Esok raya masak apa?

Selamat Hari Raya Aidiladha| Esok umat Islam akan meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha. Bagi individu yang tidak pergi ke Makkah untuk menunaikan haji pada tahun ini, aktiviti sembahyang raya, mempersiapkan juadah serta melakukan ibadah korban sebagai tanda perayaan Aidiladha disambut di negara ini.

Aktiviti cuti sempena kemerdekaan

Aktiviti cuti sempena kemerdekaan| Hari ini adalah cuti kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Kebetulan pula esok adalah tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Hari Jumaat, maka semakin panjanglah tempoh cuti pada minggu ini memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah mengumumkan bahawa 04 September 2017 adalah cuti sempena kejayaan Malaysia menjadi juara keseluruhan Sukan Sea 2017.

Malaysia dan Merdeka: Kita belum merdeka!

Malaysia dan Merdeka| Hari ini adalah hari terakhir sebelum kita menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara esok. Setiap tahun selepas merdeka, tibanya 31 Ogos adalah hari kita memperingati detik-detik kebebasan negara daripada penjajahan British. Setelah sekian lama kita dijajah, akhirnya pada 31 Ogos juga kita mampu membina negara bangsa sendiri tanpa campur tangan pihak daripada negara lain. Itu harapannya. Tetapi benarkah kita sudah bebas dan mampu berpijak di kaki sendiri?

Keputusan final bola sepak Sukan Sea 2017: Malaysia VS Thailand

Keputusan final bola sepak Su VS Thailand| Perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur menemukan kuasa Asia Tengara, Thailand VS Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Sea pada temasya edisi 2017. Pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam, Selangor menjadi penentu kepada pemenang pingat emas dalam acara bola sepak pada temasya kali ini yang berlangsung pada 29 Ogos 2017 Jam 08.45 PM di Stadium Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Selamat Ulang Tahun Rania

Selamat Ulang Tahun Rania| Hari ini  29 Ogos 2017, hari kelahiran Nur Rania Adelia, anak ayah yang ke-5. Sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik sudah 5 tahun Rania lahir ke dunia ini. Tiada perkara yang menggembirakan seorang ayah selain daripada Rania sentiasa sihat selalu.

Kenapa perempuan period mudah marah

Kenapa perempuan period mudah marah| Hanya perempuan sahaja yang mengalami "period" atau "datang bulan" dalam bahasa mudah kita fahami. Tiada seorang pun lelaki mempunyai masalah period seperti perempuan. Jika lelaki mudah marah maknanya dia seorang panas baran dan bukannya period. Apakah maksud period? Mengapa ini berlaku?

Jenis sihir dan tanda terkena sihir

Jenis sihir dan tanda terkena sihir| Sihir adalah kaedah halus yang digunakan untuk mendatangkan mudarat kepada manusia. Asal usul sihir telah bermula apabila dua malaikat bernama Harut dan Marut diutus oleh Allah SWT di Kota Babilon, Iraq. Kota Babilon telah wujud pada zaman sebelum Nabi Ibrahim A.S lahir.

Ciri-ciri perempuan yang comel

Ciri-ciri perempuan yang comel| Bagaimana cara untuk mengetahui bahawa seseorang perempuan itu comel atau tidak? Perempuan comel boleh dikatakan seorang perempuan berpesonaliti menarik dengan cara yang cantik. Ciri-ciri perempuan yang comel tidak sama dengan ciri-ciri perempuan gedik seperti yang telah saya tuliskan sebelum ini. Tentunya menjadi persoalan kepada anda tentang apakah perempuan comel itu bermakna perempuan cantik atau adakah perempuan comel itu semestinya seorang perempuan perlu memiliki wajah yang cantik?

Broaden: English Article for blog

Broaden: English Article for blog| Kalau anda perasan perkataan Broaden News di blog ini, ianya adalah sesuatu yang baru saya letakkan dalam blog BILALELAKIBERBICARA.COM. Sebenarnya saya mendapat email berkenaan tawaran untuk meletakkan pautan artikel berbahasa Inggeris di blog pada minggu lepas melalui Broaden. Sebelum saya bersetuju untuk meletakkan pautan Broaden, saya membuat semakan di laman sesawang Broaden itu sendiri supaya mengelakkan sama ada email yang saya terima itu adalah daripada spam atau sebagainya.

Tanda lelaki mempunyai ego tinggi

Tanda lelaki mempunyai ego tinggi| Begitu sinonim jika perempuan mengatakan bahawa lelaki lebih ego daripada mereka. Apakah maksud ego? Ego bermaksud rasa harga diri atau kepentingan diri seseorang. Dalam konteks ini, lelaki ego adalah rasa harga diri seorang lelaki dan kepentingannya ibarat harta yang sangat bernilai untuk dilindungi, dipertahankan dalam apa jua cara sekalipun. Mengapa lelaki sering dikatakan lebih ego daripada perempuan? Hal ini tidak bermaksud bahawa perempuan tidak mempunyai ego tetapi ego seorang perempuan lebih biasa disebut maruah. Sebenarnya kedua-dua perkara ini sangat sering menjadi perbualan dalam terma kesombongan individu tertentu dalam memberi tindak balas kepada orang lain.

Penghasilan pendapatan di Google Adsense

Penghasilan pendapatan di Google Adsense| Pendapatan melalui iklan Google Adsense di blog bergantung kepada beberapa faktor terutamanya tentang bagaimana cara pilih unit iklan Adsense yang sesuai, jenis iklan Google Adsense dan berapa banyak jumlah trafik pengunjung ke blog anda. Begitu banyak tips Google Adsense tentang bagaimana meningkatkan pendapatan melalui iklan Google Adsense yang telah dikongsi oleh pakar-pakar Google Adsense.

Cara berkesan untuk lulus (Approved) Google Adsense juga telah dikongsikan oleh pakar Google Adsense seperti Bro Wayne Harraz yang telah banyak membantu saya dalam proses mendapat status lulus daripada Google Adsense setelah gagal begitu banyak cubaan saya untuk lulus permohonan Google Adsense seperti yang telah saya huraikan dalam entri Kenapa permohonan Google Adsense gagal. Setelah berguru dengan Bro Wayne Harraz, Akhirnya lulus Google Adsense juga. Maka setelah itu bagaimana penghasilan pendapatan di Google Adsense? Adakah lumayan seperti yang digembar-gemburkan oleh kebanyakkan "otai-otai" Adsense?

Saya pernah juga membaca beberapa entri daripada luar negara berkenaan pendapatan di Google Adsense. Walau bagaimanapun amat jarang memperlihatkan jumlah penghasilan di Google Adsense mereka. Mengapa ianya begitu rahsia untuk dibincangkan? Ada sebabnya tersendiri. Oleh sebab itu, sangat sukar untuk kita menilai sejauh mana keberkesanan unit iklan Google Adsense yang kita pilih sama ada mendapat penghasilan pendapatan yang tinggi atau tidak kerana untuk membuat perbandingan pasti memerlukan nilai. Selain daripada penghasilan pendapatan Google Adsense melalui blog, penghasilan pendapatan Google Adsense juga boleh dibuat melalui platform You Tube seperti yang saya catatkan pada entri Cara buat duit dengan merakam untuk youtube video. Channel You Tube saya [Bilalelakiberbicara Channel] juga semakin meningkat jumlah Views dan akan terus meningkat walaupun perkongsian video yang tidak seberapa. InsyaAllah.

Memilih jenis unit iklan terbaik Google Adsense


Saya juga tidak terlepas untuk melakukan beberapa penilaian dan eksperimen untuk melihat sejauh mana unit iklan Google Adsense yang saya pilih mampu mendapatkan pulangan yang tinggi melalui blog BILALELAKIBERBICARA.COM. Buat masa ini, saya belum mampu untuk menghasilkan beberapa lagi buah blog untuk mengoptimumkan penghasilan pendapatan melalui Google Adsense kerana untuk mewujudkan sebuah blog bukan sahaja memerlukan komitmen dan kerahan idea tetapi kesukaran mencuri masa di samping tugas-tugas lain mengetepikan usaha saya untuk menambah satu lagi blog baru. Berbalik isu tadi, kebanyakkan perkongsian yang saya baca di Google+ dan blog lain, ada beberapa cadangan berkenaan jenis unit iklan yang terbaik diletakkan di dalam sebuah blog. Bergantung juga di mana lokasi yang sesuai untuk meletakkan iklan dan kemungkinan besar banyak terlihat oleh pengunjung blog juga amat penting.

Terdapat beberapa jenis pilihan unit iklan Adsense yang boleh anda pilih melalui Ad Units yang disediakan oleh Adsense. Jika anda kurang mahir untuk memilih unit iklan Adsense, anda boleh menggunakan template blog yang sudah menyediakan lokasi unit iklan yang boleh diletakkan. Sama ada anda memilih unit iklan jenis 970x90, 728x90, 300x250 atau sebagainya. Kini Adsense telah menyediakan pelbagai variasi unit iklan seperti In-Art, In-Feed, Matched Content dan sebagainya. Nampaknya Google Adsense semakin memudahkan blogger untuk membuat pilihan unit iklannya sendiri. Walau bagaimanapun, apakah unit iklan Adsense yang kita pilih adalah terbaik dalam memberikan pulangan yang setimpal dengan sejumlah trafik yang kita ada?

Penghasilan pendapatan Google Adsense, jenis iklan Google Adsense

Jika anda dapat lihat gambar seperti di atas, berikut adalah beberapa jenis unit iklan telah saya pasang di blog saya untuk tujuan penghasilan pendapatan dari Google Adsense. Namun nama unit iklan Adsense yang saya guna tidak semestinya anda perlu ikuti kerana terpulang kepada kemahuan anda sendiri untuk menamakan unit iklan sendiri. Jadi bagaimanakah prestasi unit iklan-iklan saya? Sejak blog ini diluluskan untuk memaparkan iklan Google Adsense pada penghujung bulan Julai 2017, gambar di bawah adalah "Screenshoot" Performance Report Adsense saya untuk sebulan lebih sahaja. 

Penghasilan pendapatan Google Adsense, jenis iklan Google Adsense

Walau pun saya sedar bahawa jumlah trafik ke blog saya tidaklah begitu tinggi dan memberansangkan, namun hasil sedikit-sedikit ini jika dikumpulkan akan menjadi banyak juga. Berbanding dengan unit iklan Nuffnang sebelum ini, saya boleh katakan ianya melebihi 10 kali ganda peningkatan pendapatan dengan Google Adsense (jumlah trafik yang hampir sama). Daripada apa yang dapat saya simpulkan bahawa jenis unit iklan daripada jenis Responsive mendominasi penghasilan pendapatan Google Adsense saya. Namun begitu, bagi tempoh jangka masa sebulan setengah ini, sebenarnya unit iklan jenis 300x250 telah menjana pendapatan lebih lumayan berbanding unit iklan jenis responsive (Header). Unit iklan 300x250 saya letakkan di bahagian Sidebar dan bawah entri. Pada mulanya saya sangkakan bahawa Unit iklan 300x250 di sidebar memberikan lebih lumayan dalam penghasilan pendapatan Google Adsense tetapi pengunjung blog tidak mahu melihat iklan. Mereka mahu membaca entri dan setelah membaca entri maka segelintir mereka memberikan klik kepada unit iklan tersebut di bahagian bawah entri.

Jana pendapatan melalui Google Adsense

Alhamdulillah saya bersyukur sehingga kini bahawa blog ini telah lulus permohonan Google Adsense. Sesuatu yang saya tidak sangka. Pada masa ini, apa yang saya akan lakukan adalah meningkat jumlah pendapatan di Google Adsense dengan cara yang tidak melanggar peraturan kerana apa yang kita nikmati pada hari tidak semestinya kekal kerana sebarang pelanggaran terhadap polisi Google Adsense akan menyebabkan akaun akan dibekukan dan sebagainya. Bagi seorang blogger, ini adalah pendapatan sampingan dan kadang-kala pendapatan sampingan ini pernah membeli sarapan pagi bagi seluruh seisi keluarga. Meningkatkan jumlah trafik, terus menulis entri dengan memperbaiki teknik Search Engine Optimization (SEO) serta meneruskan ukhwah antara blogger lain menjadi keutamaan pada masa akan datang.

Penghasilan pendapatan Google Adsense, jenis iklan Google Adsense

Jika dilihat daripada gambar di atas, pendapatan untuk blog ini dalam anggaran USD5.76 sahaja. Nilainya mungkin kecil berbanding blog-blog lain yang lebih tinggi trafiknya. Saya menetapkan sasaran untuk "Withdraw" pendapatan tersebut sekurang-kurang sebelum musim persekolahan bermula pada penghujung tahun 2018 bagi menampung cabaran ekonomi semasa. Walaupun nilainya kecil tetapi saya berbangga atas pencapaian diri sendiri kerana sikap yang positif akan menghasilkan sesuatu yang positif. Untuk menjana pendapatan melalui Video You Tube pula, pada saat ini masih belum mencapai tahap minimum untuk di"review" iaitu mencapai sekurang-kurangnya 10 ribu "Views". Entri ini ditulis bukan untuk membandingkan pendapatan dengan blog lain tetapi adalah memberi inspirasi dan idea bagaimana untuk mengatur cara unit iklan Google Adsense di blog serta perkongsian pengalaman bersama Google Adsense. Apa yang baik dan bermanfaat ambil sebagai panduan dan apa yang buruk dalam blog ini, mohon abaikan sahaja. Wallahualam.

Kasih sayang ibu bapa tidak bertepi

Kasih ibu bapa tidak bertepi| Ibu bapa adalah insan yang pertama bagi seorang anak untuk berpaut. Sebaik sahaja keluar daripada rahim seorang ibu, tangisan disambut hiba oleh ibu bapa tanda kesyukuran dan pelukan erat diberikan dengan penuh kasih sayang. Kebahagiaan yang sangat dicemburukan oleh mereka yang tidak pernah berpeluang merasa nikmat kasih sayang seorang ibu dan bapa. Betapa indahnya perasaan itu hanya seorang anak dan ibu bapa sahaja yang tahu.

SLE: Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Penyakit SLE: Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)| Baru pertama kali mendengar penyakit SLE? Penyakit SLE ini adalah singkatan daripada Sistemik Lupus Eritematosus atau diringkaskan kepada SLE. Apa itu Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)? Jika di Malaysia anda pasti akan menemui istilah LUPUS jika anda mencari maklumat berkaitan Sistemik Lupus Eritematosus (SLE). Apa itu LUPUS pula? LUPUS adalah singkatan kepada Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) manakala Malaysian SLE Association (PLSEM) adalah sebuah badan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE).

Sejarah penubuhan Jabatan Kimia Malaysia

Sejarah penubuhan Jabatan Kimia Malaysia| Setiap perkara yang berlaku di dalam dunia ini pasti ada permulaannya. Semakin jauh kita meninggalkan titik permulaan maka perkara yang kita tinggalkan itu dipanggil sejarah. Sejarah perlu direkodkan untuk tatapan generasi akan datang sebagaimana sejarah Jabatan Kimia Malaysia direkodkan. Sebagai seorang kakitangan Jabatan Kimia Malaysia tentunya saya tidak boleh lari daripada mengambil tahu serba sedikit berkaitan tarikh-tarikh penting Jabatan Kimia Malaysia, sejak bila diwujudkan, fungsi kewujudannya dan sebagainya. Oleh itu, perkongsian ini adalah untuk manfaat bersama agar kita mengenali Jabatan Kimia Malaysia yang telah berbakti begitu lama dalam memberikan penyelesaian kaedah saintifik begitu banyak masalah berkaitan terutamanya apabila melibatkan kes berkaitan jenayah dan undang-undang di negara ini.

Panduan kadar sukatan isi rumah dan masakan

Panduan kadar sukatan isi rumah dan masakan| Pernahkah anda mengalami kesulitan saat anda menilai kadar 1 sudu teh atau seumpamanya kepada nilai yang anda fahami. Barangkali segilintir daripada kita termasuk saya juga tidak biasa dengan kadar sukatan isi rumah dan masakan yang dituliskan dalam kebanyakkan resepi masakan. Apa yang dikongsikan dalam buku resepi masakan mahupun perkongsian resepi masakan di internet terutamanya didapati masih lagi menggunakan kadar sukatan lama yang kurang diajar dalam pembelajaran versi baru di negara ini.

Bilik 51: Temujanji pertama ShockWave Therapy

Bilik 51: Temujanji pertama di hospital| Hari ini adalah temujanji fisioterapi saya di hospital. Kebiasaannya saya jarang untuk berjumpa doktor jika setakat sakit sikit-sikit sahaja. Namun pada kali ini saya terpaksa untuk cuba mencegah awal penyakit 'misteri' ini daripada bertambah buruk. Ditakuti nanti, sudah bertambah teruk, makin susah pula mahu diubati.

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul| Berjaya juga join satu lagi Giveaway hari ini. Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul, tentunya hadiahnya coklat. Mula-mula terfikir juga, entah cair atau tidak jika saya menang coklat tersebut. Jauh juga tuan rumah perlu pos ke Sibu, Sarawak. Itu berangan kalau menang. Angan-angan Mat Jenin tidak salah. Jadi kali ini Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul akan saya sertai.

Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my.

Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my| Hari ini saya berkesempatan untuk menyertai satu lagi Giveaway daripada blogger iaitu cikLa melalui blognya. Hadiahnya Tudung Preloved Halfmoon by Hajra. Sejujurnya saya tidak tahu apa itu Tudung Halfmoon melainkan saya Google sahaja bentuk rupanya. Walau bagaimanapun, hadiahnya tidak berapa penting kerana apa yang saya belajar daripada perkongsian sahabat blogger, menyertai Giveaway, Segmen dan sebagainya adalah sebagai salah satu langkah memberi sokongan dan memeriahkan industri blogger-blogger di Malaysia. Industri?

Dulu bodoh kini lebih berjaya

Dulu bodoh kini lebih berjaya| 10 perkara untuk peroleh kejayaan setelah gagal sebelumnya| Pernah kita terfikir bahawa orang yang dikategorikan sebagai kurang cerdik pada zaman persekolahannya, berkemungkinan suatu hari nanti mereka akan lebih berjaya daripada kita? Tentunya tidak. Pada zaman persekolahan pastinya perkara ini tidak pernah berlegar di ruang pemikiran apatah lagi saat itu minda sebagai seorang remaja belum benar-benar matang untuk berfikir sejauh itu. Adakah anda kini menjadi seorang yang lebih berjaya daripada rakan-rakan persekolahan sedangkan anda berada dalam kategori kurang cerdik?

Hashtag #jangantakutnuklear by KP Nuklear

Hashtag #jangantakutnuklear by KP Nuklear Malaysia| Baru-baru acapkali saya melihat hastag #jangantakutnuklear daripada Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Mohd Ashhar Bin Hj. Khalid dalam posting beliau di laman sosial rasmi Facebooknya. Agak tertarik dengan hastag #jangantakutnuklear tersebut, entri ini ditulis untuk mengulas isu berkaitan perkara #jangantakutnuklear tersebut. Ini hanya pandangan kecil daripada orang kecil sahaja.

DIY-Cara buat coffee table guna kayu pallet

DIY-Cara buat coffee table guna kayu pallet| Cuti hujung semalam dimanfaatkan sepenuhnya oleh saya untuk menyiapkan projek DIY-Cara buat meja coffee table guna kayu pallet. Sebenarnya secara kebetulan, ada peralatan saintifik baru diterima oleh pejabat. Oleh kerana peralatan saintifik tersebut berat dan besar, maka disertakan sekali dengan kayu pallet untuk memudahkan kerja-kerja pengangkutan peralatan tersebut. DIY-Cara buat meja coffee table guna kayu pallet sebenarnya tidak sukar namun memerlukan kreativiti tinggi untuk mereka bentuk, menyusun semula kayu serta menukul paku. Saya tidak berapa kreatif dan mahir jika melibatkan penukangan tetapi boleh juga anda lihat hasilnya.

Kumpulan Underground melayu popular satu masa lalu

Kumpulan Underground melayu popular satu masa lalu| Sebelum wujudnya secara melata kumpulan-kumpulan "underground" melayu yang terdapat di negara pada masa ini, sebenarnya budaya berkumpulan secara underground telah menjadi sinonim bagi sekumpulan remaja pada masa lalu. Sesekali terimbas kenangan zaman persekolahan, teringat pula berkenaan perkara ini.

Tahap perkembangan kanak-kanak dari 2 hingga 7 tahun

Tahap perkembangan kanak-kanak dari 2 hingga 7 tahun| Tahap perkembangan kanak-kanak jika diperhatikan secara menyeluruh, terdapat perbezaan ketara dari masa ke semasa dan menyeronokkan untuk diulang semula jika boleh. Untuk dinilai dari hari ke hari sangat sukar memandang perubahan yang sangat kecil skalanya. Sebagai contoh, mustahil untuk mencari perbezaan pertambahan jumlah kuantiti dalam tempoh singkat berbanding jarak masa setahun atau dua.

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST| Balik tengahari tadi maklumkan kepada isteri. Ada blogger anjur contest. Hadiahnya tuala bersulam. "Bagus juga tu pa. Boleh gantikan tuala lama kita". Dia tidak pula cakap suruh turut serta contest. Tapi sebagai lelaki, kita fahamlah kan. Oleh sebab itu, hari ini adalah hari contest sahaja. Banyak contest, giveawar dan segmen dapat saya turut serta. Sebelum ini mampu tengok sahaja.

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST ini dianjurkan oleh Kak Nor dengan kerjasama Sis Hawa. Maklumat berkaitan SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST boleh baca seperti di bawah.

Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017

Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017| Perkara pertama menarik perhatian saya untuk turut serta dalam segmen ini adalah Surprise Gift berupa Review Blog. Teringin juga ingin melihat blog daripada kaca mata orang lain. Sama ada menarik kah, membosankan kah, menyampah kah. Tentu sekali kadang-kala kita berasa ego atau syok sendiri kan. Tidak banyak sedikit pasti ada. Jadi ada baiknya kalau rezeki saya menang Review Blog tu. (Angan-angan).

Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious| Satu lagi buat hari ini. Rasa bersemangat pula mahu turut serta dalam Contest, Giveaway, Segmen dan sebagainya. Bertuah atau tidak, bergantung kepada rezeki masing-masing kan. Jadi untuk Giveaway kali ini, saya akan menyertai Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious. Elsaalicious nama pena bagi Shaidatul Aireen. Boleh klik banner seperti di bawah jika ingin menyertainya.

Giveaway Instant Shawl By MamaPipie

Giveaway Instant Shawl By MamaPipie| Kalau anda semua perasan, saya jarang ikut serta dalam kebanyakkan Contest, Giveaway, Segmen atau apa juga yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain. Ini semua sebab oleh entri INI. Namun setelah perkara dalam entri INI telah selesai, saya akan mula menyertai Contest, Giveaway, Segmen atau apa juga yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger pada masa hadapan. Namun jika syaratnya terlalu sukar, saya ada kekangan untuk menyertainya. Maklumlah, talian internet di pejabat melarang penggunaan beberapa media sosial. Tapi pepatah ada berkata "Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih kan?". Oleh itu saya akan cuba untuk menyertai Contest, Giveaway, Segmen atau sebagainya selepas ini.

Cara buat duit dengan merakam untuk youtube video

Cara buat duit dengan merakam untuk youtube video| Sesuai untuk mereka yang suka mengabadikan kenangan seharian melalui rakaman video. Jika hobi merakam video ragam anak-anak, bukan sahaja meraih populariti melalui viral sahaja, sebenarnya anda mampu mendapat lebih daripada itu dengan manfaat pengiklanan Google Adsense.

Ulang tahun persandingan Azlan-Dewi

Ulang tahun persandingan Azlan-Dewi| Pada tarikh ini 01.08.10 adalah hari sangat indah dan bahagia bersama isteri. Persandingan bahagia ini berlangsung pada petang dengan cuaca agak redup dan tidak terik. Pada waktu itu, impian menginjak ke jinjang pelamin telah terlaksana. Termeterainya perjanjian sehidup semati telah diceritakan pada entri Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7 Noor Azlan. Bagi setiap pasangan yang berkahwin, tentunya tarikh-tarikh penting dalam rumah tangga harus diperingati. Dikesempatan ini, wajarlah saya juga meraikan ulang tahun persandingan saya bersama isteri pada 7 tahun yang lalu.