Monday, August 07, 2017

DIY-Cara buat coffee table guna kayu pallet

DIY-Cara buat coffee table guna kayu pallet| Cuti hujung semalam dimanfaatkan sepenuhnya oleh saya untuk menyiapkan projek DIY-Cara buat meja coffee table guna kayu pallet. Sebenarnya secara kebetulan, ada peralatan saintifik baru diterima oleh pejabat. Oleh kerana peralatan saintifik tersebut berat dan besar, maka disertakan sekali dengan kayu pallet untuk memudahkan kerja-kerja pengangkutan peralatan tersebut. DIY-Cara buat meja coffee table guna kayu pallet sebenarnya tidak sukar namun memerlukan kreativiti tinggi untuk mereka bentuk, menyusun semula kayu serta menukul paku. Saya tidak berapa kreatif dan mahir jika melibatkan penukangan tetapi boleh juga anda lihat hasilnya.

DIY-Cara buat coffee table guna kayu pallet, kayu pallet

Video berkenaan DIY-Cara buat meja coffee table guna kayu pallet telah banyak dikongsi di You Tube. Sempat juga saya sharekan sedikit video kepunyaan saya yang sempat saya rakam semasa aktiviti DIY-Cara buat meja coffee table guna kayu pallet bersama anak saya. Anda boleh lihat di sini [Video DIY-Cara buat meja guna kayu terbuang (pallet)].

Jika anda berminat ingin membuat sendiri meja(Coffee Table) atau sebagainya, nasihat saya supaya memilih kayu pallet yang betul-betul sesuai digunakan untuk kerja-kerja tersebut. Daripada 2 kayu pallet yang saya ambil, hanya 1 sahaja yang sesuai digunakan untuk kerja buat meja (coffee table). Kayu yang bersesuaian adalah daripada papan lapis kayu asal dan bukan daripada kayu campuran atau kayu campuran berlapis (plywood) kerana kayu campuran berlapis mudah pecah ketika kerja-kerja meleraikan kayu pallet. Papan kayu asal bermaksud apa-apa jenis papan yang dijadikan kayu pallet dan tidak bercampur dengan mana-mana kayu lain.


DIY-Cara buat meja coffee table guna kayu pallet jika kena dengan gayanya, kualitinya adalah lebih tinggi berbanding dengan kualiti produk yang terdapat di kedai perabot. Malahan kita juga akan merasa lebih kepuasan dengan hasil kerja sendiri. Ini juga kali pertama saya membuat meja dengan menggunakan kayu pallet. Boleh tahan juga letihnya memandangkan semalam guna gergaji yang agak tumpul. Jadi jenuh juga sorong tarik gergaji. Nasib baik meja ringkas sahaja. Itu pun kayu pallet saya tidak cukup bagi saya mengukuhkan struktur asas meja (coffee table). Harap-harap ianya bertahan lama memandangkan anak bongsu suka sangat duduk atas meja televisyen.

DIY-Cara buat coffee table guna kayu pallet, kayu pallet

Hasil projek DIY-Cara buat meja coffee table guna kayu pallet saya belum siap sepenuhnya. Untuk mencantikkan hasil kerja DIY meja coffee lagi, anda perlu Varnish supaya ianya bertahan lama, nampak kemas dan lebih cantik. Gloss Finish juga boleh digunakan untuk memperkemaskan lagi meja coffee table supaya menepati kehendak warna seperti yang diinginkan. Jika anda suka warna biru, boleh juga. Jika anda suka warna merah pun boleh juga.

DIY-Cara buat coffee table guna kayu pallet, kayu pallet

DIY-Cara buat meja coffee table guna kayu pallet menjimatkan kos hiasan rumah jika anda betul-betul mahir sebagai tukang kayu. Apatah lagi jika amat kreatif dalam kerja penukangan, seni hiasan rumah anda bakal menjadi idaman semua penggemar penghias rumah. DIY-Cara buat meja coffee table guna kayu pallet satu cara mudah untuk mengurangkan kos dan kayu pallet terbuang. Wallahualam.

30 comments:

  1. Pastu cat warna putih...cantik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna cat tu belum fikir lagi, kena tengok kesesuaian warna dinding rumah... hihi... tapi putih pun cantik..

      Delete
  2. Wow, pandai bertukang juga rupanya, bole asah bagi tajam, dah tajam boleh terima tempahan, hehe..

    ReplyDelete
  3. trending haa,,rata-rata banyak yang pakai kayu pallet untuk buat perabut macam kerusi mmeja

    ReplyDelete
  4. kreatif dan menjimatkan. terbaik Mr Noor Azlan. GV mmg failed kalu bab bertukang. huhu.

    ReplyDelete
  5. Hee.. kebutulan adik Nieve baru sahaja buka kedai gunting rambut dan rata2 shelvingnya menggunakan kayu palet ini... mmg nampak kreatif & cantik...

    ReplyDelete
  6. Untungnya bagi yang kreatif...bukan sahaja dapat berjimat malahan boleh berkongsi dengan orang lain hasilnya..

    ReplyDelete
  7. Rajin betul buat sendiri. Hehehe, tapi dengan ekonomi skrg ni, semua kena berjimat. Bagus juga sekali sekala DIY barang rumah kan.

    ReplyDelete
  8. senang je buat, cuma kena rajinla kan

    ReplyDelete
  9. Kalau rajin dan kreatif hasilnya berbaloi-baloi.
    Nanti kalau dah cat atau varnish up-date lagi :-)

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Hihi.... saje cuba je sis... tak pandai sangat...

      Delete
  11. kreatif hasilnya tu, saya pun buat sendiri juga coffe table tapi takdelah sekreatif ini, coffe table saya biasa2 saja yang penting ada hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya pun biasa je.... tak kukuh tu, kayu tak cukup... haha

      Delete
  12. betul tu,kalau kreatif,apa sahaja barangan buangan akan jadi hasil yang baik

    ReplyDelete
  13. Jimat sikit x perlu beli coffee table kalau ada skill begini.. Boleh buat ikut creativity sendiri kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu sis LZ... jimat bape ratus dah.. huhu

      Delete
  14. husband say tengah 'gila' bertukang kayu pallet ni. siap dah rak kasut satu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki kalau time rajin jangan ditegur sis... hihi...

      Delete
  15. kena betul betul gigih buat benda ni. ihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gigih Mek... kalau tak gigih tak menjadi...

      Delete