Webe: Unlimited 4G data terbaik

Webe: Unlimited 4G data terbaik| Dunia kini melalui zaman teknologi komunikasi tanpa had. Walau dimanapun anda berada, hampir mustahil untuk tidak dapat dihubungi kecuali anda langsung tidak mempunyai alat komunikasi sebagai medium perhubungan. Namun begitu setiap transaksi komunikasi memerlukan anda membayar sejumlah kos tertentu. Waktu dahulu, penyedia talian komunikasi tidak terlalu banyak dan sangat dimonopoli. Namun, melalui SKMM (MCMC) serta kebijaksanaan pengguna membuat pilihan sedikit sebanyak merubah pola penyedia perkhidmatan / permintaan terhadap talian prabayar mahupun pascabayar.

Webe internet, plan terbaik Webe, http://invol.co/clF3u

Webe melalui webe digital sdn bhd adalah anak syarikat Telekom Malaysia (TM) menjadi 'pencabar' baru dalam persaingan penyedia medium perhubungan di Malaysia. Walaupun ianya telah dilancarkan pada penghujung tahun 2016, namun rata-rata rakan saya masih belum menggunakan perkhidmatan Webe ini. Hal ini tidak menjadi kekok kerana ramai pengguna amat setia dengan talian yang sedang mereka gunakan saat ini. Mengapa? Tentunya disebabkan "upfront payment" atau bayaran permulaan untuk menukar talian sedia ada. Bagi mereka yang berkemampuan, ianya bukan satu masalah namun bagi mereka yang sangat berkira dalam perbelanjaan, menukar dengan kerap syarikat telco adalah sangat membebankan.

Secara persamaan terhadap minat pengguna kepada syarikat telco adalah capaian talian (coverage), kelajuan (3G, 4G dan etc) serta berbaloi (worth it). Jika terpaksa membayar lebih sedikit tetapi berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan, saya jamin sukar untuk pengguna menukar kepada penyedia telco yang lain. Rungutan serta aduan yang diajukan kepada syarikat telco kadang kala tidak mendapat jawapan yang praktikal dan masuk akal. Ibarat sebelum beli dilayan seperti raja, apabila sudah beli, lantak kamu lah. Oleh itu, wujud persaingan di kalangan syarikat telco adalah sangat baik dan pengguna berhak memilih mana yang lebih terbaik.

Webe internet, plan terbaik Webe, http://invol.co/clF3u

Adalah sukar juga membuat perkiraan berkenaan melanggan telco kerana nampak tidak penting tetapi diperlukan lebih-lebih di waktu kecemasan. Dahulu saya menggunakan telco prabayar, bila tiba saat kecemasan, kedai topup pula tutup, internet juga tiada. Oleh itu, saya bertukar ke pascabayar. Hujung bulan baru bayar. Namun semakin masa berlalu pergi, perkhidmatan yang ditawarkan sedikit mengecewakan saya. Kadang-kadang bagus, kadang kala pula teruk. Maka bermulalah pencarian penyedia 4G telco yang terbaik. Apa yang saya idam sekarang adalah Webe. Kerana apa? Unlimited data dan terdapat capaian 4G di rumah saya. [Semak coverage di sini]. 

Walau bagaimanapun, bayaran upfront payment yang diperlukan sebanyak RM100 jika menukar telco dengan mengekalkan nombor lama membuatkan proses pertukaran saya memerlukan sedikit masa lagi. Maklumlah, belum habis raya lagi (Faham-faham lah ya). Saya juga ada mendapatkan maklum balas daripada seorang kawan yang telah menggunakan Webe, dan beritahu bahawa beliau 'sangat letih' mahu menghabiskan data yang diberikan oleh Webe. Menangisnya saya mendengarnya. Kuota saya belum cukup bulan sudah tenat walhal hanya melayari Facebook dan Whatapps dengan kerap sahaja.

Webe internet, plan terbaik Webe, http://invol.co/clF3u

Secara asasnya, Webe menawarkan harga yang lebih rendah bagi pendaftaran talian ke-2, ke-3 dan seterusnya. Ini bermakna saya dan keluarga boleh menggunakan Webe dengan bayaran pendaftaran yang lebih rendah tetapi mendapat dengan pakej yang sama manfaatnya. Kelebihan Webe yang paling utama adalah never-ending data, calls dan SMS serta tiada kontrak perkhidmatan berbanding penyedia telco yang saya guna. Jadi bila-bila masa boleh tukar kepada syarikat telco yang lain jika berniat menukarkannya. Ingin tahu lebih mendalam dan apa tawaran menarik daripada Webe?, maklumat lanjut ada [di sini]

12 Comments

Pencabar terbaru syarikat telco ni nampaknya. Ana br bertukar ke abg kuning dr abg oren. So far ok lg ni. Kalau x, kena tukar lain juga nampak nya. Hehe

Menarik juga, cuma no kena kuarkan bajet utk kekalkan no tu, ada berat juga walaupun katanya tkdelah tinggi mane.

Itulah, asyik main tukar-tukar je kan...

Ye la... kalau ada servis yang lebih baik apa salahnya kan tukar...

menarik info ni, saya ada kontrak lagi. dah habis kontrak nanti boleh prtimbangkan

Ya sis, kalau dah habis kontrak boleh la cuba tukar selera...

Sha dah kurang keyakinan kalau guna yang bayar bulan-bulan cengginie.. Dah serik.. hehehe.. masih dengan abang biru lagi.. sebelum nie pernah guna hijau dan kuning tapi kurang memuaskan.. oren lagilah.. sadis..

Hijau tu yang mana sis? Maxis ke? Kalau tak dapat control bila pascabayar ni memang nahaslah... hihi

Sekarang guna celcom tapi rasa tak puas hati la. Still tengah consider nak tukar ke webe ni tapi takut takda line pula sini haha adui.

Ya line Celcom kadangkala tak memuaskan... salah satu sebab kita ragu-ragu nak tukar sebab takut coverage lagi teruk kan... huhu

Kat tempat lea ni ramai dah guna webe.. Katanya sangat ok...

Oh yeke Lea... Terima kasih untuk maklumbalas, membuatkan saya semakin teruja nak tukar ke Webe.. huhu

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon