Bilik 51: Temujanji pertama ShockWave Therapy

Bilik 51: Temujanji pertama di hospital| Hari ini adalah temujanji fisioterapi saya di hospital. Kebiasaannya saya jarang untuk berjumpa doktor jika setakat sakit sikit-sikit sahaja. Namun pada kali ini saya terpaksa untuk cuba mencegah awal penyakit 'misteri' ini daripada bertambah buruk. Ditakuti nanti, sudah bertambah teruk, makin susah pula mahu diubati.


Minggu sebelumnya saya telah menjalani pemeriksaan Ujian X-ray untuk memastikan sama ada terdapat tulang yang patah atau hati yang retak. Wah main hati pula kan. Bergurau sahaja. Kisah ini bermula pada saat saya bermain bola sepak di kala embun pagi masih menitik berkasutkan jenis pallas tanpa stud di Kuala Kubu Selangor. Maklumlah apa yang penting adalah aktiviti sihat bersama rakan-rakan kursus kebakaran tetapi saya jenis kalau mahu bermain sukan apa pun, saya mesti bersungguh-sungguh untuk menang. Mahu dijadikan cerita, terjatuh pula dengan tangan kanan mendarat dahulu ke tanah. Dapat bayangkan ke tidak? Pejam mata dan tutup hidung baru dapat bayangkan.


Oleh itu, pada hari ini adalah temujanji pertama saya di Bilik 51, Unit Fisioterapi, Hospital Sibu, Sarawak. Mula-mula masuk terus ke kaunter Unit Fisioterapi. Gambar-gambar semasa dalam bilik saya tidak mahu ambil. Intergriti penjawat awam. Namun, keramahan semua staf di situ wajar diberikan kredit. Rasa sakit pun boleh lega. Yang menyambut saya, staf lelaki orang Sarawak. Orang Sarawak memang melayan orang luar dengan ramah mesranya jika kita masuk rumah diaorang dengan adab yang betul.

Sebenarnya ada beberapa lagi kejohanan sukan akan saya sertai pada masa akan datang. Saya tidaklah hebat mana pun, tetapi dalam hidup saya, sukan dan saya adalah satu. Oleh sebab itu, terpaksa buat pemeriksaan. Kalau setakat demam, beli panadol kedai Ah Seng pun sudah memadai. Kadang kala lelaki sukar mahu berjumpa doktor. Macam bapa kita semua kan. Bila tanya sakit ke tidak? Mesti diaorang jawab "Tidak". Walhal dia memang betul-betul sakit cuma tidak mahu susahkan anak-anak atau sesiapa. Itulah sifat bapa.

ShockWave Therapy, ShockWave Machine

Berbalik dengan kisah Bilik 51 tadi. Setelah selesai pemeriksaan awal daripada staf di situ, saya dibawa untuk pemeriksaan lanjutan dipanggil ShockWave Therapy. Ingatkan macam scan perut ibu mengandung, pusing sana, pusing sini. ShockWave Machine digunakan setelah letak gel pada tempat yang sakit, alat diletak dipermukaan pergelangan tangan saya. Rasanya umpama menikam dada dengan laju menggunakan pisau. Menggelupur juga lah saya dengan ShockWave Therapy. Cari apa benda yang boleh genggam sebab sakit. Lepas itu staf cakap "Oh, lupa nak cakap, nanti ada sakit sikit". Dia boleh cakap lupa lepas saya menggelupur. Nasib baik dia cakap dengan nada berseloroh.

ShockWave Therapy, ShockWave Machine, Tapping Theraphy

Lepas semua ShockWave Therapy selesai, sambung pula dengan Tapping Theraphy. Maksudnya balut guna tape sahaja. Jadi inilah hasilnya pembalutannya. Untuk rawatan lanjut, saya diberikan slot pada hari Isnin 14 Ogos 2017. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dengan kehendakNya. Seram ke tidak dengan Bilik 51? Wallahualam.

14 Comments

Haha..dah dia tengok sado je, takdelah dia jangka menggelupor kot, nk hiburkan hati baru cakap terlupa yea.

Tersentuh dgn sifat bapa yg dicerminkan dgn indah. Sayangnya saya tak kenal hati budi ayah saya...dia pun tak ingatkan saya...
Tapi suami saya mmg ayah yg sgt baik kpd ank2 saya, Alhamdulillah..

SubhanaAllah..moga dengan izin Allah segera pulih ya...amin..

Mantap ... kisah bilik 51...tgk pic mcm cerita misteri ..haha...semoga tangan tu cpt2 sembuh....setiap kesakitan itu menghapus dosa2 ..

Tak sado pun sis... InsyaAllah Allah ambil satu, Allah pulangkan satu...

semoga tangan en.azlan cepat sembuh

Terima kasih Busyra... InsyaAllah...

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi. Paku dulang paku gelas, tinggalkan jejak untuk dibalas.
EmoticonEmoticon