Ucapan ulang tahun buat anak

Ucapan ulang tahun buat anak| Selamat Hari Lahir yang ke-6 buat anak saya, Naufal Ammar Rifqi pada hari ini, 13 Julai. Lahirnya dia pada tahun 2011 adalah satu rezeki dan anugerah yang sangat tidak mampu dinilaikan. Biarpun dalam keadaan serba kekurangan, Alhamdulillah, dia membesar dalam keadaan yang sihat dan tidak membebankan saya dan isteri. Semakin hari berlalu sambil menyaksikan setiap perubahan demi perubahan dalam hidupnya, membuatkan kami gembira, bahagia, geli hati, marah dan sakit hati pun ada juga. Itulah perasaan yang saya dapat apabila menjadi seorang bapa. Walau apapun, sebagai seorang ayah tetap berbangga dengan usahanya untuk menjadi anak yang baik walaupun kenakalan kadang-kala mengundang marah.

Happy Birthday, Selamat Hari Lahir, Ucapan Ulang Tahun

Tiada anak yang sempurna dan anak adalah hasil didikan ibu bapa. Apa yang kita corakkan, itulah yang kita dapat. Saya tidak suka mengatakan anak saya sempurna dan tidak membuat sebarang kesalahan. Apa yang dia buat betul, saya akuinya dan jika sikapnya tidak elok, saya akan memarahinya. Biar dia menangis sekarang, jangan saya menangis kemudian hari.

"Ayah tahu tak hari ini hari apa?" Awal pagi dia sudah bertanyakan hal ini. Saya tahu, dia cuba mengikuti apa yang dilakukan oleh Upin Ipin dalam salah satu episod Hari Lahir Upin Ipin. "Entah, tak tahu". Terus dia berlalu. Memang sengaja saya balasnya begitu. Setelah selesai bersiap, dia kecoh lagi, "Hari ni kan hari jadi saya" Ujar kepada emaknya. Lantas saya nyanyikan "Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Naufal, Happy Birthday to you...". Senyum dia sampai pergi sekolah. (Hadiah belum beli lagi, tunggu ayah gaji).

Apa yang saya lihat dalam diri dia kadang-kala mencuit hati saya. Saya akui, dia agak rajin membantu saya dan isteri. Mudah untuk disuruh buat itu dan ini berbanding adik yang kecil. Mungkin timbul rasa tanggungjawabnya sebagai abang. Selain daripada 3 adik beradik yang ada di rumah, masih ada 3 lagi anak tiri saya iaitu abangnya (18yr), kakaknya (17yr,12yr) tinggal bersama nenek mereka di Kuching. Namun saya sangat bersyukur kerana mereka dapat menerima antara satu sama lain dengan baik walaupun berlainan bapa kandung. Bagi saya tiada perbezaan dan mereka semua adalah anak-anak syurga.

Sebenarnya, sudah hampir seminggu Naufal mengingatkan saya dan isteri berkenaan tarikh hari lahirnya. Mungkin dia mendengar perbualan kami. Biasalah budak, bila sudah faham apa yang kita cakap, soalannya akan melebihi soalan peperiksaan. Saya sengaja buat tidak dengar dan layan supaya dia melupakan isu itu supaya lebih kejutan apabila sampai waktunya. Tetapi kalau sudah hari-hari "rewind" mana boleh dia lupa. Sebab itu, awal pagi sudah tanya seperti dialog dalam perenggan ke-3 di atas.

Apa yang dapat saya katakan kepada anak saya, Naufal Ammar Rifqi sempena Ulang Tahun Ke-6 nya. Ayah bukan ayah yang terbaik. Namun ayah akan cuba jadi ayah yang terbaik. Semua manusia bukan sempurna. Begitu juga dengan Naufal. Bukan sempurna tetapi ayah tetap berbangga dengan kamu. Walau bagaimanapun, ayah tetap berbangga dengan apa yang dia telah lakukan selama ini dan bersyukur dengan kehadirannya dalam hidup kami suami isteri. Dia suka menyakat adiknya, sudah mula muncul sifat bertanggungjawab, cuba membantu kerja-kerja di rumah, suka tengok kartun, belum lancar membaca lagi, suka bermain dan menyepahkan rumah tetapi boleh diharap untuk mengemaskan kembali mainannya. Dia juga selalu buat emaknya marah dan berleter. Banyak lagi untuk disebut tetapi semua itu membuat ayah dan ibu lebih bahagia dengan adanya kamu. Naufal mengajar kami apa itu erti keibubapaan sebenar. Untuk masa hadapan, jauhi beberapa perkara yang boleh merosakkan seluruh hidup kamu. Tetapkan akidah dan jadi seorang anak yang tidak derhaka kepada ibu bapa. InsyaAllah. Wallahualam.

Naufal Ammar Rifqi, 
Langkahmu akan diiringi doa ayah dan ibu, 
Majumu dengan restu ayah dan ibu, 
Hidupmu moga diberkati Tuhanku,
Kejayaanmu adalah atas usahamu,

Salahmu salah ayah dan ibu,
Baikmu adalah pekertimu,
Hebatnya kamu kebanggaanku,
Sayang padamu tiada hilir dan hulu,

Happy Birthday, Selamat Hari Lahir, Ucapan Ulang Tahun

Selamat Hari Lahir Ke-6 Anakku, Naufal Ammar Rifqi!

49 Comments

Sanah helwah Naufal Ammar Rifqi. Acik Ana doakan semoga naufal sentiasa sihat dan membesar menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

hensem nuafal. cerdik sangat. selamat ulangtahun kelahiran yer naufal. =)

Terima kasih Sis Ana... Amin...

Hensem macam bapak dia... hehe... Terima kasih Sis IQ...

Naufal Ammar Rifqi kamu anugerah buat ibu ayahmu..Allah izinkan kamu lahir pasti bersebab..tentunya bermanfaat..moga terus menjadi anak soleh,insan yang taat dan ummah yang teguh..sanah helwah anak syurga.

Happy 6th Birthday Naufal Ammar Rifqi hensem. Good boy sangat dia. Semoga membesar menjadi anak soleh bijak pandai dan harapan parents ya.

naufal ammar rifqi , sedap nama tue . selamat ulang tahun yer , moga dapat menjadi anak yang soleh

selamat hari lahir naufal.. comelnya diaaa. jd anak soleh ye pda ayah dan ibu.

Terima kasih PC, Amin....

InsyaAllah Sis Ainniah... Terima kasih... Amin...

Terima kasih CCL, Amin InsyaAllah....

Terima kasih Sis Raihanah...

Terima kasih Sis Busyra... InsyaAllah Amin...

happy belated birthday naufal ammar.. semoga menjadi anak yang soleh, berbakti kepada orang tua..

Terima kasih Ein.... Amin...

Saya pun ucap happy birthday kat dia.

Comelnya naufal happy birthday semoga memjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah dan ibubapa

wah, happy brithday Naufal :)

www.neezalife.com

Nak wish jugak pada Naufal. Happy birthday Naufal :) Semoga berjaya dunia akhirat^^

Salam ulang tahun Naufal Ammar Rifqi.. Semoga membesar menjadi anak yang soleh..

Selamat Ulangtahun Kelahiran Naufal. Semoga membesar menjadi anak soleh yang menyenangkan hati ibubapamu :D

Terima kasih Sis Wani.... Amin...

Terima kasih Sis Nad... Amin...

Terima kasih Sis Shahida, Amin...

Terima kasih Mai... Amin...

Selamat hari lahir semoga berjaya dunia akhirat 😊

Happy birthday naufal...semoga menjadi anak yang soleh dan boleh membahagiakan ur mom and dad...inshaAllah =)

Happy belated birthday! Naufal Ammar Rifqi semoga menjadi anak yang soleh.

Terima kasih Macy.... Amin...

Terima kasih Nini... Amin...

Anak yang comel, wajah suci tanpa dosa.
Semoga Naufal membesar sebagai ank soleh kebanggaan ibu, ayah..berjaya dunia lebih lagi di akhirat, aminn

happy best-day naufal.. jadi anak yang baik ya..

Terima kasih Sis Azimah... Amin...

Terima kasih Atie... Amin....

Happy Belated Birthday, Naufal Ammar Rifqi. Moga membesar menjadi anak soleh yang pintar dan kebanggaan kedua-dua ibu bapa :)

Terima kasih Sis Farrah.... Amin...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon