Rezeki yang bukan hak dan haq

Rezeki yang bukan hak dan haq| Kerap kali saya memerhatikan tingkah laku semut di bahagian dapur rumah. Bentuk fizikal semut adalah sangat kecil, jadi semut mudah 'mencuri' makanan kami walaupun bekas telah ditutup atau tersimpul rapi di dalam plastik makanan. Anehnya, jika makanan bersifat baru dimasak atau dibeli, sukar untuk saya melihat semut menghurunginya walaupun bekas tidak bertutup rapat. Namun jika makanan tadi telah melewati usia beberapa jam, semut akan mula 'mencuri'nya. Pada pandangan peribadi saya, apabila rezeki yang dibiarkan dan boleh mendatangkan mudarat kesihatan kepada kami sekeluarga, maka kedatangan semut kepada makanan terbiar tadi seolah-olah memberi petanda bahawa rezeki itu bukan 'hak' lagi kepada kami. Maka saya biarkan semut-semut tadi menerima haknya yang sepatutnya.
Doa mengundang rezeki, rezeki halal dan haram, doa rezeki
Memancing jika dengan sabar, lumayan hasilnya...

Pernah dengar orang berbicara berkenaan "sudah tiada rezeki". Barangkali kita sedikit sambil lewa tentangnya. Apa yang kita idamkan kadangkala sukar untuk kita miliki dan tanpa disangka, orang lain yang langsung tiada usaha amat mudah mengecapinya. Adakah ianya bermakna hidup anda telah gagal dan tidak berjaya berbanding orang lain? Tidak. Pengagihan rezeki Allah SWT sangat luas. Bukan setakat rezeki berbentuk wang ringgit semata-mata. Ianya tentang bagaimana kita mendapatkan rezeki sama ada dengan cara yang halal atau pun haram, terserah kepada pemahaman sendiri. Perbalahan berkenaan halal dan haram umpama tiada siapa yang kalah jika dibincangkan oleh orang bukan yang hak (ahli yang haq). Semata-mata berpandukan pendapat majoriti dan ilmu pengetahuan yang sangat kecil. Sebagai contoh pada satu hari saya menbaca sepintas lalu Facebook Newfeeds berkenaan adakah halal atau haram pendapatan seorang artis yang berlakon. Halal atau haram? Namun bukan itu isu yang saya ingin ketengahkan pada kali ini.

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seseorang tidak peduli apa yang dia ambil, apakah dari hasil yang halal atau yang haram.” (Sahih, HR. Al-Bukhari dan An-Nasa’i dari hadis Abu Hurairah z, Sahih At-Targhib no. 1722)

Contoh lain adalah apabila manusia diuji dengan kecurian atau kehilangan barang peribadi sama ada akibat rompakan atau kecuaian, adakah ia bermakna barang tersebut bukan hak yang sepatutnya kita miliki? Sebagai orang Islam, kita harus percaya pada qada dan qadar Nya. Melalui sumber yang barangkali tidak 'bersih', ianya telah 'dilepaskan' daripada pemilikan kita secara ketentuan oleh Allah SWT. Maka percayalah bahawa ia bukan hak kita.

“Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan.” (Q.S : Ali Imran 109)

Begitu juga rezeki lain dalam hidup. Jangan pernah dengki dengan apa yang telah orang lain miliki. Kita tidak tahu betapa sukarnya orang tersebut telah berusaha mendapatkan rezeki tersebut. Sesekali usah menghina pada mereka walau kita rasa mereka tidak layak mendapatkannya. Menyentuh berkenaan mencari rezeki, saya terbaca juga status peribadi seorang insan berkenaan bagaimana orang Islam berbangsa Melayu yang begitu 'trauma' terhadap persaingan perniagaan berbanding etika perniagaan kaum lain. Sebagai peringatan, apabila kita memudahkan urusan orang lain, Allah SWT akan membalas sifat mulia kita itu. Maka permudahkan orang lain untuk mencari sesuap nasi. Rezeki adalah hak masing-masing. Perkara yang susah untuk kita ubah sepenuhnya berkenaan minda iri hati dan dengki terhadap rezeki orang lain.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadis Arba’in An Nawawi hadis ke 36).

Berbalik kepada kisah semut-semut tadi, jika makanan kami sekeluarga bukan rezeki kami, maka makanlah kecuali jika nyamuk mahu memakan darah saya dan keluarga, ia bukan rezeki nyamuk kerana ianya mungkin mengundang penyakit. 

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, “Tutuplah bekas makanan dan minuman kamu pada malam hari. Setiap tahun ada satu malam yang padanya diturunkan wabak. Tidak akan lalu (melintasi) wabak itu ke atas bekas makanan atau minuman yang tidak ditutup kecuali ia (wabak) masuk ke dalamnya.” (HR Muslim)

Sebaik-baiknya satu perkara yang boleh kita buat terlebih dahulu adalah jangan dengki dengan rezeki orang lain. Biarkan mereka menjalankan tugasnya dan berdiam diri jika sudah termakan hasutan syaitan yang hina selagi tidak menyalahi undang-undang agama dan negara. Jika terlihat orang berniaga di tepi jalan, bukan mereka suka-suka berjemur di tepi jalan, mereka mencari rezeki. Jika salah menurut perkiraan kamu, maka nasihat dan pandulah mereka ke jalan yang dibenarkan oleh peraturan kamu. Wallahualam.

20 Comments

Perkongsian yang ohsem.. Bila terjadinya sesuatu musibah, selalu berpesan pada dir.. Bukan hak kita.. Supaya hati redha.. Kadang-kadang payah juga tapi memang kena selalu redha bab hak ini..
Sifat dengki memang berpisah tiada dengan orang Melayu.. Selalu je orang melihat kesenangan kita tapi tak pernah berfikir betapa susahnya kita berusaha untuk memiliki kesenangan itu.. (tetibe terluah kat sini lak..)

Perkongsian yang amat menarik.
Itulah bercerita tentang semut. Semut-semut kat dapur rumah Mrs. A tu suka jugak curik makanan kucing setelah beberapa ketika terbiar.

Mrs. A selalu jugak cakap kat semut-semut tu tolong jangan makan makanan kucing ni nanti kucing tak dapat makan.

Tapi itulah Mrs. A pernah terbaca kalau tak nak semut makan kongsilah jugak dengan semut-semut tu nanti takdelah dia makan hak kita. Wallahualam.

Terima kasih sis, kita menafikan tetapi realitinya begitu kan...

Ya sis, ada orang bagi petua kita sediakan bekas gula di luar rumah untuk semut2 makan...

sangat setuju..kalau bukan rezeki maknanya pasti ada yang lebih baik...selamat hari raya Bro Azlan

Ya, ada hikmah disebaliknya.... Selamat Hari Raya juga MsVelentine...

Peekongsian yg bagus sekali. Orang kita kalai sebut pasal rezeki kebanyakan akan fokus pada bentuk wang sahaja sedangkan rezeki itu luas definasinya. Di beri kesihatan yg baik, masih ada keluarga di sisi, di beri peluang bernafas hari ni, punya makan pakai yg elok, tu semua nya rezeki. Banyak sikit kita kena sentiasa bersyukur. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yg sentiasa bersyukur.

Terima kasih sis Ana... Menjadi hamba yang bersyukur dalam semua perkara adalah terbaik walaupun sukar kan...

Setuju sangat nih rasa deep deep bila baca pekongsian dari tuan.. setiap malam sebelum tidur saya akan fikir apa nikmat yang Allah berikan pada hari ini..esok belum tentu tahu lagi. Bersyukurlah walau sedikit pun ia tetap nikmat dari Allah

Betul tu Sis Wani... walaupun sedikit ianya tetap rezeki.... yang penting suci...

Maaf zahir batin juga Adam....

Percaya dengan rezeki yang telah ditentukanNya..
Selain itu perkongsian rezeki wajar diamalkan supaya sebati dengan diri..

Ya LZ wajib percaya pada ketentuanNya, InsyaAllah terima kasih LZ atas tambahan point...

entri yg sgt bermanfaat..mohon nk share kt twtr

Terima kasih... Ok... Silakan share Ainim...

Dalam rezeki kita memang ada bahagian hak orang lain.
Jadi jangan takut bersedekah atau menunaikan zakat pendapatan.

Baru tadi tengok semut menghurung makanan lama yg terbiar. Baru terperasan lepas baca entri ni, yang semut tak kacau makanan baru..

Kan, dia nak bagi tuan rumah makan dulu....

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon