Aktiviti cuti sempena kemerdekaan

Aktiviti cuti sempena kemerdekaan| Hari ini adalah cuti kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Kebetulan pula esok adalah tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Hari Jumaat, maka semakin panjanglah tempoh cuti pada minggu ini memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah mengumumkan bahawa 04 September 2017 adalah cuti sempena kejayaan Malaysia menjadi juara keseluruhan Sukan Sea 2017.

Bunga orkid, orkid, jenis-jenis orkid, ciri-ciri orkid

Oleh sebab itu bertambah seronoklah anak-anak dan ibu bapa yang dapat memanfaatkan cuti yang panjang untuk dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga. Selain daripada berehat sahaja di rumah, saya juga turut berfikir aktiviti apakah yang perlu saya buat bersama keluarga saya. Tentu anda semua sedang bersiap-siap untuk keluar rumah hari ini kan? Hajat pada mulanya mahu bangun lewat sikit hari ini. Maklumlah waktu cuti kan. Tetapi hajat terbantut pula jika sudah berumahtangga apatah lagi sudah beranak pinak. Yang paling kecil sudah panjat di belakang badan, yang abang tanya itu ini dan yang kakak minta itu ini. Alahai anak, melepaslah hajat bapa.

Jadi apa aktiviti anda semua hari ini? Ada menyaksikan program sambutan kemerdekaan? Cerita malam tadi, saya pergi ke pusat bandar bersama keluarga. Itu pun nasib baik kawan ada tinggalkan kereta. Boleh lah bawa semua sekali. Bila pergi ke pusat bandar dalam jam 11.00 malam, pusing-pusing di kawasan dataran bandar, mana tahu ada pertunjukkan bunga api malam ini tetapi hampa. Maklumlah di Sarawak sambutan tidak semeriah di Semenanjung. Tarikh sambutan kemerdekaan di Borneo adalah 16 September. Bila tengok macam tiada apa sambutan di dataran, maka mata melilaulah cari makanan. Pilihan yang ada cuma burger jalanan. KFC ada, McD ada tetapi burger jalanan ada umphh nya tersendiri. Masa tunggu burger siap, budak-budak sudah mula terlelap dalam kereta. Dalam hati "Mesti aku juga kena habiskan burger ni nanti". Confirm! Anak-anak cuma makan isinya sahaja. Saya dan isteri kena makan rotinya. Sadis!

Pagi ini, tiada plan lain selain kemas rumah, beli barang dapur dan layan anak-anak. Selain itu trim pokok-pokok orkid saya. Hari sabtu mahu saksikan korban sapi (lembu). Di Sarawak, orang tempatan lebih suka panggil Sapi. Hari ahad pula mahu ke Mukah kerana anak sulung daftar UiTM. Aktiviti cuti sempena kemerdekaan saya banyak bersama keluarga sahaja. Seronok melihat karenah anak-anak membesar. Tapi kan, budak-budak bila seronok-seronok mesti penghujungnya nangis kan? Selalu ke tidak berlaku dengan anak-anak anda? Kalau ada kita sama! Apa-apa pun, biar apa pun aktiviti yang anda buat sempena cuti panjang ini, utamakan keselamatan diri anda dan keluarga ya. Biar macam kura-kura tapi sampai, jangan macam arnab tapi terlelap di perjalanan. Bahaya! Wallahualam.

8 Comments

Salam kemerdekaan dan salam aidiladha ya..alhamdulillah dapat bercuti panjang sedikit.Waktu yang ada boleh diisi dengan sebaik-baiknya insyaAllah :)

Ya sis, seronok juga sesekali bercuti panjang...

Salam aidiladha dan selamat hari merdeka :)

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menyambut Kemerdekaan juga Nad...

even trlmbat wish nk wish jgk. haha. selamat hari merdeka en lan!

Tak apa, saya merdeka setiap hari... hihi...

Bestnye..dpt menyambut merdeka bsama keluarga.. :)

Memang seronok melayan budak2 Rin..

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon