Periksa dapur: Makanan bertarikh luput

Periksa dapur: Makanan bertarikh luput| Adakah anda periksa makanan yang dibeli bertarikh luput ataupun tidak? Seringkali kita akan terlepas pandang pada barang-barang dapur yang sangat jarang kita guna. Kebiasaannya barang-barang dapur tersebut dibeli hanya untuk kegunaan perayaan, majlis atau program tertentu sahaja dan bukan digunapakai secara kerap. Malahan mungkin ada dikalangan kita yang membiarkan barangan bertarikh luput itu kekal tersimpan di dalam almari mahupun peti sejuk.

Makanan bertarikh luput, makanan tamat tempoh, kesan makan, tarikh luput

Barang bertarikh luput boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan manusia. Kesan barang bertarikh luput diibaratkan sama bahaya dengan barang yang sudah basi ataupun sisa makanan yang kita patut buang ke dalam tong sampah. Kita tidak boleh beranggapan bahawa baru sehari, seminggu tamat tarikh luput dan masih boleh digunakan lagi. Hal ini kerana rumah bukan makmal yang mampu menguji kaji barang tersebut sebelum digunakan sama ada selamat atau tidak. Setiap bahaya adalah risiko dan setiap risiko ada cara penyelesaiannya.

Jenis tarikh luput yang harus dipertimbangkan

Dijual Oleh (Sell buy): Tarikh pengeluar mencadangkan peruncit mengeluarkan produk dari rak jualan. Tujuannya adalah untuk memastikan kualiti untuk tempoh jangka masa selepas pembeli membelinya. Tempohnya boleh jadi beberapa hari hingga ke minggu, bergantung juga pada barang tersebut. Contoh barang adalah susu. Jika disimpan dengan keadaan penyejukan yang betul sekalipun, barang tersebut akan bertahan dalam tempoh jangka masa yang pendek sebelum susu menjadi masam.


Baik Sebelum, Guna Sebelum (Best by,Use by, Best Before, Used Before): Tarikh ini menyatakan bahawa barang tersebut adalah segar dan selamat dimakan sebelum tarikh seperti yang tercatat pada bungkusan. Sekiranya anda makan barang yang telah tamat tempoh, jaminan kualiti barang tersebut tidak mungkin sama dengan kualiti barang tersebut sebelum tarikh tamat tempohnya. Sebagai contoh jika anda beli keropok, ia mungkin akan jadi lemau dan tidak rangup selepas tamat tarikh luputnya.

Pemeriksaan fizikal barang

Pemerhatian fizikal terhadap barang yang mungkin sudah tamat tarikh luput juga boleh dilakukan sendiri tanpa perlu melakukan ujian makmal. Pertama, barang sudah berkulat. Kebiasaannya jenis roti adalah sangat mudah dikesan sudah dipenuhi oleh kulat. Sejenis kulat dinamakan Mikotoksin boleh muncul pada kacang, saderi, epal, anggur dan sumber makanan lain. Keduanya, kita boleh membandingkan kesegaran barang. Jika anda biasa membeli sesuatu barang, sudah tentu akan merasai sedikit kelainannya rupa, bentuk, warna dan sebagainya. Ketiganya, jika anda melihat keadaan pembungkusan barang yang sudah terkoyak atau tin yang sudah kemek, ada kemungkinan barang tersebut sudah rosak, tercemar dan tidak boleh dimakan lagi.

Kesan makan barang sudah tamat tarikh luput

  • Pertumbuhan kulat jenis mikotoksin boleh menyebabkan kegatalan, loya, pening dan kadang-kadang sakit kepala. 
  • Keracunan makanan akan mengakibatkan pesakit cirit-birit, muntah-muntah, pening dan sakit kepala. 
  • Kebarangkalian pesakit mengalami dehidrasi juga boleh berlaku.

Contoh jenis barang dapur

Jus buah-buahan: Jika disimpan terlalu lama, ianya mungkin sudah masam.

Cili Boh: Jika anda membeli di kedai runcit, ianya dibungkus dan dicatatkan tarikhnya. Namun jika anda mengeluarkan dan memindahkan ke dalam bekas lain, maka tarikh luput barang tersebut tidak relevan lagi.

Keju lembut: Keju lembut seperti brie dan queso fresco mungkin mengandungi Listeria, serta E. coli-terutama jika mereka dibuat dengan susu tanpa pasien.

Susu: Minuman jenis bersusu termasuk yogart dan sebagainya mempunyai tarikh luput yang sangat pendek. Oleh itu, elakkan disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk tanpa dihabiskan segera.

Barang-barang membuat kuih raya: Oleh kerana sudah habis Syawal bagi tahun 2017 ini, maka wajarlah suri rumah periksa dan semak tarikh luput barang-barang kuih yang masih berbaki di dapur. Situasi yang patut dielakkan adalah anak-anak kecil termakan barang-barang tersebut dalam keadaan yang sudah tamat tarikh luputnya.

Terdapat juga makanan yang tidak ditulis tarikh luputnya seperti makanan yang dibuat sendiri oleh anda. Sebagai contoh kek, kuih dan sebagainya.

Jelas sekali wajar kita melakukan pemeriksaan terhadap barang-barang bertarikh luput di rumah demi keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kita sendiri termasuk anak. Kecuaian ibu bapa mungkin punca musibah berlaku kepada anak dan keluarga. Oleh itu, barang-barang sudah tamat tarikh luput perlu dibuang segera dan tidak disimpan di dalam rumah yang boleh mengundang bau busuk juga. Wallahualam.

18 Comments

Terima kasih Bro NA atas peringatan ini...PC dan Encik suami kalau berbelanja lama sikit...ambil masa..bukan apa suka tengok tarikh satu persatu..sebab pernah terkena...barang lama dicampur dengan barang baru...kita tengok yang depan sahaja...rupanya yang bakinya tu dah tinggal sehari nak expired......mungkin psikologi nak habiskan stok...

Betul tu Sis PC.... memang cara susun barang macam tu... saya pernah kena... nasib baik la juga check balik betul2... kalau luar negara dah boleh saman dah...

Selain tarikh luput kena tenguk jugak keadaan fizikal barang2 tu,keadaan tin/bekas sama ada kemek, berkarat, bocor, terbuka dsb.

Bad habit saya mmg jarang nak perhati tarikh luput before beli walaupun dah banyak kali terkena...Patut ubah segera ni.

Ana kalau masa beli brg mmg wajib tgk tarikh luput dan fizikal brg tersebut. Kalau rasa pendek sgt tarikh luput tu mmg xkn beli sbb tendency utk xsempat makan mmg tggi.

Ya betul tu Pak Cik... Bila kita beli dengan keadaan tergesa-gesa memang kadang-kadang terlepas pandang...

Ya Mai, kena hati-hati lepas ni...

Setuju tu Sis Ana... kadang-kadang beli sebab harga tengah sale kan... hihi

Clearance biasanya dah nak expired....bila tgk harga terus lupa check date...hahaha

Sebelum membeli dan selepas membeli wajib check tarikh luput makanan . Time beli kena check sampai bila expirednya . Ada brg expired date panjang . Ada brg expirednya terlalu pendek . Brg yang dibeli dan disimpan lama wajib juga tengok expired datenya sebelum guna .

Hihi... Kalau clearance baju boleh lah main ambik je kan... hati-hati ya...

Betul tu CCL, senang kata waspada kena lebih sikit kan..

Terbaik Lan.. membeli brg ni perkara pertama yg kene tgk tarikh luput.. Itu paling penting..

Mmg kena jadikan habit check dulu expiry date Tu sebelum.buka. byk mufaratnya termkn brg xpired

Sis ada OCD memang particular bab-bab ni,hehehe..

Ya Sis LZ, kalau tak rugi je beli kan...

Ya mama, kena jadikan habit....

Bagus juga kan, sebab kita akan lebih berhati-hati....

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon