Selamat Hari Jadi Isteriku| Minggu ini adalah minggu yang sangat sibuk dalam kerjaya saya, sehinggakan untuk menyediakan satu entri juga agak kelam kabut. Saya tidak boleh menunggu demi hari ini maka saya gagahi juga untuk menyiapkan entri ini sempena hari kelahiran isteri yang tercinta. Selamat Hari Jadi Isteriku. Tarikh 25 Julai adalah tarikah kelahiran isteri dan oleh sebab itu saya tetapkan tarikh pernikahan saya berdekatan dengan tarikh kelahirannya agar saling berdekatan supaya menjadikan minggu penghujung Julai adalah hari meraikan kebahagiaan saya tanpa putus. Tarikh kelahiran anak sulung saya juga tidak jauh. Julai adalah bulan kegembiraan pada tahun ini lebih-lebih lagi hari ini adalah hari gaji penjawat awam.
Isteriku, sempena hari kelahiranmu pada hari ini, ku doakan semoga kamu sentiasa sihat. Walaupun penyakit gastrikmu kerap kali menyerang dengan tidak menentu, itu adalah penghapus dosa-dosa kecilmu. Jadi semoga isteriku lebih tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT. Sesungguhnya penawar segala penyakit adalah dengan hendakNya.
Isteriku, pada saat kelahiranmu ini, semoga hidupmu bahagia bersamaku dan jangan pernah ragu dengan kesetiaanku padamu. Dugaan padamu adalah kelemahanku dan bukan salahmu. Semoga segala kebaikkan yang telah kamu buat padaku dihitung dengan segala kebaikkan olehNya. Sesungguhnya kamu telah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan penuh dedikasi, sehabis baik mungkin yang kamu mampu dan sebagai suamimu aku redha kamu sebagai isteriku di dunia dan akhirat.
Dengan nada menyanyi "Happy Birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to you my wife, happy birthday to you.". Semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, dihadiahkan hati yang teguh, dianugerahkan segala kekuatan diri dan diperbanyakkan rezeki. Papa sayang mama lebih daripada yang mama tahu. As man always do!
Terima kasih sayang kerana memilihku sebagai pemimpinmu, InsyaAllah kita akan sama-sama memperbaiki segala kelemahan diri dan menongkah arus dugaan bersama-sama. Kita tidak akan bersendirian kerana mempunyai keluarga sebagai tiang mahligai kita, mempunyai sahabat dan rakan-rakan sebagai hiasan indah hidup kita serta anak-anak sebagai harta rumah kita. Bersama kita selamanya. Amin. Wallahualam.
Sweetnya..
ReplyDeleteSemoga ikatan perkahwinan encik azlan dan isteri berkekalan hingga ke syurga..
Terima kasih Sis Shahida.. InsyaAllah Amin..
DeleteHappy birthday wife en.Azlan. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.
ReplyDeleteTerima kasih CikRenex...
DeleteMoga terus dilimpahi nikmat bersama keluarga tersayang ya...sihat sentiasa..amin.
ReplyDeleteTerima kasih Sis PC...
DeleteSanah Helwah kepada isteri tuan. moga sentiasa dipayungi keberkatan, rahmat dan nikmat selamanya,Insyaallah.
ReplyDeletebahagia till Jannah, amin!
Terima kasih Sis Husna...
Deletesalam..
ReplyDeletenak wish jugak..
selamat hari lahir buat isteri tersayang tu..
moga segala yang dihajati,dimakbulkan Allah. Amin.
InsyaAllah. dan moga bhgia hingga syurga,ye =)
Terima kasih Cik Yaya...
Deleteperghh..so sweet la awak demgan wife.
ReplyDeletesaya pun belum buat macam tu...kasihannya saya
Hihi Mr Hanafi... sesekali je... boleh cuba ya...
DeleteWahhh.happy birthday tuk mrs noor azlan...semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan dan terus bahagia =)
ReplyDeleteTerima Kasih Nini.... InsyaAllah... Amin...
DeleteSelamat hari lahir buat isteri
ReplyDeleteTerima kasih CCL...
DeleteAlolo sweet sungguh.
ReplyDeleteSmpkan Salam buat isteri en azlan yea, semoga ikatan yg dibina kekal hingga ke syurga, aminn
Terima kasih Sis Azimah.... InsyaAllah saya akan sampaikan salam padanya... Amin...
DeleteTeerfeeling gitu. Romantislah Azlan ni.
ReplyDeleteTahniah buat isteri Azlan dapat suami yang penyayang.
Sanah helwah buatnya.
Hahaha... Sesekali kena romantis pak cik... Terima kasih Pak Cik...
DeleteHappy belated birthday buat Mrs. Noor Azlan.
ReplyDeleteSo sweets
Terima kasih Mrs.A....
Delete