Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7 Noor Azlan

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7 Noor Azlan| Sebenarnya saya baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan saya yang ke-7 pada tahun ini. Alhamdulillah, masih bersama dengan isteri walau berbagai dugaan datang melanda. Setiap masalah yang datang menjadikan saya dan isteri pasangan yang kuat. Semua dugaan adalah kelemahan dan kekurangan saya sendiri dan yang baik datangnya daripada Allah SWT. Tiada sambutan apa-apa sempena ulang tahun perkahwinan kami kerana keadaan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan.

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7, blogger Noor Azlan

Pada 23 Julai 2010 adalah tarikh pernikahan saya bersama isteri. Waktu itu, majlis diadakan secara sederhana di Majlis Agama Islam Kuching, Sarawak. Dihadiri keluarga saya dan keluarga isteri serta rakan-rakan isteri. Saat paling mendebarkan adalah menjadi pasangan pertama yang dinikahkan oleh jurunikah bertauliah dihadapan pasangan-pasangan lain. Oleh kerana menjadi pasangan pertama dinikahkan, tentunya saya akan menjadi contoh kepada pasangan seterusnya dalam tatacara akad nikah bakal dilangsungkan. Memandangkan saya sudah lama berkawan dengan isteri, jadi bahasa bukan penghalang saya untuk memahami suasana majlis.

Majlis berlangsung dengan gembira dan duka. Dukanya sebab ibu bapa menangis. Bukan duka bersedih tetapi duka bersyukur dan gembira. Alhamdulillah, sehingga kini telah dikurniakan 3 cahaya mata bersama isteri selain 3 lagi anak tiri yang semakin membesar. Saya sangat gembira dengan perjalanan hidup saya bersama isteri. Walaupun kadang kala saya menyakitkan hatinya, isteri saya tetap berdiri disamping saya dan sesungguhnya beliau adalah bidadari syurgaku.

"Dalam diri ini tiada yang sempurna, tetapi diri kamu menyempurnakan hidupku. Hidup ini tiada jalan mudah, tetapi kamu, isteriku telah memudahkan hidupku. Saat aku jatuh, kamu menyambut tanganku, saat aku sakit, kamulah menekap kain basah di dahiku, tiada lagi untuk diceritakan kerana jasa isteri terlalu panjang untuk ditaipkan. Terima kasih isteriku, papa sayang mama"

Ingatlah, lelaki tidak pernah akan sempurna, didatangkan isteri untuk menyempurnakan segala kekurangan. Sepahit mana hidup, pasti ada manisnya pada masa akan datang. Bersabar dan terus bertahan. jangan pernah sekali menyesal dengan pilihan yang telah kita sendiri memilih untuk bersama. Oleh itu, setiap masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan cepat mengalah dan terus berlari daripada masalah kerana itu adalah ujian. Ujian itu bila dihadapi bersama, setelah berjaya mengharunginya, maka nikmatilah kejayaan itu.

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7, blogger Noor Azlan

Terima kasih isteriku, tiada kemewahan harta untukmu dapat aku berikan, tiada istana dapatku hamparkan untukmu di dunia ini, InsyaAllah janji Allah SWT itu pasti, carilah redha dunia, taatlah kepadaku, maka syurga adalah untukmu. Aku berjanji, tiada payung emas akan ada untukmu kerana aku tidak akan memberikan kepadamu bebanan yang sangat berat untuk kamu pikul. Wallahualam.

14 Comments

Happy 7th Anniversary Azlan & wife. Semoga kekal bahagia sampai ke Jannah. Biasa la tu suka duka dalam rumahtangga. Itu kan asam garam dalam hidup berkeluarga. :)

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Mr Azlan dan wife. Semoga sentiasa bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aamin. :)

sekali baca terus nampak romantik hii. bertuah isteri tuan.. semoga kekal bahagia till jannah..

Romantik rupannya tuan blog ini..
sha doakan semoga bahagia hingga ke Jannah buat encik azlan dan isteri..
Salam ulang tahun

Terima kasih Sis Ainniah... Amin.... Betul tu, mustahil tak ada asam dan garam kan...

Terima kasih Galaksi... Amin...

Hihi, sesekali Sis Wani.... Terima kasih ya..

Haha, sesekali Sis... InsyaAllah amin..

Amin, Terima Kasih Sis Hani....

Tahniah Azlan.
Pakcik doakan agar sentiasa bahagia berkekalan hingga ke jannah.

Terima kasih Pak Cik... Amin...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon