah SWT yang tahu..dan kita doakan yang baik-baik sahaja.moga kebaikkan itu kembali kepada kita.Amin.

Betul, masa pantang memang kena jaga betul2, tapi nowadays sy tgok perempuan2 yg pantang kdg2 ambil mudah pasal benda ini.. sedangkan dia punya effect masa tua nnti..

apa2 pun kesihatan mesti dijaga. :)

true, kita xde ditmpt mereka. sebaiknya jgn terlalu senang menghakimi...cukuplah sekadar jd pemerhati dan doakan yang terbaik buat merekakan

Kak Sue berpantang pun suami Kak Sue jaga juga.. sedih juga baca kisah tu kan, kita doakan yang baik-baik aja..

Betul tu, siapalah kita untuk mengadili perkara yang kita tidak pasti. Tambah-tambah melibatkan kesedihan orang lain...

Memang sedih dengar citer tu. Macam-macam isteri dia kena buat. Tapi suami pun kena cari nafkah pulak. maybe at least kena ada penjaga kowt

Nasib seseorang tak sama. Simpati dan terkejut bila baca berita tersebut dalam akhbar 2-3 hari lepas.

ermm.. wife ada tunjuk berita ni. tak sanggup nak baca sampai habis.. cepat tersentuh.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Ya, kisah disebalik keluarga itu kita tidak akan tahu... InsyaAllah...

Betul tu Nurrul, sekarang orang mudah abaikan penjagaan kesihatan masa berpantang, nanti dah tua rasalah...

Ya, baca dan jadikan ikhtibar sahaja, doakan untuk mereka adalah terbaik...

Bagus suami Kak Sue dapat jaga Kak Sue... At least tak susahkan sesiapa...

Ya kan, jangan ditambah duka lagi kepada orang yang sedang bersedih....

Ya, kalau boleh memang perlu ada orang pantau... tapi ya la kan, mungkin kekangan keluarga yang lain untuk membantu...

Betul tu, nasib seseorang berbeza, ada orang banyak orang membantu ada juga sekadar membantu dari jauh sahaja...

Kesian kan... dalam masa yang sama kita juga kena ambil tauladan, bagus cepat tersentuh ni, sensitif dengan nasib orang lain...

Setuju. Kita takde kat situasi dieorang jadi kita tak boleh nk wat spekulasi kan. Sama2 kita sedekahkan alfatihah kat arwah.

Sedih sangat baca kisah tular tu.. Pape pun lea ucapkan tahniah buat Azlan sebab sanggup bersusah payah jaga isteri dalam pantang dan menghargainya.. Susah nak cari suami yg bersusah payah jaga isteri time pantang dan layan kerenah mereka dengan baik dan sabar.. :)

sedih bace pasal cikgu nie.. sebab tu orang cakap mase pantang biar betul-betul.. huhu

Ya Cik Renex, jangan pula kita memandai-mandai kan...

Hihi, boleh tahan juga payahnya Lea, tapi kan, demi zuriat sendiri kan, suami kena berkorban juga...

Ya Ein, jangan sambil lewa bila isteri berpantang...

Sebak baca bila ada orang sharing kisah sebegini lebih lagi melibatkan ibu tengah pantang ni... patutlah wanita ni emosi kena kuat .. semoga si ayah tabah, bukan senang nak jaga anak tanpa ibu.l

Ya Sis Wani, emosi wanita memang sangat kuat, lebih kuat dari lelaki... boleh menahan dugaan yang sangat hebat...

Betul tu. Kita tak boleh terus menunding jari terus menyalahkan. Alfatihah utk arwah..

Ya CikLa, lebih baik kita diamkan sahaja...

Sedih sangat bila baca kisah ni...btw congrtz yer =)

Betul tu Nini... Gambar atas tu gambar saya Tahun 2011....

Sedih namun jadikanlah pengajaran.. Wanita berpantang bukanlah perkara main-main.. Memang perlu dijaga.. Saya juga berpantang sendiri dijaga suami.. Duduk dirumah kuarters.. Masa anak pertama awal pantang ada yang jaga.. Masa anak kedua memang sepenuhnya dijaga suami.. Masa nie memang kelam kabut.. Sampai suami terpaksa amik cuti tanpa gaji.. Namun ini semua pengalaman.. Pada arwah semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. Pada suaminya semoga tabah melalui ujian hidup..

Ya bila hidup berdikari memang akan lalui semua tu, dan pengurusan masa sangat penting....

semua tu Allah da tentukan.
kita bukan boleh jangka.
isteri ditinggalkan dlm keadaan sihat.
perlu mencari rezeki... aduhai :( sedih.
ketiga-tiga anak, saya hanya berpantang dgn mak for the 1st 3 weeks saje.
then da balik umah. lebih selesa.
tak salah kalau berpantang sorang.
tapi tu la... Allah dah tentukan semuanya.

Ya, benar tu sis Adianiez... berpantang sorang kat rumah lagi selesa berbanding kat rumah mak, mak kan kuat membebel... hihi

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon